Baru sahaja kerajaan benarkan pengeluaran Akaun. Sekali Pakar Kewangan suruh cari alternatif lain untuk digunapakai

Berita

KUALA LUMPUR – Pakar pengurusan kewangan, Datuk Chua Tia Guan menasihatkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya hanya mengeluarkan caruman daripada akaun satu sekiranya keadaan betul-betul mencemaskan.Beliau berkata, pengeluaran caruman KWSP itu harus dilihat sebagai satu pilihan dan bukannya mesti menggunakan caruman itu.

“Langkah yang diambil kerajaan akan membantu mereka yang betul-betul memerlukan bantuan.“Ia adalah untuk membantu mereka yang betul-betul kebuntuan termasuk menghadapi masalah dari segi makan minum,” katanya kepada China Press.Beliau bagaimanapun berpendapat, memandangkan KWSP merupakan simpanan untuk masa depan, pencarum harus mempertimbangkan pilihan lain sebelum mengeluarkan caruman daripada akaun satu.

“Pilihan yang perlu didahulukan adalah memohon moratorium bayaran pinjaman, mengeluarkan caruman daripada akaun dua KWSP serta menggunakan Sistem Insurans Pekerjaan,” katanya.Jelasnya, sekiranya semua pilihan alternatif telah digunakan dan wang masih tidak mencukupi, barulah pencarum harus mengeluarkan simpanan daripada akaun satu.

“Menggunakan simpanan KWSP pasti akan menjejaskan kehidupan masa depan, apatah lagi 42 peratus ahli KWSP hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM5,000 dalam akaun satu,” katanya.Tia Guan juga memberi peringatan bahawa pencarum yang mengeluarkan caruman untuk tujuan pelaburan akan berdepan risiko kerugian.

Beliau juga bimbang dengan tahap pengurusan kewangan kebanyakan rakyat yang mungkin membazirkan wang yang dikeluarkan daripada KWSP.“Berdasarkan pemerhatian, jika duit itu dilaburkan ke dalam pasaran saham, hanya segelintir orang yang akan untung.

“Bagi kebanyakan orang, mereka mengalami kerugian dalam saham tanpa menyedari apa yang telah berlaku,” katanya.Tia Guan justeru berpendapat pengeluaran caruman untuk tujuan pelaburan boleh menjadi satu mal4petaka buat mereka tidak mengerti dunia pelaburan.Berikut pula reaksi dari orang ramai

Dalam perkembangan yang sama, Najib menyeru pihak pengurusan KWSP agar melonggarkan syarat permohonan.“Banyak syarat sangat.” Terlebih sasar sehingga ramai tercicir.“Mohon permudahkan menjadi siapa yang ada baki dalam akaun KWSP dibenarkan untuk keluarkan duit sehingga RM10k dengan bayaran pertama secara lump-sum sekurang-kurangnya RM4k.” Jangan berkira sangat dengan ahli sendiri. Nanti i-Sinar menjadi i-Kecewa untuk ramai.” NOTA: Page rasmi KWSP dah padam posting tadi.Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Baru Je Umumkan Kwsp Akaun 1 Boleh Keluarkan. Sekali Ramai Yang Sangka Duit Tu Perlu Bayar Balik. Akhirnya Pihak Kwsp Tampil Berikan Penjelasan.

Baru je umumkan kwsp akaun 1 boleh keluarkan. Sekali ramai yang sangka duit tu perlu bayar balik. Akhirnya pihak kwsp tampil berikan penjelasan.

Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membenarkan pengeluaran akaun 1 kepada 3 golongan paling terjejas telah dipuji ramai. Bagaimanapun terdapat salah faham tentang berita tersebut apabila ada pihak mengatakan duit yang dikeluarkan itu perlu dibayar semula kepada KWSP.

Menjawab isu tersebut, KWSP hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP.” Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.

” Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

” Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,” jelas KWSP dalam kenyataan di sini. KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah “penggantian semula.”

” Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,” demikian menurut kenyataan itu. Semalam, KWSP mengumumkan perincian dan bagi kemudahan i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14 bilion.

” Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.

Menurutnya, ahli layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100. a) Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b) Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. ”Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber via AsiaKini

Baru Je Kwsp Umum Boleh Keluarkan Duit Akaun 1. Sekali Tiba Tiba Najib Bagi Cadangan Lain Pulak. Tak Sangka Ini Cadangan Yang Najib Bagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah 90,000, mereka boleh memohon pendahuluan hingga 9,000. Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi 90,000, pendahuluan yang diberikan adalah hingga 60,000.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, maka terdapat keperluan untuk mengimbangi antara bantuan untuk menghadapi cabaran masa kini dengan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“Kerajaan yakin bahawa pendekatan yang diambil dapat mengimbangi keperluan ini. “KWSP memberi jaminan bahawa usaha akan diteruskan untuk memenuhi mandat kepada ahlinya iaitu mengukuhkan jaringan perlindvngan s0sial melalui pelaburan dan pembangunan secara lebih strateglk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib masih memuat naik posting memberi cadangan untuk penambahbaikan pengeluaran KwSP. Berikut ulasan terbaru Najib di favebook milik beliau. “Terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.

Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan. Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000). KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).

Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja. Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20% atau lebih akibat Covid.

Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi. Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan. KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.

Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5% lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid. Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.

(Bagi mereka yang tiada KWSP, kita masih memohon kerajaan untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal sehingga 30 Jun 2021. Lanjutan moratorium ini adalah antara dua syarat BN untuk sokong bajet 2021)

sumber: Najib Razal

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Akhirnya Akaun 1 Kwsp Dah Boleh Keluarkan. Rupa Rupanya Ini Syarat Yang Semua Wajib Tahu Dan Bila Duit Tu Akan Dikreditkan Dalam Akaun Rakyat.

Pengumuman terbaru pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pastinya bakal memberi sinar baru kepada individu yang terjejas akibat pndemik COVlD-19. Meskipun fokus hanya kepada yang benar-benar terjejas, pastinya itu adalah keputusan terbaik dan memberi keputusan ‘win win’ kepada rakyat dan kerajaan.

Dalam kenyataan terbaru, KWSP memperluaskan skop i-Sinar merangkumi ahli kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. KWSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak.

Bila duit akan dikreditkan dalam akaun ahli?

“Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. “Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.

Menurutnya, ahli layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100. a) Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b) Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Menurut kenyataan itu, ahli memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun didahulukan. Katanya, caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan diterima digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2. “Ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menentukan amaun diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar serta memastikan kelangsungan hidup semasa krisis. “Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik berkata,

kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Apam Pink Media

Sumber: Asiakini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Lepas Bahaskan Pasal Kwsp Kali Ni Najib Minta Moratorium Disambung. Sekali Gabenor Bank Negara Tampil Bersuara Bagi Tahu Sesuatu Tentang Cadangan Najib.

KUALA LUMPUR: Sambungan moratorium menyeluruh yang dicadangkan beberapa pihak hanya akan merncatkan ekonomi untuk jangka panjang, kata Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. “Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatlf.

“Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko. “Ia akan meningkatkan paras hutang. Sesiapa yang mampu membayar hutang, perlu membayar.

“Ini (moratorium menyeluruh) akan mengekangg pertumbuhan dan menjjaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi. “Pertumbuhan yang dijana melalui hutang adalah tidak mapan. Hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus. Tertinggi sepanjang masa buat Malaysia,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga hari ini.

Selain itu Shamsiah berkata moratorium menyeluruh akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit serta pemegang taruh yang melabur dalam dana seperti Amanaj Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan KWAP.

Malah Shamsiah berkata tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang. Sebelum ini najib razak berkata oleh kerana bajet 2021 hanyalah 8 billi0n lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019, maka timbulnya persoalan keberkesanan bajet tahun 2021 untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Ini disebabkan perbelanjaan pada tahun 2019 hampir menyamai bajet 2021, namun ekonomi kita tetap terjejas pada tahun itu walaupun tiada krlsis Covid. Kadar pertumbuhan negara mencatat kadar paling rendah sejak 10 tahun lalu dengan dividen-dividen tabung amanah rakyat.

Pertimbangan ini adalah antara salah satu faktor yang mendorong saya membuat saranan untuk melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan membenarkan pengeluaran one-off sehingga 10,000 dari akaun 1 KWSP sebab dana ini tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pengiraan defisit negara. Inilah yang saya maksudkan sebagai langkah yang berani dan luar biasa yakni bold and unconventional method dalam keadaan yang luar biasa.

Reaksi Orang Ramai

Bila banyak kereta kena tarik, banyak rumah kena tarik, banyak SME jatuh bankrpt dan bank2 melaporkan NPL yang amat tinggi .apa akan jadi pada ekonomi negara….bank pegang asset yang banyak tanpa liqiidity…..amacam.

Dah jadi kerajaan mmg le kena korban apa juga kesusahan rakyat walaupun kerajaan rugi ke pe.. lg pun covid ni sape yg nak..so sape yg nak tlg rakyat kalau bukan kerajaan.. tadah je lah kejap konon kerncatan ekonomi lah bagai tu, bukan lama pun 6 bulan je..kalau rakyat x undi ko org, x de nya ko org boleh jadi kerajaan.

Sumber : AstroAwani