Baru sahaja nikah semalam. Warganet terus kritik permintaan Nabil Mahir lepas Nabil Mahir nyatakan hasrat dia dan ini jawapan dari Ayda Jebat

Artis

Kuala Lumpur: Hasrat pengacara Nabil Mahir untuk menimang 13 cahaya mata selepas bernikah dengan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendapat pelbagai kritikan daripada warganet.Bagaimanapun, Nabil ketika ditemui berkata, angka itu bukanlah satu sasaran sebaliknya hanya kerana dia menyukai angka 13.

“Angka 13 adalah nombor kegemaran saya. Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang sasaran nak ada 13 anak. Apa yang lebih penting adalah doa orang ramai supaya kami dikurniakan zuriat yang sempurna dan sihat.“Saya tak kisah pun berapa bilangan anak nanti dan hanya berserah kepada takdir. Saya tidak mempunyai kuasa pun untuk menentukan segalanya,” katanya.

Sementara itu, Ayda berkata, dia sudah lali dengan kritikann warganet dan tidak mengambil hati.“Terpulang kepada masyarakat untuk cakap apa pun. Saya tak kisah sebab hanya kami saja yang kenal diri kami. Cuma kita doakan semoga apa yang bakal berlaku dalam hidup kita adalah perkara yang baik-baik saja,” katanya.Semalam, pasangan itu selamat diijab kabulkan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.28 petang.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman. 

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Harian Metro

Tular Makeup Nikah Ayda Jebat. Lebih Raih Perhatian Bila Kemasan Solekan Dan Tudung Dikongsi Alha Alfa Dan Ini Reaksi Warganet

Tidak disangka-sangka, selain pernikahan Ayda Jebat dan Nabil Mahir tular pada awal tahun baharu ini namun ternyata makeup nikah selebriti jelita ini turut menjadi bualan hangat dilaman sosial apabila rata-rata para wanita tertarik dengan solekan tersebut.

Tetapi tidak dapat disangkalkan lagi kebolehan usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang mana menerusi majlis nikah Ayda Jebat dia yang mengenakan makeup di wajah penyanyi dan pelakon popular itu kelmarin.Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai juga apabila Datuk Alha Alfa menerusi Instagram peribadinya sporting berkongsikan momen Ayda Jebat disoleknya kepada umum.

Melalui posting, Datuk Alha Alfa mengetahui bahawa masih ramai yang tidak puas untuk melihat solekan Ayda Jebat di majlis pernikahan pelakon jelita itu dengan Nabil Mahir yang berlangsung 01.01.2021 itu apabila dia turut menulis kapsyen panjang menceritakan mengenai solekan Ayda Jebat malah mengenai kemasan tudung kepada semua.“Inspirasi makeup ni gabungan dari Indonesia, Thailand dan Malaysia…”“Cubaan pertama…”Diruangan komen pula, rata-rata warganet malah rakan selebriti turut tinggalkan komen memuji hasil solekan Datuk Alha Alfa.“Cantik sangat, power idola saya”

Pengantin Lelaki Menyerahkan Tujuh Dulang Hantaran Berbalas Sembilan Dulang. Ayda Jebat Sah Bergelar Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.28 petang.

Pasangan itu dinikahkan Ustaz Rozimi Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (JAWI) dengan disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan  Wan Jean Basri Wan Othman.

Pada majlis  berkenaan, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.  Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bakal Nikah Hari Ini, Sekali Ayda Jebat Dedah Apa Yg Berlaku

Pelakon Ayda Jebat, 28, akui berasa teruja apabila bakal bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 32, hari ini.Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata perasaan gementar tetap ada tetapi masih dapat dikawal.

“Gementar tu kurang sikit sebab lebih kepada perasaan teruja. Saya dah bagitau dekat Nabil nak jadi individu terakhir sekali masuk masa hari akad nikah.“Rasanya Nabil yang gementar sebab dia pihak lelaki kan?” katanya kepada Gempak.Sementara itu, penyanyi yang baru mengeluarkan single terbaru, Parah Parah menyatakan dia akan mengadakan sebuah majlis bersama peminat selepas keadaan pandemik C0VlD-l9 beransur pulih.

“Ayda dengan AJ Screamer memang tak boleh berpisah. Rancangan asal sepatutnya ada satu majlis resepsi untuk semua peminat.“Tetapi disebabkan pandemik ini, kami kena batal dulu buat masa sekarang. Nabil nak kahwin dulu.“Insya-Allah, nanti kalau semua dah okay, kami akan buat. Untuk hari ini, memang untuk keluarga terdekat sahaja,” katanya lagi.

Ayda dan Nabil dijangka akan disatukan pada pukul 3 petang di sebuah masjid di ibu negara.Majlis akah nikah pasangan sejoli ini akan ditayang secara langsung di akaun Youtube, Wuvv Show.Terdahulu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tak Lama Lagi. Ayda Jebat Diraikan Sebelum Bergelar Isteri Esok. Sekali Ini Kata Kata Dari Ayda Jebat Buat Warganet Teruja.

Umum mengetahui pelakon, Ayda Jebat dan tunangnya Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka di sebuah masjid di ibu kota pada hari esok. Seperti biasa, sebelum bergelar isteri pasti akan ada sambutan yang dilakukan oleh rakan-rakan terdekat yang mahu meraikan momen gembira itu bersama.

Semalam, pelakon drama Cindai itu memuat naik satu foto di laman Instagram memaparkan dia sedang diraikan sebelum menamatkan zaman bujang dengan dipenuhi belon-belon serta perhiasan. Dapat dilihat, pemilik nama Nur Suhada Jebat ini sedang memegang sebuah kek dan memakai selempang yang bertulis ‘bride to be’.

Selain itu, Ayda juga memberitahu dia begitu sibuk dengan pelbagai persiapan menjelang hari bahagia sehingga tidak sempat untuk membalas pesanan mesej daripada kenalannya. “Thank you guys for the surprise! Awww! Sorry mana yang saya tak sempat nak reply whatsapp for now busy sampai tidur pun kadang satu jam je.

Doakan yang baik-baik for me dan @nabilmahir. Amin,” corentnya di kapsyen. Perkongsian momen indah yang dikongsi pelakon berusia 28 tahun itu disambut baik oleh warganet yang rata-rata turut sama mendoakan agar segala dipermudahkan untuk hari esok selain mengucapkan tahniah.

Semoga yang baik2

Setelah hampir sembilan bulan mengikat tali pertunangan, mereka mengambil keputusan untuk bernikah esok. Tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan romantis ini. Semoga sampai ke syurga!

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Bakal Melangsungkan Pernikahan Di Masjid Pada 1 Januari. Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedahkan Fasal Persiapan Untuk Majlis Serta Plan Majlis Resepsi

Ayda dan Nabil bakal melangsungkan pernikahan di sebuah masjid pada 1 Januari depan.MENGHITUNG hari menantikan hari bahagia, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui semakin gementar untuk bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan tidak pernah menyesali keputusan untuk berkahwin.”Alhamdulillah… semua persiapan berjalan dengan lancar tapi semakin nak dekat kahwin, ada sahaja kerja. Apa-apa pun, saya memang tak sabar dan rasa teruja.

Ayda tidak pernah berasa ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dengan Nabil.“Tak pernah pun rasa ragu-ragu sebab saya memang yakin dengan keputusan untuk berkahwin. Nak cakap soal bersedia galas tanggungjawab sebagai isteri itu, memang kena bersedia juga.

“Nak kata kita dapat laksanakan tanggungjawab itu dengan baik atau terbaik… masih tak tahu lagi sebab saya tak pernah lagi jadi isteri orang.”Cuma, saya harap kalau ada perkara yang saya atau Nabil tak tahu, nanti ada ahli keluarga atau ibu boleh nasihatkan kami untuk jadi terbaik,” katanya kepada mStar.Penyanyi lagu Tembrang itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program TV di Sri Pentas, Bandar Utama Damansara, Petaling Jaya, pada Khamis.

Menerusi laporan mStar pada 7 November lalu, Nabil dan pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Januari tahun hadapan.Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu dia tidak pernah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan besar-besaran namun berharap hari bahagiannya dapat berjalan dengan lancar.

Menurut Ayda, majlis pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid yang hanya dihadiri kurang daripada 50 orang manakala masih belum mendapatkan lokasi untuk resepsi.”Sebenarnya secara jujur, saya tidak ada simpan sebarang impian untuk majlis perkahwinan. Jadi, bila berlaku Covid ini tak boleh ada majlis besar-besaran… saya tak rasa terkilan.

Ayda dan Nabil masih belum tetapkan tarikh dan lokasi untuk majlis resepsi mereka.“Mungkin ada orang impikan nak buat majlis besar-besaran tapi terpaksa bersederhana. Tapi bagi saya, tak apa walaupun majlis kecil asalkan perkara wajib itu selesai dengan lancar.”Kami hanya akan buat majlis pernikahan sahaja di sebuah masjid yang hanya untuk tidak lebih 50 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan rapat.

“Manakala majlis resepsi, kalau ikutkan saya nak buat bulan Februari tetapi lokasi yang kami nak itu penuh. Tengok macam mana nanti, kalau tak boleh mungkin buat tempat lain,” ujarnya.Sebelum ini, Nabil mengikat tali pertunangan dengan Ayda pada 28 April lalu melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tular Di Media Sosial Apabila Prank Ayda Jebat Dikatakan Nabil Telah Tinggalkannya Di Tepi Jalan Hanya Kerana Sesuatu Ini. Dan Akhirnya Lebih Mengejutkan Lagi Respon Dari Sheila Rusly.

Bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021, nyatanya ramai peminat yang tidak sabar menantikan penyatuan antara Ayda Jebat dan juga Nabil Mahir. Menjengah ke Instagram masing-masing, dua orang selebriti ini memang dikenali dengan perangai ‘gila-gila’ dan mungkin itulah yang membuatkan perhubungan mereka tampak serasi. Malah terbaru, mereka juga sempat membuat kemunculan dalam rancangan ‘Trek Selebriti’ yang dihoskan oleh Aliff Farhan.

Nabil kononnya tinggalkan Ayda Jebat tepi jalan sambil marah-marah

Kali ini, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mensasarkan sebuah prank kepada Mama mereka iaitu Sheily Rusly. Kononnya, Nabil telah naik angin setelah mendapati Ayda berhubung dengan lelaki lain walhal tarikh perkahwinan sudah semakin dekat. Mengetahui kejadian itu, penerbit JS Picture berkenaan juga mula risau sebelum mengatakan akan menghantar bantuan ke sana. Dengan reaksi yang cukup resah, siapa sangka semuanya hanyalah gurauan semata-mata.

Puas hati bila Aliff kena prank…Biru muka kau

Disangka akan tergelak sekali, Aliff seakan-akan ‘terciduk’ kerana dimarahi pula oleh Sheila Rusly. Setelah berkali-kali menyakat orang dalam episod sebelum ini, akhirnya dia sebagai pengacara rancangan pula yang menjadi sasaran prank. Dalam pada itu, warganet juga berpuas hati selain berseloroh muka Aliff menjadi biru gara-gara terlalu gementar.

Ayda Jebat Mengimpikan Untuk Menghadiahkan Satu Benda Ini Pada Ibunya Sebelum Berkahwin. Akhirnya Tercapai.

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata. Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

Maklum Mahu Mengumumkan Tarikh Perlangsungan Pada Malam Semalam. Ayda Jebat Mohon Maaf Setelah Dia Tak Dapat Nak Umumkan Atas Satu Sebab Ini

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.Foto: Instagram Ayda Jebat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka. Dijangka akan mengumumkan tarikh perlangsungan pada malam ini.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat dijangka akan mengumumkan tarikh bagi melangsungkan pernikahan mereka dengan tunangnya Nabil Mahir pada jam 9 malam ini.Menerusi laman Instagram miliknya, difahamkan pengumuman tersebut akan dibuat melalui saluran Youtube milik mereka Wuvvshow #BilAydaJatuhCinta episod pertama.

Insyaallah esok (hari ini) kita announce our special day bila. 1st episode #BilAydaJatuhCinta on Youtube Wuvvshow 9pm. Korang teka bila?,” tulisnya. Menurut Nabil, #BilAydaJatuhCinta akan ditayangkan sebanyak 10 episod istimewa yang memaparkan perjalanan kisah mereka menuju ke hari perkahwinan.

Posting itu dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para peminat dimana rata-rata cuba meneka tarikh yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri selain tidak sabar menantikan hari bahagia tersebut.Terdahulu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mengikat tali pertunangan dengan pengacara itu secara atas talian ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.

Masih Belum Halal Tapi Dah Buat Macam Dah Berkahwin. Ternyata Gambar Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Raih Perhatian Warganet Sanggup Kritik Perbuatan Mereka

Baru-baru ini, foto aksi mesra yang dikongsikan pelakon dan pengacara Nabil Mahir bersama tunangnya, Ayda Jebat sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di Instagram mengundang kritikan warganet. Foto berpelukan di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia itu menimbulkan rasa kurang senang warganet yang menyifatkan tindakan pasangan itu kurang sopan kerana belum lagi mempunyai ikatan yang sah.

Warganet turut memberikan cadangan daripada berpelukan sebegitu adalah lebih baik jika pasangan itu cepat-cepat mendirikan rumah tangga untuk mengelak daripada sebarang ftnh. Warganet juga turut berasa hairan mengapa kebanyakan artis tidak terus bernikah sedangkan sudah mempunyai kewangan yang stabil.

Malah, ada warganet membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baru mengikat tali pertunangan. Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberng itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Kemudian, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.

Pasangan Tak Setia Dan Tak Jujur. Ayda Jebat Akui Terima Pelbagai Reaksi Dari Warganet. Akhirnya Ayda Jebat Tampil Buka Mulut Bongkarkan Semua Yang Berlaku.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui rasa terharu selepas menerima pelbagai reaksi daripada para peminatnya di Instagram selepas selebriti tersebut meminta ramai untuk berkongsi kisah percintaan yang putus di tengah jalan.

Jelas penyanyi Mata itu lagi, dia berterima kasih atas perkongsian dan menyifatkan hubungan cinta yang terjalin perlu saling melengkapi. Jika tiada jodoh, mungkin ada insan yang lebih sesuai menanti selepas ini. “Post saya semalam berapi-rapi comment.

Saya baca semua yang korang luahkan. Sempat reply. Seriously terharu baca rintihan hati korang. Thank you for sharing. “tak setia, tak jujur semua berlaku dalam percintaan. Tak jadi dekat semua orang, tetapi kebanyakkan. Ingat, kalau nak pasangan kita baik, setia, tak tipu kita, jujur, tulus, maka kita pun kena jadi dan buat benda yang sama.

“Semoga semua baik-baik saja untuk kalian. Redha, banyak doa. Pasangan anda sebelum ni bukan yang terbaik buat diri kamu, tapi dia mungkin yang terbaik dan lebih baik bersama orang lain. Insyaallah yang bersesuaian dan yang terbaik buat dirimu akan hadir,” tulisnya. Ayda kini sedang menantikan detik bergelar raja sehari bersama tunangnya, Nabil Mahir. Pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan pada 1 Januari 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH

Ayda Jebat Mengimpikan Untuk Menghadiahkan Satu Benda Ini Pada Ibunya Sebelum Berkahwin. Akhirnya Tercapai.

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata. Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

Maklum Mahu Mengumumkan Tarikh Perlangsungan Pada Malam Semalam. Ayda Jebat Mohon Maaf Setelah Dia Tak Dapat Nak Umumkan Atas Satu Sebab Ini

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.

 Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka.“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.

“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.

Video #BilAydaJatuhCinta difahamkan bakal bersiaran selama 10 episod menerusi platform sama.Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari

bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.Foto: Instagram Ayda Jebat.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral