Pelik tiba tiba ada orang letak budak kecik depan pejabat masa tengah sibuk kerja. Mengejutkan lepas pegi hospital kantoi rupanya kerja siaaapa yang biarkan bayi tu depan pejabat.

Kehidupan

Buat pengetahuan anda, foto di atas sekadar hiasan. Nama aku Wan (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners Sherry (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Mila (bukan nama sebenar) 29 tahun di Selangor.

2 bulan lepas, Budak practical terjumpa baby lelaki kat pejabat. Pejabat aku ni tingkat 2, bawah pejabat aku tu Watson dan tangga nak naik pejabat aku tu agak tersorok sikit. Tapi bangunan pejabat aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco. Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa. Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukul 4.

Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia mnjerit masuk pejabat bagitahu ada baby. Kami yang panik dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa-apa.Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang-kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen tapi staff tak ada kat pejabat boleh letak kat kotak tu dulu. Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu.

Buat report polis, bawak baby pergi hospital untuk checkup dan semua staff pun kene checkup, maybe pihak hospital risau kalau kami buat-buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah. Polis datang check cctv pejabat dan cctv Watson. Akhirnya pihak polis than seorang remaja lelaki berusia 23 tahun yang berkerja di Tesco.

Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanitanya berusia 19 tahun. Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok. Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung.

Aku marah, bengang semua ada aku tak tahu balasan pasangan tersebut kena tapi aku decide untuk ambil baby Aqif sebagai anak angkat. Dipendekkan cerita, akhirnya baby Aqif menjadi anak angkat aku yang sah. Kini, aku dalam proses untuk menyusukan baby Aqif.

Doakan aku berjaya mendidik baby Aqif menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin, doakan juga pasangan aku mampu menerima Aqif dalam hidup dia. Dan semoga kasih sayang aku pada Aqif akan kekal walaupun aku dikurniakan anak aku sendiri nanti.

Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Aqif anak susuanku. Aqif sudah menjangkau usia 8 bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Aqif. Aku mengambil keputusan menjaga Aqif sendiri dengan bantuan adik dan emak. Aku sekarang berkerja dirumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu.

Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun pergi buat selamanya. Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery). Kehadiran Aqif dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira (sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni).

Malahan adik aku dengan rela hati bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga Aqif dan berulang-alik membawa Aqif ke klinik setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Aqif (gigih dia google resepi, tq dik). Kakak-kakak ipar juga tidak putus memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Aqif (aku sebelum ni takut nak pegang baby yang baru lahir.hehe)

Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak sapa? Siapa ibu bapanya? Anak tak sah taraf ke? dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saudara-mara terdekat.

Pada 2 3 minggu yang lepas keluarga belah ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin. Dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi-lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja.

Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar. Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah dia. Pertemuan pertama diaturkan di rumahku.

Lelaki tersebut aku gelarkan nya Shah datang bersama ibu bapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluargaku. Ayah Shah mutawwif dan ibunya ustazah. Shah merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz.

Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak-anaknya. Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak-anak saudara jadi mereka tidak tahu kewujudan Aqif.

Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang kerumah Shah selepas berpuluh kali ibu Shah menjemput kami singgah kerumah. Disitu barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Shah jelas berubah mukanya.

Dia mula bertanya anak sapa? Bila aku berterus terang tentang Aqif, ayat yang keluar dari mulut ibu Shah, “Budak tu memanglah suci, tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu daging dia”. Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood, rasa nak balik rumah je.

Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik-beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Shah mungkin tidak dapat menerima Aqif. Melalui whatsapp aku maklumkan pada Shah penolakan tersebut dan memohon maaf. Sempat aku ucapkan agar dia bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

Esoknya, Pak cik aku datang kerumah. Dia bising kononnya aku telah memalukan dia. Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Shah turut menelifonku bertanya soalan yang sama. Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat jodoh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Shah sebab aku tak nak Aqif terus dikata hanya sebab dia anak tak sah taraf. Ya, aku tahu dalam Islam keturunan penting, salah Aqif ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik? Adakah jika kelak Aqif menjadi anak soleh dia masih dipandang hina disebabkan keturunannya. Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan sesorang.

Kepada anakku Aqif, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai. Malah mommy merasanya satu ketenangan bilamana dapat meluangkan banyak masa bersama Aqif dan emak. Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputusan yang Aina buat.

Throwback

Aqif ditinggalkan di pejabat aku oleh bapanya. Sebagai majikan aku bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis, hantar baby ke hospital (ni aku yang willing sendiri) dan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mencari ibubapa kandung Aqif. Waktu kes tersebut, Aqif berusia 2 hari dan Alhamdulillah bapa Aqif dijumpai keesokkannya.

Antara faktor kenapa aku nak ambil Aqif sebab bapa Aqif seorang warga asing yang bukan beragama islam sedangkan ibu Aqif beragama islam. So penting bagi aku untuk menyelamatkan agama Aqif. Jadi untuk kes aku, aku mengambil anak angkat terus dari ibubapa kandung Aqif cuma aku perlu mengikut prosedur mengesahkan pengambilan anak tersebut melalui pemohonan mahkamah untuk mendapatkan Notis pengangkatan.

Antara syarat mendapatkan Notis Pengangkutan bagi yang bujang mestilah warganegara dan berusia 25 tahun keatas atau sekurang-kurangnya 18tahun lebih tua dari anak angkat tersebut. Selain itu perlu mendapatkan pengesahan pengangkatan dari ibubapa kandung bayi (Aku ada buat surat Akuan Berkanun antara aku dan ibu Aqif), Sijil kelahiran Aqif (ini aku geram sebab parents Aqif tak nak bagi kerjasama, jenuh aku turun naik JPN.

Penting untuk masa depan Aqif, sekolah semua). Waktu kat mahkamah , pegawai ada tanya pekerjaan, pendapatan, latar belakang pendidikan dan tahap kesihatan serta gaya hidup aku. Sebenarnya untuk yang bujang mereka hanya dibenarkan untuk mengambil anak angkat yang sejantina.

Tapi mungkin kes aku ni pegawai tu luluskan sebab latarbelakang keluarga dan adik beradik aku agaknya, sebab dia tanya semua kot. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Mak aku pesara guru, 3 abang aku doktor, adik lelaki aku sorang peguam sharie sorang buka bakery. Sebab pegawai tu kata mungkin keluarga kami mampu memberikan kehidupan yang positif dan terjamin kepada Aqif. Lepas dah lulus simpan Notis Pengangkatan tersebut sebab selepas 2 tahun aku perlu memohon Sijil Pengangkatan dari JPN. Dalam 2 bulan lebih juga aku uruskan semua ni. Rujuk Mahkamah Seksyen berhampiran anda.

Kedua, Proses menjadikan Aqif anak susuan aku. Seminggu lepas kes di Balai polis tu aku terus berjumpa Pakar Skit Puan untuk berbincang rawatan yang sesuai untuk membolehkan aku menghaslkan susu atau dipanggil “Induce Lactation” serta menghadiri kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi untuk persediaan mental dan fizikal.

Ada 2 kaedah untuk menghasilkan susu iaitu pertama melalui ubat atau suntikan dan keduanya rangsangan. Aku tak ambik suntikan aku hanya ambil ubt D0mperidone dan satu lagi pil warna putih (tak ingat nama) untuk tempoh 3 bulan. Pil ni menyebabkan perubahan bentuk badan. Macam aku dulu berat 45kg sekarang berat aku 53kg. Bertabah la mommy nanti kita workout kemudian. Ada yang ambil ubat je tapi tak berhasil, tak apa usaha dengan kaedah ransangan pula.

Untuk kaedah ransangan aku ada apply 4 cara. Pertama, hisapan baby. Baby secara semulajadi tahu cara untuk mencari payudra. Jadi, beri peluang kepada dia. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu belum ada. Mommy jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payudra.

Kedua,Alat Bantuan Menyusu (ABM). Aku guna “Supplementary Nursing System jenama Medela. Boleh beli di farmasi atau kat Lazada, shoppee ada jual. Cara guna ABM ni, 1 tiub dilekatkan pada payudara dan satu lagi tiub dalam botol susu. So baby akan menghisap payudara untuk mendapatkan susu formula tersebut.

Mula-mula memang tiada susu ibu yang keluar tapi lama kelamaan susu ibu terhasil sedikit demi sedikit. Banyakkan bersabar. Lakukan proses ini 10-12 kali dalam tempoh 24jam terutama bila baby ada tunjuk hint2 nak menyusu.

Ketiga breast pump, lepas 2 minggu aku ambil pil, doctor cadangkan mula guna breast pump, even tiada susu pun ko pump je. 3kali sehari dan 20 minit untuk setiap sesi. Lepas 2 minggu baru keluar susu dalam 1 sudu setiap kali pump, simpan. So sikit-sikit aku tukarkan susu formula ganti susu badan dalam botol ABM. Tak apa banyakkan bersabar.

Walaupun sedikit maksudnya proses penghasilan susu berhasil. Last, berurut. Mak aku kata berurut dapat meransang susu keluar. So aku try berurut. Ok la juga. Tapi kene pandai cari tukang urut. Selain ubat-ubatan dan ransangan, tolong jaga makan dan bersenam. Kalau ko tahu makanan tu boleh menyekat pengeluaran susu, takyah la ambil.

Pantang sekejap. Banyakkan bersabar dan beri peluang kepada badan dan baby anda. Selagi anak angkat anda belum berusia 2 tahun anda masih berpeluang menjadikan anak itu anak susuan. Aku mengambil masa 2 bulan untuk menhasilkan titisan susu yang pertama.

Memang rasa nak giveup. Banyakkan berdoa. Aku masih mengunakan semua kaedah kecuali ubat aku dah stop ambil. Tolong rujuk doctor. Kalau boleh tak payah la ambil produk2 supplement yang pelik-pelik. Tanya doctor terus.Fghting!! Wassalam – Mommy Aqif

Laki Ni Budak Alim. Bila Ibu Suruh Kahwin Dia Tak Tolak Pun. Tapi Yang Peliknya Sampai Hari Ini Dia Tak Pernah Sentuh Isteri Dia. Akhirnya Satu Hari Tu Kantoi Rupanya Ini Punca Dia Buat Macam Tu.

Hello semua, aku nak share kisah abg aku dan kakak ipar aku. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga diorang, sekadar nak share kisah diorang saje. Abg(Paih, 26) dan kakak ipar(yaya, 22). Diorang baru setahun berkahwin, tapi kahwin bukan atas dasar cinta, kahwin sebab mak aku atas sebab tertentu, yaya ni student degree dekat usm, paih pulak baru dua tiga tahun kerja. Yaya ni anak tunggal, dan yatim piatu, parents dia dah tak ada.

Paih ni alim2 sikit, kire geng2 masjid, muka boleh tahan hensem, yaya pulak tak se”alim” paih, hanya budak perempuan biase je, pakai tudung biase je, tak labuh pon, tapi yaya ni manja, putih, gebu, muka manis. Dalam famili aku, paih seorang je yang dah kawin, kakak2 aku masih bujang. Paih satu satunya anak lelaki, ayah kami dah pergi buat selamanya 6 tahun sudah. Dalam rumah semua perempuan.

Paih ni jenis tak membantah, ikut je cakap mak, mak suruh kahwin, dia kahwin, aku mula2 ingt paih betul2 terima yaya. Tapi paih tak ambil tahu langsung pasal yaya, lepas nikah dia keluar jumpa member, kenduri pon kawan2 paih tak datang, mungkin tak di jemput. Seingt aku, paih tak pernah tidur dalam bilik kalau yaya ada dekat rumah, selalunya paih akan tgk tv smpai terlena dpn tv.

Baru2 ni, minggu kedua bulan puasa, yaya kan sekarang tengah cuti sem, yaya kalau cuti akan balik rumah kami, malam tu dalam pkul 10 mcm tu, paih balik rumah dia nampak yaya, as his wife, yaya hulur tgn nk salam kan, tapi paih tak sambut pon salam yaya, dia buat tak tahu je. Dia terus blah pegi dapur. Masa kami dok tgh layan cerita dekat tv, paih dtg depan pastu dye sound yaya sbb tak jaga aurat, gara2 yaya pakai baju putih, jarang & tak cukup kain katanya, pastu tak pakai tudung.

Kami time tu bengang je rase, kakak aku(kak mila, 29) sound terus paih, back up yaya, bongok ape paih ni, tu kan isteri dia, aurat tang mana, kejadah apa nak pakai tdg dlm rumah, lagipon rumah tu tak ada lelaki lain, hanya paih satu satunya, kakak no 2(kak fatin, 27) lagi hot kalau diikutkan. Mungkin paih sengaja kot nak cari pasai ngn yaya, tapi yaya diam je, tak ade pulak nak melawan ke nak marah2 ke, dia bt tak tahu je smbl makan kudap2, yaya pon tahu paih memang tak berkenan dekat dia, serba serbi tak kena.

Esoknya, yaya siap2, pakai lawa2, pakai baju mcm nak keluar, siap tudung belit2 lagi. Mak tanya yaya nk pergi mana2 ke, yaya cakap tak, saja je nak melawa dekat rumah, padahal kami blh agak yang yaya sentap dgn paih pasal malam tadi. Sejak dari tu, yaya memang pakai baju tutup aurat, xpakai tshirt lengan pendek dah, siap pakai tudung dlm rumah. Kami rasa rimas pulak, kak mila selalu cakap, bukak je lah tudung tu, bkn ade siape pon, tapi yaya selalu cakap takpe, takpe, takpe.

Paih memang selalu cari pasal dgn yaya, selalu sgt lah sakitkn hati yaya, aku tak pasti sama ada yaya ni jenis penyabar atau memang jenis tak peduli kalau paih kondem dia, rilek je aku tgk, takde pulak nak melenting, ke dah tawar hati ke ape aku tak tahu.

Ada satu hari, awal pagi lagi, paih ada inform mak, yang malam ni ada kawan paih nak berbuka dekat rumah, mak pon cakap okay ja, mak on ja. Hari tu kami pon masak laa lebih sikit. Yelah, ada org nak dtg kan, semua berjalan lancar, dekat pkul 6.30 mcm tu, paih balik rumah, dengan “kawan” dia.

Kami ingtkan lelaki, rupanya kawan perempuan, tudung labuh, berpurdah, satu uni dengan paih dulu. Kalau sekali tengok, kira secocok lah. Kak mila dengan kak fatin pergi dapur, tengok2 kan yaya, muka yaya cool jee, rilek mcm biasa, tapi hati siapa tahu kan, mak pulak dah bt muka tak berapa nak mesra, tapi kami sembang ja dengan kawan abg tu, atikah namanya, 24 tahun, sebaya dengan aku.

Kira dalm famili aku, yaya paling muda, yaya ni kalau dengan mak memang manja, lebih manja dari kami adik beradik, yaya ni jenis yg tunjukkan kasih syg, yaya tak segan nak peluk mak, cakap iloveyou kat mak, cium pipi, kami adik beradik pon tak manja mcm yaya, mungkin sbb yaya anak tunggal kot, kami ni segan sikit, hehe, tapi kami syg mak, syg sangat2.

Lepas berbuka, kami solat siap2, paih jadi imam, lepas tu kami pon sembang2 lah kan, sambil2 duduk depan tv, yaya pon sembang je dgn atikah, kak fatin memang dah bagi hint mcm nak suruh atikah ni balik, dok tanya pkul bapa paih nak hntr balik apa semua.

Lepas hntr atikah balik, paih duduk sekali ngn kami, tanya pendapat mak pasal atikah tu, mak cakap oke je, tpi cara mak macam malas nak layan, sebab kalau boleh tak nak cakap hal mcm ni depan yaya, tapi paih ni bongok, pentingkan diri, dia terus ckp, lepas raya kita hantar rombongan meminang ye mak.

Mak terus terdiam, kak fatin terus cakap, kau ni memang tak pandai jaga hati org lain ke, kak fatin sound direct paih sampai paih cakap, nada rilek, kalau tak nak pinangkan tak ape, tak payah melenting, paih terus keluar rumah. Yaya cakap mengantuk, terus masuk bilik. Mak pon masuk bilik. Kak fatin dan aku masuk bilik kak mila, kami cerita dekat kak mila, kak mila cakap dia dah agak dah atikah tu ada apa2 dengan paih.

Kak mila cakap, geram dgn paih ni, alim tapi takkan tak tahu adab2 rumah tangga. Kami sembang2 smpai pukul 3 macam tu, dengar kereta paih masuk parking, dalam 10 minit mcm tu dengar paih panggil mak, mak pon bangun.

Kami pon pergi dekat mak, mak masuk bilik paih, tengok yaya tgh mengigau ke apa aku tak pasti, tapi dalam tidur dia menangis, mulut panggil mama dye, mama mana mama, nak mama, nak mama, mak kejut yaya, tapi yaya tak bangun2, paih masih ego, paih cakap yaya pura2 tagih simpati, entah lah.

Paih ni bengong pon ada, mak cakap yaya demam, mak marah paih dekat depan, apa yang kami dengar, paih cakap elok2 dengan mak, paih tak pernah sentuh yaya, paih siap cakap yaya tu dara lagi, yaya tak rugi apa pon. Paih rasa paih x sesuai dengan yaya, mak mengucap panjang.

Mak tanya kenapa tak bagi tahu awal2 tak suka yaya, paih cakap, dulu tak nak bangkang cakap mak, paih tak ada pon tinggi suara dengan mak, tapi paih cakap, antara sbb paih tak suka yaya, sbb yaya tak mcm atikah, nk sembang bab ilmu agama pon yaya tak pandai, nak sembang bab hadis pon yaya tak reti, masak pon tak pandai, kemas rumah tak pandai.

Tapi bagi aku paih tak boleh salah kan yaya sebab benda2 mcm tu, benda tu semua boleh belajar, boleh dididik diasuh, pendapat aku yaya ni pembersih, tak berkira, pemurah, tak memilih, paih pon bkn sempurna. Aku kesian dekat yaya, paih mcm jahat sgt, yang paling aku sedih, yaya ada tweet, “first time jadi makmum awk”, “nak salam, tapi takut”, lepas tu ada tweet2 lain, “cantiknye pilihan hati awak”, “sy sudi berkongsi, tpi awk jgn tinggl sy ye, sy dh tak ada siapa”, “tiba2 rindu mama” dan sebagainya.

Lepas yaya baik demam kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan, berbuke di luar, masa dalam kereta mak tanya yaya, takde nak berbuka dengan kawan2 ke, yaya cakap, ada, tapi paih pesan jangan pergi mana2 selain dgn keluarga.

Remuk hati mak, mak cakap, pergi je, nanti mak cakap dengan paih, tapi yaya cakap, takpe, takpe, takpe. Paih pulak berbuka sorang2 dekat rumah, mak pernah bukak purse yaya, mak tanya ade RM2 je ke yaya?, yaya cakap, alaaa malu lah mak bukak purse kite, duit kite dah habis byr yuran, malu lah kite, mak tanya paih tak bagi duit ke, yaya gelak2, lambat2 baru cakap bagi.

Walaupon mak dan ayah yaya tinggal duit dekat yaya, tapi dia bkn jnis membazir, masa kami pergi cari baju raya pon yaya mcm tak minat, yaya cakap baju dia dah banyak, ada satu hari, mak belikan yaya gelang, tapi mak suruh paih bagi dekat yaya, konon mcm paih yg belikan gelang tu, tapi paih ckp, xpyh bagi lah mak, bazir je, abg simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti je lah.

Aku tak tahu lah paih ni perangai mcm ape je lagi, org luar dok nmpk dye baik sgt, padahal dgn isteri sndri, layanan mcm apa je lagi. Aku mls nk masuk campur, tapi sepanjang yg aku nmpk dgn mata aku ni, paih ni jahat, kesian yaya.

Hi korang, terima kasih admin sbb sudi approve kisah tentang abg dan kakak ipar aku (“Alim” Konon). Kepada yang share, comment dan like tu, terimaksih ye, sebab nye paih dah baca confession aku. One of his friends, mention his name dekat komen, and he replied but denied it.

Pada mulanya kecut perut jugak bile nampak paih komen dekat post tu, tapi buat2 cool, kak mila & kak fatin cakap biar paih tu sedar apa yg dia buat tu salah, biar dia sedar diri, bile famili nasihat dia merajuk keluar rumah, so sekarang kita tgk kalau org ramai kritik, paih nak berubah ke tak.

Ikut kan hati aku nak stop setakat ni je, biar si paih fikir sikit, tapi aku tetap tulis Part 2 ni sebab nak cita pasal hari ni (pergi rumah atikah) & sikap paih yg dah baik sikit ni. Sejak paih baca dan comment dekat post sebelum ni, aku rasa dia macam dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya, tapi mcm dah baik sikit aku rasa, terus terang aku cakap, layanan dia dah lain sikit, nampak mcm malu dengan sikap dia sebelum ni.

Misalnya, dia dah jarang cari pasal dengan yaya, bila tengok tv pon dia boleh duduk sebelah yaya (sebelum ni yaya kena halau kalau duduk satu sofa dgn dia), dia dah boleh kongsi kerepek dengan yaya, kongsi cawan. Tapi.. masih lagi panggil aku kau aku kau, tak ade pulak nak tersasul abg ke ape ke.

Paling obvious skli bila paih suruh yaya yg drive masa nak pergi raya dan masa nak pergi rumah atikah. FYI yaya ni tak cekap sgt bawak kereta, paih gigih paksa yaya bawak kereta, alasannya dia penat drive, padahal, kak mila, kak fatin , aku dan mak semua cekap drive. Yaya yg tak cekap tu jugak di suruhnya. Macam2 lah adegan jadi, paih tak ade marah2, dia cakap elok2, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okey tengok kereta belakang dulu, okey lepas kereta ni boleh potong.

Mak cakap paih nak sembang dgn yaya, mak cakap paih nak yaya duduk sebelah dia, sbb kalau paih drive, mak akan duduk sebelah paih & yaya duduk belakang sekali, tapi kalau yaya drive, paih duduk sebelah yaya & mak duduk belakang. Walaupon alasan yg mak bagi mcm tak kukuh, tapi kami iyekan aje, masa ni mmg nampak lah paih tolerate sikit dgn yaya.

Tapi masa otw p rumah atikah tu, paih nampak lah tgn yaya menggeletar, paih tanya kenapa, yaya jawab lapar. Mak cakap org bdn kecik mcm yaya memang mcm tu, tak boleh mkn benda merapu, kena makan nasik ontime, kalau lewat sikit mmg bdn menggeletar. Pernah sekali, yaya lapar smpai menggeletar bdn, lepas mkn nasik okey lah. Betul ke? Tapi, dalam hati aku kuat mengatakan yg yaya bkn lapar, tapi sbb dye gelabah, kan kami otw pegi rmh atikah (raya ketiga)

Mak mulanya tak mau ikut, tapi lepas paih pujuk cakap p raya semata, mak ikut, sekeluarga ikut. Masa ni kami masuk je rumah atikah, memang ramai sedara mara dia. Ayh dia smbut mesra, mak dia pon, atikah pon ada, aku dengar atikah cakap, “ni lah kawan yg kakak cerita tu” lebih kurang mcm tu. Sembang punya sembang, entah mcm mana, paih boleh cakap, org rumah sy pon stdy usm jugak. Jeng jeng jeng.

Masa tu mak atikah muka pelik, kami pon tak sgka paih nak cakap mcm tu, indirectly dia maksudkan yg dia dah kahwin. Mak atikah tanya, yg mana satu, paih pandang yaya, masa ni mak atikah terkejut kot, mak dia cakap yaya nmpak mcm adik paih, mcm budak tingkatan 3, cara mak atikah cakap memang sgt2 nampak tak selesa. Masa ni lah si atikah tuh dok puji2 yaya, cakap yaya ni baik lah, lawa lah, bagus lah.

Masa tu jugak, makcik atikah tanya yaya, dengan gaya2 org tua, dia tanya tak berisi lagi ke? Yaya mcm terkesima dapat soalan mcm tu, dia geleng2. Mak aku jawabkan, baru setahun kahwin, muda lagi, tapiiiiii, makcik tu boleh pulak cakap yg dia dulu kahwin muda, setahun kahwin dah ada ank, pastu dia mcm kondem yaya.

Cara dia cakap mcm yaya ni ade masalah kesuburan plk, siap suruh p check dkt klinik, masa tu semua pon terdiam, hanya mampu senyum kambing je, kami pon malas nak cakap benda2 gitu, tapi tiba2 paih cakap, belum ada rezeki lagi makcik, lagipon nak org rmh fokus bljr dulu. Masa ni kak mila dgn kak fatin dah gelak2, gelak mengejek gitu.

Serius, cara paih layan yaya mcm diorang ni pasangan yg tak ada masalah. Depan org mcm pasangan lain. Pelik, serius pelik. Mak atikah pulak mcm menyiasat si yaya ni, macam2 dia tanya, mak dia mcm nak tahu sgt pasal yaya. Yaya ni sensitif sikit bila org ckp pasal pemergian mama ayh dia. Yg si mak atikah ni pergi tanya.

Mama ayh kerja apa, duduk dekat mana. Mak yg tolong jawabkan, yaya ni yatim piatu, anak tunggal. Tpi mak atikah blh plk tnye, pergi knp, dh lama ke mama ayah dah tak ada, haishhh. Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang je lengan mak, mcm peluk mcm tu, nampak muka dia mcm dh tak ada mood. Yaya cakap, nak balik, terus si paih mintak izin nak balik.

Masa dlm kereta ni memang yaya dah monyokk je muka, dia naik paling awal, duduk paling belakang, bila paih suruh drive, dia cakap malas je, terang2 kami tahu dia sedih. Masa otw balik tu dah terdengar org menangis, teresak2, yaya menangis. Kak fatin peluk yaya, makin kuat dia nangis, mak cakap sabar lah yaya, nanti kite pergi kubur mama dan ayah yaya ye.

Aku rasa paih pon tak smpai hati. Dia berhenti tepi jalan, suruh kak mila drive, dia pon pergi duduk belakang sekali dekat sebelah yaya. Aku tak tahu apa yg jadi dekat seat belakang sbb aku duduk seat tengah dengan kak fatin, mak duduk sblh kak mila, sebelah driver. Tapi lepas tu yaya stop menangis. Bila aku pndg belakang dia dh tertidur.

Masa malam, yaya baring kat riba mak, mak usap2 kepala sambil tengok tv, masa ni paih dekat pintu dah, nak keluar, tapi dia patah balik masuk rumah, dia pergi dekat mak, dia letak tgn dekat dahi yaya, yaya of course terkejut, dia tepis kan, pastu dia betulkn tudung, paih terkejut jgk, dia terus blah.

Lepas paih keluar tu, mak tiba2 cakap, yaya mlm ni tido bilik paih ye (sejak seminggu last puasa yaya tidur bilik mak, sebab paih cakap sakit bdn tidur dekat sofa, kira mcm paih halau yaya dari bilik tu lah, tambah pulak sbb yaya *bocor*, paih jadikan alsn)

Selalunya kalau yaya tidur dlm bilik paih, paih akan tidur dekat ruang tamu. Tapi mak cakap, paih pon lelaki, lelaki dewasa lagi, umur dah banyak, mak pulak bagi hint dia dah tua lah apa lah. Tahu je lah mak2 ni mcm mna kan. Tapi, aku risau kalau paih marah2 yaya, sebab, paih tak sembang pon dgn yaya, dia tunjuk baik sikit je, cakap benda penting je, selain tu, tak pernah ckp aku rasa.