Bekas pelakon ni selamba sahaja cakap COVID19 tak bahaya. Ini penjelasan dia berkenaan kenyataan tersebut

Artis

Menjawab dakwaan, “C0vid tidak bahaya”, “SOP untuk takut-takutkan”
1. Semalam tular satu video seorang bekas pelakon bercakap mengenai C0vid-19:– “Tak ada apa pun C0vid ni. Tak nampak pun yang positif C0vid, m4ti menggelupur di tepi jalan.”– “Nak takut-takutkan sampai memporak-perandakan ibadah, memporak-perandakan kehidupan manusia. Kena game”– “C0vid tidak bahaya. Sampai kena l0ckdown, SOP macam-macam, nak kena itu nak kena ini…”

2. Ringkasnya, video ucapannya itu menjurus kepada mengajak orang ramai untuk tidak perlu takut dengan bahaya C0vid, sehingga dilihat mahu orang ramai supaya tidak pedulikan peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

3. Hujahnya, selain ‘tiada yang hembuskan nafas terakhir menggelupur tepi jalan’ ialah, statistik pemergian di Malaysia pada tahun pandemik (2020) lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.4. Jika ukuran bahaya atau tidak C0vid itu bersandarkan pada perbandingan jumlah pemergian di Malaysia per tahun, ia cara kiraan yang tidak tepat. Jumlah pemergian akibat C0vid yang kita lihat pada hari ini nampak rendah kerana antaranya disebabkan perkhidmatan kesihatan yang baik dan kadar jangkitan C0vid yang dikekang oleh peraturan (seperti PKP, SOP dan sebagainya).

5. Katakanlah Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit tidak diwartakan, MKN tidak mengeluarkan sebarang garis panduan, tiada norma baharu, manakala orang ramai di Malaysia bebas menjalani kehidupan yang sama seperti tahun-tahun sebelum pandemik – hasilnya, kadar jangkitan tentulah lebih serius.

6. Lebih ramai yang positif C0vid, bererti, jumlah pemergian juga bertambah.7. Jumlah pemergian akibat C0vid di Malaysia setakat 31 Disember 2020 ialah sebanyak 471, atau 0.4% daripada jumlah keseluruhan kes. Andaikan tiada kawalan pergerakan, peraturan, SOP dan sebagainya, kita congak secara kasar : 0.4% daripada 1 juta kes ialah 4,000 pemergian. Kalau 10 juta kes positif, cecahlah 40,000 pemergian

8. Ia belum mengambil kira kesan ke atas mereka yang lemah daya tahan sakit, berpnyakit teruk dan lihat juga kapasiti penempatan pesakit. Begitu juga dengan strain baharu virus yang lebih kuat kadar jangkitannya, seperti kes Sivagangga dan di UK baru-baru ini.

9. Sehingga 31 Disember 2020, berlaku lebih 1.8 juta pemergian di seluruh dunia akibat C0vid. Cuba lihat angka kes negara luar yang longgar kawalan serta peraturannya, atau yang kurang baik perkhidmatan kesihatannya, jumlah pemergian akibat C0vid adalah tinggi. https://www.worldometers.info/coronavirus/

10. Malah, kiraan statistikal yang dibuat ke atas negara-negara terbabit menunjukkan, kadar pemergian meningkat berganda tahun ini, akibat C0vid – antaranya Eropah, negara-negara bukan Islam.
https://ourworldindata.org/excess-mortality-c0vid

11. Benar, virus bukanlah perlu ditakuti berlebih-lebihan mengatasi kuasa Maha Besar. Tetapi meremehkannya juga tidak wajar sehingga menentang usaha mengekangnya. Apabila disebut ‘syumul’ dan mencakupi semua aspek, ertinya menjaga ny4wa (kesihatan) dan harta (ekonomi) juga terkandung di dalamnya.

12. Tentang dakwaan memporak perandakan ibadah (iaitu perjarakan saf dan PKP masjid), sebagai golongan awwam, adalah lebih baik kita serahkan dan akur kepada ahli-ahli arif di dalam bidangnya (ulama’) yang berhujah atas disiplin ilmu, bukan atas dorongan semangat-emosi. Ketetapannya seperti dalam Irsyad al-Fatwa (siri ke-40):
http://mufti.pahang.gov.my/…/hukum%20menjarakkan%20saf…

13. Bahkan, kes C0vid pada Mac lalu, membabitkan kluster dari Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, perlu diambil iktibar. Kumpulan ini pada dasarnya tidak berbuat salah (diberi kebenaran berhimpun pada Februari), tetapi dik3cam ramai, sehingga timbul pula fitn4h terhadap agama.

14. Justeru, meremehkan C0vid sehingga mengajak orang ramai menentang peraturan kawalan, tidaklah kami setuju dan ia suatu ajakan yang berb4haya. Bahagian lain tentang semangat, keteguhan serta usaha menyebar kebaikan, kami sokong dan puji bekas pelakon itu.kredit: Korek Korek

Patuh SOP ‘v4ksin’ terbaik p3rangi pand3mik C0VID-19

C0VID-19 dikategorikan sebagai fenomena transnasional hingga tiada satu negara pun dapat memeranginya secara sendirian. Pasti, topik hangat diperbincangkan dalam kalangan pakar perubatan dan orang awam ialah penciptaan vaksin menghalang jangkitan pandemik ini.

Namun, Prof Charles Bangham dari Imperial College, London mempersoalkan bilakah vaksin efektif boleh dihasilkan, sejauh mana keberkesanannya dan berapa lama masa diambil untuk mengagihkannya.

Paling mengejutkan, saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS), William Haseltine yang terbabit penyelidikan inovatif berkaitan kanser dan HIV/AI-DS memberi amaran vaksin C0VID-19 ‘mungkin tidak akan ditemui.’

Bagaimanapun, sesetengah pakar menyatakan vaksin akan tersedia dalam masa beberapa bulan, meskipun pakar lebih realistik meramalkan ia perlu mengambil masa lebih panjang, iaitu lebih setahun.

Vaksin BCG contohnya mula ditemui dan dicipta pada 1920, tetapi secara umum digunakan di Barat hanya pada 1927.

Namun, Kerajaan Britain optimis v4ksin bakal ditemui hujung tahun ini dan akan mula diagihkan awal tahun depan, meskipun ramai pakar perubatan mencurigai.

Britain menyediakan dana 22.5 juta euro untuk mempercepatkan kajian vaksin C0VID-19 dilakukan Imperial College yang diketuai Prof Robin Shattock.

Pasukan Shattock sejak awal Februari lalu sudah menguji vaksin itu. Penemuan awal terhadap haiwan diuji mendapati vaksin itu mampu meneutralkan antibodi bagi menentang SARS-CoV-2.

Ketika ini, pasukan terbabit sedang menghasilkan vaksin seterusnya dan akan menguji, sama ada ia akan menghasilkan tindak balas serupa terhadap manusia, seterusnya berjaya memberi perlindungan daripada C0VID-19.

Sebaliknya, Dr Fiona Culley dari institusi berkenaan berpendapat penghasilan vaksin bukan semudah dijangka. Sejarah pembangunan vaksin sebelum ini penuh dengan siri kegagalan. Pastinya tiada yang menginginkan kejadian Dengvaxia pada 2017 berulang apabila vaksin denggi di Filipina menyebabkan pemergian ratusan pelajar.

Penghasilnya, Sanofi Pasteur mendapati vaksin itu memburukkan lagi kesan jangkitan denggi dalam kalangan pesakit yang tidak pernah ada sakit itu selepas kerajaan menyuntik kanak-kanak sekolah.

Tambahan pula pendekatan konvensional biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun sebelum boleh diuji kepada manusia di klinik.

Tambahan pula, syarikat farmaseutikal AS, Pfizer menjelaskan ada kesan sampingan ringan dan sederhana ditemui dalam ujian manusia terhadap vaksin COVID-19 yang dihasilkan bersama syarikat bioteknologi Jerman BioNTech untuk memberikan kekebalan terhadap virus itu.

Kebanyakan subjek diberi vaksin terbabit mengalami keletihan, sakit kepala, menggigil dan sakit otot, beberapa antaranya demam dan sebilangan kecil mengalami demam tinggi.

Perlumbaan membangun dan menghasilkan vaksin C0VID-19 sedang rancak. Royal Society DELVE Initiatives, iaitu badan kajian epidemik berautoriti United Kingdom (UK) menyatakan lebih 200 pihak seluruh dunia sedang membangunkan vaksin.

Sehingga 30 September lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan 192 vaksin C0VID-19 cuba dihasilkan di seluruh dunia dan 41 daripadanya kini dalam ujian klinikal.

Namun, belum ada percubaan vaksin melepasi ujian klinikal fasa ke-3 pada skala besar, iaitu langkah perlu sebelum mendapat kelulusan pengawal selia untuk penjualannya.

Vaksin C0VID-19 perlu mempunyai kadar kejayaan 50 peratus baik dengan mencegah jangkitan atau mengurangkan keparahan sakit, selain mempunyai liputan 60 atau 70 peratus dalam kalangan penduduk.

WHO menyebut ada kemungkinan vaksin C0VID-19 akan tersedia akhir tahun ini. Beberapa vaksin sedang dibangunkan, iaitu Remdisivir, ASO3, Inno-400, mRN-1273 dan TAK-88. Paling terkehadapan ialah Remdisivir dengan percubaan klinikal ketiga sedang dijalankan bagi mengenal pasti tahap keberkesanan dan keselamatannya terhadap pesakit.

Keberkesanan vaksin masih sukar diramalkan, walaupun ada pelbagai laporan positif. Antara cabaran terbesar syarikat biofarmaseutikal ialah faktor kewangan, percubaan klinikal dan pemasaran.

Percubaan klinikal memerlukan sejumlah besar pesakit C0VID-19 secara sukarela menjalani ujian imunisasi. Bagaimanapun, tinjauan mendapati, dua pertiga atau sembilan daripada 10 responden dalam kalangan rakyat Austria menolak mengambil vaksin berkenaan.

Disebabkan C0VID-19 masalah sejagat, sudah tiba masanya masyarakat dunia bekerjasama dalam memerangi wabak itu. Oleh itu, penghasilan vaksin sepatutnya menggalakkan kerjasama antarabangsa, bukan persaingan tidak sihat.

Di Malaysia misalnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Luar bagi memastikan Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi antara negara terawal mendapat akses v4ksin C0VID-19 selepas siap dan dipasarkan kelak.

MOSTI juga bekerjasama dengan Kedutaan Besar China di Kuala Lumpur mengenai kemungkinan kerjasama dalam ujian klinikal untuk v4ksin C0VID-19 dan berharap dapat terbabit dalam kerjasama lebih banyak bersama negara lain.

Kita turut bekerjasama dengan UK, India, Bosnia dan Korea melalui platform antarabangsa Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) dalam usaha ini.

Malaysia akan menyertai pelan peruntukan v4ksin C0VID-19 global, COVAX, bagi memperoleh sebahagian bekalan v4ksin vir-us itu.

Menurut MOSTI, ketika ini kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia itu dengan Pakatan V4ksin Global (GAVI) yang mengendalikan COVAX. Malaysia melalui KKM juga menandatangani non-disclosure agreement dengan beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa sedang menguji v4ksin pada peringkat fasa ketiga, untuk berunding mengenai bekalan v4ksin.

Namun, Malaysia tidak mahu terburu-buru dalam pembelian v4ksin C0VID-19 kerana mahu memastikan terlebih dahulu v4aksin berkenaan benar-benar berkesan dan selamat digunakan.

Tiga negara sudah menawarkan diri menjalankan ujian kepada penawar baharu C0VID-19 yang dibangunkan Sinovac Biotech Ltd dari China. Negara pertama menerima v4ksin itu ialah Brazil dengan 9,000 pekerja kesihatan di enam negeri akan diuji.

fDua lagi negara berminat ialah Bangladesh dan Indonesia. Sebanyak 4,200 sukarelawan daripada tujuh hospital C0VID-19 di Dhaka akan diberikan v4ksin itu, manakala Indonesia sudah melakukan ujian bagi v4ksin bermula Ogos kepada 1,600 individu berusia 18 hingga 59 tahun di Bandung.

Selagi belum ditemui, ‘v4ksin’ terbaik adalah mengamalkan budaya baharu dalam masyarakat, iaitu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dengan sabun dan pemakaian pelitup muka.

Ada Yang Limpanya Bergerak Ke Bahagian Tubuh Lain Selama 48 Jam. Berikut Antara 5 Sakit Pelik Yang Wujud Selain Daripada COVID19

Covid-19 bukan satu-satunya sakit yang datang secara tiba tiba kepada manusia pada 2020.TIDAK dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan sakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa sakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah sakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.

1. Kncing hijau.Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kncing mendapati air kncingnya berwarna hijau.Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kncing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.Terdapat beberapa sakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.

2. Batu kapur pada usus.Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas operasi diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.

3. Air kncing bertukar alk0hol.Air kncing seorang wanita berubah menjadi alkohl padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman kras beberapa hari sebelumnya.Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kncingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohl.

4. Organ bergerak.Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.

5. Tiga ginjal.Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.