Bekerja siang dan malam demi mencari wang yang cukup untuk majlis perkahwinan. Tapi semuanya berubah bila masing masing bertunang dan duduk jauh dan ini yang terjadi kepada lelaki tersebut

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum semua. Thanks admin kerana approve cerita aku. Maaf jika penceritaanku mungkin agak berserabut kerana aku memang tengah serabut. Apa yang aku nak luahkan ni dah lama terbuku dalam hati. Aku takde tempat untuk share segala masalah. Aku pendam aku simpan selagi mampu.Aku harap pembaca semua dapat memberi nasihat dan pandangan utk aku kuat teruskan hidup. Kritiklah aku jika itu yang selayaknya aku dapat.

Aku Daud, 26 tahun, tinggal di kotaraya, kerja di sektor swasta. Aku ditawarkan pekerjaan sejurus selepas menggenggam segulung ijazah. Bagiku segala yang aku rancang alhamdulillah berjalan dgn lancar seperti yang aku plan utk hidup aku.Aku kenal dia sejak aku mula2 masuk ke kampus di tahun 1. Entah macam mana aku tersangat suka kt dia, hingga timbul keberanian utk bersemuka dgn orang tuanya meminta restu dan menyatakan hasrat utk berkawan dgn anak mereka. Alhamdulillah tindakan aku tepat dan ibu bapanya merestui hajatku.

Bibit percintaan mula berputik hari ke hari. Aku ikhlas cintakan dia. Aku berikan seluruh jiwa raga cinta yang ada pada diriku kepada dia. Aku nyatakan hasratku utk mengahwininya, tapi kena tunggu hingga kehidupanku benar2 stabil barulah aku akan menikahinya. Aku berasa sangat terharu kerana dia faham tujuan aku dan sanggup menungguku hingga masanya tiba. Ini membuatkan aku berazam bersungguh2 bekerja kuat utk halalkan dia bersamaku.

Aku kerja di KL manakala dia dapat posting ke sarawak selang beberapa bulan selepas aku bekerja. Kadangkala aku kasihan melihat dia struggle utk sesuaikan diri ditempat baru nun jauh ke pedalaman sarawak. Ku tiupkan kata2 semangat utk dia terus berjuang disana demi mendidik anak bangsa. Alhamdulillah dia dapat sesuaikan diri setelah hampir 2 bulan di sana.

Kami mengambil keputusan utk mengikat tali pertunangan. Disinilah bermulanya aku di uji dengan ujian yang aku sendiri tak sangka. Selepas bertunang, aku bekerja siang dan malam demi mencari wang yang cukup utk majlis perkahwinan kami. Aku tak rela buat loan semata2 utk kahwin. Aku kerahkan segala kudrat yang ada yang termampu aku buat. Aku berkerja di pejabat seawal jam 7.30 pagi hingga jam 8.00 malam dan disambung pula dgn part time chef di hotel berdekatan hingga jam 2 pagi.

Begitulah rutin harianku, demi mencari sesuap nasi. Penat, exhausted, tak cukup rehat, mengantuk, semua aku dah lali. Aku rahsiakan semua ini daripada dia kerana aku taknak dia risaukan keadaan aku. Namun, ini telah menyebabkan aku kurang berhubung dgn dia. Beberapa kali kami berbalah disebabkan salah faham dek kerana jarang berhubung.

Aku faham perasaan dia yang kesunyian, dan pada masa yang sama aku jgk harap Allah tenangkan hati dia agar faham keadaanku. Beberapa bulan sebelum hari pernikahan kami aku mula perasan perubahan perangainya. Aku beberapa kali cuba nasihat dan mintak penjelasan tapi akhirnya hanya sakit hati yang aku dapat. Mula2 memang rasa sakit hati dan marah tapi aku rasionalkan diri utk faham keadaan dia dan letak diri aku pada tempatnya.

Namun keadaan tak juga berubah. Mungkin Allah nak tunjuk pd aku, ketika kami berjumpa utk berbincang tentang majlis perkahwinan kami aku ternampak mesej dari sorang lelaki yang tidak aku kenal. Rupanya dia berbalas mesej dengan seorang lelaki tanpa pengetahuanaku. Aku sebagai tunang rasa sgt kecewa.

Aku mintak telefon dia utk baca mesej2 diorang tp reaksi yang aku terima sangat menyedihkan. Aku dimarah dan dikatkan cemburu bta. Hati lelaki mana yang tak terluka bila diperlakukan mcm tu. Kami berbalah agak lama, dan dia langsung tak pujuk malah langsung tak mesej ataupun call aku. Aku kuatkan hati, aku pujuk sendiri hatiku, mungkin ini dugaan bertunang.

Aku bersangka baik dgn tunangku. Aku hormat dia sebagai seorang perempuan. Aku rendahkan ego aku sbg lelaki dan aku pohon maaf kepada dia. Alhamdulillah hubungan kami kembali pulih. Aku ingat dia dah berubah, jangkaan aku meleset sama sekali. Beberapa hari sebelum majlis pernikahan kami sekali lagi Allah tunjukkan kepada aku. Rupa2nya dia masih lagi berhubung dgn lelaki tu, dan kali ni dia mengaku yang dia suka kpd lelaki tu.

Aku terduduk, mulut aku terkunci rapat, hati aku pedih, air mata aku hampir jatuh tp aku tahan sekuat mungkin. Dengan berbaki beberapa hari ja lagi menuju hari bahagia kami, perkara ni sangat2 melukai hati dan perasaan aku. Fikiran aku buntu, otak aku serabut. Aku sangat sayangkan dia. Tapi tergamak dia buat mcm ni kat aku. Dia meminta maaf kerana mempunyai perasaan cinta kepada lelaki lain selain aku.

Pumyalah dia mempertahanakan lelaki tu sedangkan aku sebagai tunangnya dipinggirkan. Dia cakap perasaannya sekarang berbelah bahagi antara aku dan lelaki itu. Dia minta aku berikan masa untuk dia berfikir, pada masa yang sama meminta aku supaya melakukan yang segala yang terdaya utk tawan kembali hatinya. Aku buntu.

Aku hantar dia balik kampung supaya dia dapat tenangkan fikiran sebelum kami bergelar suami isteri. Selang beberapa hari aku berbincang dgn dia secara hati ke hati tentang majlis perkahwinan kami dan akhirnya dia berjanji akan melupakan lelaki tu dan ingin meneruskan perkahwinan kami.

Alhamdulillah majlis kahwin kami berjalan lancar. Namun entah kenapa hati aku rasa tak pernah tenang. Aku tak tahu kenapa. Aku buang jauh2 perasaan tu. Tapi perasaan tu keep on datang. Aku nekad beli tiket flight pegi ke sarawak tanpa pengetahuan dia. Rupa2nya sekali lagi Allah nak tunjuk dekat aku, betapa kecurangan tu tetap akan berlaku walau sebaik mana pun kau cuba utk elak.

Isteriku sendiri kantoi keluar dan bermesra dengan lelaki tu di depan mata aku. Isteri yang aku nikahi tak sampai sebulan tergamak curang dengan aku. Allah taala saja yang tahu betapa hancurnya hati aku, betapa luluhnya hati aku, betapa pedihnya luka yang aku rasa sebagai seorang suami. Aku menangis terduduk keseorangan. Aku rasa dunia ni sangat kosong sangat gelap. Sangat berat dugaan yang Allah timpakan ke atas aku.

Dia datang melutut meminta maaf kepadaku. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Hati aku hncur. Segala pengorbanan penat lelah aku selama ni sgt sia2. Aku rasa seperti aku seorang saja yang bersungguh2 mempertahankan hubungan ini. Sedang aku bekerja siang malam demi kesenangannya tergamak isteriku sendiri berf0ya2 dengan lelaki lain. Lafaz talak berlegar2 dibenak kepalaku. Aku tak tahu nak buat macam mana.

Aku cuba rasionalkan diri. Wajah ibu ayah dan keluarga mertuaku bermain difikiran. Aku fikirkan maruah keluargaku jika kami bercerai dalam usia perkahwinan yang tak sampai sebulan. Aku fikirkan juga maruah keluarga isteriku jika mereka tahu keadaan yang sebenar. Aku tak sanggup nak tengok kesedihan dan kekecewaan pada wajah ibu dan ayahku serta mertuaku. Biarlah aku yang tanggung segalanya. Demi maruah keluarga aku maafkan perbuatan dia tanpa aku redha sedikit pun.

Kini sudah hampir 3 tahun kejadian ni berlalu. Namun, aku tak pernah lupa setiap detik yang berlaku. Dalam tempoh 3 tahun ni tak pernah sehari pun berlalu tanpa aku fikirkan nasib yang menimpa diriku. Kami masih suami isteri. Dia mungkin sudah berubah. Tp aku tak lagi menaruh harapan kepada dia kerana kepercayaan aku terhadapnya telah tiada.

Sejak akhir2 ni aku sering terimbau kembali kejadian 3 tahun lepas, dan setiap kali itulah aku menangis. Perasaan cintaku terhadap dia sudah tiada. Perasaan kasihku terhadap dia sudah tiada. Perasaan sayangku terhadap dia sudah tiada. Tiada apa lagi yang ada pada diri aku utk aku berikan kepada dia kerana segala2nya dah hancur. Dan hubungan yang dibina semata2 atas dasar maruah keluarga, bukan lagi atas dasar cinta.

Kejadian tu telah buat aku berubah. Aku bukan lagi diriku yang dulu. Kami masih lagi pjj. Kini aku lebih suka menyendiri, aku rasa lebih selesa bila sorang2. Aku setia, aku berusaha keras, bertahun2 aku simpan hati aku utk dia, aku buat segala2nya utk dia tapi hanya untuk disia2kan. Aku rasa kosong. Tolong lah apa yang patot aku buat

Dikala Dilanda Musibah, Kembalilah Ke Jalan Allah Dan Percayalah Pasti Ada Ganjarannya. Inilah Yg Terjadi Dalam Hidup Aku

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.
“Roti canai” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini. Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu, hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita. Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

Saya bekerja di bahagian ‘script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!”katanya tidak puas hati.Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ‘solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza – bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”Ya, begitulah juga dengan saya, hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia, itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya. Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu.”

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena.Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :” Mmm…sedap..”Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya. Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

Suami Kaki Perempuan, Kaki Game Tapi Aku Pernah Mengalah Hanya Disebabkan Anak. Namun Apa Yang Terjadi Kini Dah Buat Aku Give Up.

Aku budak UIA dan aku dah kawen. Aku kawen dengan suami tecinta lepas 2 tahun kami berkawan. Dalam masa 2 tahun tu aku banyak kali nak putus sebab rasa macam xserasi dan xyakin. Tapi xputus jugak. Dia xnak lepaskan aku. Aku tepikat kat dia jujurnya sebab dia cute. Lepas dah kawan, aku find out yang dia boleh tolerate dengan prangai2 aku. Perempuan kan banyak perangai lagi2 time nak datang bulan. So aku go on je walau hati aku ni was2.

Aku kawen 6 tahun lepas. Sehari lepas aku nikah ada sorang mamat ni msg aku, “Si L tu suami ko kan? Baik ko jaga dia elok2. Luar macam malaikat. Tapi belakang macam sial. Dasar main kayu tiga” aku ingat lagi msg mamat tu cmni. Aku cuak! Pastu aku mula selidik2, tanya kawan2 dia. Tapi sume orang cakap suami aku baik. Jadi aku decide abaikan je.

3 bulan lepas kawen, aku mengandung. Morning sickness aku teruk. Orang lain sampai 3 bulan je. Aku sampai 8 bulan! Asyik nak muntah je kejenya. Lebih menyedihkan, bulan 6 pregnancy, aku terbaca msg fb suami aku dengan perempuan lain! Bercinta! Aku xcari tapi Allah nak tunjuk. Dia lupa logout fb. Makin aku scroll msg2 tu makin aku menyirap xtahan!

Aku xsangka sangat2 suami aku yang nampak baik, nampak alim, soleh kat lua tu betul2 buat aku macam tu! Terus aku teringat msg mamat dulu tu. Aku cuba msg dia malangnya dia xbls. Malam tu, aku xtanya direct ada perempuan lain ke x. Aku nak test dia je.

“U sayang i x”“Sayang”“Sayang i sorg jeke”“Yelah u sorang je. Mana ada orang lain. Nape tiba2 tanya macam ni”“Nothing, jusk asking”Tapi dalam hati aku, darah ni mendidih2 sebab dia menipu! Aku baca msg2 dia, penuh sayang2 dengan perempuan tu. Siap nak jadikan number 2 lagi! Helo, hutang kau belambak, duit dapur pun aku yang topap, ada hati nak bini 2!

Aku tahan sangat2 semua perasaan marah sedih geram. Dan buat macam biasa. Esoknya, aku copy segala dan aku simpan. Ni bukti ko curang dengan aku dan aku akan guna satu hari nangi. Xsampai setahun kawen lagi ko da buat perangai! Disebabkan aku dok rumah je sorg2, lama2 pecah juga empangan air mata ni.4 hari 4 malam aku menanges xberenti! Dan xbercakap 1 patah perkataan pun! Suami asyik tanya kenapa kenapa. Dia cuak. Hari ke 4, aku decide, aku cakap “Lepas lahir baby ni, kita akan duduk asing. U nak buat apa,buat lah. I dah xnak heran”.

Dia sangat2 tepanjat. Dia asyik tanya kenapa. Lastly aku ckp, tengok fb. Bila dia buka fb dia, baru dia tau yang aku da baca msg2 perempuan tu. Dia hanya diam tanpa penjelasan apa2. Minta maaf? Langsung tidak!Bila aku tanya2 nak minta penjelasan, sama ada dia pura2 tidur atau hanya geleng kepala dan cakap ‘tak’. Macam tu je berhari2. Geram giler tahap gaban suami camni. Bile dah lahir baby ni, aku macam xreti handle sorg2. Yelah first time. Suami banyak tolong mandikan, siapkan baby sume. Bila aku tengok contribution dia, lama2 aku sejuk. Aku maafkan dia dan aku decide utk lupakan je hal2 lama.

Malangnya! Sekali lagi, 3 tahun lepas tu, aku disahkan mengandung anak kedua. Sama juga, 6 bulan kandungan, aku terbaca dia wasap perempuan yang sama! Ya allah aku ingat selama ni dah xde! Rupanya masih berhubung! Suami yang sangat xmalu! Memang kali ni aku nekad lagi. Lahir baby ni aku nak pergi mahkamah terus!

Aku sekali lagi menanges macam orang gile tapi kalini hanya sehari. Aku asyik tanya untuk dia jawab betul2, kalau suka sama suka, kawen je. Aku xnak jadi penghalang. Aku boleh pinangkan untuk dia. Dengan syarat lepaskan aku dulu. Dia asyik geleng tanpa penjelasan dan menanges sama. Waktu dulu juga aku cakap yang sama. Nak pinangkan untuk dia tapi dia xnak.

Namun, nekad hanya tinggal nekad. Aku xpergi2 lagi court sampai sekarang. Baby aku pun dah setahun. Sampai sekarang aku xtau dia dengan perempuan tu mcmana. Tapi aku ada cakap, kalau berlaku lagi sekali aku xkan maafkan dan aku akan terus bagitau mak dia. Mak dia ialah kelemahan dia. Dia memang takut aku bagitau mak dia sebab mak dia mesti akan bash dia hidop2.

Sebenarnya, bukan masalah perempuan je yang buat aku xtahan. Dia juga kaki game online. Pernah ada satu masa dia habiskan beribu untuk naikkan level game dia. Dia asyik cakap xde duit. Sedang aku dan anak aku,bhari2 hanya makan telur, nasi dan kicap. Tiap2 bulan meminjam orang! Sampai bergaduh dengan anak sebab anak nak main dengan dia, dia marah2 jangan kacau dia main game.

Ada satu ketika anak aku tarik seluar dia nak main sama2, tapi dia tepis anak aku sampai terjatuh dan dia terus sambung game tanpa rasa bersalah. Anak aku menangis, dan aku dengan hilang sabar terus baling remote sampai berkecai. Aku bukan jenis baling2 atau meroyan2. Aku jenis simpan,cool dan seboleh2nya berdiplomatik dalam segala urusan. Ye memang merimaskan sebab xblh nak let out. Tapi itulah aku.

Satu hari aku cakap, kalau pinjam orang lagi, main game lagi, habiskan duit lagi, aku baling henfon tu sampai pecah dan kau tengok aku mati. Waktu tu dia pura2 tidur dan xsangka esoknya, dia berubah. Dah xmain game. Mula tido awal sama2 aku dan anak. Kalau x, aku tido pukul 11 malam, dia tido pukul 3,4 pagi. Banyak kali jugak kami tido asing2.

Malangnya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Sekarang dia dah mula perangai game dia semula. Aku dah xtahan. Sbb bila dia dah start main game, berjam2 mengadap fon dia xkan hirau apa2 yang berlaku keliling. Lagi satu,bila dia dengan fon,aku dah xpecaya game semata. Mesti ada chat dengan prmpn lain.Selain itu, solat suami mmg xckup 5 waktu. Ye itulah punca segala masalah! Aku banyak kali pesan, jangan xsolat nti kite gaduh lagi. Tp sekali pesan sekali je buat. Lepas tu xbuat. Aku rasa dah xnak jadi penasihat dia lagi.

Banyak lagi unsur2 lain yang buat aku give up dan fed up sebenarnya. Aturnya, famili dia ingatkan aku yang kontrol duit suami dan xbagi suami duit. Aku dengan mak metua memang xbaik sangat sebab kejadian duit hutang yang suami patut bayar, xdibayar. Dulu2 waktu 1 tahun kawen. Aku jenuh pertahankan suami sebab suami aku memang xde duit time tu. Tau mak dia ckp apa?Ko baru kawen, tapi rumah ko lengkap sume. Mewah!

Ya allah nak tecabut pinggang rasa! Tu duit aku kumpul! Xguna langsung duit anak dia. Duit aku kumpul time kat uia buat partime macam2. Dan banyak sangat barang, mak aku yang sponsor dan hadiah. Mak metua? Bagi periuk 3bijik je! Aku ckup2 terasa! Tp aku amik keputusan untuk diam sebab xnk keruhkan suasana.

Bapak metua aku pulak siap sound, ko orang luar jangan campur urusan rumahtangga aku.Yang ni aku sentap gile2. Ok fine, aku kawen dengan anak ko, aku panggil ko bapak, tapi ko cakap aku orang luar. Fine, ko hidup la baik2 ngn bini baru ko. Start dari peristiwa2 tu aku memang xnak ada hal or xnak ada isu dengan famili suami.

Sekarang aku dengan suami jarang becakap dan dah xtdo sekali. Aku memang nak sangat ceraikan suami aku. Tapi dia xnak ceraikan aku. Aku banyak kali mintak selesai cara elok. Tp dia xnak. Aku buntu! Aku sangat xtahan dengan habit dia. Bia la perempuan lain yang jadi isteri dia, jaga dia, sayang dia. Aku dah give up! Dah fed up!

Of course aku solat. Aku orang yang sentiasa ingat bahawa xde kuasa ataupun kejadian melainkan Allah yang mengizinkan. Aku org yang sangat yakin dengan Allah.Tapi yang ni aku dah xboleh tolerate. Aku dah sampai tahap tepu yang tak boleh langsung dipujuk2. Aku nak ceraikan suami aku! Tolong! Macam mana!