Beliau akan catat nota untuk setiap kluster-kluster baharu. Dr Fadly Khairie dedahkan sikap dan cara kerja DG Hisham yang ramai tak tahu

Berita

Bertali leher dan memakai jaket rasmi itulah susvk karisma figura negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah setiap kali tampil di kaca televisyen.Bahkan, suara beliau juga yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan semasa COV1D-19 di negara ini.

Namun di sebalik pengumuman itu, tahukah anda usaha dan persediaan yang dilakukan oleh beliau bersama para petugas barisan hadapan untuk mengumpul maklumat yang disalurkan kepada masyarakat sebenarnya tidak mudah.Dr. Noor Hisham sendiri yang turun padang untuk memastikan segala-galanya sempurna.

Perkara itu dikongsi oleh Dr Fadly Khairie menerusi posting di akaun Facebook miliknya.Menurut Dr Fadly, Dr Noor Hisham menjalankan tugasnya seawal pukul 8 pagi.“Sampai hati ada orang kata Tan Sri DG kami buat berita hari-hari, takut m4ti tak mahu turun ke Sabah.“Mungkin ramai yang tidak tahu waktu-waktu kes covi1d tinggi, setiap hari tepat pukul 8 pagi Tan Sri akan memulakan mesyuarat samada beliau sendiri datang ke CPRC atau melalui vc.

“Tan Sri akan dengar betul-betul setiap pembentangan, lagi-lagi laporan kes harian. Bukan setakat itu, beliau akan catat nota untuk setiap kluster-kluster baharu. “Kebiasaanya beliau akan tanya apa punca kluster, berapa ramai sudah disaring, cohort ini berapa ramai, macam mana boleh tersebar dan bermacam-macam lagi,” tulisnya.

Dr.Fadly juga menjelaskan DG Hisham akan menelaah terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan mengenai kluster-kluster baharu.“Sebelum sidang media pun kami diminta untuk memberi masa supaya Tan Sri DG sempat membaca dan menelaah dahulu kenyataan yang disediakan dan juga slide-slide dan infografik yang akan dipaparkan. 

“Kalau sesiapa perasan juga ketika Tan Sri melaporkan kluster-kluster aktif, beliau bukan membaca kenyataan media tetapi beliau sedang membentangkan slide yang dipaparkan.“Kenapa sampai begitu sekali? Sebab sampai masa Tan Sri DG perlu hadir untuk mesyuarat-mesyuarat penting. 

“Tan Sri DG perlu yakin mewakili seluruh anggota KKM memberi input teknikal dan professional kepada stakeholder yang terlibat. Bukannya boleh bawak ramai-ramai orang waktu itu.“Sebab itu waktu saya bertugas di CPRC dulu, Dr Hazlina selalu ingatkan pada kami semua. “Slide laporan harian ni kita kena buat sungguh-sungguh sebab Tan Sri nak study betul-betul nanti.”

“Sewaktu kita berperng ini, kami di KKM tidak pernah sambil lewa memainkan tugas masing-masing,” jelasnya.Sebelum ini Dr Noor Hisham pernah dituduh takut mti apabila beliau dikatakan tidak ‘turun padang’ ketika w4bak COVID-19 melanda Sabah.Disebabkan dakwaan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terpanggil untuk mengulas mengenai hal tersebut.

Isu Kenyataan Yang Dibuat Oleh Ahli Parlimen Bintulu. DS Tiong King Sing Mohon Maaf Dengan Kata Katanya Ketika Perbahasan Belanjawan 2021 Di Dewan Rakyat Baru Baru Ini

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, beliau tidak berniat dan terdetik untuk menafikan amalan mulia semua barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, doktor dan jururawat.

Menurutnya, bagi memastikan persidangan Dewan Rakyat lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, beliau membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021.”Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah).

“Saya tidak mahu kerana saya, seluruh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.King Sing sebelum ini membangkitkan isu mengenai Ketua Pengarah Kesihatan yang tidak turun padang dan hanya membuat sidang akhbar harian untuk mendapatkan publisiti.

Beliau berkata, adakah ketua pengarah dan timbalannya tidak mahu turun padang ke Sabah kawasan yang paling tinggi kes koronavirus (Covid-19) kerana takut mati.Susulan kenyataan itu, beberapa ahli Parlimen terutama pembangkang menuntut permohonan maaf.Bukan hanya pembangkang, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya turut meminta ahli Parlimen Bintulu itu untuk memohon maaf.

Menurutnya, polemik mengenai kenyataan ahli Parlimen yang dikatakan menghina penjawat awam perlu dihentikan segera dan individu terbabit perlu berjiwa besar dengan membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya.Beliau berpandangan perkara itu tidak wajar berlaku apabila ahli Parlimen terbabit mengeluarkan kata-kata sinis apatah lagi mencaci penjawat awam yang telah menjalankan tugas dengan sebaiknya.Malah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut menyelar kenyataan itu yang disifatkan satu yang tidak wajar, mengejutkan dan memalukan.

Ulas Ringkas Kenyataan Seorang Ahli Parlimen. Datuk Dr Zulkifli Tampil Beri Ulasan Di Laman FBnya Untuk Renungan Bersama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, terpanggil untuk mengulas ringkas kenyataan seorang Ahli Parlimen yang menyatakan Ketua Pengarah (KP) Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sebagai ‘takut hembuskan nafas terakhir’.Zulkifli menerusi sebuah hantaran di laman sosial rasmi Facebook (FB)nya berkata tujuan beliau memberikan pandangan adalah untuk menjadi renungan bersama.Beliau turut berharap Ahli Parlimen GPS-Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing tidak bermaksud untuk berkata demikian ketika perbahasan dalam sesi yang berlangsung semalam (Rabu).

“Saya amat berharap, itu bukan maksud sebenar beliau. Mungkin ada penjelasan lanjut daripada beliau. Pun begitu, pandangan saya ini adalah untuk renungan bersama.“KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai.“Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut isu ini.“KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah negara,” tulisnya.Tambah Zulkifli lagi, isu ‘takut mati’ seharusnya tidak timbul kerana negara tidak akan berundur dari berjuang untuk keselamatan dan keamanan.Beliau turut mengaitkan kisah sahabat Rasullullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari bersama tentera muslim ketika berdepan dengan tentera Rom yang amat ramai dalam peprangan.

“Kisah ini sentiasa tersemat di hati saya dan menjadi pegangan hidup saya. Sekali kita berjuang, menegakkan prinsip dan kebenaran, apatah lagi perjuangan untuk keselamatan dan keamanan negara, kita tidak akan berundur!“Saya percaya, itulah semangat KP Kesihatan, jua seluruh barisan hadapan. Tak ada apa-apa yang boleh mengganggu fokus kita dalam usaha ini. Justeru, tidak timbul isu ‘takut mati’,” tulisnya.

Persoalan Isu Solat Jemaah Berjarak Dan Tak Rapatkan Saf Ketika Pndemik. Ini Jawapan Dr Zulkifli Bagi Menjawab Segala Persoalan Yang Menjadi Bualan Orang Ramai

Ekoran persoalan yang timbul di media massa berkaitan penjarakkan fizikal ketika melakukan solat jemaah,Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sekali lagi tampil memberikan penjelasan beliau. Katanya,keadaan kini adalah situasi baru di mana ia menyebabkan para ulama sedunia berijtihad untuk keluarkan fatwa berhubung keadaan ini

“Suka saya nyatakan masalah ini masalah baru. Masalah COVID-19 ini muncul pada akhir tahun lepas. Ia menyebabkan para ulama semasa telah berijtihad dan mengeluarkan fatwa.“Hukum berkisar pada illah (sebab), masa ada (penyebab) hukumnya lain. Masa tiada hukumnya lain,” katanya.

Jelasnya, beberapa majlis fatwa antarabangsa membolehkan penjarakkan tersebut dilakukan ketika solat jemaah susulan kerisauan merebaknya wabak.“Dek kerana COVID-19 yang cukup mudah dijangkiti apabila SOP dilaksanakan, maka di sini saya nukilkan fatwa terkemuka dunia oleh badan berautoriti dunia. Antaranya Majlis Fatwa Mesir yang menyatakan tiada halangan terhadap penjarakkan fizikal yang berlaku antara mereka ketika melaksanakan solat berjemaah.

“Antaranya Majlis Fatwa UAE, tiada masalah dalam suasana timbulnya rasa takut dari merebaknya wabak, maka dibolehkan mereka yang solat berjemaah untuk melakukan penjarakan di dalam saf dengan mengikut apa yang disarankan oleh badan kesihatan berautoriti.“Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi juga memberikan pandangan yang sama,” tambah beliau.

Tegasnya, fatwa itu bukanlah hasil pendapat peribadi, namun telah dipertimbangkan dari neraca syarak bagi melindungi nyawa.“Kita telah bincangkan dalam muzakarah fatwa kebangsaan beberapa kali isu ini. Dan inilah yang kita lakukannya.“Hal ini bukanlah satu pendapat peribadi oleh perseorangan, tetapi telah dilihat dari neraca syarak dengan maslahah dan maqasid yang perlu dijaga dari segi hifzun nafs untuk memelihara agama.

“Saya berdoa semoga negara kita Allah selamatkan dan bebaskan dari pandemik COVID-19 ini dan ia segera berlalu pergi serta kestabilan negara dan perpaduan rakyat terus utuh di bawah lembayung rahmat Ilahi dan naugnan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.Sumber: Bernama TV

Persoalan Berkaitan Letak Tangan Di Dada Gantikan Berjabat Tangan Di Norma Baharu Ikut Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zulkifli Susulan Soalan Tersebut Meraih Perhatian Ramai

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Jumlah Jemputan Bagi Majlis Akad Nikah Sudah Ditentukan. Datuk Dr Zulkifli Dedahkan Jumlah Orang Yang Dibenarkan Bagi Majlis Akad Nikah Dan Harap Maklum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Cara Dr Zulkifli Promosi Kan Saluran Utube Jadi Perhatian Warganet. Sampai Ada Yang Tegur Cara Dr Zulkifli. Mengejutkan Ini Respon Dari Dr Zulkifli Bila Dia Ditegur Macam Tu.

Siapa tak kenal dengan figura hebat Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dahulunya Mufti Wilayah Persekutuan dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Keperibadiannya yang tenang dan berhikmah sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai belia yang tertarik untuk berinteraksi dengan beliau. Terbaru, beliau telah menjadi tumpuan warganet selepas memberi respon kepada salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

“Bukan macam tu Datuk..” Awalnya @SyedMuzzammil_ mula ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya. Kemudian Dr. Zulkifli membalas tweet tersebut dengan menjawab, “Malu nak cakap macam tu. Hehe.” Perbualan antara mereka berdua ini sudah semestinya mencuit hati warganet. Ada juga nak tinggalkan komen gurauan untuk Dr. Zulkifli.Sporting kan menteri kita. Haa siapa belum subscribe You Tube Dr. Zulkifli boleh subscribe sekarang. Min tengok memang banyak video-video yang bermanfaat kita boleh tengok.