Bella Astillah adakan persembahan di acara jualan raya di Sabah, terkejut dia siap bagi tips kalau suami hilang

“Jangan risau kalau suami hilang? Mestilah risau. Tapi saya ada tips, kalau suami hilang kita cari di rumah kawan,” demikian seloroh Bella Astillah ketika mengadakan persembahan di sebuah acara jualan raya di Sabah pada Jumaat. Kata-kata Bella itu mengundang sorakan pengunjung yang hadir membanjiri acara terbabit untuk bertemu dan menyaksikan artis kesayangan mereka. Malah, ada yang turut bersorak apabila mendengar jawapan spontan Bella itu. Klik sini untuk lihat video.

Sebelum Bella naik ke pentas, pengacara majlis membuat pengumuman kepada pengunjung untuk sentiasa berwaspada dan mengawasai barangan serta anak masing-masing. Sempat juga pengacara terbabit berseloroh agar tidak perlu risau jika suami hilang. Dalam acara sama, Bella turut menyanyikan lagu Mana Ada Hati (Yang Ingin Terus Disakiti) nyanyian asal Ayda Jebat yang turut sama meruntun hati orang ramai. Terdahulu, rumah tangga Bella Astilla terpalit kontroversi apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khlwt dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan pisah secara ekspres dua hari selepas kejadian tersebut. Bagaimanapun Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khlwt itu. Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan pisah terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu disebut semula pada Khamis lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Aliff bagaimanapun enggan melepaskan Bella.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.