Benda viral mesti Ustaz Ebit Lew datang sibuk. Selamba je dia boleh sound Ustaz Ebit Lew macam ni. Sekali ini respon warganet buat dia tergamam.

Artis

Memetik komen dari seorang pengguna fb yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter (@suhaimyharun) berkenaan artikel ustaz ebit lew melawat pakcik tngan pts di pasir gudang johor. Zul hafiz yang dikatakann berasal dari Kota Bharu kelantan dilihat dikritik teruk akibat komen yang tak berasas dari beliau., sedangkan semua rakyat malaysia tahu bahawa Ustaz Ebit Lew bukanlah seperti yang diberiahu beliau

Berikut adalah reply dari pengguna twitter yang lain berkenaan isu ini.

inilah tanda manusia yg bvsuk hati, dia hanya tahu judge je. Sembang kepala anjing pun boleh terbang tapi habuk apa pun x dak. Hati dia sakit bila tgok kebaikan. Diri sendiri hnya mampu jd keyboqrd warrior.

TERDAHULU, Ustaz Ebit Lew melawat pakcik yang tak bernasib naik di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: pakcik itu ketika sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini semalam sehingga terpaksa dioperasi tngannya menerima kunjungan pendakwah popular, Ebit Lew. Lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini itu dimuat naik pendakwah tersebut di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Menurut beliau, kunjungan itu dibuat pihaknya sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar. “Sayu sebak, selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail ziarah pak cik kerja penyelenggara jalan yang di Lebuhraya Pasir Gudang.

“Tngan knannya dioperasi. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan,” tulisnya ringkas dalam kenyataan itu. Mohd. Sis Latif, 55, kini sedang diraqwat di HSI setelah mengalami kelukaa teruk akibat kejadian yang berlaku pada pukul 11.50 pagi, semalam.

Ketika kejadian, Pakcik tersebut bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan berlubang di laluan berkenaan. Secara tiba-tiba, lori berkenaan sebuah kenderaan dari arah belakang menyebabkan pakcik ni tercmpak dan mengalami kelukaan teruk di tngan knannya.

Menurut kenyataan itu lagi, Mohd. Sis turut memberitahu dia berasa seperti masih mempunyai tangan dan mahu menggerakkan jarinya. “Pak cik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang selalu usap tangan tu, dan cakap tngan dah tiada. Allah ambil. Insya-Allah nanti akhirat semuanya sempurna,” menurut kenyataan itu.

Ebit turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd. Sis selain turut mendoakan kesejahteraannya. – UTUSAN ONLINE

Admin harap orang-orang seperti zul hafiz ini mendapat kesedaran dari apa yang terjadi. Kalau tiada apa-apa yang baik untuk disampaikan lebih baik berdiam. Kita semua tahu Ustaz Ebit Lew adalah seorang yang ikhlas dalam membantu orang yang tengah susah.

Ebit Lew Akui Covid 19 Ujian Paling Berat. Tapi Bila Dengan Ister Rasa Tenang Je. Ustaz Ebit Muat Naik Foto Dengan Isteri Di Lagkawi. Tp Dia Punya Kapsyen Yang Jadi Perhatian Ramai.

Pendakwah dan usahawan, Ustaz Ebit Lew berkongsi potongan video yang memaparkan momen-momen manis percutiannya bersama isteri di Langkawi.Video tersebut dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menurut Ebit, meskipun tahun 2020 diuji dengan ujian berat untuk berhadapan pandemik COVID-19, namun dia berasa tenang dan bahagia apabila berada di sisi orang yang dicintai.”Dating dekat Langkawi dengan bidadari, rindunya.

Dah nak habis tahun 2020, ujian berat COVID-19.”Tapi bila di sisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang,” tulis Ebit sebagai kapsyen. Dalam pada itu, Ebit turut menulis kata-kata manis buat isteri kesayangannya itu.

“Duduk dengan bidadari abang terus hilang semua penat letih, tengok muka orang kita cintai, pegang tangannya, semuanya jadi kebaikan.”Benarlah kata orang dulu, nikmat terindah di dunia ialah isteri solehah,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Ebit tinggalkan respon positif dan gembira melihat kebahagiaan rumah tangganya. Sekadar info, Ebit dan isteri dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka. Sepanjang tahun ini beliau cukup dikenali dengan kerja kerja amalnya sehingga hampir tidak mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga.

Pernah Dikritik Warganet. Ebit Lew Dedahkan Cara Dia Atasi Untuk Tenangkan Hatinya Tatkala Usahanya Dikritik Warganet

DI sebalik rasa kagum masyarakat terhadap kesungguhan dan usaha murni Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di seluruh negara terselit kata-kata lukakan perasaan terhadap pendakwah terkenal itu.Kata-kata kurang enak seperti menunjuk-nunjuk serta merendah-rendahkan usaha dilakukannya antara komen biasa diterima Ebit setiap kali memuat naik gambar atau video bantuan diberikan di media sosial miliknya.

Bagaimanapun Ebit atau Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, berkata, meskipun adakalanya berasa sedih dengan pelbagai tudhan yang dia terima, dia sentiasa teringat akan pengrbanan Nabi Muhammad S.A.W. yang pernah diperlakukan lebih dahsyat berbanding apa dilaluinya dalam mengembangkan syiar Islam.

Ebit meluangkan masa bersama penduduk bagi mendengar keluhan mereka.“Orang buat macam-macam perkara kepada Rasulullah tetapi Baginda tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kerja-kerja dakwah. Jadi buat apa nak krbankan apa saya lakukan hanya kerana kata-kata negatif daripada segelintir masyarakat.

“Saya sentiasa memaafkan mereka ini dan terus fokus membuat kebaikan dan menolong orang di luar sana,” katanya.Solat sunat, menangis kepada Allah antara amalan Ebit LewTambah Ebit, kebiasaannya, dia akan menyekat akaun pengguna yang tinggalkan komen negatif melampau kerana tidak mahu individu tersebut menjadi kritikan pengikutnya yang ingin mempertahankannya.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia sentiasa mengamalkan solat sunat dua rakaat seperti Tahajud, Dhuha bagi melapangkan hati serta berdoa agar semua urusannya dipermudahkan Allah.Selesai solat sunat, Ebit memberitahu dia biasanya akan menangis kepada Allah dan meluahkan semua isi hatinya sekiranya berada dalam keadaan sedih sehingga tertidur.

“Allah sahaja tempat saya mengadu untuk permudahkan apa yang ingin saya lakukan. Menangis mengadu kepada-Nya. Insya-Allah selepas itu akan berasa lega dan lapang dada.”Segala apa yang ingin kita lakukan selepas itu Insya-Allah tiada masalah, dipermudahkan malah rasa lebih bersemangat,” ujarnya.

‘Jejak Ebit Lew’ mahu tarik lebih ramai buat kebaikan.Ebit memberitahu dia memuat naik kisah di sebalik kerja-kerja kebajikan dilakukan adalah semata-mata untuk mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan dan atas dasar itu juga dia bersetuju untuk terlibat dalam program Jejak Ebit Lew terbitan Astro.

Menerusi program itu juga kata Ebit, ia diharap dapat menarik lebih banyak pihak untuk membantu golongan memerlukan terutamanya di kawasan luar bandar.Ebit berharap program Jejak Ebit Lew dapat memberi inspirasi kepada orang lain.“Saya berasa sangat bersyukur dan gembira dapat berkongsi pengalaman dalam program ini dan diharap ia dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk turut membuat kebaikan serta menjadi bekalan kita di akhirat kelak.

“Orang mungkin nampak saya banyak bantu orang ramai tetapi sebenarnya apa yang saya lakukan ini sangat kecil berbanding orang lain malah ada yang sudah habiskan seluruh hidup mereka untuk membantu orang lain… Sebab itu saya juga tidak mahu ketinggalan.”Begitu juga rakyat Malaysia yang lain… Apa saya lihat, masyarakat Malaysia ini semuanya baik hati dan ingin sama-sama buat kebaikan,” katanya.

Jejak Ebit Lew ialah sebuah program realiti berkonsepkan majalah memaparkan aktiviti amal kebajikan dan kisah di sebalik tabir perjalanan eksklusif Ustaz Ebit Lew yang turut berkongsi rasa dan cerita dalam menyantuni masyarakat memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama sesuai dengan situasi masyarakat yang kini sedang berdepan dengan 1001 ujian akibat pandemik Covid-19.

Ia juga sebenarnya adalah kesinambungan daripada program Door To Door Ebit Lew yang pernah ditayangkan di Astro Oasis sebelum ini.Ebit mula terlibat dalam kerja-kerja kebajikan sejak berusia 12 tahun.Program itu juga tidak terikat dengan sebarang skrip mahupun babak-babak komersial kerana misi bantuan disampaikan bersifat spontan. Selain itu, terdapat juga di antara kes-kes yang diterima daripada permohonan secara bersurat serta menerusi emel yang turut disertakan dengan paparan aktif sahih di media sosial.

Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaharu, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”Ia adalah pengalaman yang paling tak dapat saya lupakan ketika memberi makan kepada harimau… Ngauman harimau membuatkan saya teringat-ingat masa nak tidur,” jelasnya.

Buat kerja kebajikan sejak usia 12 tahun.Sebenarnya, usaha Ebit membantu golongan memerlukan bukan perkara baharu, sebaliknya dia mula melibatkan diri dalam kerja kebajikan sejak usianya 12 tahun.Ketika itu kata Ebit, dia tidak mempunyai sebarang harta namun menggunakan kudrat yang ada untuk membantu golongan memerlukan.

.“Ketika itu saya ‘sumbangkan’ tenaga untuk membantu membuat tandas di kampung-kampung selain saya akan ditugaskan untuk memasak. Saya selalu berdoa kepada Allah agar permudahkan urusan saya dan dapat membantu orang lain ke mana sahaja saya pergi.

“Apabila saya sudah ada beberapa perniagaan, daripada situlah saya peruntukkan wang untuk tujuan ini. Saya selalu fikir, jika ada wang banyak-banyak pun kalau beli rumah kita hanya boleh duduk situ sahaja.”Sebenarnya tak perlu tunggu kaya pun untuk membantu orang kerana kaya itu bukan pada harta tetapi hati. Wang ini banyak mana pun tidak akan pernah cukup,” ujarnya.

Atas dasar itu juga kata Ebit, dia menasihatkan mana-mana individu yang ingin mula melakukan kerja kebajikan sebaik-baiknya mulakan dengan membantu ibu bapa serta ahli keluarga terlebih dahulu.Ini kerana katanya, jasa ibu bapa dan keluarga tidak boleh terbalas dan sedekah kepada mereka adalah lebih afdal sebelum memperluaskannya kepada orang lain dan masyarakat.

Antara bantuan yang dihulurkan Ebit dan dipaparkan dalam program Jejak Ebit Lew.“Saya juga selalu pesan kepada golongan muda yang masih tidak bekerja, buatlah kerja kebajikan, InsyaAllah, rezeki akan datang mencurah-curah selepas itu.”Allah akan hantar rezeki ketika kita menolong orang. Kalau kita kejar buat kerja baik, Allah akan bagi rezeki yang tidak pernah kita sangka,” katanya.

Paling penting kata Ebit, sebagai umat Islam kita perlu sentiasa bersangka baik terhadap semua musibah yang melanda kerana dalam setiap perkara yang berlaku itu ada rahmat di sebaliknya.Jejak Ebit Lew sebanyak 61 episod disiarkan setiap Isnin, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) selain boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.Klip sedutan dan kompilasi paparan isi hati Ebit Lew dapat ditonton melalui kapsul Jejak Xtra Ebit Lew pada setiap hari Isnin, jam 6.55 petang.

Tidak Lain Tidak Bukan Ustaz Ebit Lew Datang Lagi Untuk Membantu Beberapa Orang Ini Pula. Disebabkan Mereka Tiada Lesen Dan Tak Mampu Nak Beli Ini Sampai Sanggup Jalan Kaki.

Tidak kiralah anda mempunyai sosial media untuk mengikuti perkembangan Ustaz Ebit Lew dan apa yang dilakukannya, atau hanya mendengar cerita dari mulut orang lain, dia seorang hamba Allah yang tidak pernah penat untuk membantu. Sesiapa sahaja yang di dalam kesusahan, sampai sahaja ke telinganya atau terbaca di mana-mana, dengan pantas dia berusaha untuk bertemu dan membantu. Begitulah apabila dia menghadiahkan lima buah basikal yang boleh dilipat kepada lima orang penghantar makanan yang hanya menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki untuk menghantar makanan.

“Best tadi saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik lrt datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing,” kongsi Ebit Lew di Instagram miliknya. Tambah Ebit Lew, mereka ini tidak mempunyai lesen dan tidak mempunyai kenderaan sama ada motosikal atau basikal kerana belum mampu untuk membelinya.

“Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berpisah. Selepas spm tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar. Suka terkesan tengok anak muda rajin begini,” tulis Ebit lagi. Tambah Ebit, dia menghadiahkan mereka dengan basikal yang boleh dilipat untuk memudahkan mereka menaiki pengangkutan awam seperti LRT.

“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada di situ tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki,” tambah Ebit lagi.
 
Ustaz Ebit Lew merupakan seorang pendakwah dan juga usahawan yang mempunyai rangkaian pakaian dan pasarayanya sendiri. Selain daripada memberi ceramah dan seminar motivasi, dia juga menulis buku dan mempunyai rangkaian restorannya sendiri.

Dari Pembukaan Elewsmart Ebit Lew Bergegas Lawat Bob Lokman. Tiba Tiba Bob Lokman Berikan Pesanan Ini Membuatkan Warganet Dan Ebit Lew Turut Sayu Hati Mendengarnya.

Terdengar sahaja sesiapa yang di dalam kesusahan, dengan sepantas yang mampu dia akan muncul menghulurkan bantuan. Tidak kira jauh atau dekat, seikhlas hati dia akan hadir. Tidak pernah merungut mahupun mengungkit, tidak pernah lelah dan tidak pernah mengira agama atau keturunan, dia akan membantu semampunya. Itulah Ustaz Ebit Lew.

Terbaru Ustaz Ebit Lew bergegas terbang ke Kelantan dari pembukaan pasaraya Elewmart miliknya untuk melawat Bob Lokman, seorang bekas pelakon, pengacara, pelawak dan penulis lirik yang kini sedang sakit dan memerlukan rawatan dengan segera. Dalam satu muat naik di Instagram miliknya, Ustaz Ebit Lew berkongsi rasa hati dengan pertemuannya bersama Bob Lokman di Pasir Mas, Kelantan.

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah. Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.

Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya,” tulis Ebit Lew pada satu video pendek di Instagram. Tambah Ebit, dia dan Bob banyak berbual tentang akhirat dan anak-anak kecil yang masih belajar di madrasah.

“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew lagi.
 Ramai yang meninggalkan komen buat Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus membantu orang ramai.

Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal sebagai pendakwah yang sentiasa menyantuni mereka yang terpinggir seperti fakir miskin, remaja yang terbiar, golongan yang tidak mempunyai rumah dan sebagainya. Ketika wabak Covid bermula, Ebit Lew memulakan bantuan kepada mereka yang memerlukan hinggalah ke hari ini, usahanya tidak pernah putus.

Bob Lokman Mengalami Sakit Teruk Ketika Ini. Dia Akui Boleh Pergi Bila Bila Sahaja.

Pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman memaklumkan bahawa dirinya kini sedang bergelut dengan sakit teruk yang dialami sejak tahun 1988. Menurut Bob, doktor memaklumkan bahawa dalam tempoh sebulan ini, tidak mustahil jika dia pergi secara mengejut.

Pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman,56, ini turut mengambil kesempatan ketika ditemui media dengan memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau perbuatannya pada ketika dahulu dan kini mengguris hati.

Dia yang baru sahaja keluar daripada hospital setelah ditahan selama 2 hari akibat masalah jantung. Menceritakan keadaan ketika dibawa ke hospital, Bob mengatakan jantungnya berdegup kencang ketika mengambil wuduk dan kemudiannya pitam. Dadanya kemudian sakit sehingga ke belakang badan sebelum memanggil sepupunya untuk membawa dia ke hospital berdekatan.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk pergi secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah. Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca tv” Difahamkan dia kini memerlukan sejumlah dana bagi membantu kos perubatan yang hampir mencecah RM700 sebulan. Bob juga memerlukan dana sehingga RM60,000 bagi kos pemasangan alat IACD di badannya.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.– Sumber & foto dipetik dari Beautifulnara, Harian Metro

“Kali ini sakitnya agak serius, kaki bengkak kehitaman” – Bob Lokman dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang

Keadaan pelakon dan penulis lirik Bob Lokman difahamkan semakin teruk apabila dia dimasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh baru-baru ini akibat masalah buah pinggang. Berita itu disahkan menerusi  akaun Facebook Dr Riduan Mohamad Nor yang tersebar di laman sosial pada Khamis.

Menurutnya, Bob, 56, yang sedang mengikuti aktiviti jelajah kuliah di Terengganu sepanjang minggu ini telah dikejarkan ke hospital selepas kesihatannya terjejas.“Minggu ini dia dalam jadual padat roadshow kuliah di Terengganu, badannya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UITM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu. Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah. Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang,” tulisnya.

Sebelum ini, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung dan paru-paru.