Berbalah dengan isteri sampai isteri sanggup pergi hospital nak buat pemeriksaan. Pergi hospital doktor sahkan hamil.Satu hari suami pelik bila balik isteri dan anak tiada di rumah dan ini rupanya isteri dia lakukan

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mulakan cerita saya pada 20 haribulan Mei 2018 jam lebih kurang 6.30 petang berbalah mulut dengan isteri di dapur. Balah pasal apa tak perlu tahu la tapi salah satunya pasal duit. Aku tengah mandikan anak yang kecil,dia tengah memasak laksam untuk buka puasa. Membebel sampai jiran jiran pun boleh dengar. Malu aku kat orang lain.

Tak tahan dan geram dengan bebelan tu aku tmpar lengan dia agak kuat sedikit sebab terlalu geram untuk diamkan mulutnya yang mengaibkan aku dengan jiran jiran yang mendengar. Tmpar lengan bukan nak mengasari. kalau nak mengasari aku dah bagi penmbuk tepat2 dkt biji mata dia tapi nak bagi mulut dia berhenti dari membebel. Bila aku tmpar lengan sebiji terus memberntak nak lwn balik. Last2 kena lagi sebijik dekat tangan. Kalau tak kena makin melwan dia ni..

Jadi dia cakap nak pegi hospital sebab nak check dan ambil laporan hospital cakap aku mengsari dia. Ada la juga kesan tapi nampk tak nampak jelah. Dia terus masuk bilik. Juadah buka puasa ntah kemana anak nak makan pun entah tak tau apa nak di makan. Nasib ada laksam yang dah siap 3,4 gulung tu aku potong2 bagi anak makan. Anak sulung aku berpuasa tu yang tak snggup aku tengok kalau dia tak makan apa2 untuk berbuka.

Aku layan dia (anak sulung) makan dengan adiknya walaupun adiknya tak puasa layanakan juga macam orang puasa.. Aku cuma berbuka dengan minum air sahaja. Dia bersiap nak pergi hospital sebab nak ambil laporan hospital sebab nak dkwa aku pkul dia. Ok tak pelah, pergi lah dah itu yang dia nak..

Tapi tak jadi pergi pun sebab dia nak aku hantar dia. Aku hantar memang tak lah… sebab pada penilaian aku tak delah serius sebab Ptah, luka pun takde. Cuma ada kesan sikit.. tmpar pun bukan tempat sensitif macam muka. Dekat lengan bahu tu je. Malamnya pula, bila anak2 dah tdur aku masuk mendekatinya..

aku minta maaf sebab aku geram sangat masa tu. Aku nak tengok kesan aku tmpar tu pun dia tak bagi. Aku pujuk nak sapu minyak tapi dia tak bagi. Dah tak bagi tak pelah.. tapi aku minta maaf juga.. dia suruh aku berjanji dengan dia kalau aku pkul dia lagi lepas ni jath talak 1.

Mula mula macam berat untuk aku berjanji sebab aku tak nak main2 dengan talak. Manalah tahu kot2 aku tak tersengaja terpkul dia jath pulak talak. Tapi dia paksa jugak supaya berjanji.. iye.. baiklah aku berjanji dengan dia sebab aku nak jaga lagi hubungan aku dengan dia. Aku ikut sje kehendak dia.

Keesokan harinya seperti biasa aku pergi kerja dan hantar anak ke sekolah. Cukup waktu tengahari aku ambil anak dari sekolah. Kemudian aku masuk kerja petang macam biasa dan balik agak lewat sedikit kerana banyak kerja perlu disiapkan.Lebih kurang jam 5 petang aku smpai di rumah.. aku bagi salam tapi tak ada sorang pun yang menjawab.. selalu kalau aku balik berlari anak2 aku sambut depan muka pintu.. kakak (anak no 2 ) tu yang selalu sangat manje. Nak dukung lahh.. nak hadiah lahh.. tapi aku layan je..

Tapi aku pelik hari tu, rumah aku sunyi. Aku jenguk dalam bilik kot2 semua tidur maklumlah bulan puasa pun takde. Aku pergi tengok kereta pun tak ade.. ok dalam fikiran aku masih positif sebab mungkin aku masih beranggapan dia bawa anak2 keluar beli barang. Tapi biasa kalau nak keluar dia akan bagitahu. Aku cuba call tanya kot2 dia terlupa nak bagitahu nak keluar.

Banyak kali call tak jawab.. wssap tak reply (tapi blue tick). Sehinggalah hampir2 waktu berbuka puasa aku menunggu kot2 dia balik. Tapi aku silap.. aku tunggu2 sampai aku pun masih tak ada makanan untuk berbuka. Aku bagi warning dekat dia supaya dia balik sebelum buka puasa tapi aku gagal..

aku bagi warning kali kedua suruh dia balik sebelum jam 12 malam. Tapi aku gagal lagi.. aku pun tak tahu macam mana keadaan anak2 aku. Aku risaukan dia orang. Dalam hati aku terdetik nak buat laporan polis sebab risaukan dia dan keselamatan anak2.

Tapi aku fikir tak apelah.. biarkan dulu laporan polis sebab aku tahu dia cuma merajuk dan aku mengharap dia balik esokan harinya. Tapi esokkan harinya aku gagal lagi.. aku cuba lagi call dan wasapp tapi tak ade respon pun dari dia. Call kadang2 dapat tapi tak menjawab dan kadang2 voice mail masuk. Wasapp masuk.

Ok.. aku bagi peluang lagi dan aku bagi last warning supaya dia balik jugak hari ini. Kalau dia tak balik aku akan lepaskan dia di mahkamah. Tapi dia masih juga tak balik. Hari ketiga tak balik tu aku cuba hubungi cikgu kelas anak aku. Cikgu bagitahu dah 2 hari anak aku tak pergi sekolah.. YaAllah.. luruh jantung aku.. aku nak anak aku diberi didikan yang ckup dan baik untuk masa dpn dia.

Oleh kerana aku risau.. aku bertanya pada adik ipar aku dekat kampung sama ada dia masih di bangi atau sudah balik kampung. Adik bagitahu dia takde dekat kampung. Adik aku cuba hubungi dia tanya dia di mana. Dia cuma bagitahu takperlu tahu dia kat mana yang penting dia dan anak2 selamat.

Kemudian adik aku bagitahu dia pergi klinik dan dia disahkan hamil dan dia takut nak balik.. aku pun tak tahu apa yang dia takut? (Berfikiran positif jelah). Dulu dia pernah bagitahu aku yang dia tak nak anak lagi. Dia tak mahu mengandung lagi. Kandungan dia sekarang lebih kurang 7 mnggu. Aku bertambah risau dengan keselamatan anak2 aku.. setiap hari aku call dan wsapp tapi tak dapat. Adakah dia dah block no aku.

Semalam, 27hb mei 2018. Mak mertua aku telefon bagitahu dia dah balik kampung. Balik bawa kereta aku. Mgkn dia drive sendiri padahal dia tak pernah drive sendri jarak jauh. Mak mertua salahkan aku sebab tmpar dia.. ye memang salah aku.. salah aku kerana mengasri dia. Memang aku mengaku.. Tapi dengan tidak sengaja dan aku terlalu marah berlaku diluar kawalan aku.

Tapi benda dah nak jadi. Aku buat aku tanggung lah.. salah aku aku mengaku.. salah engkau lari dari rumah adakah salah aku juga? Kalau kau minta nak balik kampung silakan.. tapi bukan dengan cara lari dari rumah. Ini yang paling aku takleh terima.. ckup2 mencabar kesabaran aku saat aku balik ke rumah dia tiada dirumah.. keluar tinggalkan rumah tanpa izin suami.

Sekarang ni pulak ada kawan2 dia call aku minta pulangkan barang2 yang dia ambil untuk jual. Barang tu ada dekat rumah tapi aku cakap aku tak nak ambil tahu barang2 tu semua. Biar dia sndri balik dan settlekan barang2 tu. Aku cakap kalau dia tak boleh balik minta ganti rugi.

So sekarang kawan dia cakap dia tak ade duit nak bayar gant rugi. Mana nak ada duit sebab dia tak bekerja. Macam mana dia nak sara hidup anak2 aku nanti. Kalau awak tak mampu dari segi kewangan awak bagilah anak2 biar aku yang jaga.

Aku masih mampu nak sara anak2 aku. Sekarang ni aku dah tak ade apa2 perasaan lagi dekat dia. Aku dah belajar macam mana rasa ditinggalkan. Memang rasa perit kadang2 rasa mcm nk jerit. Aku masih boleh setelah beberapa hari fikirkan hal dia dan anak2.

Orang tua aku nasihatkan aku supaya bersabar tapi ckuplah kali ini sahaja (kali kedua) dia lari dari rumah. Dulu dia lari aku balik ambil dkt kampung. Sekarang ckup lah dia yang lari dia lah yang kembali. Jadi timbul beberapa perasaan yang mungkin buat saya keliru. 1. Adakah dia masih sah isteri saya?

2. Adakah saya perlu buat aduan dkt pejabat agama? 3. Hak penjagaan anak2 macam mana? Tulis jawapan balas… NOTA: mengikut pengakuan istri dr report polis yang di buat,si isteri sebenarnya dipkul,dan jelas kelihatan lbam. Tambahan NOTA 2: Kesnya suami ni selalu minta wang dan isteri jadi istri ‘bebel’ suruh dia faham hujung2 bulan kena jimat, jagan asik minta duit nak pergi bazar ja..

Pelik Isteri Suka Sangat Sedekah Tapi Gaji Kecik. Sampai Aiskrim Sebatang Pun Boleh Kongsi 8 Orang. Rupanya Ini Yang Selalu Buat Sampai Boleh Sedekah Banyak Macam Tu.

Nama saya Nizam, berumur lewat 20an. Saya seorang juruteknik di sebuah kilang farmasi di Negeri Pantai Timur. Sudah pun berkahwin dengan isteri yang kira paras rupanya cantik dan manis orangnya. Apa yang buatkan saya lebih tertarik kepadanya adalah sifatnya yang sangat pemurah!

Yes, isteri saya seorang yang suka BERSEDEKAH. Kami dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Izara Cassandra dan Izara Mikayla. Kami bertemu jodoh ketika menuntut di politeknik di Selatan Tanah Air. Sekarang my wife bekerja sebagai penjawat awam bergred diploma.

Walaupun isteri saya bergaji tidak berapa besar. Tetapi pada apa yang saya lihat sedekahnya ibarat bergaji lebih daripada 10k. Apa sahaja kemahuan yang terlintas di hati saya sambil2 cerita kepadanya secara bersahaja, pasti dia akan tunaikan. Contohnya “sayang, sedapnya kfc”. Esoknya pasti dia membawa balik kfc selepas habis kerja. “sayang, tengok cheese dominos tu, sedapnye”. Esoknya dia order online dia suruh saya tunggu nanti ada orang hantar parcel”. Rupanya Dominos!

Ada satu hari tu kami ke pasar malam dan sampai ke satu gerai jam tangan, saya belek2 jam tersebut dan bertanyakan kepada isteri “lawakan sayang?”. Dia terus mengambil jam itu dan membayarnya. Ya Allah betapa segannya saya isteri tolong bayar!

Setiap kali isteri membelikan sesuatu saya tidak putus mengucapkan terima kasih kepadanya. Saya selalu bertanyakan “kenapa sayang belanja abang?” Dia menjawab “takpe, abang nak, sayang belikan la, sedekah dekat suami besar pahala”. Tidak kira murah atau mahal dia tidak pernah menidakkan.

Ada sekali tu isteri saya berhajat nak membeli kasut sukan jadi kami ke al ehsan untuk membelinya. Semasa saya membelek2 kasut, isteri saya dah jumpa kasut yang dimimatinya (sale longgok je) manakala saya pula ditanyanya “abang nak ke?” “Tak nak saje tengok2”. Korang tau dia buat apa? Dia minta promoter ambil kasut saiz 10 (isteri memang ingat saiz kasut saya) dan terus membayarnya. Harga kasut dia rm99 tapi kasut saya rm299!!!

Ya Allah saya segan sangat dengan isteri. Saya cakap dekat dia jangan beli tapi dia nak juga belikan untuk saya. Untuk pengetahuan korang saya bukan la orang yang mengambil kesempatan terhadap isteri. Ni saya cerita part dia sahaja, tetang apa yang saya belanja terhadap dia tak perlu saya ceritakan sebab saya ingin menceritakan tentang hebatnya isteri saya yang bergaji kecil tetapi sedekahnya melebihi gajinya.

Part nafkah semua saya tidak pernah missed. Nafkah duit sahaja saya berikan kepadanya rm400 sebulan. Saya janji padanya setiap tahun abang akan naikkan duit nafkah untuk sayang. Dia hanya tersenyum riang dan “Yes” sambil digayakan tangannya. Haha. Apabila otw balik kampung, isteri saya akan menyiapkan sampul duit raya yang agak banyak.

Mula2 kahwin saya ada bertanyakan kepadanya nak bagi kepada siapa? Dia cakap sampul kartun nak bagi kanak2 yang dia jumpa semasa singgah solat di RNR dan sepupu sepapat yang masih kecil. (Jumlah duit di dalamnya sampai sekarang saya tak tahu). Sampul masjid untuk mak, ayah atok dan adik-adiknya seramai 5 orang. Yang ni saya tau di dalammya ada rm100 untuk mak, ayah, atok dan neneknya setiap seorang manakala adik-adiknya rm50 yang besar dan rm20 untuk yang kecil.

DAN, tidak dilupakan sepupunya yang menuntut di universiti, iateri saya memberikan rm50 juga. Korang bayang la berapa ratus semua tu? Saya pun tak pernah kira. Sampai saya tanya “banyaknya duit sayang?”. Dia hanya cakap “Alhamdulillah, nak sedekah tak perlu tunggu kaya, sedekah dekat ahli keluarga tu lagi dituntut berbanding orang luar”. Allah terkedu aku pada ketika itu. Sedangkan saya masih berkira2 nak bersedekah walaupun hanya rm1.

Tidak terhenti setakat itu, sepupu sebelah saya dan tok sebelah saya juga dia hulurkan duit apabila hari raya atau dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Sedangkan family saya sendiri tak bagi pun duit dekat sepupu sepapat. Isteri saya yang bukan daging pun sudi bersedekah kepada keluarga sebelah saya.

Apa yang saya nampak dia tidak pernah rasa resah tak ada duit. Dia tidak pernah risau baki dalam akaunnya berkurang, Dia tidak pernah memikirkan pasal duitnya banyak atau sikit. Sedangkan saya asik risau cukup ke duit untuk setiap bulan. Itu lah isteri saya yang sangat tenang.

Untuk pengetahuan pembaca, aku merupakan anak keempat daripada 5 orang adik beradik. Ok part ni aku nak gunakan kata ganti diri “aku” sebab lagi mudah rasanya. Aku mempunyai 2 orang abang, seorang kakak dan seorang adik perempuan. Abang2 dan kakak aku merupakan seorang doktor dan husband and wife mereka juga merupakan doktor manakala adik aku seorang jurugambar profeasional.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan agak tinggi. Ayah dan mama aku merupakan penjawat awam gred 54. Korang akan terbayang gaji mereka yang begitu besar kan? Tidak lama lagi ayah dan mama aku akan berpencen. Ketika menjenguk mereka semasa cuti sekolah sedang berbual2 aku ada cakap kepada mereka ” syok la lepas ni boleh rilek2 kat rumah”.

Tetapi mereka menjawab “kami tak tau la nak makan apa lepas pencen ni, mana ada duit dah”. I was like??? Seriously? Pencen dapat 60% dari gaji asal kot. Lagipun ganjaran yang mereka akan dapat agak lumayan kerana cuti terkumpul mereka full 150 hari tau. Ayah dan mama aku memang suka menyimpan duit. Which is good untuk masa depan.

Dari muda sampai tua suka menyimpan dan mengira duit dalam akaun. Tetapi apa yang aku pelik, rumah aku astro pun tak pernah ada, kami tengok la tv dengan aerial besi 2 batang tu sampai sekarang. Aku pernah tanya “ayah tak nak pasang astro ke?”. “tak nak la, mana ada duit nak bayar”. “ayah tak nak pasang wifi ke?”. “mana ada duit lah nak bayar dah pencen nanti”.

Ok takpela saja je aku cakap kot la nak pasangkan. Perangai ni boleh aku kata “bakhil” tak? Haha. Perangai ni memang munurun pada aku dan adik beradik aku. Sebab tu bila aku tengok dia bersedekah membuatkan aku pula yang resah memikirkan cukup ke duit dia?

Aku pernah meminta rm100 dekat abang aku semasa mula2 aku dapat kerja sebelum dapat gaji. Kot la dia nak bagi je kan. Rupanya tidak, dia whatapps aku dia meminta aku bayar semula hutang RM100 tu. Berbeza dengan wife aku, untung adik2 ipar aku dapat kakak mcm wife aku, mereka meminta wang belanja,

sekalipun isteri aku tidak pernah meminta semula malah menghalalkannya. Bukan sedikit tau? Sekali isteri aku tranfer tak kurang dari rm100. Aku tanya banyaknya sayang bagi. Dia menjawab “kalau sayang bagi rm50 je dia nak makan apa?”. Aku terdiam lagi.

Sama juga dengan kakak aku, apabila aku nak pinjam duit selalu dia akan cakap “aku mana ada duit”. Kalau korang kat tempat aku apa korang rasa? Sedih kan. Ye dulu memang aku seperti mereka, selepas berkahwin aku dah semakin ikhlas untuk bersedekah. Tetapi keluarga aku yang lain masih sama. Kalau nak dibandingkan gaji isteri aku dgn mereka bagai langit dengan bumi. Tapi macam isteri aku pula yang bergaji seperti mereka.

Banyak yang aku belajar daripada dia. Masuk ke family dia aku seperti terkejut dengan budaya mereka. Adik- beradik wife aku sama macam wife, tidak berkira langsung dengan adik beradik. Konsep mereka ” barang aku barang kau juga”. Tapi family aku ” barang aku is barang aku!” Kau sentuh atau ambil ayah dan mama aku akan memarahinya.

Biasa kan masa kecil2 dulu korang beli something letak dalam peti ais, selepas beberapa jam kau nak makan, makanan tu lesap? Haha. Tapi wife dan adik2 nya langsung tak makan hati, mereka cuma gduh2 gelak2 sahaja. Tapi kalau family aku prng saudara lah jawabnya. Pasti ayah akan memaki siapa yang mengambilnya dan wajib menggantikan apa yang korang dah ambil.

Dulu aku pernah meminta duit dekat abang aku, masa tu ayah dan mama aku ada sekali, tiba2 mereka memarahi aku “Apa ni minta2 duit orang! nak duit kerja la sendiri”. Tersentak aku, rasa nak meleleh air mata ketika itu. Salah ke aku minta duit dengan abang aku sendiri? Berdosa kah?

Aku rasa sebab itulah abang2 dan kakak aku takde common sense untuk bersedekah kerana ayah dan mama aku menegahnya. Sejak dari tu aku tidak meminta dah duit daripada mereka sebabnya kalau aku minta mereka akan memberitahu mama dan mama akan memarahi aku.

Family wife aku, aiskrim sebatang boleh kongsi 8 orang, family aku? Makan sorok2 dalam bilik. Kalau kau minta jangan harap abang2 dan kakak aku bagi. Even mak dan mama aku sendiri pun jangan kau minta apa mereka makan. Yours is yours, mine is mine. Aku tak tau la macam mana nk ubah perangai bakhil mereka.

Aku tengok ayah dan mama aku sentiasa resah duit dalam akaun mereka berkurang. Risau tak de duit. Risau peralatan rumah rosak sebab kena keluar duit beli baru, Sentiasa buat detail calculation jika mahu membeli sesuatu. Risau tiada duit nak makan! Risau bil elektrik meningkat apabila kami adik beradik balik. (Setiap bilik ada aircond).

Bukannya kami adik beradik tidak menghulurkan duit tiap bulan. Ada sekali tu kami keluar makan beramai2. Selepas makan, abang2 atau kakak aku langsung tak offer pun diri untuk membayar. Aku bukan tak nak bayar tetapi gajiku yang kecil membuatkan aku tak mampu nak belanja semua orang.

Kalau ayah dan mama sahaja memang aku akan bayar tetapi tidak untuk abang2, kakak dan ipar aku sekali. Wife aku nyaris nak bangun pergi bayar tau tapi aku tarik tangan dia. Aku memang tidak mampu dan aku tak nak isteri aku yang bayar. Last2 ayah aku yang bangun dan bayar bil yang beratus2 tu.

Diaorang?? Angkat bontot dan blah terus masuk kereta masing2. Sebab tu aku cakap tadi abang dan kakak aku memang lack of common sense. Diorang peram duit diorg tu nak bawa mti gaknya al maklumlah nak mti skrg pun mahal. Hahaha. Aku malu dengan wife aku, dia tanya kenapa abang2 tak bayar kenapa ayah yang bayar? Sian ayah dah la nak pencen dah.

Aku tak tau nak cakap macam mana. Sedangkan family wife aku, dia dan kakak2nya berebut2 nak bayar jika kami makan sekeluarga. Aku sangat kagum dengan mereka. Tetapi aku? Tidak semulia mereka. Aku sedar akan itu. Ayah dan mama selalu minta akau belikan mereka something.

Yes aku tak kisah dan aku akan penuhi hasrat mereka. Kadang2 isteri aku yang topup aku beli kerana duit aku tak cukup, tapi kenapa tak minta dengan anak2 dia yang kerja bagus2 tu? Ayah dan mama memang jaga betul duit abang2 dan kakak aku. Tak pernah minta apa2 daripada mereka. Aku? Barang yang harga rm800 minta dengan aku belanja? Mesti diaorang tau tahap kemampuan aku tetapi kenapa minta dengan aku? Kalau minta dengan abang atau kakak aku sah2 diaorang mampu.

Part ni memang isteri aku sampai nak hulurkan duit separuh tau. Tapi aku tak nak. Aku malu. Aku bukan jenis meminta2 dgn isteri. Aku tak nak! Aku ada beritahu kakak tentang perkara tu tapi kakak kata “ayah suruh kau belanja kau la beli kenapa aku pula, aku mana ada duit”. Korang bayang la apa perasaan aku.

Isteri aku sentiasa nasihatkan aku untuk terus sabar. Dia kata kalau abang rasa takde duit baik abang sedekah, belanja sayang makan MCD ke. Pastu dia gelak, hahahaha. Ok macam tu lah cerita aku. Dapat isteri yang suka bersedekah dan family aku sendiri yang ………… Aku tak pernah lupa dia cakap “sayang sedekah kat abang mana tau Allah nak bagi sayang kaya, nanti sayang boleh belikan motor besar kat abang”. Sambil dia jeling2 aku, hehe.

Aku bersyukur ya Allah kau kurniakan aku isteri yang baik, isteri yang dulunya tak pandai masak tetapi sekarang masakan dia yang aku sentiasa rindu. Sepanjang kahwin boleh kira dengan jari hari yang dia tak masak. Kalau takde pape dia akan masak untuk kami sekeluarga. Dia kata dia boleh “jampi” aku dalam masakannya. Hehe.

Sekarang aku dah makin ringan tangan untuk bersedekah. Aku dah dapat kemanisan bersedekah. Semua itu aku belajar daripada isteri tersayang. Terima kasih sayang sanggup bersedekah dekat abang. Sanggup share dengan abang. Sekarang abang tak mampu nak balas kebaikan sayang dengan wang ringfit. InsyaaAllah abang akan tunaikan setiap permintaan sayang selepas ini. Wahai para pembaca, doakan aku terus istiqamah untuk bersedekah.