Suami selalu sangat bergurau pasal poligami. Sekali wanita ni nekad nak berpisah dengan suami. Rapanya nampak je macam biasa dalam diam ini kesan yang jadi pada isteri.

Kisah Rumah Tangga

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Apabila menyebut sahaja isu poligami, kebanyakan lelaki tersenyum simpul, manakala si isteri pula bermuram duka mengenangkan nasib jika bermadu. Hakikat sebenar rasa madu itu manis tetapi madu berpoligami sebaliknya. 

Seorang wanita yang juga merupakan seorang peguam berkongsikan kisah anak guamnya  yang mahu meminta pisah dari suaminya hanya kerana gurauan untuk berpoligami. Isu ini tampak mudah, tetapi bagi seorang isteri perkara ini tinggalkan kesan yang mendalam dalam jiwanya. 

POLIGAMI. Gurauan yang melukakan. Malam ini saya menangis. Emosi saya sebagai isteri tersentuh dengan luahan hati seorang anak guam. Seorang isteri mengadu kepada saya bahawa dia ingin meminta pisah dari suaminya kerana tidak tahan dengan suami yang suka bergurau mengenai poligami. 

Ya, nampak sebegitu remeh, namun saya yang juga seorang isteri, boleh memahami. walaupun ianya sekadar gurauan tapi jika sudah diulang bertahun-tahun, luka yang terguris itu boleh menjadi dalam dan meretakkan hati si isteri.

Saya minta dia bersabar dan cuba bertenang sebelum ambil tindakan terburu-buru. Namun hatinya tawar, bukan kerana si suami memang akan melakukan poligami, tapi kerana gurauan berulang kali itu menunjukkan suaminya tidak endah dengan perasaannya sebagai isteri. 

Isteri yang berkorban jiwa raga melahirkan dan membesarkan anak-anak, isteri yang berkorban wang ringgit untuk membantu belanja rumahtangga bagi meringankan beban suami, isteri yang mengutamakan keluarga suami lebih dari keluarganya sendiri demi mengharapkan redha si suami dan demi kasihnya kepada suami. 

Saya sebagai peguam syarie perlu profesional, walaupun saya sendiri sangat geram bila mendengar ceritanya, saya tidak boleh terhanyut dengan perasaan sebagai isteri dan mendorongnya supaya meneruskan dengan niat ingin berpisah.

Kerana seorang peguam syarie perlu menasihati mengikut apa yang dibenarkan syarak. Dan syarak membenarkan poligami bagi yang layak. Cuma pesanan saya kepada para suami, sekalipun anda layak berpoligami atau anda hanya bergurau, ketahuilah bahawa seorang isteri, sekalipun dia diam, atau sekalipun dia seorang yang faham agama dan menerima poligami sebagai amalan dibenarkan Islam,

ianya bukanlah lesen untuk anda melukakan hatinya sebelum masanya. Kalau belum lagi layak berpoligami atau tak ada niat untuk berpoligami, buat apalah bergurau sebegitu. Apa tujuan anda sebenarnya? Adakah sebab nak prepare mental isteri awal-awal supaya bila berlaku nanti, dia takkan terkejut sangat?

Buat apa merosakkan kebahagiaan sedia ada dengan benda-benda yang belum pasti? Kalau memang dah jodoh anda akan beristeri lebih, tunggu sajalah bila Allah kata sudah sampai masanya. Tak perlulah menjejaskan perasaan isteri sebelum tiba masanya.

Tak berbaloi langsung. Saya katakan pada si isteri, tanyakan suami puan,
“Abang suka ke kalau ayah abang menduakan ibu abang? Suka ke kalau ipar abang menduakan adik beradik perempuan abang? Suka ke kalau anak perempuan kita nanti dimadukan?”

Walaupun ia dibenarkan islam. Saya hampir pasti jawapan si suami “Tidak suka”. Jadi kalau si suami boleh memahami perasaan perempuan yang sedrh-daging dalam keluarganya, kenapa susah nak memahami perasaan isteri sendiri?

Kenapa perlu perasaan si isteri diremehkan dengan gurau senda yang menyakiti hati. Walaupun dibenarkan syarak untuk suami yang layak berpoligami, syarak tidak membenarkan suami menyakiti hati isterinya dengan sengaja.

Walaupun si isteri tidak melwan hukum Allah berkenaan poligami, tapi mana-mana isteri tetap akan terluka dengan tindakan suami yang menduakan tanpa redhanya. Kalau isteri sendiri redha suami berpoligami dari awal, then takpe, tapi golongan sebegini memang sangat sukar dicari.

Kebanyakan isteri hanyalah manusia biasa yang punyai perasaan. Seperti mana suami-suami tak boleh terima jika isteri berkahwin dengan lelaki lain selepas berpisah dengannya, begitu jugalah seorang isteri sukar menerima suaminya dikongsi dengan perempuan lain. 

Saya faham, namun saya terkilan kerana tidak dapat memenangkan si isteri kerana hakikatnya perceraian itu tidaklah sepatutnya atas alasan hanya disebabkan gurauan suami. Melainkan suami sudah berpoligami dan terbukti dia tidak adil. 

Semua ini pengajaran untuk seorang isteri juga. Bahawa cinta manusia itu sangatlah sementara. Jangan dikejar cinta suami kerana dia hanyalah manusia yang boleh berubah hatinya. Cinta yang layak kita utamakan hanyalah cinta Allah dan RasulNya. 

Tapi saya mohon para suami tetap sensitif dengan hati isteri anda. Isteri hanya manusia biasa. Simpanlah gurauan itu hanya bila nak eksyen dengan kawan-kawan sesama lelaki.  Isteri biasa, Ashikin Rahim 13-2-2020

Sumber: Ashikin Rahim

Lepas Kahwin Suami Tak Pernah Langsung Sentuh Isteri Dan Asyik Berkepit Je Dengan Telepon. Sekali Bila Isteri Tengok Telepon Suami Terkejut Tengok Banyak Aplikas Dating Dalam Tu. Tergamam Bila Isteri Buka Semua Aplikasi Dan Tengok Apa Yang Berlaku Dalam Tu.

Gambar sekadar hiasan

Salam min, saya mohon sangat2 tolong hide profil saya min. Saya cuma ingin doa daripada kalian sahaja. Semoga berkat hari Jumaat ini doa2 kita diangkat Allah SWT. In Shaa Allah.. Aaminn. Saya sudah bernikah hampir 8 bulan. Tapi sepanjang pernikahan saya, suami tak pernah sentuh saya. Saya bekerja dan saya sentiasa jaga penampilan saya, saya suka nampak kemas bila depan suami.

Suami saya tak pernah culas nafkah zahir seperti makan dan tempat tinggal. Krisis rumahtangga kami dah berlarutan sejak dua bulan pernikahan lagi sebenarnya. Suami bagaikan jauhkan diri daripada saya. Saya sayang suami saya. Sebelum2 ini (ketika awal pernikahan) sebelum dia pergi kerja dia akan cium dahi dan pipi saya. Sekarang tidak lagi. Kalau dulu dia akan peluk saya (walaupun sekejap).

Setiap malam saya akan salam dan minta maaf kat suami sebelum tidur. Tidur pun dah tak nak sekatil dengan saya. Dia akan lari tidur di lantai, dan saya pula di katil. Tapi jika suami dah tidur saya akan dalam diam tidur di lantai dan cuba memeluk suami walaupun dia tepis saya tidur ja dengan dia. Saya rindu sangat dengan sentuhan dan pelukan dia. Cuma itulah, tiada sentuhan, pelukan, kalau saya nak peluk dia pun dia akan jauhkan diri daripada saya.

Saya sentiasa memakai wangian yang dia suka, sebab kalau macam basuh baju pun kalau bau sabun yg dia tak suka dia akan bagitau dan saya tak akan pakai bau yg dia tak suka. Saya selalu je pakai menjolok mata kat rumah dan hari2 saya cuba goda dia, tapi tak jalan. Saya masih masak untuk suami lepas saya balik kerja, cuma kadang termiss sebab penat sangat, suami pun pernah cakap kalau dia balik kerja lewat malam saya tak payah masak, sebab dia dah makan,

Kalau nak masak pun dia minta saya masak untuk diri saya sendiri, tapi kadang dia makan juga ikut mood dia sebab dia jenis tak suka makan.
Suami saya lock password fon dia. Saya pernah tanya kenapa kena ada password sedangkan dah jadi suami isteri. Suami jawab, “sebab privacy, walaupun husband wife tetap kena ada privacy” dia cakap. Saya hormat privacy dia. Tapi mana2 dia pergi memang dia akan bawak dan bersama dengan fon dia.

Tidur pun genggam atau sorok bawah bantal. Masuk toilet pun bawa fon tapi dia pasang lagu masa dalam toilet. Saya ni jadi makin nak tahu apa benda la yg ada dlm fon dia sampai tak nak lepas daripada tangan. Kalau saya nak pinjam pun dia akan tunggu dan tengok saya tekan apa. Baru2 ni suami tertidur dan fon terbuka masa dia tengah buka ig cerita kartun. Kebetulan saya baru balik kerja dan ternampak fon dia depan mata saya terus ambil fon dia dan bawa lari masuk bilik lain.

Saya cek fon dia. Apps omi, michat, grinder dan macam2 apps dating lain semua ada. Saya buka wasap dia. Allahu pedih hati saya bila buka satu2 chat suami wasap dengan lelaki tapi butiran dan chat wasap2 semua ke arah yg tak sepatutnya. Ada video lelaki2 tu dengan dia tengah kiss pelk dalam keadaan tidak berpakaian. Luluh hati saya min. Menggeletar jari2 saya, menangiis saya.

Lepas tu dia ketuk pintu bilik. Dia ketuk kuat sangat banyak kali suruh pulangkan fon dia. Saya buka pintu dan saya bagi semula fon dia. Dia mrah sangat kat saya. Lepas tu dia tanya saya. “Awak dah tahu kan semua sekarang! So awak nak apa??!” Saya menangis.. saya cakap, “awak yg buat slah kenapa nak marh saya..? Saya minta maaf saya cuma nak awak.

Saya nak suami saya, saya tak nak berpisah, saya sayang awak” Saya cakap camtu. Tapi sumpah min, saya betul2 sayangkan suami saya Lillahitaala. Walaupun saya dah tahu dia macam tu, saya masih sayangkan dia, tak berkurangpun kasih sayang saya kat dia. Makin saya rasa nak tolong dia. Makin besar rasa kasih dan sayang saya kat dia. Saya tanya, “kenapa nikah kalau tahu awak macam tu?“

dia cakap, “Saya ingat saya boleh berubah lepas kahwin, awak ingat saya nak ke jadi macam ni, saya cuba untuk berprng dengan diri saya, saya benci diri saya kenapa saya jadi macam ni..!” Lepas tu dia ambil wudhuk, saya cuba peluk dia. Dia cakap “aku nak solat ni! Ada aku tak solat kang..!” Saya pun bagi dia waktu untuk solat. Lepas solat dia terus lari keluar rumah tanpa sempat untuk saya halang, dia start enjin kereta terus keluar.

Saya menangiis meraung, lepas tu saya terus ambil wudhuk dan solat maghrib terus zikir sampai solat isyak baru tenang setenangnya min. Saya buat solat taubat, solat hajat, solat istikharah mohon petunjuk. Saya baca al-quran untuk tenangkan hati yg remuk. Saya sayang rumahtangga saya min. Dah berbelas tahun saya kenal dan bercinta dengan suami sebelum kami mengambil keputusan untuk bernikah dan saya tak tahu sejak bila dia berubah jadi macam tu.

Saya ingat saya dah cukup kenal dia Sungguh demi Allah saya amat menyayangi suami saya. Sekarang suami minta saya ambil cuti dan pulang ke kampung dan beri dia masa untuk tenangkan diri dia. Dia juga seperti tak nak berpisah, tapi dalam masa yg sama dia takut buat jahat pada saya jika kami meneruskan pernikahan ini.

Tapi saya redho min. Kalau ini takdir Allah, biarlah tanpa sentuhan sekalipun, saya redho asalkan saya masih bersama dengan suami. Saya faham suami tengah dalam masalah besar seperti ini, saya tak nak rungsingkan fikiran dia. Saya nak bantu dia. Saya nak kami sama2 masuk syuga..

Saya doakan suami berubah ke arah lebih baik dan tinggalkan segala perkara buruk kemungkaran yang dia lakukan. Mohon semua doakan suami saya juga ya. Doakan saya dan suami dapat meneruskan pernikahan ini dalam keharmonian, rahmat kasih sayang dan keredhaan Allah. Aamiin

Sumber : kisahrumahtangga