Niat nak hantar borang nikah. Sekali tak pasal pasal polis trafik beri ceramah soal ini di SJR.

Fakta Viral

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat masih panjang berikutan kes harian Covid-19 kekal tinggi. Jadi, Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi memantau pergerakan rakyat tetap diteruskan.

Terima tazkirah free dari abang trafik

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @rashidismailrashidismail telah memuat naik momen lucu ketika dalam perjalanan menghantar borang permohonan nikah. Kenderaan yang dipandunya telah melalui roadblock dan anggota trafik sempat memberikan nasihat kepadanya mengenai alam perkahwinan. Nak hantar borang nikah je tempuh roadblock , dengar nasihat dulu dengan abang jpj.

Video :

https://www.tiktok.com/@rashidismailrashidismail/video/6989151451427654938?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2F&referer_video_id=6989151451427654938&refer=embed 

Nasihat rumah tangga

Anggota polis trafik tersebut memberikan sedikit pesanan yang pastinya berguna untuk pasangan yang bakal berumah tangga terutamanya lelaki. Antara pesanan yang diberikan adalah berharap para suami supaya menurunkan sedikit ego dan elakkan dari mempunyai ‘skandal’. Tanggungjawab yang dipikul seorang suami juga besar dalam keluarga dan selalulah amalkan solat dhuha agar rezeki keluarga terus dimurahkan oleh Allah S.W.T.

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan TikTok pengguna berkenaan dengan memuji pesanan-pesanan yang disampaikan. Walaupun terlihat agak lucu kerana memberik ‘tazkirah’ di SJR, namun apa yang disampaikan sangat sesuai untuk pasangan yang akan berumah tangga kelak.

Abang trafik penat, sebab tu bagi nasihat biar kurang rasa penat

Sporting habis abang trafik ni

Ucap terima kasih dengar ‘ceramah tepi jalan’

Anggota polis trafik tersebut turut meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih kerana mendengar celotehnya yang sangat berguna itu dan tidak sangka ia tular di aplikasi TikTok. Terbaik abang polis trafik!

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dalam Ucapan Tahniah Warganet Buat Pengasuh Siti Aafiyah. Ada Pula Yang Pertikai Soal Rentas Negeri Dan Rupanya Ini Sebabnya.

Tahniah diucapkan kepada pengasuh anak kepada Dato’ Sri Siti Aafiyah iaitu Hidayah Zubit yang telah selesai dinikahkan bersama dengan pasangannya iaitu Mohammad Ridzuan Razali yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II pada 31 Mei lalu.

Majlis pernikahan itu telah diadakan secara sederhana di kampung halaman Hidayah iaitu di Pulau Pinang. Namun, apa yang menjadi persoalan pada sesetengah warganet ialah tentang kehadiran Hidayah ke negeri Terengganu yang merupakan kampung halaman Ridzuan. Seperti yang tahu, seluruh negara kini sedang berada di bawah perintah total lockdown yang mana banyak aktiviti terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Disebabkan itu, ramai yang tertanya-tanya tentang sebab utama mengapa pasangan pengantin itu boleh merentas negeri pulang ke kampung walaupun hakikatnya beberapa mukim di Terengganu kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Sebenarnya, tujuan Hidayah merentas negeri ialah bagi mengikuti suaminya pulang ke kampung selepas majlis pernikahan mereka sahaja dan bukannya atas sebab lain.

Mereka berdua juga telah melakukan swab test sesudah sampai ke Terengganu bagi mengelakkan diri daripada menjadi pembawa v1rus. Jadi mungkin dekat sini dah jelas lah mengapa Hidayah dan suaminya merentas negeri, harapnya tak ada lah yang marah pula ya.

Sumber foto dan video: Instagram Dayah Zubit

Sumber : https://www.hotfm.com.my/