Beria suami nak kahwin lain sampai bezakan isteri dengan ex gf. Hairan isteri tak marah pun bila suami nak kahwin lain. Akhirnya isteri nekad buat sesuatu sampai suami menyesal.

Kisah Rumah Tangga

Membaca kisah-kisah yang ada di dalam ini membuatkan saya pun turut ingin berkongsi cerita. Saya merupakan seorang yang lelaki yang suka bersosial, berkerjaya, berpelajaran tinggi-lulusan oversea, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Baby kedua baru sahaja lahir baru-baru ini. Isteri juga sama, mempunyai master dalam bidangnya dan kerjaya yang stabil. Sebelum berkahwin, saya telah bercinta dengan seorang gadis hampir lima tahun lamanya. Namun jodoh kami tiada, satu hari kami brbalah besar dan kemudian masing-masing membawa haluan sendiri.

Saya mengenali isteri tidak lama, lebih kurang tiga bulan, kemudian kami bertunang dan tiga bulan kemudian kami berkahwin. Saya seorang yang simple. Saya mengenali isteri dari seorang rakan. Setelah membuat penilaian secara keseluruhan, saya melamar dan dia terima. Mungkin kerana kecewa dengan hubungan yang lalu, saya tidak mahu lagi untuk spend masa, wang ringgit dan tenaga kepada perhubungan yang lama dan tidak pasti.

Reason saya pilih isteri sebagai teman hidup kerana personalitinya yang rileks dan cara hidup keluarganya yang sederhana. Kedua mertua saya sangat baik dan alim orangnya, berbeza dengan latar keluarga saya yang agak biasa dalam hal-hal agama. Setelah berkahwin, saya tahu bekas kekasih saya sangat kecewa dengan saya- walaupun pada ketika itu kami sudah lama tidak berhubung.

Tidak lama selepas itu, apa yang saya dengar dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya dan beberapa bulan selepas itu dia berpisah. Saya berasa sangat sedih dengan berita ini. Walaupun kami sudah tidak lagi bersama, tetapi dalam hati saya masih menyayangi dan mahukan yang terbaik untuknya. Ketika itu, mulalah datang saat keliru dalam hidup saya, segala kenangan dan memori dengan kekasih lama mula menjelma.

Saya mula menghubungi kekasih lama dan bercadang ingin mengambil si dia sebagai isteri kedua. Pada tempoh perhubungan itu, hati mula mencari keburukan isteri bagi mewajarkan tindakan saya untuk beristeri dua. Perkara yang selama ini cantik, mula bertukar menjadi buruk. Segala yang ada pada bekas kekasih mula dibandingkan dengan apa yang ada pada si isteri, dan pada ketika itu hampir semua menang pada bekas kekasih.

Dipendekkan cerita, seperti biasa mana ada orang perempuan yang sanggup dimadukan kalau diberi pilihan. Isteri saya memang tahu yang si dia adalah bekas kekasih saya kerana saya berterus terang dengannya sebelum kami berkahwin. Di suatu malam ketika kami bertegang leher, dengan linangan air mata isteri berkata kepada saya “saya izinkan abang berkahwin lain tetapi janganlah buat perkara terkutuk sama sekali, saya tak nak abang melakukan dosa besar”.

Kata-kata itu dalam diam umpama halilintar yang memanah hati saya. Ketika dalam proses konflik tersebut (selama beberapa minggu), saya nampak isteri kuat bersolat sunat dan setiap kali selepas solat matanya akan merah kesan daripada menangis. Isteri saya ni memang jenis yang tak banyak bercakap, tetapi lebih kepada tindakan.

Selepas krisis pada malam itu, hati saya rasa sedikit kelainan. Saya mula sedar yang isteri saya ini bernikah dengan saya kerana Allah. Dia lebih risau saya terjerumus melakukan dosa besar daripada kecewanya dia kerana saya ingin beristeri dua. Dalam diam saya memerhatikan gerak gerinya (yang selama ini mungkin tak berapa nak pandang sangat), dan ketika itulah saya sedar yang isteri saya ini seorang wanita yang sangat-sangat baik.

Asbab isteri ni kuat mengadu pada Tuhan, Allah bukakan hati saya untuk menilai dengan lebih waras. Saya mula sedar yang wanita yang menjadi isteri saya ni mempunyai begitu banyak kelebihan yang Allah kurniakan berbanding bekas kekasih. Bermacam-macam gambaran kebaikannya muncul di fikiran.

Dialah wanita yang sanggup mempertaruhkan nyawanya ketika ingin melahirkan puteri hati saya, dialah wanita yang setiap hari menyediakan juadah untuk saya walaupun sibuk, mengajar anak saya membaca Al-Quran, berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya, dan saya masih lagi ingin mencari wanita lain?

Dalam diam Allah membuka hijab dan lama kelamaan saya semakin sedar yang keputusan saya berkahwin dengan isteri adalah pilihan yang sangat tepat. Allah mula tunjukkan satu persatu yang bekas kekasih bukanlah orang yang layak untuk saya sunting sebagai isteri.

Mungkin ada kalangan pembaca yang bertanya, kenapa Allah kurniakan saya wanita sebaik isteri sebagai teman hidup saya? Saya juga terfikir hal yang sama, mengapa saya dapat isteri yang sebaik ini. Lama-kelamaan saya menyedari, mungkin ini ganjaran Allah terhadap sedikit amalan saya.

Sekiranya ada kelapangan masa dan rezki, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu orang-orang yang kurang berupaya dan tidak bernasib baik. Mungkin kerana itulah Allah anugerahkan pinjaman terindah buat saya di dunia ini. Kini hampir dua tahun hal ini telah berlalu dan kasih sayang kepada isteri semakin hari semakin meningkat. Setiap pagi, saya akan memilih untuk menyarungkan kaca mata cinta tatkala memandang wajah isteri.

Setelah melakukan siasat terperinci terhadap pengalaman hidup saya ini, saya menemui ada tiga perkara yang boleh dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca Sebagai orang Islam mengucap adalah perkara paling asas. Makna mengucap adalah “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”. Maknanya Allah ini tuhan dan dia yang buat dan pegang segala sesuatu termasuk hati para suami dan isteri. Jadi sekiranya ada masalah, perkara pertama kena buat adalah pergi kepada pencipta.

Adu pada dia. Ini yang dibuat isteri saya, dia merintih kepada penciptaNya dan Allah yang pegang hati saya bukan ex-girlfriend saya. Saya tahu dia berdoa sampai menangis kepada Allah, dan Allah telah perkenankan doanya. Kepada lelaki, kalau nak poligami dan sampai terpaksa burukkan isteri, itu maknanya kita yang ada something wrong bukan isteri.

Sebab tugas utama suami adalah BIMBING isteri. Suami yang kena jadi coach kepada rumah tangga. ILMU rumah tangga sangat penting. Cari ILMU untuk jadi pengemudi yang baik. Kepada wanita, lelaki yang burukkan isteri bukanlah calon suami yang baik kepada anda.

Kepada isteri, kalau marah sebab suami nak kahwin lain tak perlu hamun suami. Kebanyakan lelaki sukakan cabaran dan pantang dicabar. Sebaliknya upgrade diri, ubah diri dan sayang diri. Dengan ubah diri kita, barulah boleh harap orang lain untuk berubah. Isteri saya ubah diri dia dengan perbanyakkan amalan.

Ketika konflik dia banyak solat dan puasa sunat. Segala perbuatannya membuatkan saya bermuhasabah kembali. Orang lelaki ni boleh jadi risau juga bila tiba-tiba tengok isterinya selalu di atas tikar sembahyang. Fahamkan tiga perkara ni, insyaAllah bukan sahaja rumah tangga akan tenang malah kehidupan juga akan lebih bahagia. Sekian, wassalam.

Bini Relax Je Bila Suami Kena Tangkap Basah Dengan Gadis Lain Dekat Hotel. Bini Bapak Dan Juga Ustaz Yang Kantoikan Suami Check In Dengan Gadis Lain. Tergamam Suami Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Sebenarnya, saya sekadar berkongsi rahsia hati dan pengalaman. Saya seorang suami selingkuh yang kini menerima kifarah Allah setelah saya benar2 bertaubat! Julai ini, genaplah 18 tahun usia perkahwinan saya. Saya bernikah ketika berusia 20 thn manakala isteri 17 thn. Isteri saya pilihan keluarga saya. Dan saya waktu itu, telah mempunyai pilihan hati.

Saya tahu kenapa ibu saya mahu saya berkahwin cepat. Ibu saya tak suka pilihan saya kerana teman wanita saya sosial orang nya. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam keterpaksaan saya bernikah jua. Saya cuba lupakan teman wanita saya namun saya gagal. Maka saya mengambil keputusan berpindah ke kg nenek isteri saya kerana tak mahu bersua wajah dengan bekas teman wanita saya.

Hampir setahun rumah tangga kami, isteri saya meng4ndung. Waktu itu jujurnya saya langsung tak rasa teruja nak menimang anak kembar. Isteri pula mengalami alahan yang teruk sehingga saya terpaksa bawa isteri pulang ke kg. Saya mula rasa terabai waktu itu. Rasa sepi. Lalu saya menghubungi kembali teman wanita saya.

Bermula di fb dan akhirnya berhubung di telefon. Kami kembali menjalin kasih sehingga berjumpa di hotel. Tapi Allah maha mengetahui. Keselingkuhan saya terbongkar. Isteri saya tertekan sehingga mengalami tumpah cairan darah. Saya ckup rasa bersalah. Dan atas desakan dan pujukan keluarga saya, isteri saya memaafkan saya dan beri peluang pada saya.

Tapi… saya selingkuh lagi ketika usia anak kembar saya setahun. Kali ni, isteri saya bersama bapa saya juga ustaz yang menangkap saya di bilik hotel. Malu yang teramat waktu itu. Tapi saya pelik kenapa isteri saya langsung tak mohon fasakh walaupun ibu saya sndiri yang suruh. Waktu itu saya fikirkan mngkin isteri saya memikirkan anak2 yang masih kecil.

Saya bertaubat dan bersungguh sungguh berubah. Saya tumpukan perhatian pada kerjaya n anak2. Bila isteri menyuarakan niat nak sambung belajar, saya support dari segi kewangan. Dia punyai keputusan spm yang cemerlang, tapi trpaksa berhenti belajar kerana desakan keluarga untuk bernikah dengan saya dan sebab itulah saya menyokong dia kini.

Rumahtangga kami ok sahaja dan saya berusaha menjadi ayah juga suami yang terbaik. Namun hubungan kami suami isteri tercalar bila saya terbaca Wasap dia dengan seorang llaki ketika dia di tahun akhir pjj. Saya tanya dia dan jawapan dia buat saya terkedu. Dia kata sakitkan bila diselingkuhi dan dia tanggung seribu kali ganda sakit itu bila dia baca segala Wasap saya lalu memberitahu bapa saya.

Saya menangis dan meminta agar dia lupakan perkara lalu kerana saya benar2 sygkan dia dan berubah. Tapi dia cuma senyum sinis dan kata dia akan balas setiap titis air mata dia yang saya perah. Mulai detik itu, saya mula bimbang dia selingkuh sehingga ke katil hotel seperti saya dahulu. Saya mula ekori dia, tapi dia tak pernah tak balik bermalam di rumah. Habis kerja jam 5. 30, sejam selepas itu dia mesti dah smpai di rumah. Maka saya tepiskan prasaan tersebut.

Saya berusaha saban detik membuktikan kejujuran dan kasih sayang saya padanya. Sudah 15 tahun berlalu, tapi renungan dia tak pernah berubah. Dia masih tak lupakan keselingkuhan saya. Dia cukup pandai berlakon di dpan keluarga dan anak2. Tapi bila dgan saya, mucul lah dirinya yang sebenar.

Berbelas tahun saya pendam semua ini kerana kesakitan ini bermula dari perbuatan saya, tapi skrg saya mula takut kehilangan isteri saya kerana saya membaca what’s app isteri saya seminggu lepas dan llaki yang bersembang dengan isteri saya mendesak isteri saya supaya mnta perpisahan dari saya.

Saya buntu. Keluarga saya tak percaya lagi pada saya dan mana mungkin saya meminta bantuan mereka. Lgpun isteri saya menantu kesayangan ibu saya. Saya brdoa saban waktu agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah. Pd suami2 yang membaca, jangan sesekali mencuba untuk cselingkuh kerana bila kita diselingkuhi, waktu itu kita cuma mampu berharap agar kita mampu mengubah waktu silam. Wanita memanglembut, tapi bila peluang diberi tak dimanfaatkan, lalu kembali mencalar kepercayaan, maka itulah detik paling payah dan sukar untuk lelaki kembali meraih kepercayaan itu…

Hari Yang Paling Bahagia Buat Wanita Ini Bila Ditalak 3 Dengan Suami Lepas 7 Tahun Kahwin. Rupa Rupanya Sebelum Berpisah Iniyang Berlaku Sampai Wanita Ni Bahagia Sangat.

Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang segala kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.a kepercayaan buat insan yang bergelar suami, inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.

Ikuti coretan yang dikongsikan oleh wanita cekal ini. Semoga perkongsian kisah benar pengalaman hidup oleh seorang wanita bernama Anisah, yang baru sahaja bergelar janda selepas dilepaskan suami dengan talak 3 akibat campur tangan keluarga mertua dan keselingkuhan suami didalam rumahtangga, dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain.

Terima kasih siarkan cerita ni..

Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dilepaskan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya. 7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik. Ketika bertunang, saya mula nampak sikit-sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif, saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah. Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.

Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah. Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga. Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital. Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir. Yup, saya bongok.

-Kali Pertama Tangan Naik Ke Muka..

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki. Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya jatuhh sakitt. Saya tak mahu ulang salah silap saya yang lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya, suami masih dengan alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut. Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula menghembuskan nafas yang terakhir dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa. Masih saya diam. Yup, saya bongok.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan, bermulalah episod telinga saya panass dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan. Menantu baru diangkat setinggi tingginya. Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik. Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bongok.

-Mohon Melanjutkan Pelajaran..

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu. Alhamdulillah, permohonan berjaya. Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik, apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya, dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras. Walau saya takut-takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dilepaskan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara. Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin. Akhirnya suami beri kata putus, “Kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu. Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya. Amar anak yang baik dan tak buat perangai sangat. Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang.

Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya. Berulang alik ke Shah Alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya. Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

-Suami Ada Perempuan Lain..

Tahun 2016, terdengar ura-ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan. Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang. Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar. Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dengan perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.

Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh. Tapi dia menyambung ayat “Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan.”

“Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak. Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abang nak kawin dengan dia?” Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar. Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai. Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya. Amar, anak yang baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

-Mula Lakukan Perubahan Dalam Hidup..

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama. Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan. Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa-apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah. Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju. Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar (update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil-bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap-tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu, saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar. Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus. Suami masih sibuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

-Fokus Pada Misi..

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand. Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abang tak nak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah. Dia mungkin rasa tercabar (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”. Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik. Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin. Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh? Dia okay. Setiap malam, saya mengira bajet. Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

-Suami Kena Tahan Dengan Jais..

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami kena tngkap jais. Saya masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya. Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar. Ibu mertua siap berkata “Kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.” Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

Disember 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018. Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar. Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar. Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu. Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dengan baik dan dia kata ” kau pandai-pandai cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah. Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. barang-barang perabot aku nak pindahkan kat umah madu kau esok”. Saya hanya menjawab, “OK.”

-Dijatuhkan Talak 3..

Malam itu, saya kemas baju-baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar. Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru. Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga” Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang-barang, Amar, dan kunci kereta. Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu-talu whatsapp masuk handphone saya. Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.” Sebenarnya sepanjang dia sibuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari.

Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha), dan lepas dia kahwin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit-sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat. Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu.

Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia. Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too. Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan-kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebongokkan saya. doakan saya ya.

-Anisah..

Buat wanita ini, sesungguhnya anda memang seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah! Bukan mudah untuk bangkit, membina benteng kekuatan diri untuk persiapan masa depan. Namun anda berjaya membuktikannya dan tidak mengharap simpati daripada bekas suami.

Buat wanita lain, yang mungkin senasib dan sama perjalanan seperti wanita ini, Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Berani lah untuk ‘melangkah’ lebih jauh. Sentiasalah bersedia, persiapkan diri dengan ilmu, kewangan, kerjaya dan paling penting mampu berdikari walaupun tanpa insan yang bernama suami.

Sumber: IIUM Confessions via kisah rakyat