Berikutan sekolah ditutup di Sabah. Jabatan Pendidikan Sabah sediakan sesuatu ini khas buat calon SPM di Sabah dan harap semua yang berkaitan maklum dengan berita ini

Berita

Sebagai persediaan sepanjang penutupan sekolah berikutan penularan COVID19,Jabatan Pendidikan Sabah menyediakan modul pembelajaran dalam bentuk e-buku untuk membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengarah,datuk Mistirine Radin berkata modul berkenaan boleh dimuat turun dalam gajet dan diakses ecara luar talian bagi memudahkan pembelajaran di rumah.

Tamahnya lagi,e-buku dihasilkan oleh Majlis Guru Cemerlang dan guru berpengalaman dari Sabah itu antara satu langkah untuk memastikan calon SPM di Sabah tidak ketinggalan dalam pelajaran.”Jabatan Pendidikan Sabah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang dan guru berpengalaman Sabah ada menyediakan modul SPM mengikut subjek,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketika ditanya,beliau berkata mengenai langkah yang diambil bagi memastikan calon SPM di Sabah dapat membuat persediaan walaupun tidak dapat hadir ke sekolah. Ia juga termasuk menangani masalah ketiadaan liputan internet di sesetengah kawasan yang menyukarkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dala talian.

Dimaklumkan sekolah di Sabah ditutup mulai esok sehingga 25 Oktober ini selaras keputusan Kementerian Pendidikan pada ( Oktober lalu berhubung penutupan semua ekolah di negeri ini,berikutan peningkatan ke COVID19. Mistirine berkata lagi,modul pembelajaran e-buku itu dapat memastikan calon SPM di negeri itu dilengkapi bahan sesuai dan membantu mereka membuat persiapan menduduki peperiksaan berkenaan.

“Saya berharap guru dan pelajar dapat menggunakan sepenuhnya modul terbitan jabatan agar cukup bersedia menghadapi SPM,” katanya.SPM tahun ini dijadualkan semula pada Januari depan, berikutan perubahan jadual persekolahan ekoran sekolah ditutup awal tahun ini kerana penularan COVID-19.

Mistirine berkata, sebanyak 1,296 sekolah rendah dan menengah dengan seramai kira-kira 500,000 murid dan pelajar terbabit dengan penutupan sekolah di Sabah mulai esok.Sekolah di Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sudah ditutup sejak akhir bulan lalu, manakala sekolah di sekitar ibu negeri, Penampang dan Putatan ditutup sejak awal minggu ini, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).-bh

Terkini Tiga Sekolah Di Kedah Diarahkan Tutup Mulai Hari Ini Sehingga 17 Oktober. Ini Sekolah Sekolah Yang Ditutup Ekoran Penularan Covid 19.

Tiga sekolah di Baling dan Pokok Sena ditutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan warganya. Menerusi pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, tiga sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling serta SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena.

Susulan itu semua pelajar, guru dan warga sekolah dikehendaki menjalani kuarantin serta patuh prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan. “JPN Kedah memutuskan menutup sementara semua kelas di sekolah berkenaan dan guru serta kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah, manakala pembelajaran secara dalam talian,” kata pekeliling itu.

Sementara itu, tinjauan di SMK Baling pagi ini, mendapati pagar utamanya ditutup dan tidak kelihatan warga sekolah di pekarangan. Difahamkan, langkah diambil susulan seorang pelajar sekolah itu yang menjadi kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif Covid-19. Kedah merekodkan lebih 1,200 kes positif setakat semalam, membabitkan Kluster Tembok di Kota Setar dan Pokok Sena serta Kluster Tawar di Baling.

Oleh yang demikian, semoga kita semua terpelihara daripada penularan wabak covid 19 ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Untuk dapatkan info menarik mengenai isu semasa, tips, dan lain-lain marilah LIKE & SHARE PAGE KAMI KUCINGASM MEDIA. Terima Kasih!!

Sumber: HMETRO

Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia beri kenyataan baru mengenai penutupan sekolah ketika musim pandemik covid 19 yang semakin menular. Syarat syarat itu dikemukakan disini.

Sebelum meneruskan pembacaan, jangan lupa LIKE dan SHARE page kami, Kucingasm Media.

Kuala Lumpur: Pentadbiran sekolah seluruh negara diberikan kuasa untuk menutup operasi persekolahan jika terdapat kes positif kes Covid-19 membabitkan penghuninya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, tindakan tutup sekolah untuk tempoh tujuh hari boleh dilakukan tanpa menunggu analisa risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM. “Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penykit Berjangkit 1988 (Akta 342). “Dalam hal ini, sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 perlulah mematuhi garis panduan yang akan dikeluarkan oleh KPM,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin. Katanya, keputusan adalah susulan trend peningkatan kes di seluruh negara sejak kebelakangan ini. Kenyataan itu juga berkata, murid sekolah berasrama di dalam zon merah perlu kekal di hostel masing-masing.

“Perintah ini turut terpakai ke atas murid sekolah berasrama di zon hijau, tetapi memiliki keluarga yang menetap di zon merah,” kata kenyataan berkenaan. Menurutnya, semua kebajikan murid akan diuruskan pihak sekolah yang berkenaan. Dalam perkembangan lain, Sekolah Kebangsaan Bangsar diarah tutup selama seminggu bermula, apabila dua muridnya disahkan positif Covid-19.

Sumber: HMETRO

Banyak tanda tanya mengenai penutupan sekolah selepas kes semakin meningkat setiap hari. Terbaru ini jawapan PM bagi isu penutupan sekolah itu.

PUTRAJAYA: Setakat ini kerajaan hanya memutuskan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang peka dengan kebimbangan ibu bapa di kawasan lain yang tidak terbabit dengan penutupan sekolah, memberi jaminan Kementerian Pendidikan sentiasa memantau keadaan COVID-19 di sekolah di seluruh negara.

“Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, Kementerian Pendidikan akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menanganinya. “Dalam hal ini, KKM akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah. “Jika perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menegaskan sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan rentas negeri, Sidang Khas MKN akan berbincang dan membuat keputusan mengenainya. “Saya memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan supaya tidak ada sesiapa yang terkandas.

“Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menghadkan majlis dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak COVID-19. “Ini termasuk persidangan besar, kenduri kahwin serta majlis perhimpunan orang ramai,” ujarnya.Bagitupun, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mendapatkan input daripada KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk cadangan mengadakan SOP tambahan jika perlu.

Dah baca? Jangan lupa Like & Share Page Kami KUCINGASM MEDIA.

Sumber: Awani

Sekolah di empat daerah ini ditutup mulai hari ini. Penutupan ini melibatkan hampir 400 buah sekolah dan sehingga ke satu tarikh ini dan harap semua maklum dengan hal ini

Semua sekolah yang berada di zon merah Covid-19 di seluruh negara akan ditutup mulai hari ini.Ini termasuklah sekolah di empat daerah – Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran – yang akan dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan petang semalam, sekolah-sekolah di daerah itu akan ditutup sehingga 23 Oktober.Penutupan sekolah itu akan melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah.Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.Sementara itu sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa. Sumber: Awani

Keputusan KPM Tutup Sekolah Berdasarkan Penelitian Data Dan Perbincangan – Radzi

KUALA LUMPUR, 7 Okt  — Sebarang keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan penutupan sekolah dibuat berdasarkan penelitian mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata KPM menghargai saranan dan sedar kegusaran serta kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.“Saya menerima banyak pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak mengenai keperluan menutup sekolah apabila terdapat peningkatan kes penularan COVID-19.

Kami di KPM sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya malam ini.Radzi juga berkata kemungkinan terdapat pihak mendakwa KPM seolah-olah lambat membuat keputusan namun hakikatnya ia tidak begitu kerana negara tidak pernah berpengalaman menangani masalah seumpama ini.

“Ianya tidak pernah berlaku. Namun kita (KPM) mula belajar beberapa bulan kebelakangan ini mengenai pendekatan sesuai dalam keadaan tertentu,” katanya.Katanya lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas, operasi  institusi pendidikan di bawah KPM tetap berjalan lancar.“Kita belajar bahawa ketelitian adalah penting dalam melahirkan keputusan yang tepat dan jitu,” kata Radzi.

Mengulas penutupan sekolah di kawasan Klang di Selangor, Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah  bermula esok, beliau berkata keputusan diambil setelah mendapat pengesahan daripada KKM bahawa kawasan terbabit adalah kawasan Zon Merah.

“Sepertimana yang dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam, sebarang keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara sekiranya perlu akan dibuat di peringkat sidang khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19  setelah menerima nasihat KKM,” katanya.Justeru, beliau mengajak semua pihak termasuk rakyat negara ini untuk bekerjasama dalam menangani cabaran pandemik tanpa vaksin ini.— BERNAMA

Banyak Tanda Tanya Mengenai Penutupan Sekolah Selepas Kes Semakin Meningkat Setiap Hari. Terbaru Ini Jawapan PM Bagi Isu Penutupan Sekolah Itu.

InfoInfomaklumatISU SEMASASemasaOctober 7, 2020Admin0

PUTRAJAYA: Setakat ini kerajaan hanya memutuskan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang peka dengan kebimbangan ibu bapa di kawasan lain yang tidak terbabit dengan penutupan sekolah, memberi jaminan Kementerian Pendidikan sentiasa memantau keadaan COVID-19 di sekolah di seluruh negara.

“Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, Kementerian Pendidikan akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menanganinya. “Dalam hal ini, KKM akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah. “Jika perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menegaskan sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan rentas negeri, Sidang Khas MKN akan berbincang dan membuat keputusan mengenainya. “Saya memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan supaya tidak ada sesiapa yang terkandas.

“Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menghadkan majlis dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak COVID-19. “Ini termasuk persidangan besar, kenduri kahwin serta majlis perhimpunan orang ramai,” ujarnya.Bagitupun, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mendapatkan input daripada KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk cadangan mengadakan SOP tambahan jika perlu.

Sumber: Awani

Terkedu Fazley Yaakob mula bersuara mengenai sesi persekolahan yang berjalan seperti biasa ketika penularan wabak covid 19 yang semakin meningkat setiap hari. Ini komennnya mengenai perkara itu.

Susulan peningkatan mendadak angka pesakit COVID-19 semasa, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menggesa agar pihak berwajib menangguhkan sesi persekolahan dengan segera. Kata Fazley, situasi membimbangkan ini secara tidak langsung akan mendedahkan risiko kepada pelajar dan guru sekolah.

“Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mula dicutikan sekolah sebelum terlambat! “Korang tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan. Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa bersependapat dengan saya,” tulisnya di Instagram.

Fazley turut membuka ruang undian di Instagram Storiesnya memohon pandangan umum mengenai cadangannya. Cadang Fazley lagi, sesi persekolahan pelajar sekolah rendah harus ditangguhkan terlebih dahulu berbanding sekolah menengah yang punyai komitmen lebih besar seperti peperiksaan utama. Dalam pada itu, ada juga pihak yang menzahirkan kebimbangan terhadap punca rezeki peniaga di kantin sekolah seandainya sesi persekolahan ditangguhkan lagi.

“Habis keringlah mak cik kantin,” komen salah seorang pengguna. Namun, jawab Fazley; “Rezeki boleh dicari, nyawa Allah bagi sekali sahaja.” Ruangan komen Instagram Fazley terus dihujani pelbagai komen dan pandangan mengenai risiko semasa pelajar di sekolah harian.

Sumber: Gempak

Terkini dua lagi sekolah di Terengganu di arahkan tutup mulai hari ini. Mengejutkan rupa rupanya ini punca sampai 2 sekolah terpaksa tutup.

KUALA NERUS, 5 Okt (Bernama) — Dua buah sekolah di Terengganu ditutup mulai hari ini hingga 11 Okt berikutan terdapat pelajar dan muridnya yang disahkan positif COVID-19. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani berkata dua sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di Kuala Nerus.

“Penutupan sekolah ini dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi membolehkan aktiviti disinfeksi dilakukan. “Sehubungan itu, saringan COVID-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19 di sekolah tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

SMK Kompleks Seberang Takir mempunyai 765 pelajar dan 82 guru manakala SK Kompleks Seberang Takir mempunyai 817 murid dan 63 guru. Pada Jumaat lepas, SK Padang Kemunting juga di Kuala Nerus ditutup setelah seorang gurunya disahkan positif COVID-19 manakala sehari sebelum itu, sebuah taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Bandar Al Muktafi Billah Shah di Dungun turut ditutup setelah seorang kakitangannya disahkan positif wabak tersebut.

— BERNAMA

Kes melonjak naik lagi. Terkini 691 kes positif disahkan hari ni. Mengejutkan Dr Noor Hisham bongkarkan puncanya buat orang ramai tak senang duduk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Covid-19 memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes positif Covid-19 kepada 691 kes setakat hari ini, 6 Oktober 2020. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 13504 kes. Daripada jumlah tersebut, terdapat kes aktif.

Sehingga setakat hari ini, terdapat 87 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10427 kes. Duka cita dimaklumkan empat kes pemergian direkodkan hari ini

Sumber: Sidang Media KKM

Mengejutkan ada lagi kluster baru dikenal pasti selepas kes melonjak tinggi pada harini. Rupanya ini punca muncul kluster baru itu.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baru di Perak dan Sabah iaitu Kluster Batu dan Kluster Ramai-Ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Batu dikenal pasti di Taiping, Perak yang mana hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan.

Menurutnya, hasil saringan mendapati sebanyak tujuh kes dikesan positif Covid-19 semalam dan mereka semua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. “Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 860 individu disaring iaitu tujuh positif, 182 negatif dan 671 masih menunggu keputusan.

“Kluster Ramai-Ramai dikenal pasti di Sandakan, Sabah yang mana kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12,161) adalah seorang pemandu bas dan mengalami gejala sakit tekak dan demam bermula 27 September lalu,” katanya pada sidang media hari ini. Dr Noor Hisham berkata, kes dikesan positif Covid-19 pada 3 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan, Sabah untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 19 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini membabitkan warga negara Malaysia. “Mereka dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent untuk rawatan,” katanya. Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 166 individu disaring iaitu 20 dikesan positif Covid-19 dan 146 individu masih menunggu keputusan. “Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: HMetro