Berjaya bayar RM17000 tanpa gagal. Azwan Ali dedahkan punca dia kena bayar sampai beribu dan pengalaman yang dia lalui sepanjang tahun 2020

Artis

Pengacara, Azwan Ali, 54, menyifatkan 2020 adalah tahun yang paling mencabar apabila didnda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memuat naik video mengkritik petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan pandemik CoVlD-l9 pada Mac, tahun lalu.

Kongsi, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu, ia adalah ujian terbesarnya dan banyak yang dipelajari daripada peristiwa berkenaan.“2020 adalah tahun yang penuh benda teruk pada saya. Saya masih ingat dan takkan lupa, Jumaat, jam 12.55 tengahari pada 27 Mac, tahun lalu. Saya diperintahkan Mahkamah Seksyen membayar d3nda sebanyak RM17,000 dalam masa tiga jam.

“Sekiranya saya gagal menjelaskan denda, saya boleh masuk tirai besi. Itu adalah dug4an yang paling besar bagi Azwan Ali dalam 2020,” katanya kepada BH Online.Walau bagaimanapun, Azwan berkata, di sebalik episod hitam itu ada hikmah yang tersembunyi.“Antara hikmah besarnya, saya tidak lagi menerima kritikan yang sering membanjiri laman sosial, hingga hari ini.

“Banyak hikmah diperoleh daripada kejadian berkenaan. Antaranya, masyarakat membuka mata dan mula sedar betapa ‘kaya’ Azwan Ali apabila berjaya membayar RM17,000 tanpa gagal.“Dan satu lagi hikmah paling besar adalah saya dapat kembali 10 kali ganda daripada bayaran denda yang dikenakan. Bayangkanlah sendiri berapa jumlahnya. Allah maha kaya, ambil sesuatu dan pulangkan berganda.

“Jadi, macam mana pun saya tetap bersyukur melalui kejadian berkenaan. Lebih manis, 2020 juga saya menerima banyak tawaran pengacaraan dan lakonan. Antaranya, membintangi drama Diva Popular bersama Erma Fatima,” katanya.Katanya, dia amat terharu apabila kali pertama diberi peluang berlakon bersama pengarah dan pelakon yang popular menerusi watak Mak Cun itu.

“Ini adalah kali pertama saya diberi peluang berlakon dengan Erma. Saya tak pernah bekerja dengan Erma sepanjang tiga dekad berada dalam industri seni. Insya-Allah, saya akan memberikan lakonan yang terbaik menerusi drama Diva Popular arahan Rashid Sibir itu.“Alhamdulillah, tamat sahaja program realiti, Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2), tawaran lakonan pula masuk. Jujurnya, hujung 2020 ini saya menerima banyak tawaran dan ia membuktikan LCK2 bukanlah penamat.

“Antaranya, saya menerima tawaran berlakon bersama Ziana Zain menerusi drama Madam E-Wallet, kemudian bersama Datin Seri Umie Aida dan Rita Rudaini menerusi drama Shah Alam 40000.“Saya mengharapkan 2021 akan lebih menyerlah selepas sekian lama menyepi. Saya berharap akan terus diterima. Doakan yang terbaik untuk saya, apatah lagi, usia menginjak 55 tahun, tahun ini. Ia juga bermakna genap 33 tahun saya berada dalam industri hiburan,” katanya. 

Baru Je Semalam Tular Tentang Keluarga Adik Fattah Anaz Disihir. Sekali Tiba Tiba Azwan Ali Mula Bersuara Bagi Komen. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Komen Dia.

Lama tak dengar khabar berita si cilik adik Fattah Anaz yang terkenal selepas videonya masuk di dalam sangkar kucing pada tahun 2018 lalu. Rupa-rupanya ada kisah lain yang terjadi dalam kehidupannya sekeluarga. Jika anda lihat di laman Instagram Anaz sendiri,

bapanya iaitu Mohamad Firdaus telah memuat naik beberapa posting menceritakan perkara yang sedang berlaku dalam keluarganya. Tidak disangka rupa-rupanya keluarga kecil ini dikatakan telah dis1hir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga membuatkan Firdaus sendiri terlantar sakit dan tidak mampu untuk bangun membuat kerja.

Sedar tak sedar sebenarnya dia mcm paham perubahan yg ketara berlaku please.. dia nampak mak ayah dia brbalah teruk.. dia nampak ayah dia sentiasa nak sibukkan diri sbb nk sorang sorang.. dia nampak ayah dia jd panas baran..dia nampak mcm mcm.. sampai pernah dia mengadu , nampak kelibat ‘hantu’ kalau ingat ade video yg dia cerita dia mimpi ular hitamz tapi kami gitu gitu jer.. tak terpikir akan ada manusia yg sanggup buat perkara syrk walaupun macam macam tanda Allah tunjuk kebesaran Dia..

tp takpe.. sakit yg ayah budk ni kena, dia pun x pikir selama ni.. tak layan pun sebab banyak lg hal lain yg positif nak kena pikir.. bukan x sakit.. sakitt bukan x tersksa , sksa…ntah lah.. yang tahu jer tahu.. pi berubat sane sini duk main kot kot kot jer.. dan Alhamdulillah.. dengan izin Allah semalam pergi nak check mak ,skali scan semua.. yg lain x de ape, eh ayah nye kena. takpe.. tak de hal.. mmg awak dah berjaya dah.. mmg jatuh teruk dan nk rebuild balik semua nya mmg makn mase dlam keadaan aku ni lembik adoi la.. nak x nak dah kena baring mcm org sakit..

itu pn bangun lagi buat itu buat ini xpe lah.. sy REDHA..tp please.. cukup lah tu.. bg lah peluang sy jaga anak sy sampai besar , sampai buat dia BERJAYA please.. Rezeki milik Allah.. dulu sy doa , sy dpt sy doa kan semua kita yg ad masalah termasuk lah dri sy sendiri untuk dipermudahkn segala urusan didunia dilimpahkan dengan rezeki yg banyak..

Amin.. inshaAllah.. kawan, ad beberapa lg kerja yang nak sy settlekan di platform ni sbb isteri dah mintak payment dulu untuk rawat dan selesaikan mana masalah yg boleh settle.. so inshaAllah sy nak settlekan yg tu pelan pelan.. then takpe.. pelan pelan jugak kami slow..

Menerusi salah satu posting, Firdaus ada kongsikan beberapa keping foto menunjukkan dia sedang menjalani perubatan Islam sebagai salah satu cara untuk ikhtiar merawat skitnya itu. Dalam masa yang sama, Firdaus turut memohon kepada si penghantar itu supaya hentikan perbuatan berkenaan kerana dia masih mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga kecilnya itu.

Lebih menyedihkan lagi apabila Anaz juga pernah didatangi mimpi pelik ketika tidur, antaranya ialah dia juga pernah bermimpi didatangi dua orang kanak-kanak untuk bermain dengannya tetapi apa yang membuatkan dia sedih ialah bapanya tidak mempedulikan kehadiarannya langsung.

Nak tau Anaz mimpi apa? Anaz mimpi ada dua kawan Anaz datang dekat dapur, nak main tengok game apa Anaz nak. Baba pun nak main jugak, lepastu Baba ambik dua-dua budak tu, tak ambik Anaz pun kat dapur. Baba main dengan budak tu, tak main dengan Anaz. Sayu hati mendengar kisah mimpi Anaz sehingga membuatkan ada yang turut tumpang seedih melihat keadaan keluarga itu.

Dalam pada itu, pengacara terkenal Azwan Ali turut ada memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya yang bersedia untuk ikhtiarkan sesuatu untuk keluarga Anaz. Semoga keluarga ini dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini dan diharapkan mereka baik-baik sahaja.

Sumber: HOT.fm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Ramai Warganet Kritik Perbuatan Nabil Seakan Akan Memerli Kemunculan Diva AA . Lebih Mengejutkan Sekali Azwan Ali Turut Memuat Naik Satu Tweet Mengkritik Kembali Hos Tersebut

Macam yang kita sedia tahu setiap hari Ahad, pelbagai rancangan hiburan berbentuk nyanyian di siarkan di beberapa saluran televisyen tempatan.Begitu juga di TV3 dimana pengacara terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah membuat comeback dengan mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 bergandingan dengan Elly Mazlein.

Kehadiran semula Diva AA di pentas hiburan telah mendapat pujian warganet di media sosial sehingga kedua-dua episod yang dibawa olehnya trending di Twitter.Wahh beraninya Nabil!Namun begitu, malam tadi tercetus satu kontroversi yang berlaku di satu lagi rancangan televisyen, Gegar Vaganza musim ke-7 apabila pengacaranya, Nabil Ahmad dikatakan seakan-akan memerli kemunculan Diva AA.

Hal ini membuatkan warganet mulai tidak senang dengan tingkah yang begitu tidak profesional daripada seorang pengacara TV ketika sedang bersiaran langsung.Nanti ada la tu permohonan maaf.Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah mengkritik tindakan tersebut dan memaklumkan bahawa gaya pengacaraan Diva AA jauh lebih baik berbanding dirinya.

Mereka juga menyuruh pengacara Gegar Vaganza itu bersiap sedia untuk menerima komen oleh Azwan Ali di Twitternya.“Tak padan dengan haji, lawak melvcah je”Kejap lagi kena la tu.Saja cuba gali kvbur sendiri.Apa yang di jangkakan oleh warganet benar-benar berlaku apabila Diva AA memuat nailk satu tweet mengkritik kembali hos rancangan terbabit

Lagu Cinta Kita 2 dan Gegar Vaganza musim ke-7 bersiaran langsung secara serentak di dua stesen televisyen popular negara. Keduanya merupakan rancangan nyanyian yang menampilkan dua format berbeza dan pengacara terkenal tanah air.

Umi Halfida Puji Penampilan Abang.Penampilan terbaharu pengacara kontroversi, Azwan Ali dalam program Lagu Cinta Kita di TV3 malam tadi mendapat pujian ramai warganet termasuk adiknya, Ummi Hafilda.Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ummi berkata, walaupun terperanjat, dia mengakui abangnya memiliki pengaruh besar sebelum ini sebagai pengacara dan penerbit program disegani.

“Baguslah diva AA (Azwan) balik ke imej asal di zaman kegemilangannya di TV3 suatu ketika dulu as pengacara terbaik Asia dan penerbit yang cukup berpengaruh dengan program program berprestij dan meletop hingga melonjakkan rating TV3 ketika itu seperti Juara Lagu, Melodi, Sampaikan, Chit Chat dan lain-lain. Terperanjat juga buka televisyen sekejap ini..muncul dia dan Elly Mazlien dalam rancangan baru, Lagu Cinta Kita di TV3,” tulisnya.

Azwan dan Ummi merupakan adik kepada Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.Gandingan Azwan Ali bersama Elly Mazlein menjadi tumpuan malam tadi sehingga menjadi trending di laman sosial.
Setelah lama menyepi dari industri hiburan, Azwan lebih dikenali sebagai Diva AA kembali diberi peluang sebagai pengacara Lagu Cinta Kita Musim Kedua.

Gandingan Azwan yang mengacara bersama Elly Mazlein menjadi tumpuan malam tadi sehingga menjadi trending di laman sosial.Sebelum ini, Azwan sering mengenakan selendang di leher namun semalam dia telah menyarungkan sut lengkap dengan gaya dandanan rambut lelaki menerima pujian ramai.

Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, aura pengacaraan Azwan masih lagi berbisa dan warganet turut memuji Azwan yang masih bijak pandai untuk mengawal dan menggunakan tone suara ketika mengendalikan program hiburan. – MalaysiaGazette.Apa-apa pun di harapkan Nabil lebih berhati-hati dan profesional bila mengacara.Sumber: AlanAl Padat

Nabil Ahmad Kembali Terima Kritikan Hebat Dari Warganet. Warganet Tegur Kenyataan Yang Dibuat Oleh Nabil Tentang Azwan Ali Ketika Berlangsungnya Acara Gegar Vaganza

Pengacara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) Nabil Ahmad menerima kritikan hebat daripada warganet gara-gara tindakannya memrli dan men1ru gaya Azwan Ali yang kini kembali dalam bidang pengacaraan. Tindakan Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad, 37, mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu disifatkan kurang ajar oleh warganet.

“Not my level, shut up! (Bukan tahap saya, diam) Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” kata Nabil kepada juri tetap, Datuk Ramli MS dalam siaran langsung konsert minggu keenam GV7 sebentar tadi.Meskipun tidak menyebut ayat berkenaan ditujukan kepada mana-mana individu, warganet pantas membuat kesimpulan perbuatan Nabil itu seperti men1ru gaya Azwan yang kini mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua itu.

“Nabil dan kurang ajar tidak boleh dipisahkan,” ujar seorang pengguna Twitter.“Diva AA lebih berkaliber daripada dia dan tak kritik orang lain dalam program sendiri,” luah seorang lagi pengguna media sosial.“Ini sudah seperti perang antara dua program yang sedang meletup!,” kata warganet .Rata-rata warganet berharap Nabil akan membuat permohonan maaf secraa terbuka kerana mengeluarkan kata-kata berkenaan.Ketika GV7 bersiaran, program Lagu Cinta Kita juga disiarkan secara langsung menerusi TV3. – K! ONLINE

Badan Nabil Ada Besi. Nabil Baru Buka Mulut Bila Dia Sebenarnya Tergolong Dalam Satu Golongan Ini Dan Pernah Terlibat Dalam Kejadian Yang Tidak Diingini

Mungkin ramai tidak tahu nasib malaang yang menimpa pelakon dan pelawak Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu.Mengimbas kembali kenangan pahit, Nabil berkata kejadian yang tidak diingini itu berlaku ketika dia berumur 19 tahun.

Kisah Nabil itu dikongsi secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.Kata Nabil disebabkan kejadian itu itu juga dia terpaksa berpaut kepada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Saya bermula dengan kerja di warung pada umur 15 tahun. Saya bersekolah tetapi pada masa itu saya tanggung diri saya sendiri. Yuran sekolah pun saya bayar.“Kemudian dalam umur 16 ke 17 tahun saya bekerja di sebuah kedai nasi lemak. Selepas itu baru saya jadi dispatch.“

Pada umur 19 tahun saya baring selama setahun kerana mengalami kejadian yang tidak diingini. Peha pataah jadi saya sebenarnya cacaat.“Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas 0KU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna.

“Tapi sebenarnya orang tak tahu saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.“Saya selepas duduk dalam tandas untuk waktu yang lama saya tak boleh terus bangun sebaliknya kena berpaut.

“Badan saya ada besi, bermula dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha. Gigi depan saya juga palsu sebab gusi pataah, itulah kejadian yang berlaku sewaktu saya bekerja jadi mat dispatch,” kongsinya Selain Nabil, Datuk Ac Mizal juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut. Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.Saksikan episod penuh bersama Nabil dan Ac menerusi Rumah 107 pada Jumaat, jam 9:00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.

Berikut pula reaksi dari warganet .“Nabil. Ekau xponah kojo merchandizer oppisser. Klu kau kerja merchandizer oppisser, Ekau akan menyanyikan lagu merchandizer oppisser diatas motorsikal sambil Menjeriit2 dgn sekuat2 hati

Nabil Tak Lupa Kawan Sekampung

Nabil mendkwa, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang, hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

“Jadi, ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal dari kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” katanya kepada BH Online.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:http://trendingsangat.pw/

Anak Tak Pakai Mask Sedangkan Nabil Pakai Mask Yang Mahal.Komen Warganet Ini Raih Perhatian Ramai Bila Nabil Mula Membalas Komen Tersebut

Nabil Ahmad tampil menjawab pertanyaan yang mempersoalkan penampilan salah seorang anaknya kerana tidak mengenakan topeng pelitup muka di kawasan awam.Terdahulu menerusi Instagram, entri tersebut merakamkan Nabil sedang membawa anaknya, Mishall Imani bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah.

“Apak pakai mask mahal-mahal masuk mall anaknye? Lu pk la sendiri.“Baby should wear mask too,” tulis individu berkenaan. Lalu, komen yang ditinggalkan itu mendapat reaksi hos MeleTop yang turut mengakui anaknya itu berusia kurang dua tahun.

“Bro baby baru setahun 4 bulan. Kau boleh handle ke baby punya cranky,” jawabnya.Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengguna lain turut memberikan pendapat selain turut menjelaskan, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak diwajibkan untuk memakai topeng muka.Sebaliknya, golongan tersebut tidak digalakkan untuk di bawa bersiar-siar di kawasan yang terlalu padat dengan orang awam sebagai langkah berjaga-jaga. Sekadar informasi selain Mishall, Nabil turut memiliki dua orang lagi anak perempuan iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

Sumber: Instagram Nabil Ahmad