Berkongsi luahan dan rasa rindu pada abangnya untuk tatapan umum. Pengiran Muda Abdul Mateen akhirnya dedahkan sakit dan punca pemergian Pengiran Muda Abdul Azim

Berita

Terbaru Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen mendedahkan punca sebenar kemngkatan abangnya, Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang telah pergi mengadap ilahi pada 24 Oktober lalu. Menerusi laman sosial Instagram, Pengiran Muda Mateen berkongsi luahan dan rasa rindu pada abangnya untuk tatapan umum. 

“Awal tahun ini, abang saya disahkan mengidap systemic vasculitis yang merupakan sakit autoimun. Sakit autoimun adalah keadaan sistem imun yang tidak normal di mana antibodi menyrang tisu badannya sendiri. “Pada masa yang sama, dia juga menghadapi gngguan bip0lar yang membuatkan semangat juangnya semakin sukar. 

“Akhirnya, abang saya mengalami banyak kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, berpunca daripada sistem autoimun yang membawa kepada kemngkatannya pada pagi 24 Oktober. “Kami ingin berkongsi maklumat mengenai sakit ini kerana saya tahu inilah yang diinginkan oleh abang saya,” tulis Pengiran Muda Abdul Mateen.

Tambah meruntun hati apabila Pengiran Muda Abdul Mateen turut terkenang memori kanak-kanaknya dan membesar bersama abang tercinta. “Hari tidak akan sunyi bila Abang Azim ada bersama. Dia selalu prank, buat lawak dan tidak terlalu serius menjalani kehidupan. “Gelak tawanya sering buatkan orang lain berasa lucu tidak kira perkara itu kelakar atau tidak, semua orang akan ketawa bersama. 

“Saya sering habiskan zaman kanak-kanak bersama abang, dia banyak mengajar saya dan buatkan saya seperti hari ini. Oleh kerana itu, saya sangat bersyukur,” luah Pengiran Muda Abdul Mateen lagi. Di samping itu, Pengiran Muda turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas ucapan takziah dan doa yang diterima. 

“Kami tahu Allah SWT lebih sayangkan dia. Kami okay, kami cuma merindui dia. Sehingga kita berjumpa lagi bang,” jelasnya.Pada 24 Oktober lalu, putera berusia 38 tahun itu mngkat pada jam 10.08 pagi (waktu tempatan) dan disemadikan di Kubah Mkam Diraja selepas waktu Asar.Kredit: Instagram @tmski

Pemergian Anakanda Sultan Brunei Sangat Mengejutkan. Terkedu Bila Tiba Tiba Individu Ini Dedahkan Jumlah Kekayaan Pengiran Muda Abdul Azim Yang Ditinggalkan Setelah Pergi Menghadap Illahi.

Pemergian Pengiran Muda Haji Abdul Azim pada usia 38 tahun begitu mengejutkan seluruh rakyat Brunei. Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu pergi menghadap illahi pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan diuruskan di Kubah Mkm Diraja selepas waktu Asar.

Susulan dari berita pemergian Pengiran Muda Haji Abdul Azim,  sebuah blog hiburan dari Brunei berkongsi nilai anggaran kekayaan baginda yang ditinggalkan. Dianggarkan bahawa harta baginda bernilai kira-kira USD 5 bilion atau sekitar RM20.83 Billion.

Dari laporan TopMost10, laman ini menyebut, baginda merupakan individu paling kaya di Brunei selain Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Kedudukan tempat kedua adalah Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, iaitu pewaris takhta Sultan Brunei.

Selain kekayaan dari  gelaran sebagai kerabat diraja Brunei, pendapatan yang baginda hasilkan adalah sebagai penerbit bagi sebuah syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions.

Antara filem yang dikeluarkan adalah seperti ‘The Happy Prince,’ ‘You’re Not You’ dan ‘The Time Of Their Lives’. Daryl Prince Productions Ltd ditubuhkan pada 18 September 2012 dan dan terus mengeluarkan filem bergenre komedi selama lapan tahun terakhir.

Menurut Celebrity Net Worth, dia juga aktif dalam kerja amal. Dia adalah tetamu kehormat di dua acara amal utama seperti program “Seeing is Believing” dan di Konsert amal ‘Sounds of Hope’, yang kedua-duanya diadakan di Brunei.

Dia juga merupakan salah satu penderma yang terkaya di Yayasan Make a Wish. Sebagai tambahan kepada kerja amal dalam yayasan tersebut, baginda pernah mereka sebuah beg tangan unisex untuk MCM, hasilnya disumbangkan kepada organisasi.

Baginda yang dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 itu telah melanjutkan pendidikan di antara institusi pengajian tertinggi di dunia. Dia belajar di England, di Leighton Park School di Berkshire dan Oxford Brookes University di Oxford.

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst. Ia adalah sebuah akademi di mana kerabat diraja di seluruh dunia menjalani latihan ketenteraan. Dia menjadi satu-satunya ahli keluarga diraja di dunia yang berhenti dari akademi tersebut setelah hanya satu minggu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai.my

Dukacita Dimaklumkan Pengiran Muda Abdul Azim Anak Kepada Sultan Brunei Pergi Menghadap Illahi. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Pemergiannya.

Anak Sultan Brunei, Putera Haji Abdul Azim dilaporkan pergi menghadap illahi pada 10.08 pagi tadi, umum Radio Televisyen Brunei hari ini. “Anak kepada Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Putera Haji Abdul Azim pergi menghadap illahi pada 17 Rabi’ul-awal (24 Okt 2020) pada 10.08 pagi waktu tempatan.

“akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut. Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.

Sehubungan itu, Brunei akan berkabung selama tujuh hari dan seluruh rakyat digalakkan untuk memakai pakaian putih. Beikutan itu, ramai warganet Brunei menzahirkan ucapan takziah buat pemergian baginda putera. Radio Televisyen Brunei turut memuat naik montaj pengumuman emergian tersebut ke portal dan Youtube.

Al-Fatihah.

Sumber Sumber lain Melaporkan.. Dalam satu hantaran di laman media sosial instagram @bruneiroyalfamily, telah memaklumkan bahawa anakanda ketujuh baginda iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim telah pergi menghadap illahi hari ini pada jam 10.08 pagi.

Seperti yang tertulis di laman Instagram tersebut, “Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam,

dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah pergi menghadap illahi pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.

Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan diuruskan di Kubah Makm Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.

Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Sedemikian dengan amat dukacita dimaklumkan.” Untuk pengetahuan pembaca, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz

Sumber: Instagram @royalbruneifamily

Sahabat Baik Mariah Carey, Ini 5 Fakta Anakanda Sultan Brunei Yg Baru pergi menghadap illahi, Al Fatihah

Khabar duka telah menyelubungi rakyat Brunei hari ini, 24 Oktober 2020. Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Haji Abdul Azim pergi menghadap illahi pada jam 10.08 pagi. Radio Televisyen Brunei mengesahkan berita itu dalam pengumuman rasmi menerusi laman facebook. Berikut perkongsikan 5 fakta mengenai Pengiran Muda Abdul Azim yang pergi menghadap illahi pada usia 38 tahun.

Dilahirkan di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 29 Julai 1982, Pengiran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes. Pada tahun 2008, Pengiran Abdul Azim juga mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

Pengiran Abdul Azim dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan penyanyi popular antarabangsa, Mariah Carey. Di pesta ulang tahun Azim ke-30, sekitar pertengahan 2012, Carey turut serta hadir memeriahkan acara. Turut hadir,  aktres Pamela Anderson dan Raquel Welch.

Dia adalah penerbit dengan syarikat filem yang berpuengkalan di London, Daryl Prince Productions yang menghasilkan filem You’re Not You. Pengiran Abdul Azim dikatakan rapat  dengan para tokoh dan aktivis dunia dan ia sangat bertentangan dengan ayahandanya. Kerana pada masa yang sama, Sultan Brunei terus-menerus menyerukan keras bagi para golongan tersebut.

Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke h0spital sebelum ini atas komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan. Sehubungan itu, Brunei akan berkabung selama tujuh hari dan seluruh rakyat digalakkan untuk memakai pakaian putih.