Boleh pula bersorak apabila disahkan positif. Sekali gadis ini tampil mohon maaf dan dedahkan sesuatu ini.

Kesihatan Terkini Viral

Perasaan bercampur baur apabila melihat rakaman video yang tersebar di laman Twitter, menunjukkan satu keluarga di dalam sebuah kenderaan yang bersorak kegembiraan selepas mereka dis4hkan p0sit1f C0V1D-l9. Video tersebut telah dimuat naik sendiri oleh seorang gadis di laman Instagram miliknya sebelum ia disebarkan di laman Twitter. Disebabkan video tersebut, ramai warganet berasa berang selepas melihat gadis berkenaan bersorak sambil bertepvk tangan sambil melihat bapanya membuat sw4b test.

Pelbagai komen kritikan diterima oleh gadis berkenaan akibat perbuatan ‘luar biasanya’ itu. Namun disebalik gelak-tawa itu, gadis tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan situasi sebenar.

Menurutnya, tujuan mereka sekeluarga bersorak ialah bagi menceriakan bapanya yang tidak mahu membuat sw4b test, jadi dengan cara itu sahaja yang beliau boleh lakukan bagi memujuk bapanya itu. Dalam masa yang sama, beliau turut kec3wa dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang telah menyebarkan video tersebut dan meminta supaya orang ramai meletakkan diri mereka di tempatnya. Tak kira lah untuk memberi semangat sekali pun, dalam keadaan kes yang semakin meningkat ini kita sepatutnya lebih menjaga sensitiviti sebagai seorang manusia.

Sumber : Hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.