Biini hairan suami tiap mlm balek kerja lambat. Lepastu sampai sampai rumah jer suami teros basoh baju yg dia pakai. Biini hairan lepastu syak ada bau pommpuan kt baju suami. Terperanjat bini bila satu hari kantoi semua apa yg suami buat selama ni.

Kisah Rumah Tangga

Setelah curiga dengan kelakuan suaminya yang selalu pulang waktu subuh, terus mandi dan membasuh baju, Seorang isteri akhirnya mengetahui sesuatu yang mengejutkan. Selama mengharungi bahtera rumah tangga, dia tidak merasa aneh dengan sikap suaminya.

Namun sejak kebelakangan ini suaminya selalu balik ke rumah pada waktu subuh, terus mandi, dan mencuci baju.Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia pasti terus mencuci bajunya Hingga akhirnya saya mengetahui sesuatu yang sangat mengejutkan setelah melihat keanehan yang dilakukan suaminya.

Ikuti kisahnya. Saya dan suami sudah menikah setahun lebih. Sebenarnya, kehidupan kami biasa saja, setelah bercinta beberapa lama kami pun merancang untuk bernikah. Kerana kami dilahirkan di kampung, biasanya cuma perlu daftarkan diri di jabatan agama saja, kami tidak adakan kenduri pun.

Kami juga tidak merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat, setelah setahun bernikah, akhirnya suami mendapat kenaikan gaji dan kami boleh menyimpan duit sedikit. Ditambah dengan wang yang dipinjam dari saudara mara, akhirnya kami berjaya membeli sebuah rumah kecil.

Pada hari kami mendapat kunci rumah kami, suami memelukku dan berkata. Sayang, abang janji akan membahagiakan keluarga, mulai sekarang, kita dah mempunyai rumah, sayang mesti bersiap sedia, aku akan berjuang untuk keluarga Sayang mesti jaga kesihatan, kita akan segera dapatkan cahaya mata.

Saya hanya mengangguk bahagia mendengar semua ini. Saya tak tahu apa salah saya, atau suami yang berubah, sejak kami membeli rumah. Disebabkan pinjaman yang mesti dibayar, ekonomi kami merudum dan kami hadapi banyak tekanan.

Tapi sejak itu, suami selalu berkata bahawa dia mesti buat kerja lebih masa, mulanya saya sangkakan dia hanya akan bekerja lebih masa seperti biasa. Tapi katanya dia mesti kerja lebih masa setiap hari, dan pulang lewat malam sampai ja,m pada 1 atau atau 2 pagi.

Balik dari kerja, dia terus mandi dan tidak mengendahkan saya, kemudian dia mesti mencuci bajunya. Suatu hari aku nekad pulang kerja lebih awal dari biasa dan menunggu di depan pejabatnya. Ternyata, suami aku tidak bekerja lebih masa! Selepas habis waktu kerja dia terus keluar pejabat, tapi dia tidak terus pulang ke rumah.

Ini membuatkan saya semakin yakin yang suami berlaku tidak setia! Mana taknya masa balik dia terus mandi dan cuci baju mungkin sebab takut aku terbau wangian wanita lain. Tetapi saya nampak dia masuk ke sebuah restoran barbeque.

Masa itu saya berada di seberang jalan memerhatikan suami, saya lihat dia keluar dengan baju putih dan mula memanggang daging. Suami aku memang pernah ceritakan yang dulu dia suka memanggang daging di rumahnya dan semua orang cakap daging panggangannya memang sedap.

Melihatnya sedang memanggang daging, saya mulai menitiskan air mata. Saya memutuskan untuk menyeberangi jalan dan duduk di restorannya. Seorang pelayan datang bertanyakan pesanan, Saya cuma meminta segelas minuman, dan tolong hantarkan kepada tukang masak yang sedang memanggang daging itu.

Pelayan itu merasa aneh dengan permintaan saya, namun dia tetap melakukannya, saat menerima minuman itulah, suami aku mengangkat kepalanya dan melihat aku. Lalu meminum habis minuman itu dan terus menghampiri aku. Sayang, macam mana kamu boleh sampai disini?

saya terus memeluknya dan berkata, Saya tunggu abang balik kerja. Malam itu suami menjelaskan semuanya. Dia tidak letih dan boleh bekerja lebih masa, dia cuma nak mendapatkan pendapatan sampingan. Saya kata padanya, saya pelik kenapa setiap hari balik kerja abang terus mandi dan cuci baju.

Rupa-rupanya abang takut saya terbau bau asap dan daging, saya dah syak abang dah ada perempuan lain, itu sebabnya saya pergi intip abang. Suamiku kemudian memeluk aku dan menciium kening aku, macam mana abang nak berlaku tidak setia?

Awak adalah wanita paling sempurna buat abang, tak ada orang yang boleh menggantikan awak !Adakah masih wujud suami seperti ini.? Sebagai seorang wanita kita perlu percaya pada suami kita kerana suami lah tempat kita bakal mendapat syurga. Apa pendapat anda ? Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : Trasformasi

Suami Beriya Kata Suri Rumah Yang Jaga Ank Tak Penat Mana Kalau Nak Banding Dengan Perempuan Yang Bekerja. Tapi Bila Bagi Suami Jaga Kejap Je Dah Meraung Ank Sebab Suami Buat Macam Ni.

Suami beriya kata suri rumah yang jaga ank tak penat mana kalau nak banding dengan perempuan yang bekerja. Tapi bila bagi suami jaga kejap je dah meraung ank sebab suami buat macam ni.

Assalamualaikum semua. Sengaja saya memilih ruangan ini agar dibaca sama oleh kaum adam. Saya nak share sakitnya hati marahnya rasa bila suami cakap “ibu bekerja lagi penat daripada suri rumah” sedangkan saya isterinya, suri rumah sepenuh masa.

Semuanya bermula bila dia cerita rakan rakan perempuan di tempat kerjanya bila balik kerja tidak terus ambil anak dari pengasuh, tapi balik mandi rehat rehat dulu baru ambil anak dari pengasuh. Saya jelaskan penat suri rumah ni bukan penat fizikal tapi lebih kepada penat emosi. Hadap anak anak 24 jam. Tiada istilah siapa lagi penat. Bekerja atau suri rumah , sama sama penat.

Suami masih pertahankan pendiriannya sambil membandingkan pula dirinya yang lelaki pun balik kerja, penat. Apatah lagi perempuan bekerja. Membaranya saya rasa. Tapi saya tahan. Tak guna saya balas sebab dia bukan pernah jadi suri rumah. Tak pernah lagi seumur hidupnya jaga anak anak 24jam tanpa saya.

Anak anak saya pula semua susu badan, tak pernah tinggal anak semasa anak anak masih bayi dengan ayah mereka, melebihi 2jam. Jadi saya tinggalkan bayi kami dengan suami dan ambil wuduk untuk solat. Tak lama tu suami beritahu bayi kami masukkan penutup sejenis krim natural ke dalam mulut.

Saya tak risau sebab tiada bahan bhaya. Cuma perut anak saya ni sensitif. Mudah kembung. Usai solat saya duduk bersendiri masih merajuk. Bayi kami mula menangis meraung raung tak pernah meraung begitu. Sakit perut gamaknya.

Saya jugalah yang kena sapu minyak. Urut urut. Sampai bayi sendawa dua kali. Lepas tu saya pujuk pujuk sambil susukan dia. Saya tanya suami, tengok tak anak tadi? Dia kata tengok. Saya tanya tengok macam mana? Nampak tak muka anak? Nampak tak tangan anak? Ke nampak kepala saja?

Sebab suami tengok sambil baring atas katil. Anak pula di atas lantai tepi katil sana. Suami terdiam. Nampak sangat dia tengok ala kadar, sekadar tengok di mana anak. Bukan tengok apa anak buat. Suami jawab, “balasan” Maksudnya balasan terhadap dirinya atas kata katanya. Terus saya luahkan semua. Ingat saya duduk rumah jaga anak anak ni tengok macam abang tengok? Sekadar tahu di mana anak?

Saya duduk rumah, tangan anak baru mula nak mengutip pun saya nampak. Gerak geri anak semua saya perhati. Sedangkan anak tu lincah bergerak bukan statik macam patung. Bukan budak besar boleh faham kalau kita kata jangan. Kawan kawan abang tu balik rumah rehat dulu sebab nak dapatkan tenaga kembali untuk jaga anak anak pula. Maksudnya nak buat kerja lain pula yang turut memenatkan.

Nak hadap ragam anak anak memang tak penat macam kerja buruh bina bangunan, penatnya penat lain. Suri rumah tu memanglah bukan sejenis pekerjaan dapat gaji tapi dia tetap buat kerja. Kalau rasa jadi suri rumah tak penat atau tak lah penat mana, jadilah suri rumah sepenuh masa dulu dengan adanya anak anak kecil. Barulah rasa macam mana.

Saya suri rumah tapi tidaklah saya kata ibu bekerja itu tak penat. Semua orang ada penat tersendiri dalam memainkan peranan masing masing. Jangan dibanding banding. Saya, kalau orang lain yang kata saya tak ada hal. Tapi bila suami sendiri yang kata, memang cari hal.

Reaksi warganet.

Sheikha Ibtizam – Sebenarnya yang paling penat jadi suri rumah adalah bila suami tak hormat kita, anggap kita orang gaji, hal rumah dan anak harapkan kita saja yang urus dan pandang perempuan luar yang kerja dengan dia lagi bagus dari kita yang banyak berkorban untuk dia. Sebab tu perempuan sekarang trauma nak jadi suri rumah. Kalau jadi suri rumah pun masih bekerja cari duit dari rumah. Double triple penat.

Nadwah Khalid – Merasa jd surirumah 24jm wktu pkp, mmg penatt.. jaga bby kecik, nak masak lagi, kms rmh lg, nak xnak kena buat jugak..klu ibu brkerja, skurang2 nya ada alasan xsmpat buat semua bnda2 tu apapun nak bgtau ibu2 Yg fully housewife mmg hebat.

Nur’ain Syahira – mentaliti masyarakt bila jadi suri rumah ni xbekerja so xstress mcm org bkerja..suri rumah ni xde masa rehat or even cuti pon..sbb mmg xbergaji..suami biasa berkira bila bayar pengasuh mahal..tp bila nk bg duit kt isteri yg 24/7 mngasuh anak dikira tanggungjawab sbg ibu..so foc.

SyaFinaz Roslan – Betul sisi 100% setuju ape yg awak tuliskan. sy pernah jadi suri rumah sekejap lepas melahirkan anak. Sungguh, sy x sanggup. Peritnya rasa dan x sabar nak kembali bekerja. Suri rumah sebenarnya ibu-ibu yang sangat kuat. Yang sanggup berkorban dunia luar mereka untuk anak-anak dan suami. Tahniah sis. dan salute pd semua suri rumah. Anda mungkin di pandang enteng sesetengah individu. Tapi percayalah, anda mulia disisi Tuhan.

Fatin Azwa Sidik – Saya dah lama ikut saranan suami. Ayat dia “dok umah penat ape je. Xde buat apa apa” sejak dari tu saya duduk rumah tanpa buat apa apa. Dulu saya kerja sebagai seorang engineer. Engineer kilang je. Masa tu pun sy dah rasa penat. Kadang terfikir seronoknya kalau duduk rumah je. Sampailah masa anak sy umur 6m, dia masih reject botol(anak sy fully breastfeed). Penat sebb kejap2 kne pergi rumah pengasuh. Kejap2 risau pengasuh update anak taknak susu. Jadi sy dgn suami sepakat utk sy resign.

Ya Allah sejujurnya, penat sangat jadi surirumah ni. 24h mengadap rumah mengadap anak. Takde rehat langsung. Takde cuti langsung. Siapa yg kata surirumah pemalas, silalah rasa dulu jadi surirumah. Sy awal2 selalu nangis kt suami, sy nak kerja semula. Tak larat dan over penat.

Fatin Khadilah – Bila anak tidur, time tulah nak buat semua. Belum sempat betulkan pinggang, anak dah bangun. Belum masuk time anak taknak bekerjasama. Masak, sidai baju, sambil berdukung. Mandi tak tenang, membuang lagilah tak tenang. Tapi syukur, anak membesar depan mata.

Pada suami2, hargailah isteri tak kiralah surirumah ataupun bekerja. Syukur suami sy memahami. Janganlah rendahkan isteri. Surirumah ni penat sgt. Takde masa untuk rehat, lari sekejap apatah lagi nak me time. Hargailah mereka sebb redha isteri tulah punca murahnya rezeki suami.

Aini Sazali – I feel u sis.. Pernah dulu masa anak kecil, suami bising kenapa mainan bersepah. Ape tak sepah kita kemas dia selongkar balik..ajenyeee ingat kite kat umah goyang telor.. Dua hari lepas tu kita buat2 daftar kelas buat roti pg sampai ptg.. Tinggal anak kat dia. Padan muke kene setempek ke dia.. Tahu lak penat jage anak. Jage anak semate ye.. Bukan suh masak kemas rumah, basuh baju lipat baju pon. Lepas tu xda dia bising2 dah umah sepah pon.

– Suri (Bukan nama sebenar) Via IIUMC

Kahwin Tanpa Restu Ibu Ayah. Suami Halau Isteri Sebab Ank Bising. Malam Tu Terpaksa Check In Hotel Murah Sebab Suami Desak Buat Macam Tu. Akhirnya Ini Yang Jadi Pada Wanita Ini Buat Dia Menyesal.

Nama aku Liz. Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Namun bukan itu ceritaku. Kisah ini bermula tahun 2006, ketika aku berkenalan dengan suamiku sekarang. Perwatakannya menarik tetapi nampak sombong. Kami hanya kawan. 2007 kami putus hubungan. Aku menukar nombor telefonku. Lantas dia tidak dapat menghubungi aku.

2009, aku berjinak jinak dengan FB. Di situlah aku mula menghubungi dia semula. Kami berhubung secara atas talian sahaja kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Dia melamarku. Aku memaklumkan kepada keluarga di kampung. Ibu dan ayah tidak merestui hubungan kami kerana lelaki itu sombong.

Kami masih berhubung. 2010 aku memberi kata dua kepada ibu. Jika tidak setuju, aku tidak mahu pulang ke kampung sampai bila bila. Begitulah nekadku. Akhirnya, ibu bapaku mengalah. Mereka bersetuju dengan lelaki pilihanku. Awal awal lagi ibuku memberi amaran jika berlaku apa apa, jangan merungut kerana aku yang memilih jalan ini.

Kami pun berkahwin. Awal perkahwinan sahaja bahagia. Masuk tahun kedua kami selalu brbalah. Kadang kadang sampai kain bajuku dibuang keluar rumah. Aku pun membawa diri ke hotel murah beberapa hari. Bila dia rasa tercabar semasa brbalah, dia mula naik tangan. Ada masa aku ditmbk, ditmpr atau ditndng di tempat yang tersorok. Perut, kaki, bahu, kepala. Sedih tu aku rawat sendiri.

Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa. Aku jadi pendiam. Aku jadi penakut. Bila di tempat kerja, aku jadi ceria. Bila balik, aku sedih. Balik kampung pun setahun 2 kali sahaja. Raya Aidilfitri dan bulan 12. Itupun seminggu sahaja. Bila brbalah, kami tak bercakap lama. Dari hari ke minggu ke bulan.

Selalunya dialah yang memulakan pertengkaran. Ada sahaja yang tak kena. Tak pernah dia cuba mengambil hati aku. Bila dah terlampau lama menyendiri, aku yang beralah. Memujuk dia semula. Begitulah rutin hidup. brbalah, senyap, baik (tapi hubungan makin renggang). Kalau suami minta untuk mengadakan hubungan intim, baru aku memberi.

Selama 5 tahun perkahwinan, tiada zuriat. Kemudian, kami berpindah ke Sabah. Cabarannya lagi besar di sini. Aku bangun seawal 4 pagi menyediakan sarapan pagi dan tengah hari. Kemudian baru aku pergi kerja yang jaraknya lebih 90km dan pastinya bukan jalan raya yang baik ya.

Penatnya tak terkira. Rumah sewa yang berdekatan tempat kerja tiada. Kalau ada pun harga mahal. Bayangkan sewa 1 bilik harga rm700.
Setelah 2 bulan, aku terlibat dengan kejadian. Itulah sahaja kereta yang kami ada. Kereta rosak teruk. Aku hanya cedera ringan. Kerana tak sanggup hidup susah, menumpang orang, mengikut ragam orang, aku membeli kereta.

Ya, kereta baru terus. Pastinya kereta mahal. Aku membawa kereta pulang ke kuaters kami. Oh ya, selepas kejadian tu, aku dapat rumah sewa berdekatan tempat kerja. Aku membeli makanan kegemarannya. Sampai sahaja aku di porch, aku disoal siasat tentang kereta. Aku berterus terang.

Niatku satu, untuk memudahkan ulang alik balik jumpa suami, beli barang dapur dan keperluan. Boleh pula dia hempas makanan tu, habis terburai dari plastik. Aku? Aku ditolak ke lantai, pintu rumah dikunci dari dalam. Akibatnya, aku pulang ke rumah sewa. Raya haji, bersendirian di rumah sewa. Sedih sangat.

Setelah 3 bulan, dia datang mencari aku. Kami pun berbaik, buang yang keruh, katanya. Tahun 2017, aku ditukarkan ke tempat yang dekat sikit dari kuartes suami dalam 25 km jalan gravel. Aku ditakdirkan mengandung. Semasa mengandung pun masih lagi dia panas baran. Kalau ada masalah di tempat kerja, aku pun turut jadi sasaran marahnya. Bila ada anak, aku ingat ok dah. Rupanya, perangai tak berubah. Suka marah marah.
Anak merengek demam, tak nak tidur malam, semua aku.

Sampai aku dihalau keluar bilik sebab anak bising. Kacau tidurnya.
Anak tidur elok, dicium, dikejut bangun. Bila bangun, mainnya 5-10 minit sahaja. Aku memasak sambil berdukung anak. Aku bawa stroller ke dapur. Letak baby dalam stroller. Bila nangis, dukung lagi. Ada bapanya ke tiada ke sama sahaja. Rumah tangga yang tak pernah bahagia.

Tak lama lepas tu aku mengandung lagi. Padahal anakku baru setahun. Masa ni lagi berat dugaannya. Aku dikasari. Kadang sampai aku terfikir, hina sangat aku ni. Dengan aku tiada senyum, tiada gurau. Dengan kawan, sembang 2-3 jam. Gelak besar, makan besar. Aku selalu berdoa agar Allah lembutkan hatinya. Buang panas barannya. Mudahkan urusanku.

Sebelum lahir anak kedua, aku dapat bertukar ke kampung. Aku yang minta tukar. Sekali minta sahaja, terus dapat. Ramai orang hairan. Suami tinggallah di Sabah. Aku pun tinggalkan bumi Borneo balik kampung. Tinggal dengan ibu bapaku. Di sini aku lebih bahagia. Ada orang tolong tengokkan anak anak. Main, gurau dan sayang anak anak selain aku.

Kami belum berpisah. Bila brbalah tu, 6 bulan sepi tiada khabar. Telefon ke whatsapp ke semua tiada. Kadang tu aku rasa tenang. Tapi anak sulungku ini menjadi seorang yang penyedih. Dia selalu menangis atau termenung. Ada juga aku call tapi dia tak angkat. Mesej baca tapi sekadar blue tick sahaja.

Semalam aku terfikir, semua ni jadi sebab aku kahwin tanpa redha ibu bapa. Tapi aku bahagia begini, tanpa suami. Hanya dengan anak-anak dan ibu bapa. Sampai sayangku dah tiada buat suami. Anak kedua dah setahun setengah, sulung tu dah 3 tahun 2 bulan. Tolonglah saya. Apa yang patut saya buat. Kuatkah saya menempuh hidup ni? Sekian…