Biini kedua seronok masa suami talakkan biini pertama. Tiba tiba biini kedua trkejut bila haakimm mahkamahhh bongkarkan sesuatu sampai buat suami melutut rujuk semula biini pertama.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum min dan warganet sekalian. Kisah aku ni Panjang so siapa yang pemalas nak baca boleh scroll laju laju. Dan makcik bawang yang tahu mengkritik je pun bolehlah scroll laju laju ek. Aku perlukan pendapat dari segi undang undang (aku pernah terbaca komen dari peguam syarie tapi bila scroll balik

tak jumpa nama fb peguam tu) dan juga mungkin dari pengalaman sesiapa yang pernah alami keadaan aku sekarang. Okay so, aku dah kahwin dengan suami selama 2 tahun. Aku isteri kedua (aku tahu akan ada yang dikriktik). suami lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Suami berkahwin dengan isterinya selama 10 tahun dan punya 3 anak lelaki. Bulan 11 tahun lepas, suami telah berpisah secara sah dengan isteri pertama kerana suami tak tahan isteri pertama tak pernah bekerja dan hanya tahu membebel tu tak cukup ni tak cukup dan asyik minta duit sahaja.

Suami kata dalam rm600 tu pun isterinya mampu beli handbag dan shopping shopping. Gaji suami sebanyak 3.8k sahaja. Suami bagi nafkah rm600 termasuk duit dapur dan belanja sekolah anak anak tapi bekas isteri asyik membebel tak cukup. Suami kata dia saja bagi sikit sebab

dia nak isteri pertama belajar berdikari dan cari kerja. Oh ya, sebelum kena dikritik, duit sewa rumah, api dan air bekas isteri sampai habis iddah suami yang bayar. Jadi setelah habis iddah, mulalah proses tuntutan mutaah dan hadhanah. (aku tak hadir ke mahkamah Bersama suami jd apa yang aku

ceritakan ini adalah dari cerita yang suami bgtahu aku kalau salah maaf ya lawyer). Bekas isteri minta 10k utk mutaah dan perlu dibayar sebanyak 3 kali serta 1.5k duit nafkah sebulan untuk anak 3 orang. suami tak setuju, kerana 1.5k terlalu banyak sedangkan sewaktu kahwin suami

Cuma beri rm600 dan segalanya cukup. Jadi suami hendak tuntut hak penjagaan anak anak untuk menjimatkan kos tapi aku tak setuju hal ni sebabnya nanti kalau budak budak tu datang duduk rumah aku, aku lah yang kena jaga makan minum dorang sedangkan aku tengah hamil 4 bulan.

Tapi suami berkeras juga mahu hak penjagaan anak anak dan katanya bekas isteri pertama tak bekerja sebab tu dia demand nafkah yang banyak utk tamping kehidupan dia. Haa kat sini yang suami terkejut beruk (aku pun terkejut sekali) bila bekas isteri bentangkan penyata kewangan yang

mengatakan dia mempunyai harta sebanyak RM570 ribu! Terkejut tak? Hahahaha rupanya setelah pemergian bapak bekas isteri suami 5 tahun lepas, bapak dia hibahkan segala tanah, rumah, 2 biji rumah kedai, duit asb dan tabung haji ke bekas isteri dan adiknya utk dibahagikan sama rata.

Mereka jual semuanya sebab tu bekas isteri ada duit sebanyak itu. (sebenarnya banyak lagi jumlahnya tapi bekas isteri dah shopping banyak). Suami tak sangka yang bapak mertuanya orang ada ada sebab dia Nampak macam orang susah rumah pun rumah kayu kampung tu.

Dan bekas isteri pernah kata yang dia Cuma dapat 15k duit faraid dan semuanya suami ambil untuk belikan kereta baharu. Rupa rupanya suami dah kena tipu dan 15k tu cumalah tip of the iceberg je! Suami kata patutlah bekas isteri banyak shopping dan bekas isteri kata beg beg dan

jam tangan yang dibeli semua jenama fake tp sebenarnya ori dan suami kata ada satu jam tangan isteri (ya suami panggil perempuan tu isteri dah sekarang) lebih mahal dari harga kereta yang kami pakai sekarang min! Di luar mahkamah, suami tanya pada bekas dia tu,

kenapa selama berkahwin dia tak pernah cakap apa apa pada suami tentang harta ni dan tak pernah tolong suami bayarkan loan loan? Dan dia balas ‘aku tahu kalau kau tahu harta aku banyak mesti kau akan perabiskan. Aku saja nak tengok macam mana perangai kau bila kau rasa aku ni satu sen pun tak berguna kat kau’ .

Jadi sekarang suami cuba berbaik-baik dengan bekas isteri untuk kurangkan tuntutan nafkah dan mutaah. Semalam, out of nowhere, suami tiba tiba kata ‘kalau abang kahwin balik dengan senah tu, b setuju tak’ terkejut aku min. puas aku menangis semalam dan pagi td.

Pagi tadi aku baca mesej suami bagi pada bet*na tu. Punyalah Panjang berjela jela suami mintak maaf dan harap bet*na tu terima dia balik demi anak anak tapi bet*na tu balas ooo je (lega aku!) sekarang ni aku terpikir, setelah tahu jumlah kewangan bekas isteri, aku nak tanya pada para lawyer.

1) bolehkah suami tuntut harta sepencarian dari duit duit bekas isteri tu sebab dia dapat wang itu ketika mereka masih kahwin 2) bolehkah nafkah yang banyak tu dikurangkan setelah dapat tahu bahawa perempuan tersebut sebenarnya sangat mampu utk tanggung anak anak dia? Sebab aku rasa dengan cara ini sahaja yang boleh buat suami berhenti berharap kembali pada bekas isterinya. Terima kasih dan jangan kecam.

Sumber :krt via edisiharian

Soalan : Bolehkah suami tuntut harta yang isteri kumpul?

Saya seorang isteri yang bekerja. Oleh sebab saya mempunyai pendapatan sendiri, suami mengambil lewa dalam menanggung nafkah saya. Sayalah yang membeli rumah, kereta dan perabot, malah baju anak-anak pun saya yang beli. Dia hanya menanggung dirinya sendiri.

Saya juga ada melaburkan duit saya untuk masa depan saya dan anak-anak kerana saya rasa saya memang tidak boleh harapkan langsung suami saya. Namun, apa yang membimbangkan saya ialah baru-baru ini saya ada terbaca dalam suratk habar bahawa suami juga boleh membekukan harta isteri untuk tuntutan harta sepencarian apabila berlaku perpisahan.

Kalau ini betul, apakah perlindungan yang saya ada? Sudahlah saya menanggung diri saya sendiri dan anak-anak kami, suami saya boleh pula menuntut harta yang saya kumpul selama ini. Apakah yang boleh saya buat untuk memastikan bahawa harta saya itu tidak akan jatuh ke tangan suami yang tidak bertanggungjawab itu? – Edwina Roslan

Jawapan :

Suami isteri bekerja adalah satu lumrah dalam masyarakat masa kini. Ini tentunya untuk memenuhi tuntutan keperluan hidup yang semakin hari semakin meningkat. Adalah satu kebiasaan seorang isteri yang bekerja akan menghulurkan bantuan dalam meringankan bebanan kewangan suami.

Lagipun itulah tujuan seorang isteri keluar bekerja sekarang. Namun begitu, seorang suami tidak seharusnya melepaskan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah kepada keluarga. Nafkah kepada isteri dan anak-anak masih merupakan satu tanggungjawab wajib yang mesti disediakan oleh suami.

Persoalan harta isteri harta suami masih lagi tidak jelas kedudukannya lebih-lebih lagi dalam hal harta sepencarian. Harta sepencarian pada asalnya diambil daripada adat Melayu yang telah diterima dan mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita khususnya.

Dalam Islam, apabila sesuatu adat atau uruf diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang-undang, kedudukannya tidak lagi sebagai adat, tetapi telah menjadi suatu peraturan atau perundangan yang mesti diikuti dan dikuatkuasakan.

Maka, kita mendapati bahawa dalam perundangan kita kini ada peruntukan tentang harta sepencarian. Di sini, saya akan merujuk kepada akta asal Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 kerana Pindaan 2005 masih belum berkuat kuasa.

Seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memberi maksud harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Kemudian, seksyen 58 Akta pula menambah bahawa aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan dan telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang

satu lagi atau dengan usaha bersama. Intipati seksyen 58 ini adalah sumbangan suami isteri. Oleh itu, pihak yang menuntut harta sepencarian ini haruslah membuktikan kepada mahkamah bahawa dia ada memberi sumbangan terhadap harta tersebut.

Tuntutan :Suami puan haruslah mempunyai bukti yang kukuh bahawa dia ada memberi sumbangan terhadap harta-harta yang dituntut sebagai harta sepencarian. Mengikut hukum syarak, suami tidak mempunyai hak ke atas harta isterinya. Harta isteri adalah hartanya sendiri,

manakala isteri berhak mendapat saraan nafkah daripada suaminya. Hak dan kewajipan yang berbeza mengenai harta dan nafkah ada kaitan dengan pembahagian pusaka yang memberi bahagian yang lebih kepada lelaki daripada perempuan.

Bahagian harta pusaka yang lebih kepada lelaki sebenarnya berhubung kait dengan kewajipan kewangan yang dikenakan atas kaum lelaki. Ia juga boleh dikatakan berkaitan dengan soal harta sepencarian. Sumbangan kewangan pihak suami bagi belanja harian tidaklah boleh dianggap sebagai

sumbangan kewangan terhadap harta yang diperoleh isterinya, kerana memanglah kewajipan suami menyara nafkah isteri dan anak-anaknya. Tetapi sumbangan kewangan pihak isteri bagi belanja harian rumah tangga patutlah dianggap sebagai sumbangan kewangan terhadap harta yang diperoleh suaminya, kerana bukanlah kewajipan isteri untuk menyara nafkah suami dan anak-anaknya.

Kitab Ianah al-Talibin, jilid 4, muka surat 76, menyatakan yang maksudnya, Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya seperti memasak makanan suami dan mencuci pakaian suami, maka tidaklah menjadi kewajipan ke atas isteri mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami membayar upah dan sebagainya.

Hukum syarak :Walaupun hukum syarak menyatakan bahawa suami tidak boleh usik harta isteri kerana ia milik mutlak isteri tetapi ia adalah berbeza dari segi peruntukan undang-undang. Oleh itu, pihak kerajaan telah pun mengambil langkah tidak mewartakan Pindaan 2005.

Malah langkah susulan yang diambil ialah pihak Peguam Negara seterusnya menjalankan proses rundingan dengan pelbagai pihak termasuk NGO-NGO wanita dalam usaha mengkaji semula Pindaan 2005 ini. Setakat ini, sebanyak tiga rundingan telah dilakukan dan pandangan daripada pelbagai pihak telah pun dibincang dan dipertimbangkan.

Kesaksamaan dan keadilan dalam institusi keluarga dan budaya masyarakat memerlukan perseimbangan hak dan kewajipan kaum lelaki dan wanita dalam keluarga dan masyarakat supaya pelepasan sesuatu hak dan kewajipan tradisional satu pihak disertai dengan imbangan hak dan kewajipan yang sewajarnya.

Adalah tidak adil jika hak tradisional bagi lelaki Islam dikekalkan serta ditambah lagi hak baru, dan kewajipan tradisional dikurangkan. Tetapi sebaliknya pula bagi wanita Islam. Hak tradisional mereka dikurangkan, kewajipan tradisional dikekalkan serta ditambah lagi dengan kewajipan baru. Jika undang-undang mahu mencerminkan keadaan masyarakat masa kini, maka perlulah melihat kepada keseluruhan undang-undang itu.

Masa Suami Tengah Mlm Pertama Dgn Bini Kedua Suami Dgr Sesuatu. Rupanya Bini Pertama Ada Masa Suami Tengah Mlm Pertama Dgn Bini Kedua. Bini Pertama Terkedu Dengar Apa Yg Suami Buat Dgn Bini Kedua Dibilik Sebelah.

Ini kisah aku, Si Wanita yg menyangka hidupnyaa dulu telah habis dan tamat, di sini bermula kisah coretan hidupku. Tanggal dec (tahun ku rahsiakan) aku telah di Nikahi oleh seorg lelaki yg berumur 15 tahun lebih Tua driku, ya Lelaki itu suamiku..

Aku cuma seorg gdis kampung yg sgt kampungan, remaja desa yg cuma tahu ttg hiruk pikuk desa, di besarkan oleh sebuah keluarga yg ramai adik beradik, dan aku anak ke dua bungsu,aku seorg gadis cilik bertubuh kecil dan cantik(itu kata rakan2ku) juga aku jga seorg yg bercita2 tinggi, saat itu umur ku baru 18tahun..

Baru lepasan SPM ketika itu,(keputusan spm tdk lah secantik mana cukup skdr lulus sahaja) Aku berkhwin dgn suamiku atas dasar kasih dan syg, kami cuma berkenalan di muka buku sekali bersua,suamiku ingin menikahiku, yaa aku terlalu terbuai dgn cerita kawan2 ttg indahnya bercinta selepas NIKAH, permulaan perkahwinan beliau menyanyangiku lebih dari nyawanya,hidupku Alhamdulilah beransur berubah drpd menjadi seorg Anak sawah kampung dan berpindah di Kota metropolitan KL, &akhirnya mjd surirumah spenuh masa..

Alhamdulilah selepas 2bulan bernikah aku di sahkan hamil, suamiku adalah insan yg amat gembira, walaupun khdpnku telah berubah namun ibu dan ayahku tak pernah aku lupakan.. Disaat usia perkahwinan kami baru masuk tahun ke 3, umurku baru 21tahun aku sedang mgandungkan anak kami yg ke dua usia kandunganku baru 4bulan aku mulai merasakan sesuatu yg pelik pda suamiku, suamiku enggan mahu bersamaku, di bilikk kami sering bertelaga..

Aku hairan apa kurangnya aku menjadi isteri, makanan pakaian semua ttg dirinya aku uruskan. Suamiku pun bgtu memenuhi keinginanku,cuma dia tmpt ku bgantung bayar kereta,rumah tempat ak berteduh keperluan ku dan bil api kampung pun suami yg byrkan..

Mana mungkin aku boleh hdup tnpa suamiku. Benar kata org, Usah di sangka panas smpai kepetang rupanya hujan di tengah hari..saat kandunganku mencecah 6bulan aku pelik, genaplah setengah suamiku mjd org lain. lmbt pulang kerumah dan sering sja megelak bersama dgnku,

Sampaikan 1hari aku memberanikan diri membuka HP suami dan segalanya terungkai. suamiku ada perempuan simpanan lain,& wanita tersebut wanita sepejabat dgnnya,wanita itu tua 5tahun dariku.paling menyedihkan wasap/gambar2 tak senonoh mereka ada di HP suamiku, hncur luluh hatiku saat itu, seminggu bertahan akhirnya aku luahkan hasrat hatiku, menangis di sejadah, suda tiada erti perut ku semakin membesar suamiku semakin menjauh dariku,andai ini takdirku Redha dan pasrah aku padamu ya allah..

Akhirnya ku temui wanita tersebut di pejabat suamiku dan aku sampaikan hasratku aku membenarkan suamiku bermadu di hadapan 6 mata, wanita dan si lelaki itu,ya lelaki yg tlh merobek dan menghancurkan isi hati isteri yg bgtu syg dan taat setia pdnya, sayangku pdanya hanya bagiku cuma tukaran Allah boleh memisahkan kami..

Akhirnya pd ketika kandungan ku 8bulan suamiku dan wanita itu bernikah bersaksikan aku dan anak lelaki kami yg berusia 2tahun stgh,si anak bukti kasih syg kami,yg tdk tahu apa2, ada di bilik tirai agama itu,aku ya aku isterinya,tnpa ada stitik air mata keluar utk nya ya ego ku..ak hamparkan sgalanya demi sygku pdnya demi kasihku yg tak sangup melihat dia bergelumng dgn dosa dan benda tk elok..

Walhal hari sebelum tarikh nikah suamiku hanya Allah yang tahu hancur hati ku, saat zuriatku menendang-nendang perutku hanya 1 yang aku inginkan saat dia melafazkan nikah cuma satu iatu keadilan namun sayang suamiku telah menyia2kan aku, saat malam pertama suamiku bersama isteri di bilik sebelah (kami serumah) spjg mlam aku menangis sambil memeluk erat anak kami, aku tak mampu ya Allah berikan hamba kekuatan, jesteru malam itu jga ku buat solat istikhorah mnta petnjuk,

Ke esokkan harinya ku bgun sprti biasa senyum berlagak biasa meski mereka melihat mataku sembam.. senyuman lirik maduku,wanita,sdrkah kau kau berbahagia dgn kehancuran kaum mu? hari demi hari berlalu,aku semakin sarat dan semakin menunggu hari, aku di perlakukan seolah2 pembantu rumah,jika “giliran” aku utk suami tdur dibilikku,ttpi suami gelisah mahu kebilik sbelah, utk pgetauhan pembaca ak tak perna bertegur sapa dgn maduku, walau mcm mana pun mulia seorg hati aku tak sanggup memandang wajah org yg tdur bersama suamiku..

Maduku jg tk pernah mahu bckp dgn aku, aku sdar aku cuma seorg wanita yg miskin dan mgkin sda tdk ada erti lg di mata suami,dan sampai ke 1tahap aku benar2 tak tahan dgn perangai suamiku yg lansung tak perna melayani batin dan jiwaku,perasaanku di endahkan.

Melihat aku menangis seolah2 benda biasa bgnya,mereka tertawa bergurau senda dihdpnku seolah2 aku bukan isterinya jga,bckp dgnku juga seolah2 suamiku seakan2 jijik..malah perlahan2 wang nafkah diberikan pdaku jg seakan tdk memadai,fungsi aku di rumah “kami” cuma skdr utk melakukan tugas2 pembantu rumah,

Aku semakin jauh dari hdup suamiku,aku sedar aku cuma perosak kebahagiaan mereka, utk apa lg aku bertahan? aku skrg sudah tdk di perlukan suamiku lg..aku sda tdk memberi erti,suamiku akan lebih bahagia jika tiada aku menyusahkan hdupnya.. dan akhirnya aku mbt kptsan pergi tinggalkan semua ini.. selamat tgl suamiku.. biarkan aku dan anakmu serta yg kau benihkan di rahimku ini hdup bersama meski kami hdup susah takkan ku abaikan anak2ku..

Akhirnnya,anakku di lahirkan annaz naufal nama di beri dan aku telah di lepaskan dengan talak 1.. itu pun melalui sms, saat aku pergi keluar rumah kami cuma sehelai sepinggang..alasan aku dilepaskan aku digelar isteri yg nusyuz, aku kembali ke pangkuan keluargaku,aku bkerja di kilang perabot di hjung kampung alhamdulilah aku mampu menampung dua org anakku puteri dan puteraku,

Suatu saat tba2 aku di temukan oleh seorg hamba allah, beliau mempelawa aku tentang dunia business kecantikan,mula2 aku cuma jd dropship sambil bekerja d kilang dan menjual product kecantikan secara on9,& perlahan2 hdupku berubah..

Aku berjaya mengumpul wang yg tdk perna kulihat sbnyk angka itu jika bersama suamiku,aku mampu milikinya sndiri , aku mampu mencipta product sendiri hasil cekal dan tawakal serta berusaha,kini alhamdulilah hdupku jauh lebih berubah ,seawal usia ku mencapai umur 25tahun aku sda terkenal dgn product kecantikan keluaran ku sendiri..

Aku berpindah semula ke KL utk memudahkan kerja sbb stokis product bnyk bertapak di KL ,skrg mampu mbeli apartment hasil titik peluhku sndiri,mampu membeli kereta di byr bulan dgn bank dan paling penting ibu dan ayahku ku bawa tgl bersama ku..

Dan skrg exsuami meroyan hampir setiap malam kol/msg aku,merayu dan memohon maaf menyesal sbb menyia2kan aku dulu,alasan rindukan anakanak sdgkn drpd naufal lahir dia tak pernah ambik tahu dari segi wang dan segalanya..aku lah ibu dan ayah,

Alasan anak jg dia gunakn utk rujuk semula hbgn ni,lagi mybbkn dia meroyan isterinya tu tak perna ambik tahu ttg makan minumnya ketika dia terlantar dhospital (terjadi kejadian yang tak diingini kereta semasa pulang dari ofice)rumah mcm tongkang pecah sering keluar berfoya-foya bersama rakan2 dann sering mlwn apabila d tegur oleh bekas suamiku..

Tdk pandai memasak, semua ini pun aku mengentahui melalui ex mentua yg masih berhubung dgn ku,aku sudah tidak mahu masuk cmpur lg urusan mereka,bagiku urusan rumahtangga mereka tak beri erti pdku kini,dan aku tdk mau ambik tahu..

Insyaallah 2017 ni membuka lembaran utkku,loan bank pengurus syarikat kenakan utk diriku telah diluluskn bahawa akhirnya ak akan membuka cwgn kosmetik di negeri lain pula empayar legasi product ku akan ku kormesialkn seluruh negara..

Itu cita2ku sigadis kampung janda anak 2,hehe insyaAllah. saya yakin dgn hikmah,Allah dah susun jalan cerita hdup kita seindahnya,Allah takkan uji manusia d luar kemampuannya,raudah,naufal syg anak mama,awk penguat mama..tnpa raudah & naufal….

Mama mungkin tak sekuat ni,rezeki kta takkan melimpah ruah mcm ni,para wanita kat luar sana buktikan kat kaum llki yg kita jgak mampu berdiri di kaki sndiri.. yakin dgn rezeki allah,dan kpd bekas suamiku maaf ludah tak kan pernah di jilat semula,saya selesa bergelar janda skrg.. janda bukan sbrg janda,saya janda tak kacau laki org noh. peace. salam

Sumber : puncakviral.today