Bila dah nak kahwin gadis ini kenalkan bakal suami dekat keluarga. Mengejutkan keluarga yang jenis kuat agama reject mentah mentah bila dapat tahu bakal suami kurang upaya.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum. Thanks admin andai menyiarkan cerita saya. Pernah cuba menulis 2 tahun lepas tapi tidak disiarkan dan kali ini saya cuba menulis kesudahan cerita yang tidak disiarkan dulu. Gadis manis berusia lewat 20-an, bekerjaya, simple sahaja dan rupa pun biasa2 cuma manis tu ada.

Jodoh untuk saya adalah benda yang berat sehingga waktu ini. Mungkin belum masanya lagi. Namun usaha saya tak pernah berhenti, dari perkenalan sendiri, dikenalkan mahupun yang dirancang oleh ibu bapa. Semua belum menjadi. Dan saya masih mencuba mencari seseorang untuk bersama. Tanpa putus asa, saya kenal H (bukan nama sebenar). Dari salah satu website mencari jodoh (bukan baitulmuslim @ baituljannah).

Oleh kerana banyak pengalaman dikecewakan, jadi saya sangat mementingkan pasangan yang mampu berkompromi dalam segala aspek. Soal rupa, pekerjaan, saya tolak tepi. Sebab saya juga ada banyak kekurangan. Alhamdulillah saya kenal H Dengan niat suci H mahu menjadikan saya isteri, dan dengan menimbal tara pelbagai aspek saya setuju dengan harapan H benar-benar jodoh terbaik saya.

H seorang duda pemergian isteri dan mempunyai seorang cahyamata yang baik. Dan H juga adalah seorang pemegang kad kurang upaya. Mesti terkejut bukan? dan saya tak nafikan akan ramai yang kecam saya tangkap muat soal pemilihan jodoh. Tidak. Tiada rasa kasihan, simpati ataupun hanya mahu melepaskan sunyi. Saya menerima H dengan hati yang ikhlas dan terbuka, sebab saya pun terlibat dalam kerja-kerja bersama golongan kurang upaya semasa di universiti.

Jadinya minda saya sentiasa terbuka bagi golongan begini dan sepanjang saya kenal H, tiada apa pun masalah untuk dia bergerak dan melakukan aktiviti seperti orang normal, sangat berdikari, rajin bekerja dan sangat bertangjawab menjaga anak. Walhal kadang saya berbangga, orang yang sempurna pun malas berkerja dan memilih kerja sedangkan mereka sangat rajin dan produktif.

Saya tahu mungkin situasi kami berat kerana norma masyarakat belum terdedah luas mengenai kurang upaya dan disini saya perlu ambil langkah pertama dengan cuba jujur dengan family saya. Pertama kali sepanjang hidup saya bagitahu mama ada yang melamar saya. Mama sangat eksited pada mulanya dan memberi pesan adakah family lelaki menerima saya juga?

Saya rasa itu greenlight dari mama, jadi saya memberitahu H untuk meminta izin family belah H. Alhamdulillah, family H setuju. Tapi sebelum family H hendak turun ke negeri saya pastinya saya perlu berterus terang kondisi H kepada family saya. H pun minta agar berterus terang supaya tiada isu yang dibangkitkan dikemudian hari. Dan parent saya tak rasa tertipu.

Jujur saya tak pernah sebelum ni berterus terang soal “minta izin bernikah” dari keluarga saya. Ini kali pertama. Menggeletar seluruh tubuh. Saya jujur kondisi H. Dan permintaan saya ditolak mentah oleh keluarga. Saya cuba meyakinkan walhal saya dituduh saya sedang buta kerana sedang syok bercinta. Dan papa menjerkah “Sekarang kata mampu, nanti dah kahwin jangan menyesal”. Glupp. Hilang arah ketika itu.

Saya beritahu keputusan family pada H ketika itu. H mahu undur diri, namun saya menghalang. Saya kata tak mengapa nanti kita usaha lagi. Walhal pada ketika itu hati saya sudah takut dan tertutup untuk memujuk lagi.

Sebulan saya bawa diri dari family. Saya sendiri terkelu. Sebab family saya berlatar belakang agama yang kukuh. Saya sendiri tak percaya dengan keputusan family. Tapi mungkin sebab risau dan family mana taknak yang terbaik untuk anak. Tiga tahun berlalu. Kami masih bersama. Selepas melalui betapa getirnya hubungan tanpa siapa pun tahu, (hanya sebahagian teman saya dan H dan family H) dengan pelbagai usaha untuk mempertahankan hubungan ini.

Cuma kalau bincang soal kahwin pastinya akan menjadi topik punca tangisan. Tiada jalan keluar. Dan H sudah mulai berpesan, dalam perhubungan kita, salah seorang pasti akan terluka, andai ada yang melamar saya, H minta untuk terima. Dan dia redha. Saya, bila terfikir untuk melangkah, saya rasa bersalah. Sebab hati masih sayang dan saya tak sanggup nak kecewakan H dan anaknya.

Dan saya memilih untuk serahkan segala urusan dan berharap andai benar bukan jodoh saya, biarlah yang meminta putus itu Z. Saya rela rasa sakit. Jujur saya cakap, urusan saya sepanjang bercinta berjalan lancar kerana komitmen bersama, sebab Z seorang yang terbuka dan supportive. Orang kata memang ada chemistry. Dan kami menjalani hari-hari dengan baik sampai betul-betul kami di kemuncak bahagia bersama. Allah uji lagi.

Family H bertegas meminta kami memutuskan hubungan yang tiada arah. Secara tiba-tiba tanpa sebarang konflik H jujur minta undur diri. Demi kebaikan bersama katanya. Awalnya saya berkeras menolak. Hampir semua cara saya guna untuk memujuk H usahakan lagi demi kami. Namun dia tetap bertekad dengan keputusannya. Sakit memang sakit. Tapi saya redha.

Tiada kesudahan cerita kami. Dan mungkin andai bersama pun saya takut H banyak terluka dan memendam rasa. Dan kini, saya masih belajar redha dalam melepaskan. Kadang kita tahu kita dan dia itu baik tapi tak terbaik untuk bersama. Andai situasi begini terjadi pada anda, Ketahuilah redha family itu jaminan kebahagiaan anda dan kelangsungan relationship anda dengan baik.

Andai parent dah tak setuju, cari jalan untuk selamatkan dahulu dan buktikan pada mereka yang pilihan kita itu terbaik. Usahakan dulu. Andai masih ditolak? Lepaskan. Walau anda yang terluka. Tidak mengapa, beralahlah demi semua orang dan yakin luka bisa sembuh dan penyembuh luka hanya Dia.

Pesan saya lagi, sebelum anda membuat keputusan menerima seseorang, ketahuilah ciri2 yang diingini kedua-dua family. Andai dia tidak memenuhi kretiria yang diingini family anda. Tolak baik-baik usah pertahankan lagi. Usah beri harapan pada orang kelak banyak hati yang merana. Dia juga berhak bahagia. Walaupun bukan dengan kita. Jika anda memalui proses ini, ketahuilah. Hanya kita yang memahami perasaan kita tika ini. Ujian Allah berbeza-beza. Anda tidak salah dan belajarlah dari setiap salah. Lepaskan. Dan luka itu pasti sembuh. Doakan saya kuat.

– Fynn (Bukan nama sebenar)

Kahwin Tanpa Restu Ibu Ayah. Suami Halau Isteri Sebab Ank Bising. Malam Tu Terpaksa Check In Hotel Murah Sebab Suami Desak Buat Macam Tu. Akhirnya Ini Yang Jadi Pada Wanita Ini Buat Dia Menyesal.

Nama aku Liz. Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Namun bukan itu ceritaku. Kisah ini bermula tahun 2006, ketika aku berkenalan dengan suamiku sekarang. Perwatakannya menarik tetapi nampak sombong. Kami hanya kawan. 2007 kami putus hubungan. Aku menukar nombor telefonku. Lantas dia tidak dapat menghubungi aku.

2009, aku berjinak jinak dengan FB. Di situlah aku mula menghubungi dia semula. Kami berhubung secara atas talian sahaja kerana jarak yang jauh memisahkan kami. Dia melamarku. Aku memaklumkan kepada keluarga di kampung. Ibu dan ayah tidak merestui hubungan kami kerana lelaki itu sombong.

Kami masih berhubung. 2010 aku memberi kata dua kepada ibu. Jika tidak setuju, aku tidak mahu pulang ke kampung sampai bila bila. Begitulah nekadku. Akhirnya, ibu bapaku mengalah. Mereka bersetuju dengan lelaki pilihanku. Awal awal lagi ibuku memberi amaran jika berlaku apa apa, jangan merungut kerana aku yang memilih jalan ini.

Kami pun berkahwin. Awal perkahwinan sahaja bahagia. Masuk tahun kedua kami selalu brbalah. Kadang kadang sampai kain bajuku dibuang keluar rumah. Aku pun membawa diri ke hotel murah beberapa hari. Bila dia rasa tercabar semasa brbalah, dia mula naik tangan. Ada masa aku ditmbk, ditmpr atau ditndng di tempat yang tersorok. Perut, kaki, bahu, kepala. Sedih tu aku rawat sendiri.

Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa. Aku jadi pendiam. Aku jadi penakut. Bila di tempat kerja, aku jadi ceria. Bila balik, aku sedih. Balik kampung pun setahun 2 kali sahaja. Raya Aidilfitri dan bulan 12. Itupun seminggu sahaja. Bila brbalah, kami tak bercakap lama. Dari hari ke minggu ke bulan.

Selalunya dialah yang memulakan pertengkaran. Ada sahaja yang tak kena. Tak pernah dia cuba mengambil hati aku. Bila dah terlampau lama menyendiri, aku yang beralah. Memujuk dia semula. Begitulah rutin hidup. brbalah, senyap, baik (tapi hubungan makin renggang). Kalau suami minta untuk mengadakan hubungan intim, baru aku memberi.

Selama 5 tahun perkahwinan, tiada zuriat. Kemudian, kami berpindah ke Sabah. Cabarannya lagi besar di sini. Aku bangun seawal 4 pagi menyediakan sarapan pagi dan tengah hari. Kemudian baru aku pergi kerja yang jaraknya lebih 90km dan pastinya bukan jalan raya yang baik ya.

Penatnya tak terkira. Rumah sewa yang berdekatan tempat kerja tiada. Kalau ada pun harga mahal. Bayangkan sewa 1 bilik harga rm700.
Setelah 2 bulan, aku terlibat dengan kejadian. Itulah sahaja kereta yang kami ada. Kereta rosak teruk. Aku hanya cedera ringan. Kerana tak sanggup hidup susah, menumpang orang, mengikut ragam orang, aku membeli kereta.

Ya, kereta baru terus. Pastinya kereta mahal. Aku membawa kereta pulang ke kuaters kami. Oh ya, selepas kejadian tu, aku dapat rumah sewa berdekatan tempat kerja. Aku membeli makanan kegemarannya. Sampai sahaja aku di porch, aku disoal siasat tentang kereta. Aku berterus terang.

Niatku satu, untuk memudahkan ulang alik balik jumpa suami, beli barang dapur dan keperluan. Boleh pula dia hempas makanan tu, habis terburai dari plastik. Aku? Aku ditolak ke lantai, pintu rumah dikunci dari dalam. Akibatnya, aku pulang ke rumah sewa. Raya haji, bersendirian di rumah sewa. Sedih sangat.

Setelah 3 bulan, dia datang mencari aku. Kami pun berbaik, buang yang keruh, katanya. Tahun 2017, aku ditukarkan ke tempat yang dekat sikit dari kuartes suami dalam 25 km jalan gravel. Aku ditakdirkan mengandung. Semasa mengandung pun masih lagi dia panas baran. Kalau ada masalah di tempat kerja, aku pun turut jadi sasaran marahnya. Bila ada anak, aku ingat ok dah. Rupanya, perangai tak berubah. Suka marah marah.
Anak merengek demam, tak nak tidur malam, semua aku.

Sampai aku dihalau keluar bilik sebab anak bising. Kacau tidurnya.
Anak tidur elok, dicium, dikejut bangun. Bila bangun, mainnya 5-10 minit sahaja. Aku memasak sambil berdukung anak. Aku bawa stroller ke dapur. Letak baby dalam stroller. Bila nangis, dukung lagi. Ada bapanya ke tiada ke sama sahaja. Rumah tangga yang tak pernah bahagia.

Tak lama lepas tu aku mengandung lagi. Padahal anakku baru setahun. Masa ni lagi berat dugaannya. Aku dikasari. Kadang sampai aku terfikir, hina sangat aku ni. Dengan aku tiada senyum, tiada gurau. Dengan kawan, sembang 2-3 jam. Gelak besar, makan besar. Aku selalu berdoa agar Allah lembutkan hatinya. Buang panas barannya. Mudahkan urusanku.

Sebelum lahir anak kedua, aku dapat bertukar ke kampung. Aku yang minta tukar. Sekali minta sahaja, terus dapat. Ramai orang hairan. Suami tinggallah di Sabah. Aku pun tinggalkan bumi Borneo balik kampung. Tinggal dengan ibu bapaku. Di sini aku lebih bahagia. Ada orang tolong tengokkan anak anak. Main, gurau dan sayang anak anak selain aku.

Kami belum berpisah. Bila brbalah tu, 6 bulan sepi tiada khabar. Telefon ke whatsapp ke semua tiada. Kadang tu aku rasa tenang. Tapi anak sulungku ini menjadi seorang yang penyedih. Dia selalu menangis atau termenung. Ada juga aku call tapi dia tak angkat. Mesej baca tapi sekadar blue tick sahaja.

Semalam aku terfikir, semua ni jadi sebab aku kahwin tanpa redha ibu bapa. Tapi aku bahagia begini, tanpa suami. Hanya dengan anak-anak dan ibu bapa. Sampai sayangku dah tiada buat suami. Anak kedua dah setahun setengah, sulung tu dah 3 tahun 2 bulan. Tolonglah saya. Apa yang patut saya buat. Kuatkah saya menempuh hidup ni? Sekian…

Artikel Lain: Suami Cakap Kat Isteri Nak Pergi Outstation Rupa Rupanya Dalam Diam Dia Buat Benda Terkutuk Dengan Staff Hotel. Akhirnya Kantoi Dan Ini Tindakan Isteri.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Aku kenalkan diri aku sebagai Fifi, berusia 29 tahun dan dah berkhwin 6 tahun. Aku tidak tahu bagaimana nak mulakan cerita ni. Sebelum berkhwin, aku dan suami (aku gelarkan Shahrill) bercinta 5 tahun. Sebelum bertunang, Shahrill kantoi ada perempuan lain selepas kerap kali outstation. Aku memutuskan hbungan dan menukar nombor telefon.

Tapi Shahrill berusaha untuk pujvk aku kembali, Shahrill mencari aku di tempat kerja dan berjanji untuk berubah. Aku meletakkan syarat supaya kami bertunang dan bernikah dalam masa terdekat. Shahrill menunaikan janji meminangku dan bernikah selepas 2 bulan bertunang. 5 hari sebelum bernikah, Shahrill meluahkan rasa dia berubah hati dan tak dapat lupakan perempuan tu dan bercadang membatalkan pernikahan kami.

Aku ambil pendekatan untuk tetap tenang dan mencadangkan supaya kami bernikah dan berpisah selepas itu kerana memikirkan persiapan semua 99% dah selesai dan juga memikirkan keadaan mak aku yang tengah sakit selepas tak boleh bergerak ak1bat bp tinggi. Shahrill bersetuju.

Seminggu selepas nikah aku meluahkan hal perpisahan tetapi Shahrill bersungguh-sungguh memujuk aku supaya lupakan untuk berpisah kerana dia dah pilih aku untuk jadikan isteri. Dipendekkan cerita, setahun lebih bernikah aku masih dara. Rupa rupanya Shahrill tak sentuh aku sebagai bukti kepada perempuan tu yang Shahrill masih sayangkan dia.

Perempuan tu tahu kami sudah berkhwin dan Shahrill membuktikan dia terpksa khwin dengan aku dengan tidak menyentuh aku. Selepas kantoi perkara tu, aku jadi hiIang arah. Aku saktkan diri aku, aku kasari diri aku. Aku ambil cuti seminggu dengan menipu boss aku kegugran. Shahrill bawak aku bercuti dan dalam keadaan paksa Shahrill ‘bersama’ aku.

Kenapa aku cakap paksa? Sebab tanpa kerelaan hati aku yang tawar selepas tau dia tak sentuh aku sebab masih nak kan perempuan tu. Aku dipaksa sambil aku menangis. Selepas tu, setahun boleh kira dengan jari berapa kali Shahrill menyentuh aku. Setahun selepas kejadian tersebut (fasa bahagia aku), Shahrill kantoi lagi dengan perempuan lain. Kali ni aku tahu dia berwhatsapp tidak senonoh, mereka berkongsi gambar tak senonoh masing2.

Aku larikan diri dan bermalam di hotel 3 hari. Tapi masih berhubung dengan Shahrill. Aku mintak izin untuk menenangkan diri. Dan ianya berakhr apabila aku menyuruh Shahrill call perempuan tu depan aku. Mengaku dia beristeri dan stop berhubung. Selesai bab tu.

Next, juga setahun aku baru nak bahagia dan pulih dari kemvrungan dan anxiety attck, Shahrill perlu ke outstation luar negeri selama 3 minggu. Masa tu aku Ok dan biarkan dia pergi tanpa langsung rasa syak wasangka kerana dia dah berubah dan menjalankan tanggungjwab dia seperti biasa. Ada jugak hari yang Shahrill booking flight untuk aku ke tempat dia outstation.

Ceritanya bermula selepas dia balik dri outstation, seminggu selepas tu dia outstation semula di tempat yang sama. Sehari sebelum dia pergi, aku meminjam telefon Shahrill sebab nak call mak aku (handphone aku pakai kredit, Shahrill guna bill). Tergerak hati aku nak bukak whatsapp Shahrill.

Rupanya naluri aku betul, Shahrill kantoi bercinta dengan staff hotel yang dia menginap masa dia outstation dulu. Dan mereka dah pernah keluar sekali. Outstation kali ke2 mereka dah rancang untuk jumpa lagi tapi kantoi dengan aku. Aku marah, sakitkan diri. Aku suruh dia lepaskan aku. Aku dah tak tahan dia buat macam ni. Sedangkan semua tanggungjwab aku laksanakan. Dari makan, pakai, tempat tidur, nafkah batin semua aku tunaikan.

Hari tu Shahrill menangis tengok aku marah dan suruh dia lepaskan aku. Shahrill bersungguh sungguh menangis dan peluk cium kaki aku. On the spot aku suruh Shahrill call perempuan tu untuk berterus terang dia dah kawin. Shahrill buat apa yang aku suruh. murung aku datang semula. Malah makin teruk hari2 aku menangis, tak dapat tidur dan kurang selera makan.

Aku ingatkan penderitaan aku sampai di situ, rupanya tak. Senangnya Shahrill berlakon dengan airmata buat aku percayakan dia. 2 minggu selepas tu, Shahrill perlu outstation (tentang outstation dia betul, cuma dia akan pergi awal untuk jumpa perempuan tu). NaIuri aku kuat untuk hack whatsapp Shahrill tanpa pengetahuan dia.

Pagi tu sebelum bertolak kami sempat berpelukan dan aku menangis dipelukan dia sambil bercakap aku tak kuat jangan buat macam ni dekat aku lagi. Dia mengiyakan dan berlalu pergi. Sungguh gerak hati aku tepat, aku check whatsapp Shahrill yang aku hck. Ya allah, Shahrill dalam perjalanan jumpa perempuan tu. Mereke berwhatsapp plan keluar ke mana.

Entah apa yang merasuki aku, aku pecahkan almari, tingkap rumah semua. Aku ambil kaca dan tangan dan Ieher aku. Cairan merah memercik 1 bilik. Aku ambil gambar dan hantar ke Shahrill dengan mesej, “Allah nak tunjuk sekejap je, ni yang kau pilih. Terima kasih sangat sangat”. Beserta gambar screensht whatsapp mereka. Aku terus hdupkan enjin kereta untuk ke hspital. Shahrill berulang kali whatsapp dan call aku. Aku diam tanpa kata.

Sampai dih0spital aku dimasukkan ke zon kuning, masa tu aku diam seribu bahasa. Selepas doktor datang untuk cek aku dan bertanya apa yang terjadi. Aku terus mennagis sekuat hati aku. Aku meluahkan apa yang berlaku. Selepas sejam lebih di hospital, Shahrill sampai memeluk aku dan meminta maaf. (Aku tak pasti macamana dia tahu aku kat situ) Aku masih diam tanpa berkata apa2.

Selepas rawatan selesai aku terus di rujuk ke Klinik Pskiatri hospital tersebut. Suami aku juga diberi kaunseling (atas permintaan aku) tetapi berasingan. Aku diberi ubat pskiatri 2 jenis dan dibenarkan pulang. Shahrill ambil cuti 2 minggu menjaga aku. Sebulan telah berlalu, aku masih kemurngan dan perlu makan ubat. Shahrill hari2 akan mintak maaf dan peluk cium aku. Aku masih tak “move on”. Hampir setiap hari aku kena anxiety attck, berpeIuh, jntung berdegup laju, tangan kaki menggigiI dan terasa Iemah.

Hari2 aku hanya terbaring kaku tanpa buat apa2. Seminggu pertama selepas kejadian, aku tak dapat menguruskan diri aku dengan sempurna. Aku masih menangis hari2 mengenangkan apa saIah aku. Kenapa aku diperlakukan begini. Kenapa dia tak lepaskan aku kalau dia tak suka pada aku. Kenapa perlu simpan aku sedangkan dia seringkali tidak setia dengan aku.

Aku bukan seperti aku yang dulu. Aku seorang yang happy go lucky, di sekolah aku lah ketua pengawas, ketua kawad. Di kampung ,aku terkenal sebab sikap ramah dan baik aku dengan semua orang. Saudara mara aku kenal aku dengan sikap periang, dan bila aku tak balik kampung mereka akan call cakap tanpa aku tak meriah rumah.

Pernah 1 hari aku tersentak dengan soalan pakcik aku. Dia datang ke rumah terus ke dapur tempat aku berada, dia bercakap, “Ada masaIah apa2 ke Fifi? Kenapa muka Fifi lain. Pakcik peIik kalau Fifi balik tapi rumah sunyi. Dulu pakcik sampai kt luar pun dah dengar suara Fifi dari dalam. Fifi sihat ke?”.

Allah, tersentak aku. Pakcik aku pun sedar ‘kehilangan’ diri aku yang sebnar. Ibu, ayah, adik2, pakcik2 , makcik2. Maafkan Fifi. Fifi dah tak macam dulu. Fifi sakit, Fifi perlu makan ubat. Fifi takt jumpa orang, berat Fifi dah turun 7 kilo, Fifi terper4p dirumah hari2. Fifi menang1s. Fifi sayang Shahrill. Kalau Shahrill tak sayang Fifi, Fifi rela dilepaskan.

Fifi tak mintak semua ni. Fifi tak kuat. Macam mana Fifi nak mintak t0Iong sedangkan sekeIumit kum4n pun Fifi tak pernah share apa2 masalah Fifi dengan orang. Fifi tanggung semuanya sendiri. Fifi tak nak menyusahkan semua. Fifi yang pilih Shahrill. Allah pilih Fifi untuk lalui semua ni.

Doakan Fifi dari jauh. Doakan semangat Fifi puIih. Doakan Shahrill berubah ke arah lebih baik. Sebab Fifi dah tak kuat, Fifi sekarang seperti tebing sungai yang menanti masa untuk rntuh dan hnyut. Fifi tkut. Fifi tkut kesabaran Fifi diuji lagi. Fifi takut Fifi mengakhirkan nywa Fifi ditangan sendiri.

Tolong Fifi. Fifi tak Iarat. Fifi tak kuat. Kepada perempuan diluar sana, aku tak slahkan korang kalau korang bercinta tanpa tahu laki tu suami orang. Tapi bila korang tau tapi masih meneruskan hbungan, korang memang nak menjtuhkan kaum korang sendiri. Mintak semangat semua. Saya dalam fasa kemrungan yang terk, perlu ambil ubat dan jumpa doktor. Saya bukan diri saya sekarang. Dengarlah Iuahan aku Ya Allah insan yang tak bersalah. Aku Iemah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK ONLINE