Bini aneh keputihan dia makin banyak. Masa bini tgh nyenyakkkkkkk tido suami tak tido lagi. Akhirnya terbongkar apa yg suami buat kat bini masa bini tgh tido.

Kisah Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tia, aku da berkahwin. Mungkin cerita aku pernah dialami para isteri diluar sana. Aku pasti bukan aku sorang je yang alami situasi macam ni. Cuma bnyak isteri yg berdiam dan tak ambil kisah atau mungkin tuntut perpisahan.

Kisah nya bermula macam ni, tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video bukan bukan non-stop kat situ. Kantoi dengan saya, saya terus avoid dia. Saya mintak nak berpisah.

Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar. Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak bersama dengan banyak perempuan macam ni. sy malu ada pertalian suami dengan dia. Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video bukan bukan.

Patutlah setiap malam tidur lewat. Yang tengok benda bukan bukan tu praktis kat mana? Tapi dia mintak untuk sesi kaunseling. Masa tu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh daripada apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin,

saya takkan kawin dengan lelaki macam ni. Sebelum kawin memang saya ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik. Mungkin saya je syak macam-macam. Tapi percayalah naluri wanita memang tepat. Lelaki cuma sweet talker, tu yang buat wanita tertipu.

Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yang tak kena.. Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada saya. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur.

Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu. Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je? penyakit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.

Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia bersama dengan btina-btina lain. Ya Allah penykit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penyakit kat aku?

Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan. Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik. Kuning pun ada. Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby.

Tapi dalam masa yang sama saya takut jugak makan certain antibiotic masa mengandung, takut risiko kepada baby. Sebab masatu saya baru nak masuk trimester kedua. Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.

Banyak kali sangat dah saya berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak. Tapi sampai bila? Saya dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat. Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri.

Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50. Nafkah btin? Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin.

Sedangkan saya dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung. Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan. Dan saya pregnant, mestilah tak period.

Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya saya tidur dalam air mata almost setiap malam. Sampai saya terfikir nak beli benda yang bukan bukan. Sehingga ke bersalin sy makan hati.

Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama. Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk. So agak-agak kat mana dia lepaskan kat mana? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan keinginan selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat.

Lepas keinginan kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah. Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali. Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan. Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar.

Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri. Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami.

Bulu Mata Bini Lebat Melentik Cantek. Terkejut Tetibaa Jam Tiga Pagi Dia Nanges Sambil Meraung Dan Meneran. Suami Jadi Pelik Sangat Mlm Tu. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Salam, saya umur 20, isteri pun 20, kiranya kami berkahwin awal umur 18, sebab saya sudah jatuh cinta. Kami kenal since dari zaman sekolah tetapi sekolah berbeza. Saya sekolah lelaki, dia campur perempuan lelaki. Saya pernah berjanji, umur kami 18 saya hendak kahwin dengan dia. Alhamdulillah saya tunaikan janji saya.

Hantaran isteri rm5k tapi sebenarnya dia cakap rm3k tetapi emak saya bagi lebih sikit. Isteri saya ini tinggi cecah bahu saya, orangnya putih2, bulu matanya melentik, ada tahi lalat di bawah mata kiri. Kami belajar setakat form5. Tetapi dia kreatif, pelamin mini hasil tangannya sendiri. Lepas itu buat kenduri, siap. Tidak ada grand sangat.

Lepas saja berkahwin saya terus cari kerja, isteri di rumah buat apa yang patut, rumah hadiah dari emak saya. Namanya juga ujian kan, 2 bulan saya tidak dapat kerja. Tapi isteri saya selalu dengan saya. Malam itu jam 3 pagi saya terdengar ada orang menangis, saya nampak isteri saya berdoa, saya dengar setiap kata2nya, saya sebak, tidak tahu cakap apa. Dia doa supaya kami di beri rezeki, dia doa saya dapat kerja, yang penting halal.

Belum dia aminkan, saya sempat doa dalam hati hendak zuriat. Hehee . Pagi itu selepas solat, saya terus semangat hendak cari kerja balik. Tiba2 ada call, saya di terima kerja. Kerja biasa saja, . Tidak semena-mena saya syukur sujud terima kasih kepada allah pemberi rezeki. Saya pergi dapur cari isteri, saya peluk dia dari belakang cakap saya di terima kerja. Kerja market.

Isteri saya pun apa lagi gembiranya , siap masak sedap2 makanan kesukaan saya nasi pattaya sebab hendak bagi tenaga esok saya mula kerja. Dipendekkan cerita, lepas beberapa bulan kahwin dan bekerja, kehidupan macam biasa, balik kerja isteri tunggu depan pintu sambil main dengan kucing, makanan sudah sedia, kadang2 dia menyorok dilangsir sebab hendak kejutkan saya.

Selalu dia buatkan minum petang, hilang penat bekerja saya serta merta. Tapi saya sedih sebab kadang2 saya bagi isteri rm100 untuk shopping, kadang2 tidak dapat bagi isteri nafkah, tapi dia tidak pernah merungut. Allah, betapa syukurnya saya dapat isteri macam dia. Isteri saya ni suka mekap, so saya izinkan dia buka bisnes mekap, tapi online saja. Adalah tambah side income.

So ada 1 hari ini, isteri saya lain macam, dia mula tengok gambar baby, saya tidak syak apa2 lagi. Sebab peluang hendak ada zuriat memang tipis memandangkan dia jenis tidak suka budak. Saya perasan bila ada budak menangis dia akan jauhkan diri, dia macam ada tension sikit, marah2 tanpa sebab. Jadi saya tidak kisah lagi pun baru 18.

Ada 1 hari itu saya tidak dapat bagi isteri saya nafkah, tidak tahu lah hendak cakap apa malu pun ada tapi dia hendak rm1 saja, bayangkan rm1? Hendak beli apa? . Rupanya dia beli coki2 alahai happynya dia sambil tunjuk 10 batang coki2 itu dekat saya.

Dia cakap tiba2 hendak makan. Tiba malam, dia berubah. Tidak tahu apa salah saya, dia tidak suka saya, tahu marah2, tidak kena itu ini tidak suka bau saya . Padahal tiap malam ini hah, ketiak masam saya ni dia hendak hidu.

Hilangkan stress katanya. Isteri saya jenis happy go lucky tahu, benda kecil saja pun dia boleh ketawa. Dia kalau hendak marah, asal dia tengok saya tiba2 dia ketawa. Tidak boleh hendak marah. Kalau saya hendak marah, ada saja dia buat supaya sejukkan hati saya . Tapi entahlah malam itu kenapa, so malas hendak cakap banyak jadi saya pun tidur diruang tamu guna toto.

Pagi saya bangun ada pula dia diketiak saya, hahahah. Sebelum pergi kerja macam biasa dia masakkan saya. Tetapi mood tidak okey, saya tanya kenapa. Dia cakap ‘ sayang mengandung’. Apa ! Dalam hati ini, Allah saja tahu betapa happynya saya sebab hendak ada zuriat. Tetapi muka dia tidak happy. saya cakap dengan dia ‘ b happy, rasa hendak jerit 1 dunia kata sudah ada baby ‘ tetapi dia diam.

Saya cakap lagi ‘ b tahu sayang tidak suka budak. Tetapi tolonglah b, b teringin ada zuriat kita. 1 pun cukup , b janji kerja sungguh2 untuk family kecil kita . Baru dia lega, baru dia boleh senyum2. tiba2 dia cakap ‘ b janji jangan tinggalkan sayang ‘ . Boleh pula dia fikir macam itu. Dipendekkan cerita, janji allah itu betul, lepas kahwin kita diberi lebih banyak rezeki, lagi2 tuah baby dalam perut isteri.

Alhamdullah, saya dinaikkan pangkat assistan manager, jadi saya up lagi nafkah isteri saya. Syukurlah saya boleh beli barang baby, untuk rumah, saya tidak lupa beri emak duit di sabah, saya dengan isteri orang sabah, tapi kerja di kl. Isteri mengandung macam biasa, ada morning sick, ada mengidam pelik2 hendak makan disana disini.

Lagi hendak makan buah tarap yang boleh dijumpa disabah, tetapi saya ikhtiar juga, saya bawa balik sabah kebetulan memang musim nya di sabah. Bawa jumpa emak sekali, perangai dia kalah budak tetapi saya makin seronok tengok dia. Tengok baby bump makin besar, isteri sihat, anak sihat. saya tidak pernah bosan layan karenahnya. Makin sayang terhadap isteri.

Dipendekkan cerita, 9 bulan sudah usia baby, tunggu hari. Saya diberi cuti 7 hari sebab hendak jaga isteri sebab dia tunggu hari saja, hari dinantikan tiba, isteri pecah ketuban masa dalam kereta, pinjam kawan punya. Sebab belum ada kereta. Dia punya jerit nauzubillah, saya pun panik tapi saya dapat kawal sampai ke hospital. Di hospital, masa hendak bersalin dia berpesan kepada saya, dia hendak saya ada temankan dia dalam labour room.

Jujur saya cakap saya tidak boleh tengok cairan merah, saya tidak kuat. Tetapi dia berkeras juga, saya terpaksa ikutkan. Dalam hati ini semua perasaan ada. Takut, gembira macam2 lagi. Putus doa saya berikan buat isteri dan baby. Dalam labour baru saya tahu macam mana perit seorang isteri kita hendak lahirkan anak, skitnya, terkoyaknya rahimnya hanya untuk melahirkan zuriat suaminya.

Dia jerit dia teran, dia genggam tangan saya, saya menangis saya tidak sanggup tengok dia tersiksa, Allah selamatkan isteri dan anakku, saya lihat dia sudah bermaya, peluh di dahi makin banyak. Terus saya cakap’ sayang tolong b, jangan tinggalkan b, b tidak kuat tanpa sayang. Allah selamatkan mereka’ doktor nurse pun banyak bagi kata semangat, terima kasih pada mereka. Lutut saya sudah tidak kuat masa itu.

Saya menangis tidak peduli semuanya. Yang penting mereka berdua selamat. Tiba2 saya rasa pening semacam, apa yang saya ingat saya bangun saja, saya di sebelah katil isteri saya, ada kerusi disitu. Saya sedar saja, saya nampak isteri kesayangan saya dengan baby boy yang diberi nama muhammad alzikry .

Alzikry gabungan nama saya dengan ayah isteri saya. Betapa syukurnya saya, tengok isteri sudah boleh senyum. Saya azankan dia. Kehidupan saya sekarang lebih baik. Pekerjaan tetap, ada kereta sudah. Dahulu awal berkahwin saya pakai motor saja, tetapi alhamdulillah rezeki luas. Ini semua atas doa isteri saya.

Apa yang isteri doa, tidak pernah tidak makbul, betullah isteri itu pembawa rezeki. Terima kasih sayang atas doa2 mu, terima kasih untuk baby kita, terima kasih atas setia kamu disamping aku, susah senang ada dengan b. Terima kasih sayang isteri dunia akhirat aku. Apa yang saya perasan, lepas ada baby ini, isteri sudah suka dengan baby, dia sudah pandai jaga baby, dia yang uruskan segalanya pasal baby, saya pun ada bantu dia.

You all tahu apa dia cakap dengan saya baru2’ini?’ . Dia hendak minta tambah baby. Kali ini kalau ada rezeki mahu baby girl, boleh main mekap2 nanti besar. Dia hendak 6 orang anak kalau boleh. Saya pula yang tidak sanggup memandangkan saya ada masa dia melahirkan .

tapi doktor cakap saya pengsan masa baby sudah hendak keluar, tidak sempat saya potong tali pusat. Doktor cakap, ada rezeki jangan pengsan lagi, Hehehe malu juga saya. Sekarang 2018, dimana saya menulis cerita saya, umur 20.

Alhamdulillah isteri saya pregnant lagi, kemungkinan besar twin ! Abang zikry excited tengok baby bump ibunya, tidak sabar tengok adik kembarnya keluar. Sampai sini saja cerita saya. InshaAllah ada masa saya sambung cerita saya. Maaf terlalu andai panjang . Doakan saya tidak pengsan lagi masa isteri beranak twin kami nanti. Amin.

Terkejut Jam Tiga Pagi Suami Tiba Tiba Tanya Bini Period Dh Habes Ke Belom. Suami Tanye Sambil Pegang Pinggang Bini. Bini Jawab Masa Last Check Dh Takda Period. Tergamam Ini Yg Suami Buat Lepas Bini Jawab Mcm Tu.

Al-kisahnya pukul 3 pagi, Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata, “Datang bulan dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak” Aku terdiam. “Hari ini dah hari keenam,” kata aku dalam hati. “Hari ini, hari last kot. Baru tadi, saya check dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuklah awak,”

“Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?” Aku diam lagi. “Awak ini buat mudah saja dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ini suka tangguh mandi wajib. Padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun,”

“Sejuklah awak,” jawab aku. “Okay kejap” Dia keluar bilik dan ke ruang tamu dan dia masuk dengan membawa lighter. “Awak tak tahan sejuk? Okay. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak tak payah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali,” katanya sambil cuba menyalakan api dan acah nak membakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi. “Aten, awak tahu tak yang saya tanggung dosa awak? Saya tak mahu bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga, tiba-tiba Allah panggil saya dan berkata. “Wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat. Meh sini meh sini! Ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak”

“Saya tak nak disebabkan awak, saya masuk neraka sekali Aten. Kasihanlah pada saya Aten. Jangan buat saya macam ini. Kalau awak sayang saya, awak pergi mandi wajib dan sembahyang Isyak. Lagi satu, awak kan tahu saya ini sibuk berkerja siang malam, kadang-kadang tak sempat nak membaca Quran.”

“Apa salahnya kalau awak wakilkan saya baca Quran? Nabi kata, seorang sahaja dalam rumah itu ada orang yang membaca Quran, inshaAllah seluruh keluarga itu akan terhindar dari fitnah.” Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca Quran. Selalu on off baca Quran. Sepatutnya tiap-tiap hari kan? Dia datang dan belai lembut rambut aku.

“Awak selalu kata ‘kenapa kita tak dapat anak lagi’. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cubalah sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran.”

“Saya tengok awak lepas sembahyang kadang-kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macam mana Allah nak bagi anak?” Aku mula bertanya. “Bukan saya nak mempertikaikan. Tetapi ini satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Quran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?”

“Ini jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya. Bila besar, anak-anak dia tak nak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ini best, tetapi anaklah dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama.”

“Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Itu semua dugaan dan ujian dari Allah.”

“Orang yang tak ada anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab itu saya selalu kata baca doa baca Quran. Bila Allah rasa kita dah cukup baik, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan buat manusia?” katanya

Aku menangis, aku bersyukur kerana ada suami yang selalu memberikan sokongan dan menasihatkan aku. Dia tidak pernah nak menyalahkan aku dan dia selalu berkata bahawa ‘Ini semua ujian dari Allah,”. ‘Dah, bangun. Pergi mandi wajib’.

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang tinggalkannya maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”. Kisah tentang solat ini di kongsikan oleh seorang wanita bernama Atenn Azlan di Facebooknya, dimana beliau menceritakan tentang seorang suami yang menegurnya tentang solat. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kredit tulisan asal kepada Cik Atenn Azlan,

Sumber kuasaviral

Sakit Abang. Isteri Genggam Kuat Tangan Suami. Habis Baju Basah Lencun. Suami Tak Boleh Nak Tahan Akhirnya Ini Tindakan Suami Untuk Buat Isteri Tenang.

Kepada Admin sekiranya tulisan saya ini dipilih untuk disiarkan. Pertama sekali benarlah di musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kita ada banyak masa terluang sehingga menjebakkan saya membaca luahan perasaan para penulis di sini.

Saya amat terkesan dengan bingkisan hati oleh para wanita yang dikecewakan. Antaranya adalah dari penama pena ‘Kawan Balqis’. Ini kerana saya berasa dekat dengan penulisan penulis kerana saya pernah berada di tempat ‘Apis’. Dicinta dengan bersungguh-sungguh oleh seorang wanita. Diperjuangkan cinta oleh seorang wanita yang cukup kuat jiwanya.

Saya seoarang pelaut yang dikenali juga sebagai Offshore. Saban minggu berada di Laut China Selatan sejak 10 tahun yang lepas. Saya pernah punyai kekasih sehebat ‘Balqis’, saya pernah punyai kesetiaan seikhlas Balqis, saya pernah rasai kasih sayang setulus Balqis. Kekasih yang selama ini setia, sayang dan menunggu kepulangan saya sepanjang saya di lautan luas.

10 tahun lalu, talian di atas kapal tidaklah semudah sekarang. Dapat berhubung dengan yang tersayang 5 minit pun cukup lah. Begitulah setianya kekasih saya yang saya kenalkan sebagai Ira. Ira menunggu saya menghubunginya saban hari. Setiap kali saya menghubunginya suaranya menyambut dengan gembira. Pelbagai cerita Ira sampaikan kepada saya walaupun salam tempoh 5 minit itu.

Dengan adanya kekasih seperti Ira saya merasakan hidup saya sempurna. Mengenali Ira hanya sebentar namun cukup membahagiakan saya. Peribadinya yang lembut, peramah, berbudi bahasa, cantik rupa paras ah.. cukup sempurna di mata saya. Saya tak perlu masa yang lama untuk mengambil keputusan melamar Ira. Saya mesti memiliki dia, mesti.

Selepas 6 bulan berkenalan, tak pernah sehari pun Ira tidak membuat saya jatuh cinta dengan sikapnya. Menanti saya dan hanya mebgkhabarkan perkara yang gembira sahaja. Sama seperti perwatakan ‘B’ yang digambarkan oleh penulis.

Sehinggalah satu hari saya dapat tahu berlakunya kejadian yang tak diingini di tempat kerja Ira. Atas alasan tidak mahu membebankan saya, Ira cuma mengatakan benda tu benda kecil jee dan dia tidak terlukaa. Hakikatnya, Ira hampir kehilangan kaki!

Kejadian itu membuatkan saya mengambil keputusan untuk mempercepatkan pernikahan kami. Setelah berbincang, keluarga saya menghantar rombongan merisik dan diikuti pertunangan kami. Hanya disaksikan kedua keluarga. Majlis kecil yang cukup meriah. Saya masih terbayang anggunnya Ira ketika majlis itu. Senyumnya cukup manis, ayu wajahnya mententeramkan hati saya, lembut tutur katanya sentiasa menenangkan jiwa saya.

Kehadiran Ira cukup menyempurnakan hidup saya. Saya terus bekerja mengumpul duit untuk menghalalkan Ira. Perancangan rapi untuk kehidupan selepas kahwin itu perlu. Ira membentangkan kira-kira untuk perbelanjaan kahwin dan selepas kahwin kami. Saya bersetuju dengan perbentangan Ira. Perbentangannya cukup jelas. Allah…. Bagaimanalah saya tidak jatuh cinta dengan wanita ini?

Setiap hari saya percaya dia bakal suri hidup saya yang akan menyempurnakan hidup saya yang kelam ini. Wataknya yang ceria kadang kala buatkan saya tersenyum sendiri. Gurauannya bersahaja tapi apabila terkenang saya tertawa kecil walaupun di tengah laut dilambung ombak. Wanita itu benar-benar menarik hati saya. Saya mahukan dia!

Setelah 6 bulan mengumpul duit kahwin, akhirnya tibalah hari yang dinantikan. Hari saya melafazkan ijab dan kabul menandakan Ira sah menjadi milik saya. Setelah selesai kedua-dua majlis kami berpindah ke kediaman yang telah saya siapkan untuk keluarga kecil kami. Ira adalah orang yang paling gembira apabila melangkah ke kediaman kami. Tidak sabar untuk mendeko katanya.

Kehidupan kami normal seperti pasangan lain. Setelah menjadi suami isteri, Ira menunjukkan sisinya yang lain. Manjanya sentiasa menjadikan saya serba salah untuk naik ke laut. Setiap kali sampainya saya dipanggil bekerja, air matanya turun bagaikan saya nak pergi membayakan nyawa sendiri.

Namun, dalam pada itu saya bahagia. Punyai isteri yang menyayangi saya setulusnya. Setiap kali itulah saya memujuk agar dia bersabar. Perjalanan hidup saya bersama Ira amat bahagia. Ira isteri yang sempurna di mata saya.

Namun, kami diuji. 3 tahun perkahwinan kami tidak dikurniakan anak. Ira sentiasa meminta maaf setiap kali membuat ujian kehamilan dan ternyata negatif. Saya memujuknya, Allah tidak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dikurniakan zuriat. Kita bersabar dan berusaha lagi. Ira akur.

Menjelang ulang tahun kami yang ke 4. Hadiah teristimewa dari Ira, isteri saya yang tersayang. “Abang, Ira mengandung”. Alhamdulillah syukur tak terkira. Tak sabar rasanya nak sampai ke rumah untuk berjumpa Ira! Tempoh 2 hari sebelum sampai ke darat amat lama dirasakan.

Sepanjang tempoh kehamilan, Ira tidak mengalami alahan teruk. Cuma baby suka minta makanan menjelang tengah malam. Menggelabah saya. Mana kan tidak, jika tak dapat, muncunglah wajah kesayangan saya itu. Saya mengambil cuti tanpa gaji setahun selepas mengetahui Ira sedang membawa zuriat saya. Saya mahukan yang terbaik untuk suri hidup saya. Segala makanan yang Ira hajatkan pasti saya penuhi. Alhamdulillah menjelang bulan ke 4, doktor sahkan Ira membawa bukan seorang tetapi 2 orang zuriat kami. Allah syukur tak terhingga. Mengalir air mata kami apabila doktor maklumkan kami bakal menimang cahaya mata kembar.

Ira sangat teruja kerana memang dia suka kan kanak-kanak. Bulan demi bulan saya lihat Ira semakin penat membawa zuriat saya tetapi dia tetap ceria. Dia tetap ingin memasak untuk saya biarpun dihalang. Ira cukup sempurna sebagai isteri saya, bidadari saya, ibu bagi anak-anak saya.

Kami menjalani hidup seperti biasa dan terasa berbunga menanti kehadiran permata hati kami. Ira sudah mula membuat persediaan barang-barang bayi. Risau nanti tak sempat sedia semua katanya. Saya lihat Ira cukup teruja untuk menyambut kehadiran permata hati kami. Memilih baju 2 pasang setiap satu. Senyumnya yang saya masih terbayang sehingga kini. Senyuman yang cukup membahagia dan mententeramkan hati saya.

Menjelang hari kelahiran buah hati kami, Ira nampak gelisah. Dia kerap menyuarakan kerisauannya. “Abang, kalau Ira tak ada nanti, abang kahwin lain tak?”. Saya ketawa. Saya tanyakan, “Sayang nak ke mana?”. Mukanya bertukar serius. “Mana lah tau, sayang tak sempat besarkan anak-anak kita.” Jelas kerisauan di wajah ibu kepada anak-anakku.

Saya jawab tenang, “Sayang jangan fikir bukan-bukan sebab sayang dah janji nak bagi abang sedozen anak dan kita akan besarkan diorang sama-sama”. Walaupun agak gusar di hati saya. Ira memandang mata saya dengan penuh cinta. Digenggam tangan saya dengan rasa sayang.

“Abang, Sayang tak tahu berapa lama Allah pinjamkan abang untuk sayang, tapi sayang harap abang bahagia selama sayang jadi isteri abang. Sayang mohon ampun dan maaf dari abang kalau sepanjang tempoh jadi isteri abang, ada yang tak sempurna”.

Terlalu kerap Ira memohon maaf sebegini menjelang tarikh kelahiran anak-anak kami. 3 September 2014. Tarikh keramat yang saya tidak akan sama sekali lupakan. Tarikh Ira mengadu sakit. Saya terus membawa Ira ke hospital.

Semasa menunggu, Ira menggenggam kuat lengan saya. Kuat sekali. Genggaman yang tidak akan pernah saya lupakan. Bibirnya dibasahkan dengan alunan zikir dan doa Nabi Yunus. Wayar berselirat di atas dadanya. Wayar untuk monitor bayi kami. Sesekali digenggam kembali tangan, lengan dan baju saya. Allahhuakbar hebat sekali kuasa Allah. Ira sedang menahan kontraksi.

“Sakit abang.” Saya hanya mampu memujuk Ira untuk sabar, mengajak Ira sama sama terus mengalunkan zikir dan doa. Ira lembut mengikut sambil menahan sakit. Sepanjang di dalam bilik itu tak putus Ira memohon ampun maaf, menitip pesan supaya saya menjaga zuriat kami sekiranya dia tewas. Hati di dada bagaikan nak pecah mendengar kata-kata itu.

Saya katakan pada Ira, “Hanya sayang yang layak jadi ibu untuk anak-anak abang. Kita akan besarkan anak-anak kita seperti yang kita impikan”. Saya kucup lembut dahi wanita dambaan hati saya sejak dulu dan selamanya. Nurse datang untuk check laluan. Kata nurse, sekejap lagi Ira akan ditolak ke LR. Saya mengangguk. Saya diberi kelengkapan untuk masuk bersama-sama.

Suasana yang tak akan pernah saya lupakan. Ira menggenggam kuat tangan saya untuk push bayi kami. Nurse dan doktor tak putus memberi kata semangat. Saya di sisi Ira juga tak putus mengingatkan Ira pada Allah, memberi kata semangat.

Tepat jam 9.45 malam 3 September 2014. Bayi pertama selamat dilahirkan. Tiba-tiba keadaan menjadi agak tegang. Doktor memaklumkan bayi kedua sudah berpusing dan berada dalam keadaan songsang. Ira perlu dioperation! Allahhuakbar. Ira terus dibawa ke bilik operation.

Keadaan berlaku terlalu pantas. Saya sempat melihat Ira yang nampak sangat letih. Saya berjanji saya akan tunggu di luar sehingga semuanya selesai. Pemandangan terakhir saya lihat Ira ditolak laju, nurse2 berlari menahan lif, doktor2 bergegas keluar menaiki lif dan semuanya berlaku sangat cepat.

Jam 11 malam, permata kami yang kedua selamat dilahirkan. Alhamdulillah perkhabaran gembira buat saya. Tak sabar rasanya ingin mengucapkan terima kasih pada Ira yang berjuang habis-habisan untuk melahirkan keturunanku. Rindu yang teramat pada Ira walaupun baru sekejap dia dibawa pergi.

Ayat pertama doktor, “Tahniah bayi awak selamat. Baby girl jugak ye”. Dan diikuti, “Maafkan saya encik, saya tak mampu selamatkan isteri encik”. Gelap. Itu yang saya rasakan. Terduduk dan tiada kata yang mampu saya ucapkan.

Keluarga saya yang mendengar berita itu turut terkejut. Mak menarik tangan saya untuk bangun. Dipeluknya jasad saya yang bagaikan telah hilang rohnya. Lembik. Abah turut sama memeluk saya untuk memberi kekuatan. Sungguh, saya lemah. Kehilangan Ira disaat ini?

Saya masuk untuk melihat bayi kami. Saya menjalankan tanggungjawab pertama sebagai bapa, azan dan iqamat di telinga kedua-dua bayi kami. Saya peluk erat kedua-duanya saat mengalunkan azan dan iqamat. Amanah yang perlu saya jaga.

Amanda Zahirah dan Aisya Zahirah saya letakkan nama mengikut pilihan ibunya. Kehilangan Ira menggelapkan duniaku. Usai selesai segala urusan, saya mulai rasa sunyi dan rindu yang tak pernah saya rasakan. Saya mahukan Ira.

Satu persatu kenangan bersama Ira muncul dalam kepala saya. Jika tipis iman, boleh jadi tidak waras merindu pada yang tiada. Tapi saya perlu kuat itu yang kerap dipesan mak, ibu, abah, ayah. Saya perlu kuat untuk dua permata tinggalan Ira.

Alhamdulillah 3 September 2019 genaplah 6 tahun permata hati kami. Wajah mereka tak tumpah seperti ibunya. Lembut tutur kata sangat mengikut ibunya. Saya bersyukur kerana mak ayah saya dan mertua sentiasa ada membantu saya menjaga anak-anak saya. Tak pernah sekali pun Ira saya lupakan.

Setiap kali cuti saya akan bawa anak-anak ke persemadian ibunya, sesekali saya akan bermalam di rumah mertua, di bilik Ira untuk melepaskan rindu. Ya, saya sendiri. Tiada yang layak mengganti Ira. Hati ini tidak berkeinginan untuk mencari ganti. Di usia ini biarlah saya terus membesarkan anak-anak dan menambah amal ibadah sebelum bertemu pencipta.

Tujuan cerita ini dikongsi cukuplah untuk menjadi bacaan kalian. Hargailah insan yang menyayangi dan mencintai kita dengan tulus ikhlas. Ini kerana, untuk menyayangi seseorang mungkin mudah tetapi untuk mendapatkan seseorang yang benar-benar menyayangi kita dengan tulus amat susah.

Penceritaan “Kawan Balqis” sangat membawa saya ke zaman saya masih bersama Ira. Insan yang sanggup menunggu saya pulang ke darat tanpa selingkuh, yang sabar menanti saya pulang dengan penuh rasa sayang, yang tetap memahami kerja saya walau pelbagai diracun pelbagai orang, yang menjalani hidup dengan tabah walau pelbagai dugaan datang bertandang.

Saya mengambil masa untuk menulis nukilan ini kerana saya bukanlah penulis yang baik. Semoga penceritaan ini sampai ke hati tuan/puan. Menyayangi dan mencintai orang adalah mudah. Mendapatkan kasih sayang dan cinta dengan tulus dari orang yang kita cintai itu amatlah payah. Hargailah insan yang menyayangi kita sebelum sayang dan cintanya menjadi hambar kerana perlakuan kita.

Sebagai manusia, kita tidak akan merasa puas dengan apa yang kita ada sekiranya kita sentiasa mencari yang terbaik. Anologi mudahnya, sekiranya kita berada dalam satu taman bunga untuk mencari bunga yang terbaik pastinya kita akan keluar dengan tangan kosong.

Sekiranya sudi, ambillah pesan ni terutamanya watak ‘Apis’ dalam cerita ‘Kawan Balqis’, carilah dan hargailah seseorang yang cukup di hati kita. Cukup untuk membahagiakan, cukup untuk menenangkan, cukup untuk mengisi hati kita. Selepas dapat, sentiasa lah bersyukur kerana Allah hantarkan dia untuk kita sedangkan ramai lagi orang lebih baik dari kita untuk dia. Sentiasa bersyukur.

Kenangan adalah perkara yang pahit untuk dikenang bagi seseorang yang pernah memberi kita rasa manis semasa kewujudannya dan kita memilih untuk mengabaikan usaha dia membahagiakan kita. Kita takkan dapat mengulangi kenangang itu bahkan mendapatkan kenangan yang sama semula.

Percayalah, rindu pada seseorang yang memberi kenangan manis pada kehidupan kita akan datang secara tiba-tiba terutama sekiranya kita melihat atau mendengar perkara yang berkaitan dengannya. Doa saya untuk Cik Puan Balqis khasnya dan para pembaca secara umumnya semoga hati kamu semua sentiasa dibalut bahagia dan kekecewaan kamu ada kini akan dibawa pergi luput ke langit ke tujuh. Teruslah memandang kehadapan meneruskan hidupmu yang masih panjang sehingga bahagia milikmu. Asalamualaikum dan terima kasih meluangkan masa membaca cerita yang panjang ini. Saya juga menyusun sepuluh jari sekiranya penulisan saya ini melukakan hati mana-mana pihak.

Sumber – Abah Zahirah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Sama sama kita doakan semoga roh Ira dicucri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Buat Abah Zahirah dan anak2, moga tabah dan dipermudahkan urusan mereka.