Bini diam diam pergi hantar makanan kat jiran sebelah. Tiba tiba suami dapat tahu dan suami buat sesuatu. Bini pulak bagi layanan baikkk kt jiran lelaki sebelah rumah. Akhirnya kantoi dan ini tindakan suami.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum. Aku seorang isteri usia hujung 40-an. Namun aku tidak segan menyiarkan di sini buat pengajaran. Buat ketika ini aku memunasabah diri. Munasabah diri yang malang, tidak dikasihi suami walau telah lama berumah-tangga. Suami cuba menduakan aku. Ringkasnya disebabkan suami tidak mendapat layanan budi bahasa yang baik daripada aku. Itu sahaja.

Layanan lain yang tidak disungutkan adalah aku boleh melayani batin dia, masih rajin menyiapkan sarapan setiap hari aku bangun jam 5.30 pagi jika hari bekerja, cuti jam 6.00 pagi aku bangkit, solat suboh terus ke dapur. Ya aku taat solat 5 waktu, puasa dan aku tidak buat benda trkutuk, jarang berbohong, memang aku selalu menjaga kelakuan ,juga didikan diri hindari dari dosa. Namun aku tidak sedar, suami amat mencemburui senyumanku yang manis, yang aku tidak sedar bila ketemu rakan lelaki, aku tersenyum, bercakap tidak menyakitkan hati rakan.

Sebagaimana suami aku tidak berpuas hati terhadap kata-kataku yang sering kasar, tinggi suara terhadap suami, padahal tidak selalu berkomunikasi, kerana suami aku garangnya bagai singa. Sejak berkahwin suami jarang sangat menyebut namaku, memanggil sayang tidak sekali. Cuma bercakap tanpa nama aku, dengan nada yang cepat, hingga selalu aku kurang faham.

Pernah aku cuba biasakan diri memanggilnya dengan perkataan abang, tetapi respon dia selalu tidak menyahut, hanya mengangguk, atau menjawab serius. Akhirnya aku putus asa. Tiada perkataan sayang, tiada perkataan abang bila kami berkominikasi hanya ayat yang pendek dan ringkas.

Komunikasi , berbual, meminta dengan cara yang aku rasa berat untuk bercakap dengan suami. Selalu dia mendengus, menengking, membalas tanpa memandang aku. Rupanya dia berdendam. Aku bercakap dengan jiran lelaki dengan suara yang bagus, semasa bertamu di hari raya. Aku tidak perasan perbualan singkat dengan jiran di rumahku begitu dicemburui.

Kemudian aku ke rumah jiran menghantar lauk kerana isterinya tadi tidak ikut. ketika itu aku dicurigai berjumpa suami jiran. Sungguh aku bernasib malang. Berbagai tuduhan apabila orang cemburu dan tidak suka. Hingga mengerjakan umrah di Mekah aku dituduh meminati jemaah lelaki yang lain, di dalam flight balik aku menangis sendu mengenangkan aku dimarahi di tempat suci Mekah.

Aku akui budi bahasaku tidak memuaskan hati dan tidak bisa memujuk hatinya. Bercakap nada tidak lembut kepada suami, walau ku cuba dan kucuba. Pekerjaanku yang selalu menggunakan suara kuat juga menjadikan aku begitu. Aku juga dilahirkan dalam keluarga yang sering bertelingkah. Ibu ayahku sering bergaduh. Ibuku sering berbahas-bahas, membentak-bentak kepada ayahku (ini ada punca lain).

Akhirnya aku terikut-ikut suara ibuku yang keras. Memang kata-kataku kepada suami payah berlemah lembut, berbunga-bunga. Aku akhirnya cuba bersuara manja namun hati suamiku masih tidak puas. Dia bosan dengan aku. Sering dia berwasapan dengan sahabat wanita dengan memberi salam dan menjawab salam seawal jam 5.30 pagi. Walau hanya perbualan singkat, namun salam-menjawab salam sering berlaku.

Hal ini terbongkar setelah suatu hari aku tergerak hati memeriksa telefon suami, lalu aku terjumpa wasap itu sejak 4 bulan berwasapan dengan kata-kata assalamualaikum sahabat dan dibalasi juga, Ada masa perempuan itu memberi salam salam terdahulu, ada ketika suamiku yang memberi salam, biasanya awal pagi. Aku di mana. Aku di dapur membuat sarapan tetapi suamiku telah bersapaan dengan perempuan lain. Walaupun tasbih berada di tangannya selepas suboh. Apakah perasaanku setelah dapat mengesan itu?

Walau hanya perbualan salam sahabat, apakah aku tidak punya perasaan? Akhirnya perempuan tersebut datang ke tempatku, namun suamiku dijauhkan tuhan daripada bertemu dia. Dua minggu sebelum ini aku telah memohon ampun darpada suamiku, setiap hari sebelum keluar bekerja. Memohon ampun kerana budi bahasaku tidak selembut sepadan isteri kepada suami. Dan suamiku mula mencium dahiku selepas aku bersalaman dengannya.

Aku sangat terharu kerana tidak pernah suami mencium dahiku atau memberi penghargaan mengucupku selepas bersalinkan anak-anaknya. Tidak pernah mengucapi terima kasih atau pujian kepadaku jika aku memasak sedap atau rajin mengemas,mengurus rumah dan lain-lain.

Langit tidak selalu cerah. Kami memang selalu bertelingkah dan berbaik bila aku yang mencumbuinya. Tragedinya semalam aku tidak tertahan dengan perasaan sedihku, kecewa yang amat sangat, walau aku telah block nombor perempuan tersebut, mereka telah berwasapan semula. Hatiku begitu hancur.

Suami tidak pernah memberi salam picture untukku, hanya perkataan salam untuk memberitahu sesuatu. Tetapi dengan wanita itu picture salam dan tambahan ayat doa untuk masing-masing kesejahtaraan bersahabat. Lalu dengan deraian air mata aku mengatakan jika tiada niat memberi kebahagiaan kepadaku, tolonglah tinggalkan aku.

Aku menangis dalam nekad, memang aku terasa tidak berharga, tidak disantuni dengan wajar sebagai isteri,walhal aku bekerja bersusah-payah, hanya gaji kudapat untuk menampung keperluanku, pakaianku dan perbelanjaan anak-anakku sering aku yang mengeluarkannya.

Namun tiada rasa kebahagiaan bersuami-isteri. Walau aku berzikir, berdoa setiap hari sebelum memulakan kerja. Hanya aku dipermudahiNya untuk bekerja. Nafkah bulanan tidak pernah suamiku beri. Tetapi aku tidak bisa meminta kerana suamiku bagai singa yang aku tergagap-gagap apabila bercakap dengannya. Pengajarannya di sini. Sememangnya dahsyat sungguh kesan pengaruh budi bahasa yang kasar yang kuwarisi. Namun aku tidak pernah memarahi suamiku. Setelah aku minta suamiku tinggalkanku, suami keluar tetapi pulang , tidur di ruang tamu. Aku sering dipulau tempat tidur.

Suami bukan jenis berterus terang. Semua yang dia tidak berkenan dipendam dan membalasi dengan endah tak endah serta bercakap serius, tanpa memandangku. Aku takut ditinggalkan namun aku terpaksa minta suami tinggalkanku selepas aku menangis-nangis menyatakan kesedihan dia menduakan aku, walau melalui wasap.

Aku tidak menyebut di sini jika suamiku berbual dengan sahabat wanita, dia juga terlalu mesra tetapi aku pendamkan di dalam hati. Dan facebooknya memang ada rakan wanita yang cantik-cantik terdapat juga profile yang tidak senonoh. Apakah salah perasaan kecewaku? Apakah salah aku tidak sengaja mewarisi sikap kasar ibuku? Apakah salah aku mempertikai tidak dibimbing sebagai imam dalam keluarga?

Namun aku nekad akan terus bersalaman meminta maaf daripada suamiku kerana hanya itu cara aku membaiki diri namun belum tentu aku mendapat kasih-sayang sejati daripada suami. Suamiku tadi keluar belum kembali. Kalian silakan ambil pengajaran, berlemah-lembutlah dengan suami, jaga komunikasi seharian, jangan kelihatan menawan kepada lelaki lain, dan hargailah suami yang

Haritu Jiran Lelaki Ada Ajak Masuk Rumah. Dia Ajak Main Hempap Hempap. Masa Tu Masih Tadika. Masih Tak Faham Lagi Apa Yang Dia Cuba Nak Buat. Hingga Lah Satu Hari Ini Yang Terjadi.

Hi, semua. Aku harap confession aku ini diterima, atas dasar dijadikan pengajaran atas apa yang terjadi kat aku. Aku terdetik nak buat confession ni lepas baca confession bertajuk: Pentingnya Batas Pergaulan Dengan Adik-Beradik (link dibawah).

Aku nak bagitau kat confessor, semoga tabah. Terutama adiknya yang serba sikit terkesan em0sinya dan trauma kepada lelaki. Aku boleh relate dengan kejadian yang menimpa adiknya itu termasuk confessor sekali. Aku sebenarnya sasaran.

Kejadian sewaktu masih tadika, dengan jiran lelaki. Sekarang aku berumur awal 30 an, tak pernah bercinta walau dengan seorang lelaki pun. Kenapa? Dulu aku jijik kat lelaki pastu ia berubah kepada takut. Kejadian terjadi masa aku masih tadika, aku jenis anak kecil yang suka main kat luar rumah, kadang kadang main sampai rumah jiran. Aku tinggal di kawasan perkampungan so hubungan dengan jiran jiran tu agak rapat.

Suatu hari seorang jiran aku ni, lelaki, dia panggil aku masuk rumah. Apalah sangat dengan pemikiran sorang budak kecik, ingatkan nak ajak main ke apa ke rupanya kenaifan aku yang dipermainkan… Dibawa main hempap-hempap dalam rumah.

Aku pergi masuk rumah abang tu, masa tu dia sorang je dalam rumah. Family dia keluar dah kot. Abang tu kalau tak silap maybe dalam lingkungan umur 20 an kot masa tu. Dia bawa aku masuk bilik, dia baringkan aku dan dia hempap badan kecil aku. Sehabis meronta pun aku takkan dapat lepas. Apa je daya budak kecik. Dia cakap dia bawa main hempap hempap jer. Ok habis kat situ jer.

Kali kedua, hari lain aku tewas juga, aku kena umpan masuk rumah dia. Dia buat benda sama. Syukur sangat dia tak buat benda tak senonoh ke apa just hempap je tapi masa tu serious aku tak paham apa permainan dia ajak aku main ni? Yang pasti aku rasa pelik lah.

Masuk sekolah rendah, mula trauma. Fast forward aku masuk sekolah rendah, aku jadi nakal. Tapi akademik aku OK cuma aku slow slow jadi pendiam. Pendiam yang bisu, susah sangat nak bercakap, dan aku memang membesar dalam keadaan moody dan ber-mood swing (aku rasa ini adalah sejenis trauma atau kesan mental) Dan imej abang tu hempap aku bermain balik kat kotak fikiran aku.

Pada usia tu aku pernah tengok movie macam something yang soft benda tak senonoh lah macam kissing, hugging tapi tu OK lagi tak trigger apa apa tapi it seems weird bagi aku masa tu. Parents aku memang jaga aku betul betul sebagai anak perempuan. Dorang sanggup berkorban semata mata nak aku habiskan belajar sampai universiti sekalipun. Even aku dah 30 an ni pun oleh sebab aku solo, aku acah acah nak sambung belajar pun dorang still bagi galakan.

Hanya kawan2 senasib tahu rahsia ini. Aku tak pernah rahsiakan apa apa pada parents aku. Dorang tau cerita aku dari A to Z, malah aku dapat rasa akulah yang akan jaga dorang sampai bila bila since adik beradik aku semua dah berkahwin. Kecuali kisah abang tu lah satu satunya rahsia yang aku tak ceritakan.

Ada few kawan yang tahu kisah aku. Semua kami budak perempuan yang pernah jadi sasaran, ada yang kena sentuh dengan cikgu, ada yang kena buka baju etc. So kitorang can relate to each other. Pada pendapat aku, selain mengadu kepada Tuhan, knowledge adalah satu jalan keluar untuk tak terus hanyut dalam perasaan yang kau pernah kena ‘gangguan’ macam ni. Ilmu ajar kami untuk berfikiran waras, melupakan kisah lama walaupun parut tu masih ada. Kitorang decide untuk memaafkan pelaku, cuma serahkan segalanya pada Tuhan.

Bagi muka benci bila bersua. Untuk pengetahuan, agama aku dan abang tu berlainan. Aku seorang Kristian, dia Muslim. Agama bukan menjadi soal menentukan baik burok seseorang tu tapi keperibadian, attitide seseorang – itulah yang menentukan siapa kau sebenarnya.

Sekarang aku dah tak tinggal kat kampung. Oh ya, memang kampung kitorang jiran jiran semua berbilang bangsa. So, bila aku terserempak dengan abang tu, dah nampak dia berusia, aku bagi muka benci dan dia TAHU. Dia selalu melarikan pandangan dia dari aku. Dia ada anak bini. Aku tengok dia takda anak lelaki, semua anak perempuan. Hmmm.

Pernah termuntah tengok laki shirtless atau tersentuh kulit. Kalau nak cerita hal trauma tu memang peritlah. Bukan kena sentuh je perit weh, sekadar kena hempap macam tu pun traumanya aku bawa sampai sekarang ni.

Aku takut dengan lelaki. Sampaikan aku pernah termuntah tanpa sebab kalau tengok lelaki shirtless atau tersentuh kulit dengan dorang sekalipun. Peluh dingin tengahari menitik tiap kali aku kena berhadapan dengan lelaki, tergesel sikit pun aku rasa nak terajang jer.

Masa kat U, dua orang budak lelaki konon meluah perasaan kat aku tapi aku bukan saja saja buat bongok dan reject dorang tapi lebih kepada takut. Aku tak tau nak expect apa. Lagipun aku rasa masatu macam tak sesuai nak bercinta bagai. Underwear pun beli pakai duit PTPTN nak bercinta konon.

Dah bekerja, acah-acah jual mahal. Masuk kerja, aku boleh dah terima lelaki malah aku mudah mesra, mesra yang bermaruah. Aku jenis jaga pergaulan sebab aku tak nak dipermainkan dan diperlekehkan. Takda orang lain boleh protect aku kalau bukan diri aku sendiri. Biar ada yang cuba bagi hint nak memulakan sesuatu pun aku tepis.

Aku buang perasaan tu jauh jauh. Kalau aku jumpa crush pun aku acah acah jual mahal padahal dalam hati, Tuhan je tahu betapa aku nak rasa mencintai dan dicintai. Aku cuma akan extra friendly jumpa kawan yang biasa, kalau orang tak kenal aku dia akan fikir aku flirty padahal kalau dengan orang yang aku suka, aku akan jadi takut nak bagitau, peluh dingin mula menitik. Selagi dia tak mulakan langkah, memang taklah aku bergerak, dok keras situ ja.

Anggap ianya satu hikmah. Sesungguhnya, apa yang terjadi kat aku masa kecik aku anggap itu sebagai satu hikmah, sebab untuk aku sentiasa menjaga pergaulan sebagai seorang perempuan. Sebab yang menjaga ‘kunci’ ni kita, kita saja yang boleh decide nak bagi ‘kunci’ tu kat siapa.

Apa apa jadi, perempuan boleh jadi sasaran, boleh jadi yang dipersalahkan walaupun hakikatnya kita tak salah, apatah lagi kalau kita memang di pihak yang bersalah. Syed Azmi antara orang yang lantang memperjuangkan nasib sasaran and I adore him for that. Benda macam ni taboo bagi masyarakat kita. Ada yang tahu tapi buat buat tak tahu.

Boleh semak kes ni kat negara kita ni, bukan benda kecik. Cuma masyarakat banyak yang pandang pakai tepi mata jer. Benda tak jadi kat diri sendiri kan… Dan kalau ditanya pandangan aku terhadap lelaki, aku dah boleh terima dorang seadanya. Masalahnya aku jenis tak nak main2, kalau serious, kena serious.

Masing masing kena bersama menjayakan sesebuah hubungan. Aku jenis alpha female dan biasanya aku memandang lelaki yang alpha male juga. Aku tak sempurna dan aku juga tak mencari yang sempurna, cukuplah sekadar saling melengkapi. Kalau kau bawa aku sembang kosong kedai kopi, kau akan tahu aku jenis buka topik macam mana. Aku tak suka sembang kari, sembang bab1 boleh terbang. Aku sembang benda berilmiah. Sekali kena perlekeh, aku diam terus dah malas dah nak cakap dengan kau.

Nasihat. Dan kepada ibu bapa, jangan dedahkan anak dengan smartphone terlalu awal. Aku tengok sekarang budak kecik dah tau pa benda kissing, hugging, even I once encountered a kid yang bagitau I dia rasa something like strange feeling kalau dia punya tergesel kat sesuatu! Aku nak jawab pun terkedu weh.

Ramai kawan aku yang dah ada anak dorang bagi tablet sebagai permulaan konon nak dedahkan dengan video nyanyian kanak kanak, aku dah bagitau awal pastu bila budak dah start tau games, YouTube, menghadaplah kau nak ikut sandiwara dorang minta topup data bagai.

Di situ start dorang ‘menyeksa’ kau. Jangan jadikan telefon sebagai ejen penenang. Aku tengok colleagues bawa anak dorang pergi office pun anak dah takda yang angkat kepala dari phone tegur kita pun. Yang parents pandai tegur takpe, ni yang jenis main tik tok, gigih nak jadi instafemes ni dah takda hormat dah dengan orang sekeliling, bercakap pun tak nak, muka masam memanjang. Salam pun gitu-gitu jer.

Please jangan pertikai pergaulan aku, aku memang bergaul dengan semua orang tak kira bangsa agama sebab tu aku tahu. Aku rasa penulisan aku dah melalut tapi itulah… Sebagai penutup ada baiknya aku tinggalkan pepatah cina yang aku belajar kat drama cina ni. Hahahahaha. Mendidik anak lelaki ibarat mendidik seorang individu. Mendidik anak perempuan ibarat menjaga sebuah negara. With Love,

Reaksi warganet

Shida Nurul Ain – Kesian. Wahai kaum lelaki, fikir sebelum buat. Tak dapat balasan kat dunia, kat akhirat dapat la kau.

Fath Iha Num – I feel you. Masa kecik tak tau pape. Lama lama baru paham. Benci tu memang ada, smpai dia dah tak ada kat dunia pun rasa tak sedih langsug. Be strong Rin

Siti Hajar Binti Sidek – Ya makcik pun ada pengalaman begitu. Pun tak lapor pada family tak pasti kenapa takut, malu atau risau tapi sedaya upaya elak pelaku. Akhirnya pelaku terjadi kejadiaan yang tak diingini di jalan raya dan pergi buat selamanya.

Hamba Allah – Terbaca kisah awak. Saya sanggup create akaun fb lain semata2 untuk komen kat sini. Saya pernah lalui pengalaman ysng sama. Jelas diingatan saya. Pengasuh saya selalu tinggalkan saya dan seorang lagi anak asuhannya (kawan saya, budak lelaki sebaya saya) untuk dijaga oleh ayah pengasuh.

Hampir setiap hari pengasuh akan keluar dan tinggalkan kami dengan lelaki jahat tu. Ibu pengasuh dah pergi buat selamanya. Setiap hari lelaki tu akan tindih saya dan gesel2 dia punya sehingga keluar ‘air’. Masa tu saya tak tau itu apa. Just tau air tu pekat macam susu. Mujur dia tak cuba untuk apa apakan saya. Dia buat yang sama juga pada kawan saya. Saya beruntung kerana berpindah ke tempat lain masa saya berumur 6 tahun.

Tetapi kawan saya still menetap di situ sehingga sekarang. Beberapa tahun lepas saya berjumpa semula dengan kawan saya tu. Pada usia 30++ tahun, dia masih tak berkahwin. Saya tanyakan kenapa dia tak berkahwin. Dia Tanya Saya semula adakah Saya ingat peristiwa sewaktu kami kecil dulu. Rupanya selepas saya berpindah. Dia terus jadi sasaran si tua tak sedar diri.

Lebih teruk, kawan saya diperlakukan setiap hari. Dan semuanya dirahsiakan dan kisah kisah tersebut terpadam bersama dengan si tua itu. Sungguh saya bersimpati. Kawan saya jadi jijik pada diri sendiri, jadi pemalu, pendiam.

Sumber – Rin (Bukan nama sebenar) via IIUMC