Bini nangis sepanjang malam sebab teringin benda ni. Tapi suami pulak taknak bagi. Satu hari ini yang terjadi pada bini. Suami terkedu dan menyesal.

Kisah Rumah Tangga

Isteriku menangis sepanjang malam kerana terlalu teringinkan aiskrim connerto vanilla.. Aku pula beberapa kali ke kedai tapi terlupa untuk belikan aiskrim tersebut.. Satu hari ini yang terjadi pada isteri aku.. Sungguh aku menyesal..

Tq admin siarkan cerita aq…Aq terpanggil nak cerita perasaan aq slps kehilangan wife tersyg sms lahirkan anak sulung 3/9 baru ni. Aq bukanlah seorg yg rajin membaca apatah lagi menulis.tp kali ini luahan ikhlas dari hati aq, seorg suami & papa yg sunyi.

Isteri aq , sarah biasa2 je tp snts comel di mata aq. Bertubuh kecil & sentiasa bersederhana. Xpernah mintak benda2 mahal dr aq. Die juga bekerja n pergi kerja naik public transport. Kami baru melangsungkan perkahwinan bln disember thun lps.

Kehidupan slps kahwin sgt simple. Isteriku pandai masak tp sejak mengandung alahan die sgt teruk sehinggakan boleh dikatakan apa yg dimakan akn keluar semula. Mungkin sebab pembawakan ibu mengandung , isteriku jd malas bergerak, mls masak ,mengemas semuanyalah.. Tidak seperti dia dahulu, cergas & ceria selalu. Kadang-kadang aq cuba memahami walaupun seringkali aq merungut bila merasakan dia terlalu melayan malas tu. Dan bila ditegur die juga akn merajuk dgn ku (memang die seorg yg kuat merajuk).

Bila diingatkan kembali, aq xtahu suami & bapa bgaimana aq ni. Isteriku pernah merajuk bila aq merungut die seringkali ajk makan diluar, sdgkan die bkn mengidam dan seringkali mknn tersebut aq yang habiskan dan selalunya bila dia yg ajak mkn di luar, dia yg akan membayar mknn kami. Itupun aq masih nak merungut. jahatkan aq

Die sanggup bersusah dgn ku..spnjg perkahwinan kami, kami tidak mempunyai set bilik tidur hny tidur beralaskan tilam nipis shj. Sedikit pun die xpernah merungut, sdgkan aq tahu sejak mengandung , dia sering mengadu sakit belakang dan susah nak bangun ke bilik air. Pernah kami membeli periuk nasi elektrik baru dan kuali , baldi, serta barang dapur dgn menaiki motorsikal.

Dlm keadaan dia mngandung, dia memegang kuali ,baldi dan beberapa plastik berisi brg dapur kami yg ringan krn x muat nak letak dlm raga motorsikal. Sepanjang perjalanan pula hujan renyai…tp ats desakan isteriku kami tetap meneruskan perjalanan ke rumah sebab die x tahan nk ke tandas (isteriku mengalami sembelit yg agak teruk spnjg kehamilan & die xmahu menggunakan tandas awam krn takut ramai yang menunggu diluar).

Paling aq ingt ketika di rumah abang ku, die menangis sepanjang malam krn terlalu teringin aiskrim connerto vanilla. Aq pula beberapa kali ke kedai tp terlupa utk belikan aiskrim tersebut. Spnjg die mengandung, die x pernah menyusahkan aq dgn meminta mknn yg susah didapati.

Tp utk aiskrim shj pun aq x dpt tunaikan. Isteriku rase terkilan sgt pd hari itu krn permintaan kakak iparku utk makan kerang bakar ,mlm tu jugak aq belikan (abgku oncall) sedangkan die yg mengandung hny minta aiskrim berhari2 aq x tunaikan.Sungguh rse bersalah dlm diri ku.

Jarak perjalanan tmpt kerja isteriku ke public transport (lrt maluri) mengambil masa lebih kurg 15minit berjalan, dia akn turun di lrt kg baru (rumah sewa kami) dan berjalan kaki lg dlm 15minit. Bayangkan dlm keadaan sarat mengandung & kaki bengkak isteriku masih berjalan sendiri 30 minit ulang alik ke lrt setiap hari. jahatnya aq sbg suami membiarkan die begitu

Hari inj aq kehilangan isteri & anakku. Benar jodoh kami smpi disini & tiada rezeki utk ku membesarkan anak pertamaku. Isteriku terjatuh ktk berjalan menuju ke tempat kerja ktk cuba mengelak kereta yang tiba2 meluru ke arahnya. Mujurlah ramai yg membantu bila melihat dia tumpah cairan merah di situ.

Dlm keadaan tersebut dia cuba menghubungi ku beberapa kali ttp aq sdg bkerja & hp ku diletakkn dlm loker. Bbrp kli kluarga mertuaku juga cuba menghubungi ku sehinggalah adik iparku menghubungi rakan sekerja ku yg dicari melalui fb maklumkan isteriku di hospital.

Dgn kelam kabut aq terus ke hospital. Dlm fikiranku hny x sabar utk menjadi bapa shj. Mereka tdk menceritakan hal sebenar kpdku sehinggalah aq mengetahuinya di hosp. Isteri & anakku sdg bertarung nyawa di dlm bilik kecemasan. Lebih kurg jam 11 pagi kami dimaklumkan anakku dan isteriku xdpt diselamatkan. Ya Allah berat sungguh ujian ini.

Hari ini, bnyk sgt perasaan bersalahku. Aq rindu nak melihat senyum, tawa, rajuk isteriku. Tabahnya isteriku melayari kehidupan dgn ku. Plg aku terkilan apabila melihat hp isteriku,.. Rupanya tnp aq sedar ada sesuatu yg isteriku ingin kn ttp tidak diluahkan kpd ku. Mungkin sbb seperti biasa die enggan menyusahkan aq.Bbrp gmbr baju mengandung ada dlm simpanan album.

Bru aq sedar sepanjang isteriku mengandung, tiada 1 baju mengandung pun yg aq belikan utk nya. Betullah, perempuan mana x inginkan utk pki bju mengandung, merasai pengalaman mengandung,pengalaman plg berharga dlm hidupnya. Bila difikirkn selama ini isteriku meminjam pakaian kakaknya shj.

Maafkan abg syg, abg gagal memahami syg,gagal mnjd suami yg terbaik utk syg, gagal melindungi syg. Utk anak syurga papa, papa syg kamu sgt2. Maafkan papa krn gagal melindungi kamu. Jarang papa abiskan masa berbual & membelai kamu ktk dlm kandungan mama. Ya Allah sungguh aq rindu mereka.

Utk para bakal bapa diluar sana, hargailah isteri kita. Luangkan waktu bersama mereka. Tunaikan lah apa yg isteri minta selagi berdaya. Bantulah isteri mengurus rumah tangga.Kerana isteri kita bertarung nyawa setiap saat utk melahirkan anak utk kita.Utk para pembaca tlg doakan aq tabah.aq tahu kesilapanku mengabaikan isteriku. Tq admin siarkan cerita ini.moga bermanfaat utk semua.

SUMBER : FB

Masa Suami Tengah Mlm Pertama Dgn Bini Kedua Suami Dgr Sesuatu. Rupanya Bini Pertama Ada Masa Suami Tengah Mlm Pertama Dgn Bini Kedua. Bini Pertama Terkedu Dengar Apa Yg Suami Buat Dgn Bini Kedua Dibilik Sebelah.

Ini kisah aku, Si Wanita yg menyangka hidupnyaa dulu telah habis dan tamat, di sini bermula kisah coretan hidupku. Tanggal dec (tahun ku rahsiakan) aku telah di Nikahi oleh seorg lelaki yg berumur 15 tahun lebih Tua driku, ya Lelaki itu suamiku..

Aku cuma seorg gdis kampung yg sgt kampungan, remaja desa yg cuma tahu ttg hiruk pikuk desa, di besarkan oleh sebuah keluarga yg ramai adik beradik, dan aku anak ke dua bungsu,aku seorg gadis cilik bertubuh kecil dan cantik(itu kata rakan2ku) juga aku jga seorg yg bercita2 tinggi, saat itu umur ku baru 18tahun..

Baru lepasan SPM ketika itu,(keputusan spm tdk lah secantik mana cukup skdr lulus sahaja) Aku berkhwin dgn suamiku atas dasar kasih dan syg, kami cuma berkenalan di muka buku sekali bersua,suamiku ingin menikahiku, yaa aku terlalu terbuai dgn cerita kawan2 ttg indahnya bercinta selepas NIKAH, permulaan perkahwinan beliau menyanyangiku lebih dari nyawanya,hidupku Alhamdulilah beransur berubah drpd menjadi seorg Anak sawah kampung dan berpindah di Kota metropolitan KL, &akhirnya mjd surirumah spenuh masa..

Alhamdulilah selepas 2bulan bernikah aku di sahkan hamil, suamiku adalah insan yg amat gembira, walaupun khdpnku telah berubah namun ibu dan ayahku tak pernah aku lupakan.. Disaat usia perkahwinan kami baru masuk tahun ke 3, umurku baru 21tahun aku sedang mgandungkan anak kami yg ke dua usia kandunganku baru 4bulan aku mulai merasakan sesuatu yg pelik pda suamiku, suamiku enggan mahu bersamaku, di bilikk kami sering bertelaga..

Aku hairan apa kurangnya aku menjadi isteri, makanan pakaian semua ttg dirinya aku uruskan. Suamiku pun bgtu memenuhi keinginanku,cuma dia tmpt ku bgantung bayar kereta,rumah tempat ak berteduh keperluan ku dan bil api kampung pun suami yg byrkan..

Mana mungkin aku boleh hdup tnpa suamiku. Benar kata org, Usah di sangka panas smpai kepetang rupanya hujan di tengah hari..saat kandunganku mencecah 6bulan aku pelik, genaplah setengah suamiku mjd org lain. lmbt pulang kerumah dan sering sja megelak bersama dgnku,

Sampaikan 1hari aku memberanikan diri membuka HP suami dan segalanya terungkai. suamiku ada perempuan simpanan lain,& wanita tersebut wanita sepejabat dgnnya,wanita itu tua 5tahun dariku.paling menyedihkan wasap/gambar2 tak senonoh mereka ada di HP suamiku, hncur luluh hatiku saat itu, seminggu bertahan akhirnya aku luahkan hasrat hatiku, menangis di sejadah, suda tiada erti perut ku semakin membesar suamiku semakin menjauh dariku,andai ini takdirku Redha dan pasrah aku padamu ya allah..

Akhirnya ku temui wanita tersebut di pejabat suamiku dan aku sampaikan hasratku aku membenarkan suamiku bermadu di hadapan 6 mata, wanita dan si lelaki itu,ya lelaki yg tlh merobek dan menghancurkan isi hati isteri yg bgtu syg dan taat setia pdnya, sayangku pdanya hanya bagiku cuma tukaran Allah boleh memisahkan kami..

Akhirnya pd ketika kandungan ku 8bulan suamiku dan wanita itu bernikah bersaksikan aku dan anak lelaki kami yg berusia 2tahun stgh,si anak bukti kasih syg kami,yg tdk tahu apa2, ada di bilik tirai agama itu,aku ya aku isterinya,tnpa ada stitik air mata keluar utk nya ya ego ku..ak hamparkan sgalanya demi sygku pdnya demi kasihku yg tak sangup melihat dia bergelumng dgn dosa dan benda tk elok..

Walhal hari sebelum tarikh nikah suamiku hanya Allah yang tahu hancur hati ku, saat zuriatku menendang-nendang perutku hanya 1 yang aku inginkan saat dia melafazkan nikah cuma satu iatu keadilan namun sayang suamiku telah menyia2kan aku, saat malam pertama suamiku bersama isteri di bilik sebelah (kami serumah) spjg mlam aku menangis sambil memeluk erat anak kami, aku tak mampu ya Allah berikan hamba kekuatan, jesteru malam itu jga ku buat solat istikhorah mnta petnjuk,

Ke esokkan harinya ku bgun sprti biasa senyum berlagak biasa meski mereka melihat mataku sembam.. senyuman lirik maduku,wanita,sdrkah kau kau berbahagia dgn kehancuran kaum mu? hari demi hari berlalu,aku semakin sarat dan semakin menunggu hari, aku di perlakukan seolah2 pembantu rumah,jika “giliran” aku utk suami tdur dibilikku,ttpi suami gelisah mahu kebilik sbelah, utk pgetauhan pembaca ak tak perna bertegur sapa dgn maduku, walau mcm mana pun mulia seorg hati aku tak sanggup memandang wajah org yg tdur bersama suamiku..

Maduku jg tk pernah mahu bckp dgn aku, aku sdar aku cuma seorg wanita yg miskin dan mgkin sda tdk ada erti lg di mata suami,dan sampai ke 1tahap aku benar2 tak tahan dgn perangai suamiku yg lansung tak perna melayani batin dan jiwaku,perasaanku di endahkan.

Melihat aku menangis seolah2 benda biasa bgnya,mereka tertawa bergurau senda dihdpnku seolah2 aku bukan isterinya jga,bckp dgnku juga seolah2 suamiku seakan2 jijik..malah perlahan2 wang nafkah diberikan pdaku jg seakan tdk memadai,fungsi aku di rumah “kami” cuma skdr utk melakukan tugas2 pembantu rumah,

Aku semakin jauh dari hdup suamiku,aku sedar aku cuma perosak kebahagiaan mereka, utk apa lg aku bertahan? aku skrg sudah tdk di perlukan suamiku lg..aku sda tdk memberi erti,suamiku akan lebih bahagia jika tiada aku menyusahkan hdupnya.. dan akhirnya aku mbt kptsan pergi tinggalkan semua ini.. selamat tgl suamiku.. biarkan aku dan anakmu serta yg kau benihkan di rahimku ini hdup bersama meski kami hdup susah takkan ku abaikan anak2ku..

Akhirnnya,anakku di lahirkan annaz naufal nama di beri dan aku telah di lepaskan dengan talak 1.. itu pun melalui sms, saat aku pergi keluar rumah kami cuma sehelai sepinggang..alasan aku dilepaskan aku digelar isteri yg nusyuz, aku kembali ke pangkuan keluargaku,aku bkerja di kilang perabot di hjung kampung alhamdulilah aku mampu menampung dua org anakku puteri dan puteraku,

Suatu saat tba2 aku di temukan oleh seorg hamba allah, beliau mempelawa aku tentang dunia business kecantikan,mula2 aku cuma jd dropship sambil bekerja d kilang dan menjual product kecantikan secara on9,& perlahan2 hdupku berubah..

Aku berjaya mengumpul wang yg tdk perna kulihat sbnyk angka itu jika bersama suamiku,aku mampu milikinya sndiri , aku mampu mencipta product sendiri hasil cekal dan tawakal serta berusaha,kini alhamdulilah hdupku jauh lebih berubah ,seawal usia ku mencapai umur 25tahun aku sda terkenal dgn product kecantikan keluaran ku sendiri..

Aku berpindah semula ke KL utk memudahkan kerja sbb stokis product bnyk bertapak di KL ,skrg mampu mbeli apartment hasil titik peluhku sndiri,mampu membeli kereta di byr bulan dgn bank dan paling penting ibu dan ayahku ku bawa tgl bersama ku..

Dan skrg exsuami meroyan hampir setiap malam kol/msg aku,merayu dan memohon maaf menyesal sbb menyia2kan aku dulu,alasan rindukan anakanak sdgkn drpd naufal lahir dia tak pernah ambik tahu dari segi wang dan segalanya..aku lah ibu dan ayah,

Alasan anak jg dia gunakn utk rujuk semula hbgn ni,lagi mybbkn dia meroyan isterinya tu tak perna ambik tahu ttg makan minumnya ketika dia terlantar dhospital (terjadi kejadian yang tak diingini kereta semasa pulang dari ofice)rumah mcm tongkang pecah sering keluar berfoya-foya bersama rakan2 dann sering mlwn apabila d tegur oleh bekas suamiku..

Tdk pandai memasak, semua ini pun aku mengentahui melalui ex mentua yg masih berhubung dgn ku,aku sudah tidak mahu masuk cmpur lg urusan mereka,bagiku urusan rumahtangga mereka tak beri erti pdku kini,dan aku tdk mau ambik tahu..

Insyaallah 2017 ni membuka lembaran utkku,loan bank pengurus syarikat kenakan utk diriku telah diluluskn bahawa akhirnya ak akan membuka cwgn kosmetik di negeri lain pula empayar legasi product ku akan ku kormesialkn seluruh negara..

Itu cita2ku sigadis kampung janda anak 2,hehe insyaAllah. saya yakin dgn hikmah,Allah dah susun jalan cerita hdup kita seindahnya,Allah takkan uji manusia d luar kemampuannya,raudah,naufal syg anak mama,awk penguat mama..tnpa raudah & naufal….

Mama mungkin tak sekuat ni,rezeki kta takkan melimpah ruah mcm ni,para wanita kat luar sana buktikan kat kaum llki yg kita jgak mampu berdiri di kaki sndiri.. yakin dgn rezeki allah,dan kpd bekas suamiku maaf ludah tak kan pernah di jilat semula,saya selesa bergelar janda skrg.. janda bukan sbrg janda,saya janda tak kacau laki org noh. peace. salam

Sumber : puncakviral.today

Bapak Paksa Kahwin Dengan Ex. Malam Pertama Dia Mintak Hak Dia. Bini Terpaksa Bagi Dengan Keadaan Tak Rela. Lepas Je Dapat Apa Yang Dia Nak Dia Terus Berubah. Akhirnya Ini Yang Dia Buat.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya adalah seorang isteri, berusia 31 tahun dan berkahwin 14 july tahun lepas atas dasar paksaan keluarga. Sekarang saya mempunyai dua orang putera kembar yang ku lahirkan june yang lalu secara operation.

Sebelum saya lanjutkan cerita, saya perkenalkan suamiku dengan nama Zam dan. Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman.

Selepas kami mengakhiri hubungan, saya tidak lagi mendengar apa-apa berita tentangnya. Kami membawa haluan hidup masing-masing. Saya sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungiku.

Sejak tahun demi tahun berlalu saya jalani hidup sendiri dan pada 2015, saya menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang saya tidak kenali. Memandangkan saya takut ada kepentingan, saya pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall aku. Berkali kali wasap sampai naik menyampah juga time tu.

Rupa-rupanya dia adalah bekas pakwa saya yang telah tinggalkan saya 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali. Saya tidak tahu dari mana dia dapat nombor hp kerana setahu saya saya telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor aku. Tahu yang dia yang whatsapp, saya pun tak reply msg dia.

Tetapi Zam bukanlah jenis orang yang berputus asa, walaupun saya buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha. Sehinggalah hujung 2015, tiba-tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang saya terima darinya.

Saya sangka dia telah jemu dan menyerah. Saya bersyukur kerana tidak lagi diganggu. Namun sangkaanku salah. Rupa-rupanya Zam mempunyai rancangan lain untuk mendapatkanku. Semua rancanagan Zam aku tahu selepas kami diijabkabulkan dari kakak aku yg cukup rapat denganku.

Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah saya terjumpa dengan Zam di sebuah pasaraya. Memandangkan Zam merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah aku, mereka pun bertukar-tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongkol untuk rancangan menyatukan kami berdua.

Tanpa sepengetahuanku, Zam menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar saya pada kedua ibubapa dan mak ayah tentu sahaja menerima lamaran Zam apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tuaku. Justeru itu saya kehairanan, bila sahaja saya duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji-muji bekas teman lelaki saya dan berkias-kkias denganku.

Saya buat tak reti kerana saya anggapnya sebagai gurauan sahaja. Hari demi hari nama Zam makin menjadi-jadi disebut oleh mereka berdua. Saya jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh saya kembali pada Zam.

Saya bingung, kenapa mereka semakin egresef hari demi hari bercerita pasal Zam? Dipendekkan cerita pada april tanpa sepengetahuanku, keluarga Zam datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu saya tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik aku..

Apakah ini rancangan mereka? saya tidak tahu. Saya terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuanku terlebih dahulu. Sungguh saya terkilan kerana mereka semua membelakangi aku. Beberapa minggu selepas itu saya dipaksa bertunang dengan Zam.

Saya cuba menolak tetapi mak saya merayu dan menangis mendesak saya menerima sahaja pinangan Zam. Katanya, inilah bakal suami yang tepat untukku. Ya Allah, saya nak tolak tapi tak sampai hati nak lukakan hati mak saya yang berharap saya segera mengakhiri zaman bujang.

Jadi, akhirnya dengan terpaksa saya menerima pinangan Zam dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana-mana media sosial, berjumpapun saya enggan kerana terlalu marah atas apa yang berlaku. Akhirnya saya bersetuju tetapi saya memberi syarat pada mak ayah.

Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan-rakan saya yang akan dijemput di majlis nikah kami. Bukan saya tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan-kawan tetapi pernikahan saya adalah pernikahan paksa dan tidak membahagiakan aku.

Biarlah saya dan keluarga terdekat sahaja yang tahu. Julai 2017, saya dinikahkan tanpa saya redha. Jadilah kami suami isteri tetapi saya tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Zam.Saya Belum bersedia menyerahkan diri pada Zam yang kini sah menjadi suami aku.

Pada mulanya Zam bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami. Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Saya menunaikan tanggungjawab secara terpaksa. Selepas dari itu saya harap sangatlah yang Zam tidak lagi menuntut apa-apa denganku.

Saya juga berniat untuk berpisah, tetapi…. saya tak tahu bagaimana cara untuk saya minta dilepaskan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan marah jika hasrat ini saya beritahukan pada mereka. Saya akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar denganku dan terus memujuk agar saya menerimanya sebagai suami.

Walaupun kami bersama cuma sekali, saya tidak menyangka yang saya akan mengandung benih Zam suamiku. Saya mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan saya demam dan tidak sihat.

Hari tu saya mengalami alahan teruk, muntah-muntah dan akan pening bila terhidu bau masakan. Akhirnya saya ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati saya tak hentinya berkata “ya Allah, apa lagi ujian yang melanda aku?”Apabila doktor sken, saya disahkan mengandung 2 bulan. Tentu sahaja Zam paling gembira kerana bakal mendapat zuriat.

Aku? ya, saya cukup marah pada Zam kerana rasanya saya belum bersedia lagi untuk mengandung. Tetapi kemarahanku tidak lama pabila saya dipujuk kakak saya agar menerima anak itu. Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari saya merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan aku.

Hasrat untuk saya berpisah dengan Zam mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini. Saya tak mahu anak saya kehilangan kasih sayang seorang ayah. Saya ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinanku walaupun saya terpaksa korbankan perasaan. Saya tak sangka saya akan melahirkan bayi kembar. Cuma saya perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan.

Saya checkup di klinik dan pada mulanya doktor tak dapat sahkan apa-apa. Perkara ini hanya saya tahu bila kandunganku berusia 5ke6bulan. Ya Allah, saya sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13jun tahun ini saya selamat melahirkan dua bayi lelaki. Walaupun secara operation, saya terima asalkan kedua bayi saya selamat dilahirkan.

Sepanjang proses kelahirannya suami saya Zam setia menemani terkecuali di bilik bersalin. Sekarang, usia kedua baby saya sudah pun 3 bulan. Oh ya, saya lupa nak bagitau mengenai man, dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya.

Sekarang saya uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami. Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi. Alhamdulillah sebelum saya melahirkan, Zam rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti.

Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas. Sampai sekarang, saya bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, saya berharap, suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Zam yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera aku.

Jika ada pendapat dan tips untuk saya boleh mencintai suami, saya hargai dan banyak-banyak berterimakasih.Saya harap hati saya akan cepat terbuka untuk mencintai suamiku. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kesucian Isteri Terbongkar Saat Malam Pertama. Suami Terus Nekad Batalkan Bulan Madu Dan Tak Balik Rumah 3 Hari 3 Malam. Mengejutkan Bila Balik Rumah Isteri Dah Jadi Macam Ni.

Assalamualaikum WBT. Begini, aku telah menjadi suami hampir 2 tahun. Aku kenal isteri aku sekarang ni sudah hampir 5 tahun. Sepanjang perkenalan aku memang menjaga iktilat dan tidak mahu ada istilah perkara terkutuk didalam hubungan kami mahupun mata dan hati.

Oleh itu, aku ingin cepat masuk meminang dan menjadikan dia isteri aku yang sah. Aku memang jaga kesucian aku sebagai lelaki, dan aku mengharap dia juga menjaga kesucian dia untuk aku. Tibalah malam yang ditunggu oleh setiap pengantin baru, baru aku tahu si isteri tidak sesuci seperti yang kuimpikan. Aku mendesak dia untuk mengaku dan dia masih berkata, kisah silam itu hak dia. Dan Allah telah menutup hijabnya.

Aku sebagai lelaki patutnya menerima baik buruknya jika aku memang mencintainya. Aku terdiam seribu bahasa. Selepas itu aku cancel honeymoon kami dan keluar ke masjid selama 3 hari 3 malam. Aku munajat kepada yang maha Esa, istikarah dan memohon kekuatan untuk redha dan menerima baik buruknya. Setelah malam ketiga, aku kembali kerumah kami dan memberitahunya aku akan menerima segala masa silamnya asalkan dia tidak melakukan perbuatan itu selepas ini.

Rumahtangga kami berjalan seperti biasa, walaupun kadang-kadang aku rasa naik angin kerana dia agak pemalas. Rumahtangga tidak pandai urus, makan minum aku tidak dijaga sedangkan dia adalah suri rumah sepenuh masa. Baju kerja terpaksa aku hantar ke dobi kerana dia tidak mengendahkan sedikitpun makan pakai aku. Aku bersabar lagi, bagi aku mungkin kami masih baru menjalani kehidupan. Dia siap bercakap, memasak membasuh bukan tugas isteri. Suami patut buat semua tu.

Jahatkah aku sekiranya aku memohon dia untuk memasak kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki? Salahkah aku memohon dia untuk menjaga rumahtangga sedangkan nafkahnya aku berikan lebih setengah gaji aku? Ya, aku tidak berkira mengenai duit. Bagi aku asalkan isteri bahagia dan menghargai aku. Didalam hal ini juga aku dipersalahkan.

6 bulan perkahwinan, aku dikhabarkan dia bertemu dengan seorang lelaki tanpa izin dari aku. Aku bertanya betul-betul adakah dia tawar hati dengan aku? Dia mengatakan aku tiada masa untuknya. Aku jarang memberi nafkah batin kerana terlalu penat. Ya, aku penat. Aku bekerja sebagai doktor. Kadang balik lewat dan terpaksa memasak sendiri dan mencuci baju. Aku terlalu penat sehingga aku tidak melayan dia diatas katil. Sekali lagi, aku dipersalahkan.

Jujur memang aku ni jenis lurus, aku memohon maaf kepadanya walaupun aku rasa aku tidak membuat sebarang kesalahan. Betulkah wanita sebagai isteri yang duduk dirumah tidak wajib untuk memasak dan menjaga rumahtangga? Adakah aku memang bersalah dalam hal ini? 2 bulan lepas kami dikejutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman. Sekali lagi aku terpana dan menangis. Aku memang inginkan zuriat aku sendiri. Aku rasakan perkahwinan ini tiada erti bagi hidup aku.

Sehinggalah aku bertemu dengan bekas teman lelaki isteri aku biar aku namakan sebagai Amir. Amir menceritakan segala perbuatan isteri ku dimasa silam. Isteri aku cukup suka menjadi orang ketiga permsnah rumahtangga orang. Dan mungkin ini adalah kifarah untuknya kerana melakukan dsa dahulu.

Aku terpana, kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama? Apakah dosa aku sehingga aku diberi ujian sebegini. Sudahlah setiap apa yang berlaku aku disalahkan. Aku menangis semahunya sehinggalah sekarang aku masih tidak dapat redha dengan apa yang berlaku. Aku cuba untuk senyum dan anggap perkara ini ujian buat kami, tapi aku manusia biasa, aku masih tidak dapat redha. Hati aku semakin tawar, aku semakin tidak mahu balik ke rumah.

Apa perlu aku buat? Aku mohon sangat-sangat nasihat dari warga IIUMC, apa perlu aku buat? Adakah betul aku yang salah dari mula? Adakah betul aku sebagai lelaki yang baik tidak perlu tahu tentang masa silamnya? Adakah betul semua tanggungjawab dirumah aku yang perlu buat? Aku buntu. Tolonglah aku…

– Ilham (Bukan nama sebenar) via iiumc

Antara komen warganet selpas membaca luahan Ilham:

Farid Ismail –Isteri jenis apa la.. Dh dpt suami baik mcm awk pn tak tau menghargai…. Bnyk kn berdoa ye moga Allah swt akan mempermudahkan.. Amin Yasmin Rusli – Bg aq kalau kau tak dapat redha.. Kau pulangkan dia kpd ibu bapa nya dgn cara baik. Mungkin jodoh kau dgn dia setakat itu. Dlm perkahwinan bg aq ” give and take ” x adil jika sorang saja y sentiasa memberi. Keputusan d tgn kau en. Doc.. Tu pendapat aq dr budak hingusan y baru nk kenal erti hidup.

Wahidah Zakaria –Kita yang tentukan pilihan hidup kita… Face to face… Cakap dari hati ke hati dgn isteri… Semoga beroleh KETENANGAN HATI..jumpa pakar kaunseling.. Atau jumpa kaunselor jabatan agama islam… Encik Ahmad Alfonso – Tuan doktor. Redha itu subjektif. Memandangkan dokor itu perlu jadi objektif. Maka senaraikan apa kebaikkan dia yg sampai tuan senang hati dan gembira. saat2 indah.

Senaraikan juga perkara buruk yang ada. mana banyak baik atau buruk. yang buruk boleh di didik atau tidak kena di fikirkan juga. Kemudian andai kata masih boleh sabar. didiklah hati untuk menerima. didikla dia untuk jadi yang terbaik. Tanyalah Allah dalam istikharah. sesudah semua itu buatlah keputusan yang terbaik. tak perlu tanya orang. sebab tuan yang perlu hadap apa jua keputusan yang di buat. Semoga bermanfaat.

Iris Nur Fitman –Tuan doc… Sy rasa baik tuan doc sygkan diri tuan doc terlebih dahulu sebelum nk kasihan pada seorang isteri yg langsung tak menjaga kebajikan suami… Menjaga maruah suami… Sy rasa ada yg lbh baik utk tuan doctor di luar sana…

Rupa paras yg cantik bukan ukuran utk kita bahagia.. Klu tuan doctor bole bersabar sedikit dn membentuk isteri tuan doc jd isteri yg solehah.. Maka nya bersabar la dulu… Sekiranya tiada lagi sabar di hati.. Mungkin dh tawar hati… Better lepas kan lebih baik doctor… Semoga di permudahkan urusan tuan doctor…