Bini sibuk duk tengok cerita korea sampai hampir stahun dah tak bersama dengan suami. Mengejutkan bila tiba tiba mlm tu isteri tarik suami msuk bilik. Rupa rupanya ini yang dia buat kat suami.

Kisah Rumah Tangga

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih. Hi dan Assalamualaikum. Ini kali pertama menulis di IIUMC. Tak pasti sama ada cerita ni Admin benarkan untuk publish tapi saya cuba ye. Terima kasih Admin. Awak seorang sahaja yang baca pun takpa.

Tapi kalau orang lain baca sekali seronok jugak. Eh. Saya perkenalkan diri dahulu. Seorang wanita, berumur awal 30an. Sudah berkahwin selama 5 tahun dan setakat ini kami mempunyai seorang cahaya mata. Kami bertugas sebagai orang kata time PKP ni ‘frontliner’ lah. Memang betul-betul ‘front’ duk jolok hidung ke tekak pesakit tu. Sebelum jadi frontliner ni kami berdua sibuk bekerja oncall postcall macam orang tak waras.

Demi membesarkan anak kami yang sentiasa dibawah jagaan orang lain kerana kami terikat dengan tugas yang lebih mementingkan ny4wa pesakit daripada nyawa anak sendiri. Rumahtangga kami hanya berpaksikan anak seusai kerja.

Rumahtangga kami berasaskan hanya anak semata. Sehingga kami lupa menjadi suami-isteri. Tiada gelak tawa, tiada ramah mesra, tiada borak kosong di waktu senggang. Tiada adegan cuit-muit mesra seperti awal perkahwinan. Basically hubungan kami hanya dua insan yang membesarkan anak dan sibuk sangat bekerja.

Hambar.. dan sesungguhnya aku sedih. Rindu. Tapi hmm itulah pendam. Malah kami tiada adegan bersama hampir setahun. Beriaa aku ingat eh suami selingkuh ke, ada perempuan lain ke. Tapi hasil penyelidikan bertauliah secara persendirian memang takda bayang-bayang orang ketiga. Kami kerja satu hospital.

Memang aku kenal semua in/out staff yang kerja dan orang yang suami aku berkawan, berborak. Sehinggalah PKP terjadi dan Ramadan tiba. Awal-awal apabila diumumkan PKP. Mak aku terkandas dirumah kami, dan sejak dari itu mak tolong jaga anak kami sebab sekolah dan taska kan tutup.

Tup tup muncul pulak cerita korea World Of The Married tu. Mak aku boleh layan cerita tu sampai episod 12 sekarang ni. Pada masa yang sama, dia paksa aku tengok sekali. Aku pun join lah sekaki tanpa rela. Saje saje tengok time lunch hour.

Satu episod aku amik masa 3 hari baru habis. Yelah aku kerja tengok pesakit C0vid19 manada masa nak tengok sampai habis sekaligus. Tapi cerita tu sumpah buat aku cuak sebab lelaki tu cukup licik sorok hasil hubungan sulit dia dengan perempuan lain.

Aku duk terbayang suami aku buat benda sama ke. Sampai lah kami berbalah. Ye brbalah sebab cerita korea tu. Brblah sebab tiba-tiba aku meletup aku cakap “Saya rasa awak ni macam Mamat ni lah. Sorok perempuan lain belakang isteri”. Suami aku apalagi emo lah dia tiba-tiba kena tuduh.

Hasil pergaduhan (lebih kepada argue mulut) aku pindah tidur bilik lain. Aku nangis teruk satu malam tu. Yang lebih menyedihkan bila mak aku sendiri cakap rumahtangga aku nampak hambar. Takda spark. Macam member je. Terus aku menangis tak berlagu dan aku ceritakan hampir semua pada mak aku.

Aku rindu nak bermesra dengan suami aku. Aku rindu nak peluk dia, nak bergurau dengan dia. Setahun beb semua ni dah tak lagi berlaku sebab KERJA.. tahu macam ni aku tak nak jadi penjawat kesihatan.Aku dan suami akhirnya tak bercakap selama 3 hari dan pertama kalinya tidur asing juga 3 hari. Esoknya merupakan hari pertama berpuasa. Dan merupakan hari dimana suami aku akhirnya ajak berbincang untuk selesaikan segala kemelut dalaman kami.

Aku hamburkan semua isi hati aku, semua keinginan dan kerinduan aku pada rumahtangga kami yang macam dulu. Aku menangis sambil aku luahkan segala. To my surprise, suami aku pun nangis.. huwa! Dia peluk aku kuat-kuat. Dia cakap dia pun rindu. Dia cakap dia ingat aku yang selingkuh LOL. Dan kami reconcile. Sungguhpun sebenarnya ada saki baki ego, emosi yang belum sehabisnya selesai. Aku cakap kat suami, “Sepanjang ramadan ni kita solat jemaah boleh? Solat jemaah tuk mana-mana waktu solat yang ada”

Aku tak tahu macam mana tetiba tercetusnya permintaan macam tu. Sebab kami tak pernah solat berjemaah. Dan aku terkejut, suami aku setuju. Dan sepanjang 19 hari berpuasa ni, kami berjaya solat jemaah bersama tanpa gagal. Ada yang jemaah time maghrib, kadang subuh, kadang zohor lepas postcall.

Kerja kami kadang-kadang tak berjumpa. Ada kejap dia kerja malam, aku kat rumah. Aku oncall 36 jam, dia kat rumah. Asal mana yang boleh, kami solat bersama. Sejak kami solat berjemaah bersama (pertama kalinya selepas 5 tahun berkahwin), ya Allah, kau nak tau apa jadi? Hubungan kami pulih.

Pulih yang macam tak terbayang dek akal. Dan terasa manisnya lebih dari masa awal-awal berkahwin. Kalau ada emoji nangis tu dah lama aku attached kat sini. Hiba, syahdu, sedih, terharu semua ada. Manisnya rumahtangga datangnya kembali bila kami mula solat berjemaah.

Kalau aku tahu, dari awal kahwin kitorg solat berjemaah macam ni. Hubungan kami macam orang baru bercinta sampai mak aku tegur. Mak aku kata rumah kami rasa ‘ringan dan tenang’. Allah. Terima kasih ya Allah.

Betul lah, solat berjemaah ni pengikat hati. Dalam solat berjemaah, kita akan diajar untuk taat kepada imam, solat di awal waktu iaitu menepati masa, menutup aurat dan sebagainya. Ini dapat disamakan dengan sebuah perkahwinan di mana ia menuntut isteri untuk patuh kepada suami selagi mendatangkan kebaikan begitu juga anak-anak patuh kepada orang tua.

Dan banyak hikmah solat jemaah bersama suami. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya ada salah faham ianya tak berpanjangan kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa mesti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing.

Rumah kita akan disukai oleh Malaikat Rahmat kerana malaikat Rahmat menyukai rumah-rumah yang rukuk yang dan sujud (solat). Patutlah mak rasa ‘ringan’. Dah masuk 10 malam terakhir ni, jom pakat-pakat solat berjemaah dengan suami.

Semoga dirahmati dan perkahwinan dilindungi. Oh ye, hasil aku dan suami kembali berbaik, aku mengandung anak kedua. Lama aku tunggu guys. Doakan urusan kami dipermudahkan. Thank you! – Dr. Frontliner (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet:

Aliza Halijah : Barakallahufeekummm Dr. Mula mula baca nak ngamuk dah tadi, bila Dr pi tuduh suami, eh tapi tak jadi bila suami Dr buat lawak ingat Dr yg selingkuh. Haih la macam macam cerita kat IIUM ni kan.. All the best Dr more years to gooo.

Rafidah Zinun : Dedua salah paham. Tq bertugas utk negara, berkorban utk kami. Kami duduk kat umah bebaik, kami x pegi beraya. Alhamdulillah n happy for both of u.

Hazizi Aziri : Sebenarnya kehidupan kne letakkan Allah dihadapan kita.. Hatta nk tido pn dahulukn allah dgn doa.. Bgun tido dahulukn allah.. InsyaAllah semoga kite tergolong dlm golongan yg dpt redha allah.. Yg sntiasa dpt rahmat allah.. Sentiasa memiliki kasih syg allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Bini Tengah Tahan Sakit Suami Selamba Je Boleh Makan Luar. Akhirnya Isteri Nekad Untuk Paksa Suami Smpah Atas Nama Ank Smbil Pegang Perut. Tak Sangka Pagi Esok Tu Kebenaran Memang Menyakitkan.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Tolong hide nama saya. Saya hanya ingin meluah dan berkongsi. Saya ingin isteri isteri diluar sana untuk beringat dan amiklah pengajaran dari kisah saya. Saya dan suami kenal sejak dari zaman persekolahan lagi.

Kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah. Siapa yang tak bahagia kan jika jodoh perkenalan kekal hingga ke jinjang pelamin. Dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin. Makin bertambahlah seri bahagia kami.

Pada usia kandungan 5 bulan, Allah turunkan dugaan. Saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani operasi. Suami menemani saya selepas operasi. Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya. Suami dulunya saya seorang yang baik sebenarnya. Solat tak tinggal, imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah.

Tapi dia lupa, Allah itu ada. Tak disangka sangka, Allah tunjuk petanda. Di FB suami, ada wanita yang tidak saya kenali. Saya stalk FB wanita tersebut. Terkejutnya saya, status nya semua mengenai rindu dendam pada suami saya. Hati isteri mana yang tak hancur luluh.

Suami menafikan semua dan kata ada orang ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami. Dia kata mungkin salah seorang bekas kekasihnya. Sebagai isteri, saya percaya kata katanya. Tapi dia lupa, Allah itu ada. Ketika itu kandungan saya 7 bulan, lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini. Dan secara tiba tiba dia kembali romantik seperti dulu.

Tapi dia lupa, Allah itu ada. Satu malam, saya terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang. Yang membuktikan mereka ada hubungan. Lagi sekali, hancur luluh hati saya. Saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. Saya paksa dia mengaku. Pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya. Dan pernah keluar bersama.

Ya Allah. Terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi, macam org tak betul. Ya, macam org tak betul.. Tapi dia lupa, Allah itu ada. Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu. Tapi tidak, saya terus ke rumah rakan.

Tanpa ditahan hati saya meluah segalanya. Saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua. Dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian. Sampai disana, kereta suami tiada. Tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut. Malam itu juga saya balik ke rumah mertua. Saya cerita kan semuanya. (suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua).

Suami call saya dan cakap dia jumpa perempuan tu sebab nak settlekan hal mereka. Saya dah tak ambil pusing. Mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. saya akur. Suami pulang pada hampir jam 11 malam.

Saya dan rakan tunggu di dalam kereta. Suami sampai je terus masuk kereta saya dan terangkan bahawa perempuan tu yang sukakan dia. Dia mengaku berkawan dengan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukan lah bekas kekasihnya. Tapi janda anak 4!

Ya Allah, kami baru saja 25 tahun!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kawan. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sebab perempuan tu akan uggut dia untuk beritahu saya rahsia mereka. Bila saya tanya kenapa tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah. Ya Allah, macamlah saya tak marah ketika ini.. Saya tak puas ati, saya suruh dia bersumpah sambil pegang perut saya atas nama anak.

Suami pada mulanya tak setuju. Tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa. Kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri. Saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan. Betul, suami saya lupa.. Allah itu ada. Pada subuh hari, saya kejut suami. Saya tanya elok elok. Saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala galanyanya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fttnah, tak uggut dia lagi.

Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlnjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3 kali. Allah, berat sungguh dugaanMu. Bayangkanlah, saya sedang mengandungkn anaknya 7 bulan! Ketika itu, saya diam. Setitik air mata pon tiada. Saya pandang kosong suami saya. Saya rasa cinta saya yang 8 tahun itu telah tiada. Saya diam sejenak. Suami pula menanti jawapan. Dia menangis, saya biarkan.

Baru menyesal mungkin? saya pelok suami saya, saya bisik di telinganya. “Abang bertaubatlah, solat taubat banyak banyak. Saya maafkan abang. Dan saya tiada dndam dalam hati”. Suami pandang saya sambil menangis teresak esak dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi. Dan saya hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memelok saya, ciom saya. Saya terus bangun dan berwuduk. Ketika solat lah baru air mata saya jatuh. Pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu.

Hati saya tak tenang. Saya baca surah Ar Rahman. Tersedu sedu, sebak yang tak tahu nak dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis. Dia tak sanggup tengok keadaan saya. Dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya.

Saya tak mampu untuk berkata kata ketika itu. Saya hanya menangis dan menangis. Suami cerita, dia tak tahu kenapa dia boleh berubah sebegitu sekali. Saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. Saya ada rupa, 1000 kali lebih cantik pada janda tersebut. Saya solat, saya taat pada suami. Saya bekerja, saya dah bagi dia anak. Saya tutup aurat. Ape lagi??

Suami kata dia macam lupa diri. Dia tak tahu kenapa dia bdoh macam tu. Dia menyesal dan ingin lari dari perempuan itu tapi perempuan itu uggut untuk beritahu dosa mereka pada saya. Sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Memang sakitnya ya Allahhh. Dia saja yang tahu. Saya hanya bertahan untuk sekejap. Kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin marah. Saya minta untuk berisah pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.

Tapi suami tak nak. Dia kata pergi hidup balik pun dia tetap tak kan lepaskan saya. Pada saat itu saya kerap menangis. Tambahan pula perempuan tu mengamok ngamok pada suami dan saya. Habis dia cerita semua yang saya tak tahu. Yang amat menyakitkan.

Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia. (Suami dah patahkan simcard). Saya balas msg dia dan nyatakan tiada apa yang belum selesai. Saya dan suami saya baik baik saja. Pastu, dia balas dan kata tahniah kepada saya kerana bersuamikan dia. Perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operasi dulu.

Ya tuhan, ketika aku bertarung nywa penykit, suamiku menduakan. Sedih dan pilu hati ni taktahu nak khabarkan macam mana. Tapi Allah kan ada. Siapa la yang tak marah. Memang saya marah. Tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan.

Saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. Saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada. Macam macam suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk. Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang. Anak saya pun telah selamat lahir.

Kami cuba untuk lupakan segalanya. Kami buka buku baru. Suami pun dah berubah. Sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. Saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?

Mungkin ramai yang kata saya bdoh sebab saya bagi peluang. Tapi bagi saya, lagi bdoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri. Saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri isteri di luar sana akan ambil jalan pisah. Mungkin, ada yang balas dndam. Sabar sahabat sahabatku, Allah itu ada. Kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia. Yakinlah ALLAH ITU ADA.

SUMBer – keluargabahagia