Sembang pasal isu poligami, ini pula yang Bonda Rozita buat kalau Aliff Syukri nak tambah isteri satu lagi

Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim meluangkan masa melakukan siaran langsung di laman TikTok bersama pengikut. Bagaimanapun, topik perbualan mereka sewaktu sesi ‘live’ itu berjaya menarik perhatian ramai kerana membahaskan isu ‘kahwin lagi‘ memandangkan ia masih hangat diperbualkan. Menerusi video dikongsikan pengguna dikenali @roslindarazali06, kebanyakan pengikut bertanya pendapat Bonda Rozita sama ada memberi keizinan kepada anaknya berkahwin seorang lagi atau tidak. Pun begitu, Bonda Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi memberitahu dia tidak boleh menghalang sekiranya ia berlaku tetapi bukan dari segi penerimaan menantu baharu.

“Dia nak kahwin lagi, saya tak boleh halang, tapi saya kata aku tak nak jumpa menantu baru aku tu,”ujarnya.” Aliff Syukri dalam hantaran berkenaan ‘menyelit’ hukum poligami kepada ibunya dengan mengatakan ia adalah halal di sisi agama. Malangnya, ia tidak mendapat persetujuan daripada Bonda Rozita sebelum dibaling dengan selipar dan kerusi. “Kau diam! Aku renyam kau. Kau jangan, kau nampak kasut aku ni. Langkah myt aku dulu. Kalau berani, kau jangan ya! “Ida (Datin Shahida) tengah mengandung. Kau buat aku bnh kau!” kata Bonda sambil membaling selipar ke arah anaknya.

Bonda Rozita berkata, setakat ini Aliff Syukri dan menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid hanya sekadar brblah sahaja dan tidak pernah ke arah tersebut. “Syukri dia takkan, setakat inilah. Sepanjang dia ada isu dengan isteri, senang sahaja saya larikan cucu aku (anak-anak Aliff Syukri). Selain itu, Bonda Rozita mengingatkan anak lelakinya supaya ingat akan isterinya yang bersusah payah bertarung nyawa bagi melahirkan ramai zuriat mereka yang cantik dan tampan. “Anak-anak kau lawa, Syukri. Ida tu beranak separuh nyawa. Anak-anak Ida berderet gara-gara kau, Syukri. Aku cucuk mata kau!,”ujar Bonda Rozita lagi sambil agah chopstick.

Sebelum ini, portal melaporkan usahawan yang sinonim dengan tagline Terlajak Laris mengakui mempunyai niat untuk berkahwin seorang lagi namun terbantut apabila mengenangkan jasa isterinya. Untuk rekod, Aliff dan Shahida  berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah. Sumber, omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Akui ada rasa nak tambah bini satu lagi, tapi Datin Shahida punya respon buat ramai yang setuju. Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami. Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri. “Saya ada terfikir (kahwin dua) sebab nikmat lain… kadang-kadang kita makan ikan kembong, esok nak makan ikan siakap… sebab nikmat dan belaian lain. Yang tua lain, yang muda lain. Tapi saya percaya satu benda, saya tak sanggup pening dan saya yakin bila wujudnya orang nombor dua dan sebagainya, kasih sayang kita dan fokus makin berkurang. Bukan kata tak boleh, kalau dah rezeki dan jodoh, kita tak boleh halang. Sebab benda ini (poligami) bukanlah haram… lelaki boleh nak kahwin lain,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya. “Niat itu ada, tapi saya takut bini… jujur saya takutlah dengan isteri saya. Kalau tanya lelaki, dia kata tak nak kahwin dua itu ptng tangan… tak adanya. “Cuma, jujur saya katakan, saya cuma nak isteri saya jaga saya la. Kalau la isteri saya tak ada… pergi menghadap illahi, saya tak akan kahwin sebab dia saja yang boleh menerima kekurangan saya. “Saya seorang yang agak sukar untuk dijaga dan dia menerima semua kekurangan saya. Saya takkan jumpa orang yang cukup sempurna seperti dia,” ujarnya.

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya jadi perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal oleh warganet sama ada mahu berkahwin baru atau tidak. “Datuk bila mahu kahwin dua?” soal warganet. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Aliff menjawab soalan tersebut sambil merakam dan bertanya kepada isterinya Datin Seri Nur Shahida yang duduk di belakang ‘seat’ kereta. “Ha macam mana, orang tanya ni,” tanyanya kepada isterinya itu.

Namun apa yang menghiburkan hati ramai adalah respons yang diberi oleh isterinya yang menyuruh Aliff untuk memindahkan semua harta kepadanya dahulu jika mahu berkahwin lain. “Pindahkan semua aset dulu kepada nama saya, lepas itu suka hatilah,” balas Shahida. Jawapan yang diberi oleh Shahida turut membuat Aliff terkejut sehingga bertanya kembali kepadanya. “Oh so awak sayang saya sebab harta jelah?” soal Aliff. Sekali lagi, respons jujur yang diberi oleh Shahida kepada Aliff membuat rata-rata pengikutnya terhibur. “Ye betul. Saya sayang awak sebab harta!” akhiri Shahida. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur mendengar respons yang diberi oleh Shahida tersebut dan turut bersetuju dengan jawapan yang diberikan.

“Sebab life dengan Datin bermula dengan kosong, so nak kahwin lain kena bermula dari kosong balik baru adil. “Dulu Datuk belum kaya raya, isteri inilah yang nak dekat Datuk jugak. So jangan buat hal. “100 peratus setuju. Sebab masa susah dulu bini nombor 2 tak ada. “Saya sokong Datin, pindah semua harta baru boleh kahwin lain. “Betul Datin, kalau nak kahwin dua. Biarkan Datuk mulakan dari kosong hahaha. “Patut pun bagi semua Datuk. Susah senang dengan Datuk dari awal. Cukup Datin seorang. Lawa, baik, sopan. Semua lengkap,” komen warganet. Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir yang tidak membenarkan Aliff untuk berkahwin baru memandangkan Shahida setia dan sering bersamanya dari awal. “Janganlah kahwin Datuk. Cukup seorang pun dah bahagia. Semua ada,” komen salah seorang warganet. Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan pasangan itu juga menanti kelahiran cahaya mata keenam tidak lama lagi. Kredit, xtra, astro gempak.