Nekad buka google street sebab rindu nak tengok rumah di kampung. Sekali lelaki ni sebak bila terjumpa ayah dalam tu.

Viral

Tidak dinafikan pemergian individu yang kita sayang merupakan satu momen sedih yang sukar untuk diterima. Apa yang lebih menyedihkan, apabila individu tersebut merupakan ibu bapa kita sendiri yang banyak berkorban sejak kita kecil lagi. Bagaimanapun, kita sebagai anaknya perlu reda dengan apa yang telah terjadi dan mendoakan mereka supaya tenang di sana.

Seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Topanjey sama sekali tidak menyangka akan berjumpa dengan arwh ayahnya yang sangat dirindui menerusi aplikasi Google Street View. Kisahnya bermula apabila dia ‘teringat’ akan rumahnya di kampung halaman dan mengambil keputusan untuk menggunakan aplikasi tersebut bagi melihat struktur rumahnya.

Mula-mula ingat nak Street View rumah sebab rindu. Tetapi apa yang mengejutkan, apabila paparan Google Street View memaparkan ayahnya yang sedang berada di depan pintu rumah dan bersiap sedia untuk menunaikan solat di masjid secara berjemaah.

Ayah ada lagi masa ni. Masa ni, mesti ayah nak gi masjid. Kalau ayah sihat, mesti dia pergi masjid setiap waktu. Video tersebut bagaimanapun, meraih puluhan komen yang mendoakan supaya ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pada masa yang sama, lelaki ini juga sempat berkongsi tutorial kepada orang ramai cara menggunakan aplikasi tersebut.

Ya Allah. Lama x tgk hero ku. Doakan dia kawan².

Sumber : ohbulan