Siap nak belanja salmon skin. Perkongsian yang dibuat Cik B raih perhatian dan ini respon warganet

Artis

Rakyat MAlaysia pasti dudah tahu mengenao kejayaan hidup yang dikecapi o;eh Datul Seri Vida yang merupakan pengasasbkosmetik terkenal dan juga merupakan ibu bagi sepasang anak iaitu Cik B dan Kacak. Namun begitu mereka hidup dalam keluarga yang serba kemewahan,Cik B merupakan anak yang sangat bijak dan pandai berdikari.

Terbaru dilaman instagram Cik B terdapat satu video tiktok beliau bersama dengan ibunya Dato Vida. Video yang berudasi beberapa minit tersebut telah mendapat perhatian ramai. Siapa comment yang takde like dalam masa 24jam cikb nak belanja salmon skin 😜What’s the point of bein’ rich when you wake up alone? @datoserivida.⚠️dah dah jangan comment ramai sangat😭

Bilik Tidur Je Ada 11. Ramai Yang Minta Buat House Tour. Sekali Bila Cik B Dah Buat Ramai Yang Terkejut Bila Tengok Dalam Rumah Dia Ada Benda Ni.

Us4hawan muda yang juga seorang penyanyi Cik B menuruti permintaan pengikutnya untuk melakukan jelajah rumah atau house tour yang didiami bersama keluarga. Menerusi laman sosial Instagram, Cik B berkongsi ruangan-ruangan peribadi dan kawasan sekitar rumah yang dimiliki oleh ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) untuk tatapan umum.

“Sorry guys Cik B banyak merepek, kalau korang nak lagi house tour, nanti la Cik B buat video dan letak di YouTube. Sebab Cik B tak reti la buat house tour,” ujarnya menerusi IG story. Banglo mewah yang teletak di Ipoh, Perak ini menempatkan hampir 10 ruang tamu, 11 bilik tidur termasuk bilik tetamu, surau yang cukup luas dan mewah, lif, kedai kopi, kolam renang, kolam ikan, bilik karaoke dan kawasan luar rumah untuk bermain basikal.

Malah, Cik B sempat membawa pengikutnya masuk ke dalam ibunya, bilik adiknya, Kacak serta naik ke tingkat paling atas di mana ia menempatkan balkoni yang mengadap pemandangan indah kawasan pergunungan di Ipoh. Rumah yang bernilai RM20 juta itu turut menempatkan bilik-bilik untuk para kakitangan seperti pembantu rumah dan pemandu peribadi.

Cik B yang mempunyai hampir 800,000 pengikut di Instagram juga berjanji akan melakukan sebuah viideo jelajah rumah yang betul untuk tontonan umum kelak. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

SUMBER: GEMPAK

Baru Je Selesai Tentang Kes Tuntutan Hak Penjagaan. Sekali Tiba Tiba Aniq Suhair Tak Nak Dikaitkan Dengan Cik B Lagi. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Isnin menolak permohonan tuntutan hak hadanah bekas suami pertama kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk bertemu dengan dua anaknya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty. Dalam prosiding itu, mahkamah mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak menghubungi bapa mereka, Mohd Amin Yasin, 43, sekurang-kurang sebulan sekali.

Tindakan itu bertujuan mengelakkan ikatan silaturahim antara anak dengan bapa terputus. Abu Bakar berkata, mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia berbuat demikian.

“Ibu (Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya. Vida atau turut dikenali sebagai DSV diwakili peguam Nurul Shuhada Ab Aziz manakala Mohd Amin diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah dalam perbicaraan itu.

Mohd Amin sah berpisah dengan Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selain Cik B dan Kacak, hasil perkongsian hidup Mohd Amin dan Vida mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun pergi menghadap illahi dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill pada tahun 2013. Dalam pada itu, Vida ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur dan lega di atas keputusan tersebut. Katanya, beliau tidak pernah menghalang dua cahaya matanya itu untuk bertemu dengan bapa mereka.

‘No more’ Cik B! – Aniq Suhair

Kuala Lumpur: Pelakon baharu dikenali Aniq Suhair, 20, enggan lagi terus dikaitkan dengan bintang remaja, Cik B, 15, yang juga anak pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida. Aniq ditemui berkata sempena tahun baharu ini, dia berharap mereka tidak terus dikaitkan dengan apa sahaja tanggapan, meski masih berkawan rapat.

“Sekarang dah tahun baharu 2021 pun, jadi kiranya cerita saya dengan Cik B itu, dah boleh tutuplah. ‘No more’ Cik B lagi. “Saya ketika ini, nak tumpu pada kerjaya seni sahaja kerana jadual berlakon pun padat sangat. Masa berehat saya, hanya sehari dan selebihnya bekerja.

“Jadi pasal perempuan ke, bercinta, saya nak ketepikan dahulu. Saya taknak serabutkan kepala nak fikir banyak benda, selain fokus pada kerja sahaja,” katanya kepada Harian Metro. Kisah hubungan Aniq dan Cik B menjadi perhatian di Twitter pada November tahun lalu apabila mereka bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta di TV3, terbitan Zeel Production.

Berlakon sebagai pasangan kekasih yang akhirnya berkahwin dalam drama itu, huhungan Aniq dan Cik B dilihat semakin mesra kerana mereka saling berbalas komen di media sosial. Kata Aniq, sebagai pelakon baharu dia tidak berniat cuba mengaitkan namanya dengan kisah sensasi seperti percintaan. Ujarnya, kisah dia dan Cik B ‘dicipta’ hanya untuk suka-suka.

“Saya dan Cik B, kami memang tak bercinta pun. Hanya berkawan baik dan rapat sahaja. Lagi pun, Cik B masih bersekolah, umur 15 tahun dan takkanlah saya nak bercinta dengannya. “Dia gadis di bawah umur kot. Cukup-cukuplah dengan dakwaan negatif yang dilemparkan kepada saya selepas kisah dengan Cik B itu hangat. Bagi saya, kami hanya berurusan atas dasar kerja sahaja,” katanya.

Menurut Aniq, dia juga bersyukur kerana kelab peminatnya kekal memberikan sokongan padu dan tidak mudah percaya dengan cerita sensasi. Ujarnya, rata-rata ahli kelab peminatnya tahu bahawa di antara dia dan Cik B tidak bercinta.

Bagi perkembangan terbaharu karier lakonannya, Aniq yang juga finalis Hero Remaja 2020, kini membintangi drama Tak Sempurna Mencintaimu untuk slot Akasia, TV3. Dalam drama itu, Aniq berlakon di samping pelakon seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry, Wan Maimunah, Mak Jah dan ramai lagi. Terdahulu, Aniq juga pernah berlakon drama Kebaya Kasut Kanvas.

Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya

Disebabkan kisah ini mendapat perhatian ramai, ada yang berkongsikan ciapan oleh Cik B sendiri mengenai kisah hidupnya pada masa kecil. Walaupun thread ini telah di post pada hujung tahun 2019, namun ia seakan menjawab pertanyaan warganet mengenai sebab DSV bertindak menjauh daripada bekas suami.

“Masa CikB kecik CikB selalu kena dra dengan bibik CikB kena kurung kena pkl kena semua lah pastu masa CikB kecik ayah kandung CikB dra mama jugak pkul pkul sampai nak bkar rumah sebab mama tak kasi duit…ayah cikb kaki mbkkaki rpit semua kaki dia ada..”

“Ayah CikB  pulak selalu ugt mama nak ptng tangan abg CikB Kalau tak kasi duit..pastu ada satu hari tu ayah CikB bawak lari CikB ke rumah dia pastu mama pun ambil CikB balik rumah sampai gadh2 dgn ayah kandung CikB..” Walaupun mama dgn ayah CikB dah pisah setiap bulan dia mintak duit Tapi mama pun kasi jela.

Mama sebenarya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah, abah ajit jaga mama..Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik..” Ramai terkejut dengan perkongsian Cik B dan memberikan kata semangat kepadanya kerana beliau adalah seorang yang kuat.

Megharapkan Ds Vida Tak Bertemu Jodoh Lain. Mengejutkan Ini Punca Cik B Tak Perlukan Ayah. Rupa Rupanya Benda Ni Yang Pernah Terjadi.

Tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak rasa cemburu meskipun tidak mempunyai ayah.

Ujarnya, selama ini ibunya bersendirian yang berperanan sebagai bapa dan juga ketua keluarga sepanjang tempoh dia membesar. Katanya lagi, dia lebih selesa tiada bapa kerana boleh bermanja dengan ibunya. “Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak. Meskipun pernah mempunyai dua bapa tiri sebelum ini, namun Cik B tidak menganggap mampu memberikan kebahgiaan dalam keluarganya. Malah, Cik B berharap ibunya tidak akan bertemu jodoh lain.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama. Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua. “Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain. Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” katanya.

DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun berpisa pada April 2017. Vida juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Kecoh Tentang Cik B Tergedik Gedik Nak Kan Lelaki Kacak. Sekali Cik B Tampil Bagi Respon Win Buat Warganet Terkedu. Selamba Je Dia Boleh Bagi Respon Macam Ni.

“Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik,” demikian pengakuan jujur anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair.

Aniq, 20, dan Cik B, 15, menjadi tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta. Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

“Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan. “Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.

“Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius,” katanya kepada BH Online. Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kritikan apabila gosip berkenaan bertebaran.

“Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kritikan sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq. “Warganet mengkritik saya ‘feeling’ dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.

“Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki,” katanya.

Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta. Baru-baru ini hangat diperkatakan gosip mengenai anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dikatakan sudah mempunyai kekasih, pelakon baru, Aniq Suhair mengakui hubungan mereka rapat sejak berlakon bersama.

“Cik B Seorang Yang Sweet, Baik Hati & Sopan Santun”

Menurut pelakon berusia 20 tahun yang juga pelakon Lelaki Lingkungan Cinta, dia selesa berkawan dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu. Malah, Aniq menyifatkan Cik B seorang yang baik hati dan sopan santun.

“Kamu mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat. “Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau. Contohnya dia pick up line dan saya suka berbalas pick up line dengan dia.

“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul,” katanya. Mengulas mengenai stataus Cik B memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa gambar bersama, Aniq minta peminat tidak ambil serius kerana ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak lihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini. “Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan. Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sekali Lagi Cik B Diperlekehkan Oleh Warganet Gara Gara Bentuk Badan. Akhirnya Cik B Tampil Bagi Komen Padu Buat Warganet Terkedu.

Pelakon muda Cik B tampil menempelak tindakan segelintir warganet yang agresif di media sosial. Baru-baru ini, Cik B sekali lagi mendapat komen berbaur sinis yang memperlekehkan bentuk badan dan paras rupanya. Malah, pengguna terbabit turut mengaitkan kekayaan keluarga Cik B dengan memintanya untuk menguruskan badan dan mencantikkan wajah.

Tulis pengguna berkenaan; “Duit banyak, pergilah kuruskan badan, cantikkan muka. Itu pun nak ajar. B*d*h.” Bagaimanapun, Cik B tampil menjawab ciapan berkenaan dengan menjelaskan dia selesa dengan tubuh badannya sekarang.

“Cik B suka muka dan badan Cik B yang sekarang,” jawabnya ringkas. Kematangan Cik B itu meraih pujian warganet dan menganggap tidak perlu untuk menghakimi bentuk badan dan paras rupa seseorang. “Muka dah manis dan badan kalau Cik B sihat tak da apa-apa penyakit okey, as long as Cik B happy thats good.. Dont listen or pay attention to negative talk, unless advice by professional,” tulis seorang pengguna.

“Kalau ikutkan kekayaan Cik B dgn Dato Vida ni, setakat nak kuruskan badan cantikkan muka macam si bdh tu cakap, sebelah mata ja bro. tapi sebab dia ada kecantikan dia sendiri, tak perlu pun dia nak buat semua tu,” tambah pengguna lain pula. Warganet lain juga menyokong pendirian Cik B dan meminta agar tidak melayan komen sebegitu lagi.

Sumber : GEMPAK

Tergamam Bila Cik B Muat Naik Foto Tengah Bersanding. Baru Kecoh Cik B Ada Kekasih Tapi Kali Ini Warganet Terkedu Bila Tengok Cik B Dah Kahwin Dengan Lelaki Kacak.

Baru-baru ini hangat diperkatakan gosip mengenai anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dikatakan sudah mempunyai kekasih, pelakon baru, Aniq Suhair mengakui hubungan mereka rapat sejak berlakon bersama.

Menurut pelakon berusia 20 tahun yang juga pelakon Lelaki Lingkungan Cinta, dia selesa berkawan dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu. Malah, Aniq menyifatkan Cik B seorang yang baik hati dan sopan santun.

“Kamu mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat. “Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau. Contohnya dia pick up line dan saya suka berbalas pick up line dengan dia.

“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul,” katanya. Mengulas mengenai stataus Cik B memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa gambar bersama, Aniq minta peminat tidak ambil serius kerana ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak lihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini. “Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius sehingga ada yang tduh saya bukan-bukan. Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B terus menjadi bualan hangat warganet selepas bergelar pelakon. Terdahulu, dikatakan Cik B kini sudah mempunyai teman lelaki, iaitu seorang jejaka kacak apabila dia memuat naik gambar kekasih hatinya menerusi Insta Story berserta kapsyen ‘with my fav person’.

Cik B dah kahwin?

Terbaru, kecoh lagi apabila Cik B memuat naik foto bersama jejaka yang didakwa sebagai kekasih hatinya di Instagram, mengenakan busana pengantin. Bagaimanapun, gambar tersebut mungkin sedutan daripada babak drama yang sedang dilakonkan oleh Cik B, iaitu Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di TV3.

Sweetnya Cik B dan pasangan. Namun, foto Cik B sedang bersanding itu telah menarik perhatian ramai, dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang teruja melihat anak usahawan kosmetik itu ‘berkahwin’. Apa kata anda?Kongsikan bersma kami