Cemburu tengok ramai artis lain yang dah kahwin. Lama menyepi tiba tiba Dayang Nurfaizah dedahkan sesuatu pasal jodoh. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Artis

Mungkin ramai yang sudah lama tidak mendengar khabar berita dari penyanyi bersuara lunak ini. Tahun ini usianya sudah menjengah 40 tahun dan Dayang Nurfaizah akui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga apatah lagi selepas melihat ramai rakan artis sudah menamatkan zaman bujang.

Bagaimanapun, Dayang berkata dia juga teringin untuk bergelar isteri. Ujarnya, dia tidak merancang namun menyerahkan soal jodoh kepada takdir. “Saya tak merancang tapi saya jealous… tapi semua itu adalah soal jodoh. Saya pun teringin tapi tengok la macam mana, insyaAllah kalau ada jodoh nanti,” katanya kepada mStar.

Ogos tahun lalu, hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan apabila penyanyi itu dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Hael Husaini, namun gosip tersebut dinafikan oleh Hael. Bagaimanapun, sebelum ini, Hael mengakui Dayang Nurfaizah merupakan wanita paling rapat dengannya serta menyerahkan soal jodoh mereka kepada Tuhan apabila ramai peminat mengharapkan pasangan ini ke jinjang pelamin.

SUMBER  MSTAR ONLINE via rotikaya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : www.ohmypress.com

Lepas Tayang Banglo 3 Tingkat Sekali Tiba Tiba Jiran Hael Husaini Tampil Kantoikan Apa Yang Dia Selalu Dengar Dekat Rumah Hael Husaini. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Yang Dia Selalu Buat.

”Alhamdulillah… sebenarnya saya dah pun bekerja keras selama ini dan ini merupakan perancangan saya untuk membeli rumah saya sendiri. Rumah yang saya boleh buat studio sendiri juga.” Itu kata-kata penyanyi dan komposer hael Husaini selepas impiannya untuk memiliki rumah yang mempunyai studio sendiri akhirnya tercapai.

Berkongsi foto kediaman baharunya di laman Instagram sekitar awal Disember lalu, rata-rata rakan artis teruja dan mengucapkan tahniah kepadanya. Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 33, berkata pembelian rumah tiga tingkat itu merupakan hasil kerja kerasnya sepanjang berada dalam industri seni.

Menurut penyanyi lagu Hati ini, dia akan berpindah ke kediaman tersebut pada tahun hadapan dan mendoakan agar orang lain turut dikurniakan rezeki untuk memiliki kediaman impian sepertinya. ”Sebab saya sentiasa menyimpan angan-angan untuk ada home studio. Jadi, akhirnya dah tercapai impian saya… Alhamdulillah, doakan saya supaya dapat miliki studio sendiri.

”Buat masa sekarang masih belum lagi berpindah ke rumah itu tapi mungkin sekitar tahun hadapan. Insya-Allah nanti saya akan buat video home tour dan kongsikan kepada peminat. ”Saya beli rumah ini dengan hasil kerja sepanjang dalam bidang seni dan Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan.

”Saya pun mendoakan agar anda di luar sana juga dapat rezeki dan rumah idaman anda,” katanya kepada mStar. Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duetnya bersama penyanyi Haqiem Rusli dan Naim Daniel berjudul Lara di Hotel Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, pencipta lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali itu meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah yang menjadi impiannya. Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan ‘suri rumah’, Hael mengakui dia mempunyai niat untuk berkahwin namun akur waktu dan jodohnya masih belum tiba.

”Sebenarnya kalau nak cakap soal jodoh ini… ikutkan hati saya memang nak kahwin dan esok pun saya boleh. Tapi ini soal jodoh… jadi, kalau saya nak marah atau persoalkan pun tak boleh. ”Sebab at the end of the day, kita kena bertanya kepada Allah juga. Kalau dah sampai jodoh dan waktunya saya berkahwin, Insya-Allah saya akan kongsikan berita gembira itu kepada semua,” ujarnya.

Jiran datang komen

Sementara itu, menerusi ruangan komen, bukan sahaja rakan artis yang tidak sabar mahu datang menjenguk rumah baru Hael itu, malah peminatnya juga turut tinggalkan komen. Paling menjadi tumpuan komen dari seorang peminat yang difahamkan jiran Hael Husaini. Menurutnya, Hael adalah jiran

depan rumahnya dan disebabkan itu juga dia sering mendengar Hael menyanyi pada setiap malam. Boleh jadi ketika itu Hael sedang berlatih atau membuat recording. ” Alhamdulillah but will miss hearing u sing at night.. ok bukan stalker tp jiran depan rumah,” tulis Shasa.

Komen Shasa mendapat respon warganet lain yang mengatakan dia bertuah kerana dapat berjiran dengan Hael, malah dapat dengar ‘show’ percuma. Hael turut dilihat membalas komen Shasa dengan memohon maaf kepadanya.

”Hahaha maafkan saya,” balas Hael. ” Tula.. hehee.. secretly i was very proud be have an amazing neighbour (saya sangat bangga mempunyai jiran hebat seperti anda),” tulis Shasa lagi yang mengatakan mereka masih berjiran cuma jarak agak jauh sedikit kerana Hael bakal berpindah ke rumah barunya itu tidak jauh dari kawasan itu juga.

Sumber: mstar dan IG Haelhusaini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Impian Hael Husaini Untuk Miliki Kediaman Tiga Tingkat Sudah Tercapai. Kini Dia Akur Jodohnya Belum Sampai Lagi.

Hael memuat naik foto dia berdiri di hadapan rumah tiga tingkat miliknya. ImpianHael Husaini untuk memiliki rumah yang mempunyai studio sendiri akhirnya tercapai apabila penyanyi dan komposer itu berkongsi foto kediaman baharunya di laman Instagram sekitar awal Disember lalu.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 33, berkata pembelian rumah tiga tingkat itu merupakan hasil kerja kerasnya sepanjang berada dalam industri seni. Menurut penyanyi lagu Hati ini, dia akan berpindah ke kediaman tersebut pada tahun hadapan dan mendoakan agar orang lain turut dikurniakan rezeki untuk memiliki kediaman impian sepertinya.

“Alhamdulillah… sebenarnya saya dah pun bekerja keras selama ini dan ini merupakan perancangan saya untuk membeli rumah saya sendiri. Rumah yang saya boleh buat studio sendiri juga. Sebab saya sentiasa menyimpan angan-angan untuk ada home studio. Jadi, akhirnya dah tercapai impian saya… Alhamdulillah, doakan saya supaya dapat miliki studio sendiri. Buat masa sekarang masih belum lagi berpindah ke rumah itu tapi mungkin sekitar tahun hadapan. Insya-Allah nanti saya akan buat video home tour dan kongsikan kepada peminat.

Buat masa sekarang masih belum lagi berpindah ke rumah itu tapi mungkin sekitar tahun hadapan.

“Saya beli rumah ini dengan hasil kerja sepanjang dalam bidang seni dan Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan. Saya pun mendoakan agar anda di luar sana juga dapat rezeki dan rumah idaman anda,” katanya kepada mStar.

Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duetnya bersama penyanyi Haqiem Rusli dan Naim Daniel berjudul Lara di Hotel Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sebelum ini, pencipta lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali itu meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah yang menjadi impiannya.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan ‘suri rumah’, Hael mengakui dia mempunyai niat untuk berkahwin namun akur waktu dan jodohnya masih belum tiba. “Sebenarnya kalau nak cakap soal jodoh ini… ikutkan hati saya memang nak kahwin dan esok pun saya boleh. Tapi ini soal jodoh… jadi, kalau saya nak marah atau persoalkan pun tak boleh. “Sebab at the end of the day, kita kena bertanya kepada Allah juga. Kalau dah sampai jodoh dan waktunya saya berkahwin, Insya-Allah saya akan kongsikan berita gembira itu kepada semua,” ujarnya.

Ada Segelintir Warganet Beranggapan Hael Husaini Buat Operasi Kosmetik Untuk Nampak Segak. Ini Jawapan Dari Hael Husaini Sendiri Berkenaan Hal Tersebut

KUALA LUMPUR: Ibarat padang sasar yang sering dihujani pluru, begitulah diibaratkan situasi yang dihadapi penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini, ketika ini.Ramai yang memberi dakwaan penyanyi lagu Jampi dan Haram itu adalah anak emas TV3, hanya kerana tiga lagu nyanyian dan ciptaannya menempah kedudukan pada peringkat Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35).

Bukan sahaja didakwa menjadi kesayangan stesen penyiaran berkenaan, tetapi hubungan baik antaranya dan orang kuat produksi anugerah muzik berprestij juga disalah tafsir apabila ada yang mengaitkan kejayaannya bergelar finalis AJL35 ada kena mengena dengan keakraban yang terjalin.

Menerusi laman Twitter, isu itu menjadi perdebatan warganet tidak berpuas hati dengan keputusan juri ketika episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) seperti yang diumumkan, baru-baru ini.Pada zahirnya lelaki kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu nampak tenang, namun jauh di sudut hati, terselit perasaan terkilan apabila warganet berterusan mempertikaikan pemilihan lagunya.

Malah, lebih membuatkan bekas pemenang trofi juara AJL dua kali berturut-turut pada 2017 dan 2018 itu terkesan apabila tindakannya menyokong bisnes makanan yang diusahakan kakitangan produksi berkenaan turut menjadi bahan kritikan warganet, perbuatannya seolah-olah ada udang di sebalik batu.”Orang boleh cakap atau nak syak wasangka apa sahaja, saya tak boleh nak halang mereka. Tetapi, jika nak kata saya anak emas, kenapa baru sekarang, bukannya dari 14 tahun lalu?

“Saya ada dengar dakwaan daripada beberapa pihak. Sejujurnya, saya agak kecewa dengan kenyataan ini. Bagi saya, tak eloklah untuk bercakap seperti memperkotak-katikkan bisnes orang lain hanya kerana saya menyokong perniagaan yang diusahakannya. Saya rasa perbuatan seperti ini tidak adil untuknya. Saya beli kek kerana anak saya sukakannya.

“Tiada istilah jika saya beli kek, akan dapat masuk AJL35. Jika betul saya beli kek dapat masuk AJL35, anda semua belilah kek ini dan semoga anda dapat masuk AJL juga,” jawab Hael secara sinis.Sejak lagu ciptaannya berjudul Jampi mengungguli trofi juara AJL, tiga tahun lalu, boleh dikatakan saban tahun pasti karyanya ciptaan atau nyanyiannya akan tersenarai ke peringkat akhir.

Menyusul kejayaan Jampi adalah lagu Haram yang dinobatkan sebagai juara AJL pada 2018, ia diikuti lagu Anta Permana yang menduduki tempat ketiga pada malam kemuncak AJL34, tahun lalu.Pada tahun ini, tiga lagu ciptaannya berjaya melepasi saringan dan layak ke AJL35. Lagu itu adalah Belenggu Rindu, dendangan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita, Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Hati nyanyian Hael sendiri.

Kejayaannya secara tidak langsung membuktikan penyanyi berusia 33 tahun itu bukan sahaja mempunyai sentuhan emas dalam setiap hasil karya, malah namanya juga bagaikan satu lesen besar untuk penyanyi yang mahu bergelar finalis acara anugerah berprestij itu.Tergelak besar pemilik nama lengkap Hal Husaini Razmi ketika diajukan pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu. Menyifatkan peluang yang diberikan sebagai rezeki, Hael bagaimanapun menafikan, dkwaan nakal itu kerana pernah terjadi tuah tidak memihak kepada dirinya.

“Tak semua lagu ciptaan layak ke AJL. Ada juga yang tak lepas. Bagi saya, itu semua bergntung kepada rezeki. Saya bukanlah sesiapa yang boleh memberi jaminan setiap lagu yang dicipta boleh mara ke peringkat AJL. Malah, setiap kali menghasilkan lagu, saya tak pernah meletakkan sasaran untuk karya melangkah ke AJL.

“Ada 30 lagu yang bertanding untuk peringkat separuh akhir dan semuanya ada kekuatan tersendiri. Mungkin rezeki dan tuah memihak pada saya kali ini. Janganlah marah-marah. Lagipun, saya hanya menyanyikan satu lagu sahaja iaitu Hati. Siapa tahu tahun depan giliran penyanyi lain pula berjaya ke melangkah ke AJL,” jelasnya ketika ditemubual kapsul hiburan BHTV, Apa Kes? baru-baru ini.

Selain berbakat besar dalam penciptaan lagu, Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali membuat persembahan. Malah, cita rasanya dalam berpakaian juga sangat tinggi, manakala penampilannya daripada hujung rambut hingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

Disebabkan sifatnya yang mahu kelihatan sempurna di mata khalayak, timbul spekulasi yang mengatakan pasangan duet penyanyi Dayang Nurfaizah menerusi lagu Haram itu sanggup melakukan operasi kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk kelihatan segak.

Mengulas dakwaan itu, Hael berkata, ada perubahan pada wajahnya, tetapi bukanlah disebabkan operasi kosmetik seperti yang digembar-gemburkan.”Kacak sangat ke saya sampai dikatakan melakukan operasi wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama. Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.

“Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat operasi wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan. Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya ‘ori’ tau,” ujarnya sambil tertawa.

Beralih single baharu berjudul Lara yang menyaksikan Hael berkolaborasi dengan rakan baik, Haqiem Rusli dan Naim Daniel, bekas peserta Akademi Fantasia 2010 itu menepis tanggapan kononnya, lagu itu dihasilkan semata-mata untuk membuktikan vokal siapa paling hebat.

Tegas Hael, tiada istilah berlwan vokal, sebaliknya setiap penyanyi diberi peluang sama rata.”Ketika single Lara dihasilkan, saya tak terfikir langsung untuk menjadikannya sebagai platform untuk berlumba vokal. Struktur lagu ini disusun seimbang dan setiap penyanyi dapat mendendangkan dengan cara tersendiri tanpa perlu bersaing. Mereka juga berpeluang memberikan input setiap rangkap yang dinyanyikan.”Malah, Haqiem dan Naim juga menulis sendiri lirik untuk rangkap masing-masing supaya lebih menghayati, sekali gus menjadikan single Lara sempurna. Saya perlu bertindak adil, memandangkan ia disampaikan secara trio,” jelasnya.