Ramai yang perasan bila Che Ta kini jarang muat naik gambar suami di laman ig. Tak boleh berdiam sekali Che Ta bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya buat ramai yang terkedu.

Artis

Dilihat kini jarang berkogsi gambar suaminya di media sosial, aktres je­lita Rozita Che Wan bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya bahawa rumah tangga­nya dengan suami, pelakon Zain Saidin kini di ambang perpisahan. Kosmo melaporkan, Che Ta menegaskan tiada sebab perkahwinannya dengan suami dikatakan menuju perpisahan hanya kerana jarang berkongsi gambar di Instagram.

“Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak berpisah, orang tu nak Zain ke? Baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak. “Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun,” katanya.

Namun Che Ta mengakui adat perkahwinan memang ada pasang surut, namun hubungannya dengan suami baik-baik sahaja. “Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak brbalah pun. Kami dah faham pera­ngai masing-masing. Jadi, tiada masalah”

Rozita, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun. Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan pertamanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Kosmo

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Che Ta bersedekah awal pagi

PELAKON, Rozita Che Wan memulakan sesi bersedekah sejak pagi semalam menerusi program Sadaqa Subuh Kiah Raya X Malaysian Relief Agency (MRA) dengan menyumbangkan barangan dapur kepada beberapa keluarga yang memerlukan.

Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkata, program kerjasama antara portal jual beli atas talian Kiah Raya kelolaannya dengan MRA itu menyumbangkan sumbangan kepada keluarga di kawasan sekitar Subang Jaya. “Saya mulakan program Sadaqa Subuh ini sejak pagi semalam dan akan diteruskan sehingga Jumaat ini. Kami memulakan sesi bersedekah seawal jam 6.30 pagi. Sedekah lebih afdal dilakukan seawal selepas Subuh.

“Saya meminta pihak MRA untuk meneliti dan berkongsi maklumat keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan sekitar tempat tinggal saya iaitu Subang Jaya kerana kami boleh tiba di sana seawal pagi yang boleh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Ta, dia dan pasukannya menghulurkan sumbangan kepada tiga hingga empat rumah dalam sehari. “Sehari dalam tiga hingga empat rumah saja yang kami sudah kenal pasti memang memerlukan bantuan. Dalam masa sama, ia tidak membuatkan kami perlu mengejar masa dan saya pun dapat meluangkan masa untuk berbual dengan mereka,” katanya.

Selepas memulakan program amal itu, Che Ta menerima banyak mesej di Instagram daripada mereka yang memerlukan bantuan. “Saya ada terima banyak mesej daripada orang ramai yang memerlukan bantuan. Jadi, saya akan maklumkan kepada MRA dan mereka akan meneliti kesesuaian dan kelayakan sebelum kami berikan sumbangan,” katanya.

Sumbangan yang diberikan adalah barangan kering seperti beras, tepung, gula dan sebagainya bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Dana sumbangan itu adalah sebahagian hasil daripada penjualan barangan di laman web Kiah Raya mengikut peratusan yang sudah ditetapkan.

Che Ta okey saja!

LEBIH 15 tahun pembabitan dalam bidang seni menjadikan pelakon terkenal, Rozita Che Wan antara figura yang sentiasa dinantikan kemunculannya di kaca TV. Malah, pada usia 47 tahun, Rozita atau mesra disapa Che Ta masih kekal relevan apabila terus menjadi pilihan penerbit dan stesen TV untuk muncul dalam setiap karya.

Lebih menarik, Che Ta yang juga ibu kepada tiga cahaya mata sesekali diberi watak utama sesuai dengan watak diberikan. “Alhamdulillah, pada usia sekarang saya okey dan larat lagi untuk bekerja. Setakat 47 tahun okey lagi. Tidaklah tua sangat.

“Soal relevan atau tidak dalam kerjaya lakonan, bagi saya berlakon ini kena ikut watak. Kalau dalam satu drama, heroin diperlukan adalah orang muda bermakna orang muda kena menjadi heroin. “Kalau watak itu heroin diperlukan orang tua, kenalah ikut usia. Macam saya berlakon dalam siri Family Spy, heroin dia memang berusia. Jadi, dalam perkara ini saya berasakan ia bergantung pada skrip dan watak,” katanya.

Selain menganggap ia rezeki, Che Ta berasakan komitmen dan disiplin yang diterapkan dalam dirinya antara faktor namanya kekal relevan sehingga sekarang. Maka, tidak hairanlah jika baru-baru ini Che Ta terbabit dalam tiga drama sekali gus.

“Alhamdulillah, saya dapat buat drama Dayang Senandung, Kebaya Kasut Kanvas dan Juliet. Kebetulan dua drama dari syarikat produksi sama. Sepatutnya satu bulan satu ‘job’, tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua kena tunda. Selepas boleh kembali menjalani penggambaran, semua bagi tarikh serentak. Jadi, saya minta mereka uruskan tarikh.

“Selepas habis semua drama itu pun, saya mendapat tawaran lain juga. Tapi, saya tolak sebab watak sama dan pernah bawa sebelum ini. Saya ini kalau tengok ada watak menarik dan lain sikit baru saya buat.”Berlakon secara ‘back to back’ memang penat sikit,

tapi sebab ada pengalaman jadi dapat bezakan watak setiap drama. Masuk set dah boleh tukar watak. Tidak ada masalah untuk saya,” katanya yang kini terbabit dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta untuk tayangan slot Lestary di TV3.

Semuanya okey

Pengalaman dimiliki menjadikan Che Ta lebih matang dalam berkarya. Malah, dia lebih mudah untuk mencipta keserasian dengan mana-mana pelakon yang bergandingan dengan dirinya. Menurut Che Ta, dia okey jika bergandingan dengan pelakon baharu atau pelakon yang sudah pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

“Soal pasangan dalam drama, saya okey saja. Sebab kadang-kadang tak pernah berlakon dengan orang itu, jadi nak berlakon dengan orang itu. Kalau dah pernah berlakon dan jumpa balik, seronok sebab dapat bekerjasama semula, jadi tak ada masalah.

“Kalau ada yang jenis memilih pasangan, bagi saya itu mungkin dia nampak untuk kebaikan diri. Kadang-kadang kalau dapat pasangan yang betul akan naik, kalau tak betul akan sangkut di situ. Kalau berasakan itu bagus untuk masa depan dia, apa salahnya. Dia ada hak untuk memilih,” katanya.

Begitu juga dengan stesen TV, Che Ta berkata, dia terbuka selagi tawaran yang diterima itu sesuai dengan dirinya. “Saya okey saja dengan mana-mana stesen TV. Cuma saya tak suka menunggu lama di lokasi. Saya jenis datang set dah siap dan terus nak

‘penggambaran’ saja, walaupun ada ketika kena menunggu juga. “Dalam masa sama, saya juga akan tengok produksi dan pengarah. Kalau pengarah ‘best’ keseluruhan set akan ‘best’, begitu juga sebaliknya,” katanya.

Kuliah duha rai hari jadi

ROZITA Che Wan antara selebriti yang tidak pernah gagal mengadakan sambutan hari kelahiran setiap tahun. Berbeza tahun ini, pelakon yang mesra disapa Che Ta itu meraikan hari jadi ke-48 dengan mengadakan majlis kesyukuran berbentuk kuliah duha di premis acara Aman House di ibu kota dengan mengundang pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat, baru-baru ini.

Majlis ilmu itu turut dikongsikan Che Ta yang juga isteri kepada pelakon, Zain Saidin di Instagram. “Perancangan awal nak jemput Ustaz Syamsul pada sebelah malam, tapi kerana jadualnya padat, sempat sebelah pagi saja dan petang pula dia ada kerja di Ipoh, Perak.

“Kami mula kenal rapat pun sewaktu dia muncul sebagai penampilan istimewa menerusi drama Janda Kosmopolitan. Malah, dia juga pernah menjemput saya dalam siri perkongsian ilmu yang dianjurkannya. “Sebenarnya saya selalu juga adakan majlis ilmu sebegini.

Malah pernah juga anjurkan majlis keraian atau ulang tahun kelahiran dengan menjamu anak yatim. Jadi, ia bukan perkara baharu pun saya mengundang pendakwah untuk menyampaikan tazkirah atau ceramah,” katanya. Che Ta yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui menyenangi cara Syamsul berkongsi ilmu dan nasihat.

“Ada usikan dan lawaknya memang betul-betul kena tepat kepada batang hidung sendiri. Ia jadi teguran bermakna dan cerminan untuk diri sendiri. “Macam tempoh hari, saya ajak keluarga dan teman rapat untuk bersama-sama mendengar kuliah disampaikan.

Memang tak puas mendengar kuliah itu sebab dia perlu bergegas ke tempat lain. Tidak mengapa, ada rezeki lain, boleh ajak dia lagi,” katanya. Selain majlis ilmu itu, Che Ta yang juga ahli perniagaan turut mengadakan majlis sambutan hari jadi dengan bertemakan hitam putih.

Tetamu lelaki diwajibkan memakai sut manakala perempuan pula dengan busana gaun. “Setiap tahun saya mahu kongsi detik gembira ini dengan orang rapat dan tersayang. Ini juga cara saya berkongsi rezeki. “Walaupun menyambut peningkatan usia kali ini ketika pandemik Covid-19 belum surut, saya tetap bersyukur.

Mujur dilaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), cuma tetamu diundang tak boleh terlalu ramai,” katanya. Dalam keseronokan mengadakan majlis itu, Che Ta tak lepas daripada perhatian dan usikan nakal apabila suaminya tidak dapat hadir.

“Memang kawan saya pun pelik kenapa suami tak ada. Sampai ada yang ingat kami ada apa-apa ke? Zain sebenarnya terbabit penggambaran drama untuk Awesome TV. Memang tak boleh nak buat apa. “Tapi kalau ada yang perasan, dia ada muat naik video di laman Instagram mengucapkan selamat hari lahir di samping pelakon, Azhan Rani.

Malah, pada sambutan ulang tahun perkahwinan adik saya (Jaja) dan meraikan ulang tahun kelahiran saya juga, Zain dapat hadir,” kata duta produk penjagaan kulit dan kecantikan Mylea itu. Menghampiri usia 50 tahun, Che Ta hanya mengharapkan terus diberi kudrat dan dimurahkan rezeki.

“Saya juga berharap hasrat berpindah ke kediaman baharu menjadi kenyataan tahun ini. Kalau tak ada aral, saya pindah sebelum Aidilfitri nanti. Harapnya dapatlah beraya di rumah baharu. “Sebenarnya, sejak tahun lalu apabila penularan Covid-19 bermula, saya bertukar kontraktor kerja pengubahsuaian sebanyak tiga kali.

Ada yang menipu, jadi itulah punca urusan pindah tertangguh,” katanya. Dalam perkembangan lain, Che Ta juga terus sibuk memenuhi undangan berlakon. Dia baharu selesai menjalani penggambaran drama Dia Isteriku berganding dengan Hafidz Roshdi untuk TV Alhijrah.

“Insya-Allah hujung bulan ini saya akan ke Perlis untuk menjalani penggambaran drama 13 episod, Ayahanda terbitan Zeel Production. “Drama itu arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. Ia turut dibintangi Fauziah Ahmad Daud dan Shahrolnizam Nor. “Nampak gayanya saya akan menyambut Ramadan di sana kerana penggambaran drama itu sepenuhnya dilakukan di sana,” katanya.