Tular tentang Coach Yin dah kahwin dengan wanita pilihan hati. Akhirnya terbongkar identiti sebenar isteri Coach Yin. Rupa rupanya dia bukan calang calang orang.

Viral

Seorang jurulatih kesihatan yang sebelum ini pernah didakwa menjadi kekasih usahawan kosmetik, Nur Sajad selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya. Gambar majlis pernikahan Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin Mohd Adanan telah dikongsikan beliau di Instagram dan menarik perhatian ramai.

Imbas kembali pada tahun lalu, sewaktu awal perkenalan mereka, rata-rata warganet meluahkan rasa bahagia dan gembira dengan cinta baru Coach Yin yang akhirnya bertemu jua dengan wanita tulen. Bahkan mereka sempat memuji isterinya jauh lebih cantik berbanding kekasih Coach Yin sebelum ini. Di kesempatan ini, orang ramai mendoakan agar perkahwinan Coach Yin dan Yeen Azmin kekal selamanya.

Ini identiti isteri Coach Yin

Lengkap mengenakan busana sedondon berwarna putih, isteri Coach Yin dikenali sebagai Yeen Azmin turut berkongsi berita itu di laman Instagramnya hari ini. Menerusi perkongsian itu, majlis pernikahan pasangan tersebut telah berlangsung di sebuah kawasan di Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Difahamkan kisah pasangan ini mula tular sejak tahun lalu akhirnya selamat bergelar suami isteri. Menerusi IG juga, difahamkan Yeen Azmin atau nama sebenarnya Azreen Nazmin turut berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan bekerja di negeri pantai timur itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet gembira dengan berita pernikahan pasangan tersebut dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada Coach Yin dan isterinya. Pada masa sama, warganet turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Selain itu, mereka juga bersyukur kerana Coach Yin akhirnya kembali ke ‘pangkal jalan’ dan memilih wanita ‘tulen’ untuk dijadikan pasangan hidup. Sebelum ini, Coach Yin ada berkongsi foto Azreen apabila menghadiahkan wanita itu seutas jam tangan.

Malah lelaki itu juga memberi bayangan akan mengahwini Azreen. Terdahulu pada tahun 2017, Coach Yin menjadi perhatian ramai kerana pernah selepas dikatakan pernah menjadi kekasih kepada Nur Sajad, namun hubungan mereka berakhir sekitar Januari tahun lalu.

Kisah hubungan cinta membabitkan Coach Yin dan Nur Sajad mendapat perhatian ramai sehingga menimbulkan pelbagai kntroversi sepanjang pasangan itu menjalin hbngan.

Sumber: kosmo dan IG Yeentishrin

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://kisahbena.com/2021/03/21/siapa-isteri-coach-yin-sebenarnya-ini-identiti-yeen-azmin/