Dah 5 tahun berkahwin tetapi masih tiada anak. Rupanya isteri hadapi satu sakit ini yang tak dapat diubati dan ini yang suami dia sanggup lakukan demi isteri

Kisah Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasan.Salam semua. saya, wanita yang telah 5 tahun berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat. Siapa kahwin tak nak anak kan?? Begitu jugak saya dan suami. saya kesian kat suami saya yang sangat ingin zuriat. Tapi dia tak pernah bersuara hal zuriat sebab tak nak saya tertekan. saya tahu semuanya berpunca daripada saya.

saya tak mampu memberikan zuriat pada suami sebab sakit yang saya ada iaitu SLE. Terasa tidak sempurna diri ini, bukan saja mempunyai sakit yang tiada ubat penyembuh,terpaksa bergantung pada ubat dan lebih menyedihkan saya masih tak mampu memberikan zuriat pada suami saya. SLE adalah sakit kr0nik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.

Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.Untuk kes saya, autoimmune saya serbu cairan merah, hati dan kulit saya. Cairan merah dalam badan saya sentiasa berkurang, dan penah hb saya lebih rendah dari 5. Tahun pertama kena peny@kit ni, setiap 2 minggu atau sebulan saya mesti masuk warded dan setiap kali warded mesti kena masuk 2 pain cairan merah. saya kena sakit ni ketika saya baru berusia 23tahun, baru mula berkerja selepas menamatkan pengajian. Waktu tu saya belum berkahwin.

saya kerap keluar masuk hospital dan sebab tu jugak saya dibuang kerja. saya pun paham la, company mane boleh tahan kalau staff asyik mc je. MC plak bukan sekejap.Kereta saya tertunggak lebih 3 bulan dan hampir kena tarik. Badan saya pun mengembang sebab ubat-ubatan yang saya terpaksa saya makan esp steroid. Badan saya naik dari 45kg to 65kg. Time tu saya strss teruk, saya baru nak mula hidup, saya dah di uji dengan ujian yang berat camni.saya mula mempersoalkan apa salah saya sampai kena uji camni.

Kenapa saya yang diberi sakit ni, kena tak orang lain. Mula2 sakit dulu, saya pikir Sakit ni satu musibah untuk saya. Dunia ni dah berakhir dan saya pikir nak pergi buat selamanya je.saya pernah ditahan di zone merah di bahagian kecemasan. Dipasangkan oksigen, X-tray & ECG semua dibuat diatas katil, saya dah macam orang yang tak bernyawa pasrah atas semua tindakan nurse dan doktor. Melihat nurse membuka pakaian saya utk jalani semua prosedur yg dijalankan sebab saya tak mampu menggerakkan tubuh badan saya sendiri.

Betapa lemahnya sya ketika tu.Alhamdulillah, nywa saya masih panjang keadaan saya kembali stabil dan dipindahkan ke wad. Lepas beberapa hari saya dalam wad, anggota badan saya mula naik ruam. Seluruh badan saya merah dengan bebiji air memenuhi tubuh saya.saya jadi rendah diri, malu nak jumpe dengan orang. saya tak bagi kawan2 dan saudara mara melawat saya. Tapi Bf (suami saya sekarang) tetap datang melawat saya.

Ubat yang diberikan hanya untuk mengurangkan tindakan balas autoimmune dan saya perlu bergantung pada ubat-ubatan selamanya. Awak dah tengok sendiri keadaan saya, andai awak nak tinggalkan saya, saya redha dan saya terima.” Apa jawapan yang saya dapat dari dia. “Apa awak ni! saya akan tetap sayang dan saya takkan tinggalkan awak” Allahu Akbar terkedu saya, terharu.

saya pikirkan dia akan tinggalkan saya. Tak ade manusia yang sanggup terima orang yang sakit. Lepas beberapa ketika, saya kena transfer ke hospital untuk dapatkan rawatan daripada pakar SLE. Alhamdulillah lepas refer to pakar, saya tak perlu lagi warded dan tak payah masuk cairan merah la. Tapi saya masih kena follow up setiap bulan. Nampak menyusahkan kena jumpa doktor setiap bulan tapi saya bersyukur sebab saya semakin sihat dan paling penting saya tak payah tido kat ward lagi.Bila keadaan semakin ok, saya mula bekerja balik, Alhamdulillah ade company yang sudi terima pes@kit macam saya.

Lepas dah bekerja, Bf saya ajak kahwin. Kahwin?? Biar betul? boleh ke saya?? saya tak percaya dengan kemampuan diri saya. Ye sekarang saya nampak sihat tapi bila2 masa saya boleh sakit balik. saya bagitaw doktor dan doktor mintak jumpa bf saya.BF saya pergi jumpa doktor. Doktor explaint semua keadaan saya, risiko yang mungkin akan terjadi dan ciri2 kalau autoimmune mula datang. Yang paling doktor tekankan adalah zuriat. Jangan melakkan harapan yang tinggi untuk mempunyai zuriat.Peskit SLE mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kehilangan kandungan dan kehamilan boleh membhayakan diri pes@kit.

P3sakit hanya dibenarkan hamil setelah kedaan pes@kit benar2 stabil. Alhamdulillah BF boleh terima semua tu.Akhirnya kami berkahwin,dari awal perkahwinan saya kena amek perancang kehamilan iaitu cucuk depo setiap 3 bulan. family member suami tahun keadaan saya. Sekarang dah 5 tahun perkahwinan, pernah 2 kali warded tapi Alhamdulillah suami menjaga saya dengan baik.Kami Masih seperti dulu masih belum mempunyai zuriat. Masih berdua dan sentiasa dalam fasa honeymoon.

Sehingga ke hari ni, sakit saya tak penah stabil, sentiasa turun dan naik dan masih tak dibenarkan hamil.saya pernah ingkar arahan doktor, Tahun ke4 perkahwinan saya stop ambik pencegah kehamilan dan saya tak bagitaw suami saya dan saya berjaya hamil. Mula2 dapat tahu saya hamil, kami terkejut, gembira, tsayat semua ada tapi bila doktor bagitaw r1siko yang bakal terjadi pada baby, suami mula risau. Baby berisiko untuk mengalami sumbang disebabkan ibu makan steroid.

Banyak cairan merah yang doktor amek untuk check untuk pastikan dan berharap antibodi negatif (Anti-Ro dan Anti-La) yang boleh menggangu jantung bayi yang boleh menghentikan jantung baby. Tapi berita gembira kehamilan tu hanya bertahan seminggu dan saya mengalami kehilangan kandungan. Antara sebab berlsayanya kegguran adalah disebabkan cairan merah saya membeku dan tak sampai ke janin (disebabkan sakit saya).

Teruk saya kena marah dengan doktor.Bukan doktor sengaja tak bagi tapi dalam keadaan hamil, lebih mudah autoimmune terkena buah pinggang saya. Sebab tu doktor kena mengawal dan memastikan semuanya selamat sebelum membenarkan pesakit hamil. Sedih, memang la saya sedih tapi saya tak pernah menyesal, sekurang2nya kami pernah diberi peluang untuk merasai kehamilan walaupun sekejap. Semua orang marah saya termasuk keluarga saya, dan suami. Dorang marah sebab dorang sayangkan saya.

Masih saya ingat macam mana menggelabahnya semua saya bila menangis sebab s@kit perut dan cairan merah berketul-ketul keluar. Terus kami ke hopital dan doktor check saya dah total misc4rriage. Sedih, menangis suami. “Saya boleh terima kehilangan baby tapi saya tsayat kehilangan awak.” Ya Allah Nikmat apa lagi yang saya dustai. Seorang suami sanggup ketepikan keinginan dia untuk memiliki zuriat kerana sayangnya pada isteri.

Lepas kehilangan kandungan, Suami saya upah orang utk urut, tungku dan sauna cam orang berpantang cumanye takde baby.Alhamdulillah suami saya angat membantu saya. Setiap Pagi saya bangun sediakan breakfast je, yang lain semua suami saya buat. Mungkin disebabkan saya sakit, saya dapat kelebihan tu. Suami saya terima saya seadanya. Badan saya penuh dengan parut, selulit disebabkan steroid. saya tengok diri sendiri pun saya jijik. Muka saya jadi gelap dan moonface.

Tapi suami saya tak pernah pertikaikan semua tu. Disebabkan ujian s@kit ni, MIL saya tak pernah bertanyakan saya soal zuriat, tak pernah bagi saya tekanan dan sangat2 membantu saya. Masa saya kehilngan kandungan, MIL boleh cakap, “Jangan dipikirkan pasal anak. Tak salah kalau kita tak ada anak, jaga kesihatan diri. Jangan krbankan diri sendiri untuk memenuhi kehendak/puaskan hati orang. Mulut orang takkan berhenti bercakap, abaikan.

InsyaAllah anak mak redha dan dia terima kamu seadanya dan mak pun tak kisah. Yang penting kamu sihat dan bahagia.”Allah tu Maha Pengasih, bila saya redha dan terima dengan ujian Dia, Dia bukakan pintu2 rahmah untuk saya. Allah kurniakan saya seorang suami yang sangat2 memahami dan yang paling penting terima saya seadanya dalam sakit dan sihat. Allah kurniakan keluarga dan mertua yang penyayang.

Terima saya dan tak pernah persoalkan hal zuriat. Mereka sangat menjaga. Mertua saya sanggup carikan ubat2 tradisional utk merawat sakit saya especially yang melibatkan kulit saya. Kulit saya berbekas dan penuh dengan parut. Macam2 daun/herba dia cari dan sapukan kat badan saya. Orang2 disekeliling saya, jiran2 dan sedara mara ada bertanyakan saya soal zuriat tapi mereka bertanya dan mereka sendiri yang menjawab “Mungkin ko tak dapat lg anak sebab ko sakit”.

Alhamdulillah disebabkan sakit itu jugak saya tak terus disoal dan ditekan.saya diberikan rezeki, peluang pekerjaan. Alhamdullillah.. Apa lagi yang saya mahukan. Allah bagi saya ujian hanya sedikit tapi rahmah dan nikmat lebih besar Dia berikan pada saya.saya sentiasa berdoa, “Ya Allah sesungguhnya terima dan redha dengan ujian-Mu. Kau berikanlah saya kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Kau adalah sebaik-baik perancang dan perancangan Kau adalah yang terbaik buat kami hamba yang naif lagi tidak mengetahui ini. saya bersyukur ke atas segala nikmat yang Kau berikan kepada saya.”

– Lupus Warrior (Bukan nama sebenar) via iium

Antara komen warganet :

Salju Kencana : Confessor. Kakak aku sama macam kau. SLE. doktor detect dia ada SLE selepas melahirkan anak kedua. Lepas tu dia merancang.. Sampailah ketika dia rindu nak ada baby.. Alhamdulillah dia dapat anak ketiga. Tapi tu la.. Masa mengandung mcm2 ubat dan appointment dia kena pegi. Oh ye. Sejak mengandung pertama lagi, hb dia mmg tak stabil walaupun belum lg detect SLE.

Macam mana kakak aku boleh bertahan? Selain berubat moden, kakak aku berubat tradisional, ruqyah dan perubatan alternatif. Kalau kau berminat nak tahu… Boleh pm aku. Nanti aku share dengan kau. Moga2 keadaan kau bertambah baik dan stabil macam akak aku.

Hanis Masyarah : kuat sis kuat! saya pun one of the lupus fighter. skrg sy dah kena buat dialisis sbb SLE dah attack tissue kidney sy and both dah rosak so terpaksalah dialsis but at the same time, lupus still lagi attack saraf2. sakit sangat tapi perancangan Allah yang terbaik kan. positive jelah.

Marosidah Mior : Dear confessor, Rezeki u, dapat suami dan keluarga mertua yang memahami, bukan semua orang boleh dapat, Allah knows best, Allah tahu apa yang terbaik untuk awak, jadi hargailah dan sentiasalah bersyukur.

Norfadzilah Idris : Dulu saya ada kwn satu wad y SLE.. dari die pregnent smpai bersalin duduk di hospital.. raya pun di hospital..puasa pun sehari aja.. bila janin makin membesar doktor pasang stand pd rahim utk elak bersalin sblum waktu.. dan hanya dibenarkan utk baring rehat shj.. x bleh berjalan2 sgt.. kalau berjalan lebih skit akan turun cairan merah.. kesian betul..die punya doktor pakar shj ada 4 org berlainan bahagian.. dn baby lahir 36w6hari.. ceasor..alhamdulillah.. dpt baby gurl y sihat.. masa tgh operatr doktor ckp rahim die berbentuk sebiji mcm hati.. dan amik gmbr tunjuk kt die.. mmg kuat semangat org2 SLE ni.. moga TT pun tabah dah kuat ye.

5 Tahun Takde Suami Sekali Nikah Pulak Dengan Suami Orang. Ingatkan Beban Ringan Sikit Rupa Rupanya Ada Sesuatu Yang Disorokkan Disebalik Ikatan Ini.

Assalamualaikum… trkasih jika sudi post kisah ini… sekadar ingin meluahkan…betapa skitnyaa untuk bertahan dalam sebuah perhubungan. selepas 5 tahun menjanda akhirnya saya di lamar suami orang kami nikah tanpa pengetahuan isteri dia tapii benda macam ni tak bole simpan lama2 akhirnya di tahu jugaa..

waktu saya jadi isteri simpanan tu memang dah skit sangat.. hanya yang melalui akan paham. jodoh saya. kami tak bercintaa. mungkin dia rasa simpati ke atas saya… saat itu hidup saya daif sangat… di perlakukan suami pertama.. bekas suami kaki pkl, pemalas, saya tggung anak2 dari sejak lahir lagi…

Dia tempat saya mengadu… kerana itu memang kerja dia.. untuk membantu ibu2 tunggal macam kami… bukan niat nak merampass… dulu pun saya ngeri tengok orang bermadu2… sapa tahu akhirnya jadi kat saya… tapii alhmdulillah isteri prtma suami… terima saya sebagai madu… masa tu hanya kami2 je yang tahu…

mak mertua pernah marah saya… sebab family mereka smua sayang kat isteri pertama suami… nak di jadi kan cerita… kadang kami elok kadang kami makan hati.. BERMADUU… hanya yang mengalami akan tahu… saya hidup tanpa ada nafkah dari suami sekarang apa lagi anak2 bukan daging suami… saya tanggung makan minum kami sndiri… suami pertama dah lebih entah ke mana.. tak dapat di jejaki…

saya kerja biasa2.. duit gaji dari mula kahwin suami saya pegang. saya kerja siang malam. dia cuma bagi semingu rm 50 sahaja untuk bekal… makan hati juga laa. sampai lah ada satu tahap saya brbalah dan minta sekeras2nyaa kad atm saya… selama 6 tahun juga dia simpan.

Tapi isteri pertama asyik cakap nafkah dia anak beranak tak cukup dia banyk iri hati dengan saya… dia buruk sangka dia cakap suami banyk lebihkn saya… padahal harta d rumah semua milik saya sndiri bukan suami… hasil duit saya… kalau ada pun mintk suami belikn.. lepas tu saya bayar sikit2… sebab kad dia dah pegang…

sedang madu saya simpan duit snyap2. tapii dia cerita kat saya tak suruh bagi tahu kat suami kami. ok laa tak ape. tapi isteri dia still cakap duit nafkah tak cukup padahal gaji saya dengan suami semua di laburkn pada anak2 dia dengan dia.

Makan hati jugak laa dah istri ke 2. telan jelah, sapa suruh erkk… sebab dah kejap2 elok. BERMADU. akhirnya dia meminta untuk di lepaskn dengan alasan suami tak mampu..senyap2…habis jee tempoh iddah dia terus nikah dengan lelaki yang sebaya anak sulung dia orang dengan suami, dia jemput kami ke majlis kahwin tu…

mula la bersambung kisah hidup saya yang perit lagi skit… anak dia 6 orang suami saya ambil ahli untuk jaga mereka semua.. alasan dia bekas istri dah lupa anak2 asyik dengan suami dia yang mudah tu… tak berenggang dah smpai anak2 semua asyik kebuluran d rumah…

Dah laa anak2 saya sndiri saya tanggung hidup diaorang… ape salahnya korang berbahagi jaga anak2… ramai tuuu semua serah kat saya. Saya ade bawa mereka bincang. tapi masuk kanan keluar kiri. takde makananya… semua dengan ego masing2.. akhirnya saya akurr, saya terima smua, saya dah anggap macam anak2 saya jugaa, dengan kerja dari pagii smpai ke malam.

tak apelaa mungkin ini rezekii kami lagi pun saya dah biasa hidup susah, yup suami pun dah berduit…saya pun begituu gaji ade laa sikit2… alhmdulillah…CUMA MASALAHNYA SEKARANG…SUAMI SUKA MENGASARI ANAK2 SAYA…ANAK SAYA SMUA DALAM KETAKUTAN KADANG LARI TUMPANG RUMAH KAWAN DORANG… selama 10 tahun mereka dalam ketakutan tak pernah bebas di rumah sendiri, untuk pengetahun dari dulu lagii dia suka skiti anak2 saya…

suami seorang yang sangat bengis…mula kenal dia watakanyaa sangat lemah lembut,.tak sangka pecah tembelang bila dah kahwin, kadang dia pernah mengasari anak2 sebab saya belikn anak sulung hand phone, lepas tu ke 6 semua anak2 dia belikn fon juga… niat nak suh dia anggap anak2 saya macam anak kandungnya sendiri tapii sapa la saya untuk memaksa malah dia mengasari mental dn fizikal anak2 saya.

Skittt ya Allah… satu dugaan aku tempuhi…entah mungkin sehingga nafas ini terhenti… saya dah takut untuk berpisah… tapi dalam masa yang sama…dia semakin dn semakin mengasari anak2 saya… dia semakin benci kat anak2 saya…hilang arah saya di buatnya skrg ni…

Sekarang anak2 saya pun dah mula panjang langkah tak nak balik rumah dgn alasan rasa tak seronok tinggal di rumah, suami lagi bertmbah ego bila anak2 tunjuk besar kepala, memang saya buntu sgt dgn sikap suami. Kalau ikutkan hati mmg saya nk minta dilepaskan. Saya tak sanggup hadapi semua ni. Tolong doakan saya agar sy kuat.

Tak Suka Dengan Biiini Sendiri Sbb Lemak Dan Bau Busuk Lepas Bersalin. Laki Sendiri Sampai Cari Orang Lain. Tergamam Akhirnya Ini Yang Berlaku Pada Isterri Buat Suami Menyesal.

Assalamualaikum admin dan warga krt mohon hide kan profil anak sedara saya sebab saya tak ada facebook. Saya berumur 35 tahun. Saya berkenalan dengan seorang perempuan. Anak angkat pak sedara saya. Dia seorang anak yatim piatu. Seorang wanita yang cantik dan solehah. Kami kenal dari kecil. Dulu perasaan hanya sekadar kawan namun tiba2 perasaan cinta itu muncul.

Aku luahkan padanya kalau aku suka dia. Tak sangka dia terima dan kami terus terang pada org tua. Dan secepatnya kami bernikah kerana usia pun sudah lanjut.. Dengan hanya hantaran 2k dan mas kawin. Kami sah bergelar suami isteri. Kami bahagia, aku sayang isteriku dan isteriku sayang aku..

5 bulan selepas pernikahan isteriku di sah kan hamil. Bahagia nya aku ya Allah. Namun selepas isteriku hamil, dia mula menolak bila aku ajak bersama. Katanya sakit. Namun aku tidak peduli. Yang aku tahu dia kena layan aku.. sebelum isteriku hamil pun. Aku selalu minta dia melayanku walaupun dia tengah datang bulan. Ya Allah berdosa nya aku..

Selepas isteriku melahirkan anak. Dalam keadaan lepas berpantang. Aku minta dia melayanku. Dia menolak kerana ada kesan jahitan namun aku meminta dia melayanku melalui belakang. Dia akur dengan permintaanku. Aku terlalu sayang isteriku.. pernah sekali isterku mengadu sakit di bahagian bawah. Aku cakap mungkin sakit lepas bersalin jadi aku hanya urut2 isteriku dengan minyak.

Selepas isteriku habis berpantang aku rasa ada sesuatu yang aneh pada tubuhnya perut isteriku berlemak. Punggung mengelebar aku mula rasa geli. Bila bersama, lemak itu bergoyang2. Aku mula kurang sentuh isteriku. Selepas dia melahirkan anak. Badan dia mula mengeluarkan bau semacam. Kepala dia bau, lemak ketul sini sana. Akhirnya aku kenal dengan seseorang.

Lepas kenal gf aku, aku mula abaikan isteriku. Dia sms aku tak balas, dia call aku tak jawab. Gf ku ni janda anak 2. Walaupun dia janda tapi tidak seperti isteriku anak 1 tapi badan lagi teruk dari janda.. Setelah kami berkenalan agak lama. Akhirnya kami terlanjur. Aku dan gf aku terlanjur. Dia pandai layan aku berbanding isteriku yang hanya pasang baring seperti batang pisang dan gf aku layan aku bermacam2 bentuk.

Akhirnya aku hanyut dengan dunia aku. Bukan sekadar janda aku kenal tapi anak dara dan isteri orang pun ada. Aku mula abaikan isteri dan anak aku. Dalam keadaan isteriku hamil aku abaikan dia. Aku dah mula benci tengok mukanya.. aku ada niat nak lepaskan dia.

Pernah sekali aku kantoi ngan isteri aku. Isteriku minta aku lepaskan dia. Dan aku cakap lepas anak lahir aku lepaskan kau. Allahuakbar. Aku tau aku salah min. Aku tak fikir kan perasaan isteri aku. Aku biarkan dia jaga anak sorang2, bangun malam sorang2 buat kerja sorang2 solat sorang2. Aku dah tak ada perasaan masa tu..

sampai satu tahap aku keluar rumah, aku tinggal rumah awek aku. Isteri aku call semua aku tak angkat siap block dia. Tiba2 ada seorang wasap aku. Dia cakap isteri aku kat hospital. Aku tak tengok langsung isteri aku.. Keluarga cari aku pun aku tak peduli. Akhirnya aku dengar dari kawan aku sendiri kalau isteriku keggran dan sekarang isteriku tak sedarkan diri dan dia juga mengidap sakit rahim tahap 4 dan mungkin tidak dapat diselamatkan.

Penyakit nya dah lama tapi dia rahsiakan dari aku dan dia juga tidak menjalani apa2 rawatan sampailah dia pengsan d rumah semasa dia kejar aku dan masa tu aku tolak dia sampai jatuh. Nasib ada jiran nampak dia pengsan di ruangan parking. Ya Allah bersalahnya aku. Sekarang aku yang jaga anakku. Isteriku masih tak sedarkan diri. Makan tak boleh, bangun tak boleh, bercakap tak boleh. Tolong doakan isteri aku sedar. Aku nak cium kaki dia. Aku nak minta maaf ya Allah..

Sumber : KRT

Hargai Suami & Isteri Anda, Mungkin Esok Lusa Salah Seorang Akan Pergi

Ingatlah bahawa yang paling berharga di rumah kita bukan perabot, bukan peralatan elektronik, komputer, barang-barang antik atau barang perhiasan. Tetapi yang paling berharga ialah manusianya, yakni pasangan hidup kita. Dialah “modal insan” yang wajar dihargai lebih daripada segala-galanya.

ADAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG PASANGAN?

Soalnya, adakah kita telah benar-benar menghargai isteri atau suami lebih daripada barang-barang yang berada di rumah kita? Cuba renungkan, betapa ramai suami yang lebih prihatin tentang kereta berbanding isteri mereka. Batuk isteri yang berpanjangan semacam tidak kedengaran tetapi “batuk” kereta sedikit sahaja sudah segera dihantar ke kedai untuk  diperbaiki.

Bila enjin kereta “anh” sedikit sahaja bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan, ditune semula agar bunyinya  kembali normal. Sebaliknya, isteri yang batuk-batuk, lenguh dan pucat mukanya dibiarkan saja. Alasannya, itu sudah adat, badan sudah tu. Itu belum dikira lagi suami yang “kaki pancing” yang setiap hujung minggu berkepit dengan joran dan umpan, tega membiarkan isteri kesepian di rumah. Isteri juga apa kurangnya?

Ada para isteri yang leka dengan orkid dan barang antik, dibelek dan dikelek siang malam, sedangkan suami terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya. Ada juga suami yang workaholic, bekerja siang malam, tidak mengenal istilah cuti dan rehat. Apabila ditanya mengapa begitu sibuk dengan kerja? Jawabnya, demi isteri dan anak-anak. Ironinya, dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan isteri dan anak-anak.

Ya, mencari duit sehingga tidak sempat menikmati duit itu. Gigih mencari wang, tidak kira siang atau malam. Malangnya, apabila duit wang sudah terkumpul, kesihatan pula tergadai, rumah tangga berkecai, isteri dan anak-anak terabai.

Tegasnya, hargailah isteri dengan tindakan. Bukan hanya dengan ucapan. Jika benar ingin membahagiakan isteri, luangkan masa, krbankan tenaga dan tumpukan seluruh perhatian untuk membahagiakannya. Jika ada yang bertanya, bagaimana kita boleh menghargai pasangan kita di tengah kesibukan dunia moden yang begitu hebat? Jawabnya, insya-Allah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.

Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Kata orang, kasih, cinta dan sayang umpama aliran air, sentiasa tahu ke arah mana ia hendak mengalir. Mulakan memandangnya dengan pandangan kasih. Mungkin wajah isteri kita sudah kedut tetapi insafilah mungkin separuh daripada kedutan di wajah itu kerana memikirkan kesusahan bersama kita.

Uban telah memenuhi kepala pasangan kita tetapi itu bukan uban sebarang uban tetapi ubat yang tumbuh kerana kesusahan memikirkan kebahagiaan kita dan anak-anak. Pandanglah wajah pasangan kita dengan pandangan mata hati (bukan semata-mata dengan mata biasa). Kalau dulu semasa bercinta, pandangan kita dari mata turun ke hati. Tetapi kini, biarlah pandangan kita lebih murni. Bukan lagi dari mata turun ke hati tetapi dari hati turun ke mata.

Dengan ini, yang kita lihat bukan bodynya lagi tetapi hati budinya. Yang kita pandang seharusnya bukan lagi urat, tulang dan daging tetapi suatu yang lebih murni dan hakiki, yakni kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, jaya, pengrbanan, pendertaannya yang sekian lama telah dilalui bersama kita!

Daripada pandangan mata hati itulah akan lahir sikap dan tindakan yang membuktikan rasa cinta. Justeru, cinta itu tindakan. Tindakan yang tidak mengenal jemu dan lelah. Bak kata penyair; bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan untuk dijadikan kerongsang, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya dan mahu dijadikan mentari sebagai sinar dalam duka dan laranya.

Ah, manusia sebenarnya tidak perlu diajar jalan membelai dan mempamerkan rasa cintanya. Apabila sudah ada rasa cinta yang mendalam dalam jiwa, jalan untuk menzahirkannya akan datang dengan sendirinya. Justeru, cinta itulah yang menyalakan kemahuan. Kemahuan itulah yang mencari jalan!

Mungkin si kaya pulang bersama cincin permata untuk menghargai si isteri. Sebaliknya, petani hanya membawa sebiji mangga untuk dimakan bersama permaisuri hatinya. Masing-masing dengan cara dan kemampuan sendiri. Itu bukan masalahnya, selagi ada cinta.

Buruh yang pulang bersama keringat disambut senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri, tentunya lebih bahagia berbanding seorang jutawan yang hanya disambut di pintu vilanya oleh orang gajinya. Begitulah ajaibnya cinta yang dicipta Allah SWT, ia hanya boleh dinikmati oleh hati yang suci. Ia terlalu mahal harganya. Intan, permata tidak akan mampu membeli cinta!

Hargailah sesuatu yang dekat dengan kita. Mlangnya, kita selalu terlepas pandang kepada sesuatu yang “terlalu dekat”,  ada kalanya jauh lebih sukar untuk dilihat berbanding yang jauh. Begitulah. Isteri di depan mata, keberadaannya ada kalanya kurang dihargai dan dirasai kerana … sudah terlalu dekat.  

Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton televisyen berbanding bercakap dengan isteri. Di negara kita, apa kurangnya. Tiga jam menonton bersama, namun sepatah kata pun tidak terkeluar untuk berbual. Suami dan isteri sibuk melayani fikiran masing-masing walaupun mereka duduk berhampiran.

Lebih-lebih lagi apabila duduk berjauhan. Mereka seolah-olah terlalu lokek untuk  bertanya khabar apalagi bertukar-tukar cerita. Ada kalanya, bertanya khabar kepada teman-teman jauh lebih banyak berbanding dengan isteri sendiri. Namun, bila isteri atau suami sakit – katalah hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka ketika itu timbullah penyeslan yang tak sudah. Puaslah menangis kerana tidak dapat mendengar suaranya lagi. 

Pada waktu itu barulah kita duduk di tepi katil hospital, merenung mata isteri atau suami, yang hanya mampu berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara … “Bersuaralah isteriku, bercakaplah dengan suamimu,” rintih hati. Tetapi, rintihan tinggal rintihan. Segalanya sudah tidak berguna lagi.

Hidup terlalu singkat dan hidup hanya sekali. Yang pergi tidak akan kembali. Kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti tetapi tidak semua yang patah boleh tumbuh semula. Adakah anak, isteri, suami yang pergi, akan pulang semula? Justeru, hargailah selama semuanya masih ada. Pulanglah

ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. Hargai dan sayangi isteri atau suami kita. Mungkin esok, kita tidak pulang atau dia yang tidak pulang. Cinta sewaktu senja sebenarnya sedang berlmba dengan nywa. pemergian boleh datang tiba-tiba. Mungkin kita yang “pergi” atau dia yang “pergi” dulu.

Sumber : Ustaz Pahrol Mohammad Juoi