Dah sedia jadi suami. Harris Alif dedah sudah siap sedia melangkah ke fasa baharu dan jawab faktor umur yang menjadi bualan warganet serta persediaan menjadi suami

Artis

Pasangan ini bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan.BAKAL mendirikan rumah tangga dalam usia yang masih muda, pelakon dan pengacara Harris Alif berkata dia sudah bersedia untuk melangkah ke fasa baharu bergelar seorang suami.Menurut Harris, 21, dia tidak menjadikan perbezaan usia sebagai penghalang untuk dia menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati yang juga pelakon Intan Ladyana.

“Bagi saya kalau nak cakap soal jodoh ni kita tak tahu bila… ini bukan kali pertama orang berusia 21 tahun berkahwin, bukan perkara pelik dan mengejutkan sebab ada orang lagi muda yang masih bersekolah dah berkahwin.”Semestinya sebagai seorang lelaki yang nak jadi suami dan memimpin keluarga, saya dah buat persediaan sendiri. Segala tunjuk ajar saya terima dari ibu bapa, Alhamdulillah tak ada masalah mengenai persediaan ini.

“Saya pun banyak bercampur dengan orang lebih dewasa yang dah ada keluarga, daripada situ kita belajar tengok kerenah anak-anak dan sebagainya… jadi benda-benda ini kita ambil sebagai persediaan sendiri, tak perlulah nak tanya orang macam mana nak kahwin!” katanya kepada mStar.

Harris sudah bersedia pikul tanggungjawab menjadi seorang suami.Pada Selasa, Harris Alif dan Intan Ladyana mengumumkan mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan.Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Meskipun terdapat perbezaan usia, Intan berkata Harris seorang lelaki yang matang dalam perhubungan.Justeru itu, dia terbuka hati menerima lamaran penyanyi lagu Anugerah itu dan bersedia menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya itu.Intan suka sifat matang yang ditunjukkan Harris meskipun usia kekasihnya itu masih muda.

“Sebenarnya tiada isu lelaki lebih muda atau tua… sebab kalau Allah dah kata itu jodoh kita, itulah jodoh!”Kalau dia umur 40 tahun tapi tak matang, macam mana nak kahwin! Jadi saya tak kisah tentang usia kerana itu hanya angka dan bukan ukuran menentukan kematangan seseorang.”Sejak awal perkenalan saya nampak Harris lebih matang dari usia… lihat cara dia bercakap, mudah untuk berkomunikasi kerana apa yang saya cuba sampaikan dia faham.” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Lama Menyepi Akhirnya Terjawab Teka Teki Tentang Hubungan Harris Alif Dan Intan Ladyana. Rupa Rupanya Ini Tarikh Nikah Yang Mereka Umumkan.

HAMPIR setahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan. Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Harris, 21, berkata itu bukan penghalang untuk mereka meneruskan niat mendirikan rumah tangga.

“Hari ini cukup istimewa kerana bersaksikan semua kami ingin mengumumkan tarikh perkahwinan kami berdua. “Tarikh perkahwinan kami ialah 6 Februari ini… kita nak ambil tarikh lain tapi ada orang dah ambil jadi kami berbincang pilih tarikh ini, ia akan jadi tarikh cukup bermakna buat kami berdua.

“Majlis nanti tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya. Pasangan ini akan bernikah pada Februari depan.

Harris dan Intan mengumumkan berita itu menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian pada Selasa. Pasangan ini akan bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Turut diadakan malam berinai dan majlis bertandang. Pada 5 Disember tahun lalu, foto Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.

Peminat teruja apabila mengetahui pasangan ini menjalinkan hubungan cinta pada Mei tahun lalu. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hubungan itu.

Harris bagaimanapun menjelaskan foto romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Anugerah. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar

Tular Tengang Foto Harris Aliff Lamar Intan Ladyana. Mengejutkan Rupa Rupanya Itu Hanya Gimik Lancar Lagu. Harris Aliff Tampil Bongkarkan Cerita Sebenar

FOTO tayang cincin yang mencetuskan spekulasi pengacara dan penyanyi Harris Alif sudah melamar kekasihnya Intan Ladyana rupa-rupanya hanya gimik untuk lagu baharu berjudul Anugerah. Pemilik nama sebenar, Harris Alif Nor Rashidi, 21, menjelaskan foto aksi romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu berkenaan yang dilancarkan pada Jumaat.

“Bagi saya biasalah kalau penyanyi nak berkongsi gambar babak-babak dalam muzik video lagu mereka. Bila kita nak keluarkan satu-satu lagu atau projek baharu, kita kena bagi sesuatu untuk buat orang tertunggu-tunggu, jadi saya boleh katakan ia sebagai gimik juga.

“Setakat ini, penerimaan peminat terhadap lagu ini sangat memberansangkan. Single ini juga saya tujukan buat Intan kerana ia merupakan lagu romantis yang boleh dikaitkan dengan kisah cinta sesiapa jua di luar sana,” katanya kepada mStar.

Anugerah merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Archie Nasution dan diedarkan oleh Sony Music Malaysia. Sementara itu, mengulas tentang hubungan cinta mereka, Harris berkata, dia dan Intan dalam perancangan untuk ke fasa seterusnya.

Katanya, mereka juga mahu terus melangsungkan pernikahan tanpa mengadakan majlis pertunangan. “Memang dari awal perkenalan dengan Intan, kami ada berbual mengenai masa depan dan ikatan perkahwinan. Kami mungkin akan terus melangsungkan majlis pernikahan tanpa bertunang.

“InsyaAllah, saya akan beritahu kepada pihak media bila tiba masanya nanti. “Kita tunggu sahaja majlisnya nanti, buat masa sekarang memang saya tidak boleh komen apa-apa mengenai hal itu,” katanya. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei lalu, Harris mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu. Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Bukannya Menghilangkan Diri Tapi Ada Sebab Lain. Setelah Sekian Lama Menyepi Dalam Industri Lakonan. Kini Intan Ladyana Tampil Beri Penjelasan Kepada Semua.

PELAKON Intan Ladyana mengakui dia tidak pernah menghilangkan diri dari industri seni namun hanya kurang aktif dalam dunia lakonan kerana kini lebih memilih watak. Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 38, dia enggan membawa watak yang sama memandangkan sudah lebih 10 tahun dalam bidang tersebut.

“Saya tidak menghilang… ada saja. Cuma tidak aktif seperti dahulu yang selepas satu drama, ada lagi drama lain. Saya ada saja terima tawaran tapi agak memilih juga. “Sebabkan saya dah lama berlakon dan bawa pelbagai watak. Jadi, saya mahukan kelainan sebab itu agak memilihlah,” kata Intan kepada mStar.

Intan menceburi bidang seni pada usia 23 tahun dengan menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/06 anjuran majalah Remaja. Dia membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham.

Ada saja watak sampingan yang memberi impak yang lebih baik kepada penonton. Dalam pada itu, pelakon filem Town Mall ini memberitahu dia tidak berasa tergugat dengan kehadiran bintang-bintang baharu yang lebih muda daripadanya.

Kata Intan, dia percaya masing-masing mempunyai rezeki dan watak yang ditawarkan sudah tentu bersesuaian dengan usia mereka. “Rezeki masing-masing dan setiap drama ada watak yang berbeza. Pelakon baharu yang muda mungkin tak boleh pegang watak yang sesuai dengan kita.

Intan tidak pernah berasa tergugat dengan kehadiran bakat baharu. “Saya pun tak kan nak bawa watak budak sekolah lagi… dah tak sesuai. Mereka pun, tak mungkin boleh bawa watak seorang ibu anak tiga. “Bagi saya, watak kami tidak sama. Orang berusia macam saya, diberikan watak yang lebih matang. Saya terbuka nak ditawarkan watak yang sesuai dengan usia saya.

“Tak semestinya kalau kita bukan bawa watak heroin, kita tak akan dikenali. Ada saja watak sampingan yang memberi impak yang lebih baik kepada penonton. Sebab itu wujudnya anugerah pelakon pembantu terbaik,” ujarnya.-MSTAR

Nafikan bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan. Akhirnya Intan Ladyana tampil bersuara bongkarkan sesuatu tentang hubungannya dengan Harris Alif. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Pelakon Intan Ladyana, 38, menafikan bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Harris Alif, 21, pada awal tahun hadapan seperti yang didakwa warganet. Intan ketika ditemui Gempak berkata, sekiranya dia dan Harris merancang untuk berkahwin, berita gembira tersebut pasti dikongsi kepada para peminat.

“Saya pun baru dengar cerita ni. Kalau berita tersebut benar, takkanlah saya tak beritahu kepada semua,” katanya. Sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan pelakon cantik ini merancang menamatkan zaman solonya pada Mac 2021.

Intan kemudian mengatakan dia lebih selesa kisah peribadinya tidak menjadi perhatian umum. “Orang yang mengenali saya pasti tahu, sejak dulu pun saya tidak suka sangat berkongsi kisah peribadi. “Saya lebih selesa privasikan kisah peribadi apa lagi perihal cinta kerana kalau tidak menjadi, malu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikan duta produk kecantikan AG Beauty di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai hubungan cintanya dengan lelaki yang lebih muda, Intan berkata ia tidak menjadi masalah kerana Harris seorang lelaki yang matang berbanding usianya. “Harris tak macam lelaki seusianya yang lain. Ada sesetengah perkara dia lebih matang daripada saya, tapi terlalu awal untuk saya menceritakan tentang ini kerana kami baru menjalinkan hubungan.

“Setakat ni semuanya okay. Normal untuk kita belajar perkara baru ketika dalam fasa mengenali hati budi seseorang,” katanya. Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya. Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei lalu.

Harris enggan berahsia

SIAPA sangka, perbezaan usia 17 tahun bukan satu halangan buat pelakon dan pengacara, Harris Alif, 21, menakluki hati aktres Intan Ladyana, 38, pada awal tahun ini. Mengakui pelakon filem Adnan Sempit dan Jangan Pandang Belakang itu memiliki personaliti unik serta matang dalam segala hal membuatkan dirinya terpikat untuk mengenali hati budi wanita itu.

Harris atau nama sebenarnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, Intan seorang wanita yang berterus terang dan tidak banyak ‘drama’. “Saya terpikat dengannya bukan sebab dia pelakon dikenali. Tapi, dia seorang yang matang dan tidak terlalu rumit untuk saya rapat dan kenal.

“Dia juga sangat berterus terang dan tidak banyak ‘drama’. Hubungan kami berjalan dengan mudah setakat ini. Dia tahu apa yang dia mahu capai dalam hidup sekali gus membuatkan saya selesa berkawan. “Ada mempertikaikan kenapa saya memilih wanita berusia sedangkan ramai gadis muda. Bukan soal usia menjadi ukuran, ia lebih kepada keselesaan apabila saya bersama seseorang,” katanya.

Dilihat bersikap terbuka dalam berkongsi kisah cinta di media sosial, Harris mengakui enggan terlalu berahsia mengenai hubungannya dengan Intan. Harris berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana percaya lambat atau cepat kemesraan cinta mereka akan dihidu peminat.

“Saya bukan bersikap terlalu terbuka sebaliknya tiada apa yang perlu dirahsiakan ketika ini kerana ramai sudah mengetahui kisah cinta kami. “Bagi saya, tidak menjadi satu masalah kalau berkongsi, sebab kami bukan buat benda jahat pun.

“Lagi pula, saya tidak dedahkan semua perkara mengenai hubungan kami di media sosial. Masih ada privasi dan cerita yang kami simpan berdua,” katanya. Menurut Harris, dia juga tidak menyangka foto bersama yang dimuat naik di Instagram sewaktu Aidilfitri lalu menjadi kecoh sekali gus mendapat perhatian yang meluas.

“Saya tak jangka kisah saya akan menjadi tular sehingga hampir semua orang tahu. Jika, diikutkan ramai sahaja yang ambil gambar raya berdua tapi gambar kami juga yang menjadi perhatian. “Namun, saya okey saja kerana apa yang dikongsikan itu adalah perkara baik. Mungkin cerita ini sedikit sebanyak dapat membantu karier seni saya,” katanya.

Sebelum ini, kisah cinta Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga hangat diperkatakan apabila berkongsi gambar bersama Intan di laman Instagram pada 6 Mei lalu. Seterusnya, pada Syawal kedua, pasangan berkenaan memuat naik gambar mengenakan baju rona sedondon.

Harris sekali lagi memuat naik gambar berdua ketika meraikan ulang tahun Intan ke-38 pada malam 2 Jun lalu. Pada majlis ulang tahun Intan, Harris meraikan kekasihnya dalam majlis makan malam berdua. Dia turut menghadiahkan Intan kucing baka British Short Hair (BSH).

Ubah

Mengakui perkongsian mengenai hubungan cinta dengan Intan memberi seribu satu makna tersendiri. Harris berkata, sejak berkongsi berita perhubungan mereka, dia dapat mengubah mentaliti sesetengah orang yang menganggap dirinya masih selebriti remaja dan ‘budak sekolah’.

“Mungkin hubungan ini ada hikmah tersendiri. Jujur, selepas saya berkongsi fasal hubungan ini ramai yang kata saya bukan lagi pelakon budak-budak sekolah. “Selama ini saya akui bukan mudah nak ubah pemikiran orang yang masih anggap saya selebriti kanak-kanak memandangkan saya bermula aktif dalam industri sejak di bangku sekolah rendah.

“Sedangkan sudah lama saya sudah tidak melakonkan watak kanak-kanak atau remaja kerana lebih aktif dalam bidang pengacaraan. Tapi kali ini orang melihat sisi berbeza saya,” katanya. Enggan terburu-buru menyentuh perihal fasa seterusnya memandangkan hubungan yang berputik masih baru, namun Harris mempunyai perancangan tersendiri.

“Doakan saja yang baik-baik. Nak kata ada sebarang perancangan untuk fasa seterusnya, memang tiada kerana masing-masing fokus dengan karier seni,” katanya ringkas. Menyentuh mengenai kerjaya seni, pengacara program Mpop! itu bersyukur apabila diberi peluang mengacarakan program infotainment itu sejak awal Januari lalu.

“Alhamdulillah, satu peluang yang menyeronokkan kerana program ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Meski bersiaran selama lima minit tapi, saya perlu pastikan topik yang dikongsikan itu sampai kepada penonton.

“Malah sebagai pengacara saya perlu memahami segala cerita yang disampaikan. Jadi, perlu ambil tahu mengenai perkembangan dunia seni supaya tidak ketinggalan,” katanya. Program Mpop bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu di TV3, jam 12.55 tengah hari dan TV9, jam 8.30 malam selama lima minit. Selain Harris, program terbabit turut dihoskan oleh Hani Fadzil dan Nina Nadira secara bergilir-gilir.

Intan Ladyana buka cerita tentang Harris Alif, kongsi sebab tertarik dengan lelaki muda – “Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya”

KISAH hubungan cinta Intan Ladyana dengan pelakon muda Harris Alif menerima pelbagai reaksi, namun aktres itu tetap positif dengan pilihan hatinya. Bagaimanapun menurut Intan, 38, buat masa ini dia tidak selesa untuk berkongsi secara terperinci mengenai hubungan mereka secara terbuka.

Pemilik nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya ini berkata dia tidak mahu terlalu berkongsi kisah peribadinya kepada umum kerana bimbang hubungan tersebut tidak berakhir seperti yang diinginkan. Intan selesa menjalinkan hubungan dengan Harris walaupun berbeza usia. “Kenal dah lama tapi mula rapat awal tahun ini. Baru beberapa bulan lalu kami bercinta. Kalau ada (bakal berkahwin), mesti akan beritahu. Tak mungkin saya tak nak beritahu.

“Sejak daripada dulu saya suka keep in private. Tiba-tiba kalau tak jadi nanti malu. Lebih baik diam. Tak selesa cerita fasal peribadi. “Bercinta dengan lelaki berbeza umur ni tak salah. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak bercerita sangat. Takut orang lain pun bercakap benda itu dan saya tak suka, ” kata Intan kepada mStar.

Intan ditemui ketika sidang media pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk AG Beauty di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Isnin. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei lalu, Harris atau nama sebenar Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berusia 38 tahun itu.

Intan memilih untuk tidak terlalu terbuka bercerita tentang kisah peribadi. Pengacara program M-Pop itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Dalam pada itu, meskipun Harris lebih muda namun Intan menganggap teman lelakinya itu seorang yang matang dan mereka juga mudah berkomunikasi antara satu sama lain.

“Dia lebih matang daripada usianya dan senang nak berkomunikasi. Dia faham apa yang kita nak sampaikan. Selalunya perbezaan umur ini susah nak berkomunikasi… tapi dengan dia tidak. “Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya.

Saya pun baru mengenali dia, jadi tak tahu sangat lebih mendalami mengenai dia. Kita pun belajar benda baru daripada orang lain. “Memang tak ada masalah, kalau dah itu jodoh… lebih tua ke atau muda, nak buat macam mana. Tapi kalau dah memang ada keserasian dengan orang lebih berusia atau muda, saya okay saja, ” ujarnya.-Mstar

Cerita peribadi hanya untuk saya – Intan Ladyana

PELAKON Intan Ladyana tetap berpegang dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai hal peribadi. Kata Intan, sama ada dia kini sedang menjalin hubungan dengan seseorang atau masih solo, biarlah dia saja yang tahu.

“Ada atau tiada, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan rahsiakan sampai tiba masa sesuai untuk dikongsikan. Bagaimanapun, buat masa ini tidak ada apa-apa yang perlu saya katakan. “Memang dari dulu lagi pun saya kurang gemar berkongsi hal peribadi. Bagi saya, cerita peribadi itu adalah hanya untuk saya,” katanya yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, hari ini.

Bakal muncul dengan telefilem Antara Dua Deru, Intan menegaskan dia masih berlakon namun lebih memilih karya dan watak yang belum pernah dilakonkan sebelum ini. “Walaupun jarang muncul di kaca televisyen tetapi saya masih berlakon. Sebelum Ramadan lalu saya menjalani penggambaran untuk telefilem Antara Dua Deru. “Mungkin peminat nampak saya kurang berlakon tetapi saya agak kerap juga buat penampilan khas dalam mana-mana majlis. Kehidupan saya pun okey saja walaupun tak banyak berlakon,” katanya.

Semalam Disahkan Positif Covid 19. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Aktiviti Terkahir Yang Harris Annuar Lakukan Sampai Pecah Rekod.

Baru berkongsi beberapa posting di Langkawi menerusi laman Instagram, pelakon Harris Annuar dilaporkan dijangkiti C0vid-19. Menerusi hantaran terbaru, pelakon berusia 27 tahun itu disahkan positif j4ngkitan vir-us tersebut selepas menjalani fasa pertama ujian saringan C0vid-19 di sebuah klinik semalam.

‘Diharapkan kontak rapat saya buat ujian saringan’

Pelakon dan personaliti media sosial Harris Annuar menasihatkan kontak rapatnya sejak dua minggu terakhir membuat ujian saringan C0vid-19. Ini susulan dia disahkan Covid-19 setelah pulang daripada bercuti di Langkawi.“Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. Harris disahkan positif C0vid-19 selepas menjalani ujian saringan dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam.

Dia kini sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua yang dijalankan pagi tadi. Sementara itu, katanya, dia menjalani kuarantin di rumah bersama seorang rakannya yang turut didapati positif. “Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain.“Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan,” katanya. Dia berkata masih menunggu panggilan rasmi Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut serta memohon maaf atas segala kesulitan.

Terdahulu, bekas finalis Hero Remaja 2017 itu ada memuat naik beberapa posting dengan lokasi yang terletak di Langkawi namun tidak pasti sama ada sempena sambutan Tahun Baru’.Beliau juga telah membuat rekod Naik Basikal Dari Rumah Ke Langkawi.

“Saya Je Artis Tempatan Yang Buat Kerja Ni,” – 540KM Dalam Masa 3 Hari, Harris Annuar Naik Basikal Dari Rumah Ke Langkawi

Selagi tak cuba, kita tidak akan pernah tahu. Meski pun kadang kala kita merasakan sesebuah perkara tersebut di luar kemampuan kita, berkat semangat juang dan keazaman yang tinggi segalanya pasti tak mustahil. Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon muda, Harris Annuar apabila dia berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 KM bermula dari rumahnya sehingga ke Pulau Langkawi.

Menurut Harris, dia berasa sangat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana menyifatkan hanya dia sahaja daripada golongan artis yang berjaya menyempurnakan cabaran ‘tak masuk akal’ tersebut. “I guess im the only local celeb that done this shit!I deserved congratulations from every single of you! Langkawi from Home #540KM #BangkitBotak,” tulisnya.

Entri berkenaan dikongsikan oleh pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 itu menerusi akaun Instagram miliknya. Video berdurasi hampir 20 saat tersebut ternyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 300,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen.

Malah, Harris turut berkongsi perjalanan kayuhan selama tiga hari itu menerusi story highlight ruangan Instagram miliknya. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis berasa sangat kagum dengan pencapaian tersebut selian turut menitipkan ucapan tahniah buat Harris.

Sebelum ini, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini pernah melakukan cabaran yang sama apabila berbasikal sejauh 375KM dari rumahnya sehingga ke Cherating, Pahang.

Sumber: Instagram Harris Annuar