Dapat isteri cantik tetapi nafkah langsung suami tak bagi. Sampaikan isteri dia tanggung dari A sampai. Satu hari isteri minta bak berpisah dan ini jawapan mengejut dari suami dia

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk makluman kaum wanita yang ingin berkahwin dan mahu memilih bakal suami,seharusnya anda lebih berhati hati. Ini kerana perkahwinan itu akan menentukan hala tuju kehidupan serta bukannya sehari dua untuk hidup dengan seorang lelaki yang bernama suami. Kaum perempuan kena baca sampai habis.

Baca dan jadikan cerita ini sebagai pegajaran. Ini text yang i dapat di Telegram dari seorang pengikut. Ada seorang wanita ni,ibu muda berkongsi cerita pasak dia punya perkahwinan. Ladies,ini adalah sebab utama kenapa anda perlu cari lelki yang bertanggungjawab. It’s okay kalau pasangan anda kurang dari segi akademik atau gaji sikit, yang penting mesti kena ada tangungjawab dan kena hati-hati sebab lelaki sekarang pandai ambil kesempatan, guna perempuan untuk mereka punya financial security.

Ini cerita macam mana seorang lelaki lepas tangan pada anak bini. Nafkah tak bagi, apa semua isteri yang tanggung. Sebab apa? Alasan dia gaji isteri lagi tinggi, duit dia pergi buat benda lain. Bila isteri minta berpisah, dia kata isteri tak sanggup hidup susah dan canang kat family. Padahal A sampai Z semua duit isteri yang keluar dan Isteri minta berpisah sebab tak tahan dengan sikap suami yang tak ada tangungjawab. Seriously, wanita ni memang cantik tapi itu pun lelaki tak hargai. Lelaki jenis macam ni ada di mana-mana, jadi kalau anda nak kahwin sila berhati-hati pilih pasangan. Lelaki days adalah lelaki yang suka makan duit hasil dari usaha isteri.

Perkongsian dari Auni Ameera.Saya baru berpisah dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah. Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami.

Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil kesempatan. Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggung segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka. Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nafkah batin daripada isteri. Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab.

Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjamn bank untuk langsaikan hutang dia. Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami. Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je. Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya. Bila isteri minta nak berpisah, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung.

Dalam kes saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga. Bila minta berpisah dikatanya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta berpisah sebab ada skandal. Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan. Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah batin pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri.

Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat. Dia boleh pulak kata saya men1pu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia. Petang tu saya drive sorang pergi klinik, doktor kata saya ada chicken pox. Lepas tu saya terpaksa check in di hospital berseorangan tanpa suami sambil bawak perut yang besar tu. Semua staf hospital tanya saya datang sorang je ke.

Lepas dah bersalin, anak saya kena kuning. Tapi suami saya lebih rela pergi meeting daripada bawak anak pergi hospital sebab dia kata meeting lagi penting. Dia balik waktu Maghrib dan nak bawak anak pergi hospital tapi saya tak bagi sebab dah malam. Terpaksa hold sampai esok pagi. Bawak pergi hospital swasta the next day, bil sampai beribu saya yang bayar semua. Bila depan orang suka cakap besar kononnya dah berjaya buat itu ini tapi sebenarnya saya yang tanggung semua benda.

Duit belanja dia pun saya bagi selama bertahun-tahun sedangkan dia kerja. Sekarang ni bila dah berpisah,, duit anak langsung dia tak bagi satu sen pun. Dah macam mengmis kalau nak suruh dia jumpa anak. And the worst part is, dia beritahu semua orang yang saya nak berpisah sebab tak sanggup hidup susah bersama sebab dia kerja gaji SPM dan saya gaji ijazah. Kalau tak boleh hidup susah, baik dari dulu saya mintak untuk berpisah. Buat apa nak tanggung dia lama-lama. Orang lelaki ni, disebabkan ego mereka tak nak berubah.

Tolong ingatkan lelaki-lelaki kat luar sana, kalau dapat isteri bekerja please jangan ambil kesempatan. Kebanyakan orang sekarang berpisah sebab ini lah. Kahwin nak, tapi tanggungjawab tak nak jalankan. Lepas tu salahkan isteri tak boleh hidup susah bersama. Saya jaga anak macam nak g1la sorang-sorang dari awal bersalin sampailah anak dah besar. Saya sakit terlantar dan penat lelah semuanya dia tak ambil tahu. Masa anak merah lagi langsung tak nak jenguk dan jaga. Bila anak dah pandai main dan sihat, baru nak mengaku anak.

Dulu lepas dah habis pantang 44 hari barulah saya boleh pergi buat surat beranak anak saya. Ayah dia terlalu busy dengan bisnes juta-juta dia tu. Susah hidup saya masa tu. Saya bertambah struggle bila terpaksa keluar dari rumah bawak pakaian je. Dah lah kena tanggung hutang dia pakai nama saya. Kes kakak saya pulak dah bertambah teruk. Suami dia ambil pis4u dan paksa kakak saya t1kam dia sebab minta berpisah. Kakak saya dah tak larat dan dah tak mampu lagi nak tolong dia selesaikan masalah hutang dia. Padahal kakak saya dah buat loan sampai 50k semata-mata nak langsaikan hutang keliling pinggang dia tu.

Jadi, budak-budak muda sekarang janganlah sibuk sangat fikir nak kahwin. Ingat semua happy ending ke? Kebanyakannya kecndang di tengah jalan. Kawan-kawan saya yang tak kahwin lagi sibuk fikir pasal kahwin sebab takut ketinggalan jadi anak darra tua. Tapi diri sendiri tak matang untuk berkahwin. Ramai jugak yang tanya kenapa saya tak sedih langsung sebab berpisah pada umur muda. Jawapan saya senang. Saya beritahu kawan-kawan saya yang hidup single lebih happy daripada kahwin dengan lelaki yang salah.Alhamdulillah, hidup saya lebih gembira sekarang dan saya dah tak kisah langsung pasal lelaki sebab dia yang ajar saya hidup berseorangan tanpa suami.Sumber: Auni Ameera

Pandai Buat Anak Tapi Tak Pandai Jaga. Pengasuh Pelik Dengan Perangai Ibu Bapa Anak Ini.

Selalunya, tiada ibu bapa yang suka tinggalkan anak kecil mereka berada di bawah jagaan pengasuh untuk jangka masa yang lama. Habis saja waktu bekerja, terus pecut kereta untuk menjemput anak yang dirindui dari rumah pengasuh. Namun berbeza bagi ibu bapa bayi perempuan berusia sembilan ini yang ternyata mengambil kesempatan terhadap pengasuh yang baik hati ini. Saban hari anak kecil itu diambil pada jam 9 malam. Bila ditanya kenapa lewat, alasan yang diberikan cukup melukakan hati.

Jika diikutkan hati, mahu saja confessor ini berhenti dari menjaga anak pasangan ini. Namun bimbang dan terbit rasa kasihan pada si kecil itu membuatkan dia bertahan dan cuba menjaganya sebaik mungkin. Percayalah, confession ini akan membuatkan anda terasa sakit hati.

ASSALAMUALAIKUM semua. Saya pengasuh bayi perempuan berusia 9 bulan, yang ibu bapanya masing-masing pegawai bank. Saya tiada masalah dengan bayi berkenaan tetapi saya pelik dengan ibu bapanya yang seperti tidak sayangkan anak. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang saya rasa pelik.

Sejak saya menjaga bayi berkenaan enam bulan yang lalu, susu sedikit pun tidak dibekalkan oleh ibu bapanya. Dia hanya sekadar meminta saya memberi anaknya air kosong sahaja. Saya ada anak berusia satu tahun tujuh bulan, tetapi dia menyusu badan sepenuhnya. Jadi, selama tiga bulan suami belikan bayi itu susu murah sahaja. Selepas bayi itu berusia enam bulan, suami suruh saya berhenti beli susu dia kerana kami pun makan pagi kais pagi, makan petang kais petang. Tetapi saya tetap bersyukur kerana kami cukup makan pakai. Untuk makluman, ibu bapa bayi ini hanya membayar saya RM200 sahaja sebulan.

Setiap kali hari Isnin datang ke rumah saya, mesti baby penuh berdaki di lehernya. Saya pelik, apakah ibu bapanya tidak memandikan anak mereka? Setiap hari baby itu dihantar pada saya waktu pagi, pampers penuh, baju petang semalam yang saya pakaikan selepas mandi dan anak dia seperti sangat kehausan. Di rumah, mereka abaikan ke anak mereka ini?

Pampers dan susu baby setiap kali ditanya, mereka akan jawab, “Anak awak kan ada, kongsilah”. Untuk pengetahuan, anak saya ada ecz3ma. Pampers yang kulit dia boleh terima hanya huggies pack berwarna hijau yang harganya RM40 sepeket. Takkan saya pula yang kena menanggung pampers anaknya sekali? Saya bukan kedekut tetapi kami juga berada dalam keadaan cukup-cukup makan. Sedangkan mereka bergaji tinggi, takkan pampers dan susu anak sendiri pun kami yang sediakan?

Sabun mandi anak saya semuanya khas untuk kulit ecz3ma yang mana harganya memang mahal. Tetapi disuruhnya anak dia berkongsi juga dengan anak saya. Memang mengambil kesempatan sungguh walaupun bayar RM200 sebulan. Saya bertahan menjaga anak dia sebab saya kasihankan baby itu. Apalah nasib baby itu kalau dia hantar ke pengasuh yang lain (yang selalu marah budak jika tidak puas hati dengan ibu bapa anak asuhan).

Baby itu pun setiap kali nak balik mesti menangis-nangis memeluk saya. Seperti saya pula ibu kandungnya. Saya memang jaga baby itu sepenuh hati, ikhlas memberi kasih sayang seperti anak saya sendiri. Tetapi itulah, perangai ibu bapanya membuatkan saya terasa pelik. Bila diajak berbincang, dia asyik kata, “Kalau tak nak jaga, cakap saja. Saya boleh humbn anak saya ke dalam longkang tu,” katanya. Ya Allah, saya dan suami tak sampai hati bila teringatkan budak tak berdosa itu. Sebab itu kami bertahan menjaga baby itu sampai sekarang.

Nak kata mereka tiada duit, setiap hari mereka ambil anak jam 9 malam. Katanya selepas mereka habis bekerja, mereka selalu pergi karaoke, main bowling dengan rakan sepejabat. Allahuakbar. Dia tak kasihan ke pada anak dia? Saya dan suami setiap hari mendoakan agar anak ini bila sudah dewasa kelak, jangan ada tekanan perasaan. Kami sedaya upaya memberikan kasih sayang yang secukupnya pada dia.

Pesan saya kepada ibu bapa yang belum ada niat nak beranak itu, rancanglah kehamilan anak ye. Kalau rasa tak puas enjoy, tolong jangan beranak dulu Kasihan pada anak itu dan kasihan pada kami yang mengasuh anak awak itu. Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ini besar. Didikan kita sebagai ibu bapa ini penting untuk tumbesaran anak. Sekarang, nasib baik baby dah berusia 9 bulan. Jadi apa yang saya bagi anak saya makan, dia pun boleh makan. Tetapi saya kasihan sangat bila anak saya tengah breastfeed, dia tengok saja. Nak breastfeedkan anak orang, saya takut sebab baby itu perempuan. Anak saya pula lelaki.

Nak belikan susu, suami pun kerja cukup-cukup makan pakai kami bertiga sahaja. Pampers pun suami yang sediakan untuk baby itu tetapi yang harga murah sebab takkan saya nak bagi dia pakai pampers anak saya yang bole htahan mahal itu? Untuk orang seperti saya memang akan rasa pampers Huggies pek hijau itu mahal. Kiranya makan minum, pampers, barang mandian semua saya sediakan dan dibayar RM200 sebulan. Apa kedekut atau ibu bapa dia tak tahu tanggungjawab? Buntu saya dibuatnya. Tak nak jaga baby itu, saya kasihan dengan nasib dia saja, sebab saya dah menjaga dia selama enam bulan dari habis pantang lagi.Sumber: Info Ibu Hamil

“Aku dapat kerja dah,cuci longkang,gaji Rm800” – Kisah benar dulu gaji RM4,000-RM5,000 sebulan tiba-tiba Allah uji seperti ini

Pernah hidup susah? Ramai di antara kita yang pernah hidup susah dan pastinya faham dengan situasi apabila ahli keluarga, saudarra mara atau kenalan dilanda kesusahan. Bukan dipinta tetapi itulah takdir perjalanan hidup masing-masing. Jadi, kita faham akan situasi mereka, bantulah mereka dengan apa cara sekalipun. Dalam masa yang sama, kita nasihatkan mereka mengatur langkah yang seterusnya dengan baik agar tidak kecundang lagi, malah mendoakan mereka berjaya dan dimurahkan rezeki. Hidup ini tidak boleh sentiasa bergantung kepada orang, kita harus berusaha untuk mengubah hidup susah ke hidup yang senang.Semoga kisah yang dikongsikan Mohd Firdaus Mat Saad menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.“Hidup tak selalunya indah”

INI sahabat saya, yang dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat. Jualan yang dia hasilkan ratus ribu setiap bulan, bab sales memang bagus, cuma dia ada satu masalah iaitu terkena tipu dengan customer. Customer tipu, buat hutang sikit-sikit. Kemudian bila dah mencecah ratus ribu, customer pun blah. Dia dan manager dia, dua-dua ‘dibuang’ kerja di atas kecuaian ini. Ini cerita tiga tahun lepas.

Kemudian dia cuba buat perniagaan, tetapi masalah yang sama berulang di mana dia kena tipu lagi dan kali ini dengan customer lain pula. Customer ambil barang tetapi tidak bayar. Akhirnya, terpaksa bungkus perniagaan. Selepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan, tetapi masih tak boleh survive. Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia mengalami kesempitan wang.

Apabila dia berjumpa dengan saya, saya memang tak bagi pinjam duit sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti. Jadi saya bagi zakat sahaja pada dia untuk dia belanja makan anak-anak dia seramai empat orang. Baru-baru ini dia datang ke rumah saya, minta kerja. Saya kata, kerja yang saya ada di Changlun. Jauh pula katanya. Nak uruskan anaknya susah, isteri suri rumah tak bekerja. Jadi memang bergantung harap dengan pendapatan dia sajalah.

Bila saya jumpa, saya berilah apa yang saya boleh berikan. Kasihan, kasihan tengok kawan yang sama-sama dengan kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4,000-RM5,000 sebulan tiba-tiba Allah uji seperti ini. Semalam dia datang berjumpa dengan saya lagi. Dengan nada suara yang rendah dia berkata, “Sekarang aku dah dapat kerja, kerja dengan seorang kontraktor ini. Kerja mencuci longkang di kawasan rumah kita ini. Gaji RM800 sebulan, sebulan kerja 26 hari.”“What?!!” saya terkejut.“Kenapa sampai jadi begini?” soal saya.

“Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah, ini bukan soal kotor, ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang,” katanya.“Hang nampak aku susah. Hang tau tak, masa aku kerja cuci longkang, ada lapan orang geng, cerita depa.. aiyo, lagi aku nak menangis. Bila tengok depa lagi susah. Aku tak boleh nak cerita kesusahan aku sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus,” tambahnya lagi.

Wow! Dalam hati aku terasa seperti mahu menangis.“Firdaus, boleh bagi aku kerja buat apa-apa, mesin rumput ke, buat apa ke, asal ada kerjalah. Aku segan nak minta duit kat hang. Aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku,” katanya.“Okaylah, mesin rumput rumah aku,” saya kata.Padahal rumput baru saja dimesin dua minggu lalu. Tak apalah, tolong sajalah.

“Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu? Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada,” katanya.Nak menitik air mata saya. Saya beri duit advance dulu kepada dia. Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya, yang bergaji besar, yang hidupnya boleh dikatakan selesa untuk level hidup di kampung, hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya. Jam berapa dia datang? Jam 11 pagi, ketika matahari dah panas terik. Tetapi dia teku memulakan kerja.

“Kenapa datang lambat?” soal saya.“Pagi tadi hantar barang kat customer sikit. Hari ini tak kerja, boss bagi cuti,” katanya.Saya sangat bersimpati, apalah nak kita buat dengan gaji RM800 sebulan. Nauzubillah kalau Allah uji begini, boleh jam oo. Tak tahu iman jadi macam mana, tetapi sahabat saya ini tetap bersabar.“Bukan aku tak cuba mencari kerja yang bagus sikit tetapi aku tak jumpa kerja yang boleh beri gaji lebih sikit. Dah yang ini aku jumpa, aku kerjalah dulu sebulan dua ini,” katanya.

Jika ada di antara anda yang terbaca kisah ini, yang terasa mahu membantu sahabat saya ini dengan memberi sedikit sumbangan atau zakat, bolehlah menghubungi saya. Nanti saya berikan nombor akaun bank dia. Mungkin kita boleh sumbang seringgit dua, inshaAllah sumbangan kita dapat meringankan beban dia. Mungkin RM10 kecil bagi kita tetapi untuk waktu ini jumlah itu tersangat besar nilainya buat dia. Jadi kita bantulah dia, mudah-mudahan Allah tidak menguji kita seperti Allah menguji dia.Dalam berniaga, Allah pernah menguji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis pada waktu itu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa pada waktu ini.

Pengajaran:

Ketika kita senang, berhati-hatilah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin, jangan terlalu boros. Ini pesanan untuk diri saya sebab saya pun banyak juga berbelanja.Bila berniaga, elakkan beri banyak sangat hutang pada pelanggan. Amalkan bayaran tunai, biar untung sikit tetapi tunai.
Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu itu kita doakan agar Allah tidak menguji kita seperti itu.Doakan sahabat kita ini, semoga Allah memberi kelapangan kepadanya.Mohon kongsikan kisah ini, semoga lebih ramai yang dapat pengajarannya.Sumber: Mohd Firdaus Mat Saad