Dapat isteri mata cantik. Mengejutkan bila 3 pg orang rumah tiba tiiba merengek dan menerann. Terkedu laki pagi tu bila dapat tahu ini yang jadi pada isteri.

Kisah Rumah Tangga

Salam, saya umur 20, isteri pun 20, kiranya kami berkahwin awal umur 18, sebab saya sudah jatuh cinta. Kami kenal since dari zaman sekolah tetapi sekolah berbeza. Saya sekolah lelaki, dia campur perempuan lelaki. Saya pernah berjanji, umur kami 18 saya hendak kahwin dengan dia. Alhamdulillah saya tunaikan janji saya.

Hantaran isteri rm5k tapi sebenarnya dia cakap rm3k tetapi emak saya bagi lebih sikit. Isteri saya ini tinggi cecah bahu saya, orangnya putih2, bulu matanya melentik, ada tahi lalat di bawah mata kiri. Kami belajar setakat form5. Tetapi dia kreatif, pelamin mini hasil tangannya sendiri. Lepas itu buat kenduri, siap. Tidak ada grand sangat.

Lepas saja berkahwin saya terus cari kerja, isteri di rumah buat apa yang patut, rumah hadiah dari emak saya. Namanya juga ujian kan, 2 bulan saya tidak dapat kerja. Tapi isteri saya selalu dengan saya. Malam itu jam 3 pagi saya terdengar ada orang menangis, saya nampak isteri saya berdoa, saya dengar setiap kata2nya, saya sebak, tidak tahu cakap apa. Dia doa supaya kami di beri rezeki, dia doa saya dapat kerja, yang penting halal.

Belum dia aminkan, saya sempat doa dalam hati hendak zuriat. Hehee . Pagi itu selepas solat, saya terus semangat hendak cari kerja balik. Tiba2 ada call, saya di terima kerja. Kerja biasa saja, . Tidak semena-mena saya syukur sujud terima kasih kepada allah pemberi rezeki. Saya pergi dapur cari isteri, saya peluk dia dari belakang cakap saya di terima kerja. Kerja market.

Isteri saya pun apa lagi gembiranya , siap masak sedap2 makanan kesukaan saya nasi pattaya sebab hendak bagi tenaga esok saya mula kerja. Dipendekkan cerita, lepas beberapa bulan kahwin dan bekerja, kehidupan macam biasa, balik kerja isteri tunggu depan pintu sambil main dengan kucing, makanan sudah sedia, kadang2 dia menyorok dilangsir sebab hendak kejutkan saya.

Selalu dia buatkan minum petang, hilang penat bekerja saya serta merta. Tapi saya sedih sebab kadang2 saya bagi isteri rm100 untuk shopping, kadang2 tidak dapat bagi isteri nafkah, tapi dia tidak pernah merungut. Allah, betapa syukurnya saya dapat isteri macam dia. Isteri saya ni suka mekap, so saya izinkan dia buka bisnes mekap, tapi online saja. Adalah tambah side income.

So ada 1 hari ini, isteri saya lain macam, dia mula tengok gambar baby, saya tidak syak apa2 lagi. Sebab peluang hendak ada zuriat memang tipis memandangkan dia jenis tidak suka budak. Saya perasan bila ada budak menangis dia akan jauhkan diri, dia macam ada tension sikit, marah2 tanpa sebab. Jadi saya tidak kisah lagi pun baru 18.

Ada 1 hari itu saya tidak dapat bagi isteri saya nafkah, tidak tahu lah hendak cakap apa malu pun ada tapi dia hendak rm1 saja, bayangkan rm1? Hendak beli apa? . Rupanya dia beli coki2 alahai happynya dia sambil tunjuk 10 batang coki2 itu dekat saya.

Dia cakap tiba2 hendak makan. Tiba malam, dia berubah. Tidak tahu apa salah saya, dia tidak suka saya, tahu marah2, tidak kena itu ini tidak suka bau saya . Padahal tiap malam ini hah, ketiak masam saya ni dia hendak hidu.

Hilangkan stress katanya. Isteri saya jenis happy go lucky tahu, benda kecil saja pun dia boleh ketawa. Dia kalau hendak marah, asal dia tengok saya tiba2 dia ketawa. Tidak boleh hendak marah. Kalau saya hendak marah, ada saja dia buat supaya sejukkan hati saya . Tapi entahlah malam itu kenapa, so malas hendak cakap banyak jadi saya pun tidur diruang tamu guna toto.

Pagi saya bangun ada pula dia diketiak saya, hahahah. Sebelum pergi kerja macam biasa dia masakkan saya. Tetapi mood tidak okey, saya tanya kenapa. Dia cakap ‘ sayang mengandung’. Apa ! Dalam hati ini, Allah saja tahu betapa happynya saya sebab hendak ada zuriat. Tetapi muka dia tidak happy. saya cakap dengan dia ‘ b happy, rasa hendak jerit 1 dunia kata sudah ada baby ‘ tetapi dia diam.

Saya cakap lagi ‘ b tahu sayang tidak suka budak. Tetapi tolonglah b, b teringin ada zuriat kita. 1 pun cukup , b janji kerja sungguh2 untuk family kecil kita . Baru dia lega, baru dia boleh senyum2. tiba2 dia cakap ‘ b janji jangan tinggalkan sayang ‘ . Boleh pula dia fikir macam itu. Dipendekkan cerita, janji allah itu betul, lepas kahwin kita diberi lebih banyak rezeki, lagi2 tuah baby dalam perut isteri.

Alhamdullah, saya dinaikkan pangkat assistan manager, jadi saya up lagi nafkah isteri saya. Syukurlah saya boleh beli barang baby, untuk rumah, saya tidak lupa beri emak duit di sabah, saya dengan isteri orang sabah, tapi kerja di kl. Isteri mengandung macam biasa, ada morning sick, ada mengidam pelik2 hendak makan disana disini.

Lagi hendak makan buah tarap yang boleh dijumpa disabah, tetapi saya ikhtiar juga, saya bawa balik sabah kebetulan memang musim nya di sabah. Bawa jumpa emak sekali, perangai dia kalah budak tetapi saya makin seronok tengok dia. Tengok baby bump makin besar, isteri sihat, anak sihat. saya tidak pernah bosan layan karenahnya. Makin sayang terhadap isteri.

Dipendekkan cerita, 9 bulan sudah usia baby, tunggu hari. Saya diberi cuti 7 hari sebab hendak jaga isteri sebab dia tunggu hari saja, hari dinantikan tiba, isteri pecah ketuban masa dalam kereta, pinjam kawan punya. Sebab belum ada kereta. Dia punya jerit nauzubillah, saya pun panik tapi saya dapat kawal sampai ke hospital. Di hospital, masa hendak bersalin dia berpesan kepada saya, dia hendak saya ada temankan dia dalam labour room.

Jujur saya cakap saya tidak boleh tengok cairan merah, saya tidak kuat. Tetapi dia berkeras juga, saya terpaksa ikutkan. Dalam hati ini semua perasaan ada. Takut, gembira macam2 lagi. Putus doa saya berikan buat isteri dan baby. Dalam labour baru saya tahu macam mana perit seorang isteri kita hendak lahirkan anak, skitnya, terkoyaknya rahimnya hanya untuk melahirkan zuriat suaminya.

Dia jerit dia teran, dia genggam tangan saya, saya menangis saya tidak sanggup tengok dia tersiksa, Allah selamatkan isteri dan anakku, saya lihat dia sudah bermaya, peluh di dahi makin banyak. Terus saya cakap’ sayang tolong b, jangan tinggalkan b, b tidak kuat tanpa sayang. Allah selamatkan mereka’ doktor nurse pun banyak bagi kata semangat, terima kasih pada mereka. Lutut saya sudah tidak kuat masa itu.

Saya menangis tidak peduli semuanya. Yang penting mereka berdua selamat. Tiba2 saya rasa pening semacam, apa yang saya ingat saya bangun saja, saya di sebelah katil isteri saya, ada kerusi disitu. Saya sedar saja, saya nampak isteri kesayangan saya dengan baby boy yang diberi nama muhammad alzikry .

Alzikry gabungan nama saya dengan ayah isteri saya. Betapa syukurnya saya, tengok isteri sudah boleh senyum. Saya azankan dia. Kehidupan saya sekarang lebih baik. Pekerjaan tetap, ada kereta sudah. Dahulu awal berkahwin saya pakai motor saja, tetapi alhamdulillah rezeki luas. Ini semua atas doa isteri saya.

Apa yang isteri doa, tidak pernah tidak makbul, betullah isteri itu pembawa rezeki. Terima kasih sayang atas doa2 mu, terima kasih untuk baby kita, terima kasih atas setia kamu disamping aku, susah senang ada dengan b. Terima kasih sayang isteri dunia akhirat aku. Apa yang saya perasan, lepas ada baby ini, isteri sudah suka dengan baby, dia sudah pandai jaga baby, dia yang uruskan segalanya pasal baby, saya pun ada bantu dia.

You all tahu apa dia cakap dengan saya baru2’ini?’ . Dia hendak minta tambah baby. Kali ini kalau ada rezeki mahu baby girl, boleh main mekap2 nanti besar. Dia hendak 6 orang anak kalau boleh. Saya pula yang tidak sanggup memandangkan saya ada masa dia melahirkan .

tapi doktor cakap saya pengsan masa baby sudah hendak keluar, tidak sempat saya potong tali pusat. Doktor cakap, ada rezeki jangan pengsan lagi, Hehehe malu juga saya. Sekarang 2018, dimana saya menulis cerita saya, umur 20.

Alhamdulillah isteri saya pregnant lagi, kemungkinan besar twin ! Abang zikry excited tengok baby bump ibunya, tidak sabar tengok adik kembarnya keluar. Sampai sini saja cerita saya. InshaAllah ada masa saya sambung cerita saya. Maaf terlalu andai panjang . Doakan saya tidak pengsan lagi masa isteri beranak twin kami nanti. Amin.

Inaii Kat Tangan Pudar Lagi Tapi Laki Dah Buat Hal. Hairan Bila Laki Selalu Blik Rumah Lambat Sampai Tengah Mlm. Wanita Ini Nekad Nak Check Telefon Laki Dia. Terkedu Ini Yang Dia Jumpa Dalam Hp Suami.

Assalamualaikum. Sebelum ini saya pernah menghantar tetapi mungkin admin belum approve. Tapi apa pun terima kasih sudi menyiarkan cerita saya ini. Apa yang saya ceritakan sekarang ini, Sebenarnya saya masih dalam kekeliruan. In shaa Allah, saya sentiasa berdoa pada Allah & istikrah untuk mendapat pertunjuk yang sebenarnya.

Saya mengenali suami 1 setahun sebelum mengahwininya. Dan perkahwinan kami sudah menjangkau hampir 7 tahun. Kami belum dikurniakan zuriat, dan mungkin saya sendiri yang tidak mahu zuriat dengan situasi yang saya lalui.

Suami tidak pernah tinggalkan nafkah nya pada saya walaupon gaji nya kecil dari saya. Tanggungjawabnya terhadap saya tidak pernah terabai. Apa saja duit yang dia ada, dia mesti akan memberi separuh pada saya. Marilah kita mulakan cerita.

Beberapa bulan sebelum berkahwin dengan suami, ada hamba Allah menelepon saya memberitahu, bakal suami saya sangatlah rapat seorang perempuan yang bernama ‘A’, adakalanya mereka berjumpa dan memberi handphone nombor ‘A’ pada saya.

Sebenarnya, saya pernah mendengar cerita ‘A’ dari bakal suami saya yang dia mengenal ‘A’ dari reunion sekolah di Darul Makmur dan dia sudah berkahwin.Bakal suami hanya menolong ‘A’ untuk membeli mesin dobi. Bakal suami dan ‘A’ adalah ahli Committee reunion dan member group redang trip bagi reunion mereka.

Berbalik pada hamba Allah tersebut, setelah mengambil nombor ‘A’, saya terus menelepon ‘A’ dan dia terkejut. Saya menanyakan apa hubungan dia dengan bakal suami, ‘A’ agak terkejut, tapi dia cakap hanya kawan. Saya juga menelepon bakal suami untuk bertanya yang sama, dan saya memberi kata putus, sama ada putus hubungan dengan ‘A’ atau saya.

Akhirnya, bakal suami membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya dan berjanji untuk memutuskan hubungan dengan ‘A’. Setelah 2 minggu berkahwin dan inai masih dijari, tiba-tiba sesuatu berlaku. Pada satu malam, hati saya agak tak keruan, suami asyik balik lewat malam hingga 2-3 pagi dan bermula la prbalahan malam tu.

Hendak diceritakan, pada pagi selepas prbalahan kami, suami tertinggal handphone dia, dan, tiba-tiba ‘A’ menelepon handphone suami. YA Allah, saya terkejut. Terus saya menjawab dan memberitahu yang saya sudah berkahwin dengan suami. ‘A’ memberitahu saya yang dia sudah berpisah dan mempunyai 3 orang anak dan dia ingatkan suami saya tidak jadi berkahwin dengan saya

A’ berjumpa face to face dengan suami dan saya. dan ‘A’ memberitahu yang dia akan berhenti semua perhubungan mereka selepas ini. Tapi saya b***h sangat, percaya sebulat-bulatnya. Sebenarnya mereka tidak pernah putuskan hubungan hanya sebalik lakonan didepan saya sahaja.

Bermula la episode rollercoaster marriage saya di sini.. Setiap tahun, setiap bulan pasti ada cerita atau terkantoi yang suami masih berjumpa dengan ‘A’. Si ‘A’ bukannya duduk di negeri yang sama dengan kami. Tapi suami yang angau dengan ‘A’ sanggup berbohong pada saya, asalkan dapat berjumpa dengan ‘A’.

Tahun 2016, dalam bulan puasa setelah setahun berkahwin ketika itu suami kantoi yang dia hendak pegi berjumpa ‘A’ di negeri Darul makmur untuk berbuka puasa bersama melalui handphonenya. Dan saya ditakliqkan jatuh talak kalau buka handphone suami lagi.

Tetapi saya masih lagi bersabar dengan suami kerana sayang pada suami. Bermacam telah berlaku, ada yang tidak senonoh pon ada.. dan bermacam perkara telah terkantoi dan bermacam-macam la ugutan yang saya berikan pada ‘A’ dan prbalahan saya lalui, menjerit, menangis.

‘A’ pernah datang rumah saya, pkl kepala saya selepas saya ugut dengan bende-benda yang tak senonoh dia lakukan. Tetapi macam tak diendah langsung oleh ‘A’ ni. Suami saya, memang saya salahkan dari awal lagi since dia sendiri yang carik pasal dan gatal dan bebal. Tapi si ‘A’ umpama tak heran dengan segala ugutan saya berikan.

Bila disuruhkan, ‘A’ tak nak pulak kawin dengan suami siap memberi alasan, kena tanya abang, anak-anak macam macam lah alasan nya. Dan pada satu hari, tiba-tiba saya ternampak message dari ‘A’ di handphone suami saya, dan akhirnya saya terus buka handphone saya, terus menelepon ‘A’ dan suami yang saya ingkar takliq suami dan waktu tu rasa puas hati sangat.

So Mahkamah mengesahkan ingkar takliq dan saya telah dijatuhkan talak 1, kerana dengar sengaja ingkar takliq itu. Tetapi, dalam masa 1 jam, tiba-tiba, kami rujuk kembali. Pelikkan saya ni. Suami berjanji untuk berubah. Dan ‘A’ menelepon saya yang dia sudah rujuk semula dengan bekas suaminya demi anak-anak.

Fast forward, sebenarnya hingga sekarang, suami tidak pernah putus hubungan dengan ‘A’. Dan ‘A’ juga masih melayan suami saya samada di wassap atau video call. Walhal, ‘A’ sudah pun rujuk semula dengan bekas suami nya iaitu seorang assistant jurulatih skuad bola sepak negeri dan contractor yang berjaya. Malah kehidupan ‘A’ semakin mewah dan ‘A’ diberikan sebuah mercedenz untuk digunapakai.

Yang pelik, Suami ‘A’ ni macam tidak pernah syak apa-apa tentang isteri nya. Mungkin ‘A’ pun agak licik. ‘A’ ini agak cantik dan bergaya agak high maintenance, yang saya pasti bila semua lelaki akan tertarik melihat dia. Kalau hendak dibandingkan dengan suami saya dan saya, hmmmm.. kami sekadar cukup pakai, susah senang kami tanggung bersama-sama.

Mertua tahu tak? of course mertua tahu kisah ini kerana suami pernah memberitahu yang suami tidak pasti hendak berkahwin dengan saya atau ‘A’. Awal-awal krisis yang saya alami, mertua memang tak sukakan ‘A’, tetapi tiba-tiba boleh menerima ‘A’ selalu datang rumah mertua ‘A’ diam diam dibelakang saya.

Adik ipar saya boleh defend ‘A’ mengatakan ‘A’ tetamu mereka dan harus la mereka melayan tetamu. Pelikkan, ‘A’ datang rumah mertua bertemankan suami saya sendiri. Cerita ini terkantoi apabila makcik suami yang bocorkan rahsia. Tetapi mertua saya umpama tarbiahkan saya yang, hal rumahtangga biar pecah diperut, tapi bukan dimulut. Sentap , dan sampai hari ini saya malas nak jumpa keluarga mertua saya.

So baru baru ini, terkantoi lagi cerita yang sama, suami dan ‘A’ masih berwassap dan video call, tetapi suami delete semua message mereka. Dan yang paling terkejut, ‘A’ meminjam duit dari mertua saya’. Akhirnya terjawab persoalan saya mengapa mertua tidak marah bila suami saya berkawan dengan ‘A’ dan mertua saya pon, memandang kebendaan.

Dan suami masih lagi insist yang mengatakan dia hanya berkawan dengan ‘A’ saja. Suami macam biasa, pelakon hebat, masih menidakkan lagi, walaupon bukti ada. Saya menyatakan kalau berkawan mengapa hari-hari mesti berwassap dan video call? umpama ‘A’ ni isteri kedua atau girlfriend nak kena update setiap hari apa yang suami buat pada saya. Suami hanya diam.

Keadaan saya sekarang ini, sudah hampir 3 minggu, terkantoi, saya sudah malas untuk brbalah seperti dulu , apatah lagi untuk menepon ‘A’ untuk marah-marah. Malas, buang masa saya. Saya banyakkan diam berbanding dahulu, yang saya agak aggresive mengalami gangguan emosi.

Perasaan saya? sayang ada mungkin hanya sisa sayang sahaja, tetapi lebih banyak rasa kasihan pada suami kerana leka dengan dunia dengan ‘A’. In Shaa Allah, Saya kuat dengan dugaan ni, saya dah tak de air mata keluar untuk rasa kecewa pada untuk Suami, ‘A’ dan mertua saya. Saya lepaskan segala-gala perasaan marah yang terpendam, saya maafkan mereka.

Sekarang ni, saya banyakkan doa pada Allah, dan bersyukur pada Allah ditunjukkan apa yang terjadi dibelakang saya, masih lagi solat istikarah memohon doa untuk keluar dari kesulitan ini. Mungkin dengan mencari lawyer dapat mengeluarkan saya dari kesulitan ini.

Mungkin pada setengah pembaca mengatakan buang sajalah, lepaskan lah semua, tapi, pada yang pernah melalui atau hampir sama cerita ini, mungkin akan mengalami perasaan yang sama. Pada yang membaca, mungkin rasa saya b***h, tetapi percaya la, saya tau saya dipergunakan atau diperb***hkan dalam game ini. Cuma, saya masih belum kuat untuk keluar dari kesulitan ini.

Boleh jadi apa yang saya tak suka ini buat saya dekat pada Allah, mungkin itu sebenarnya yang Allah nak untuk saya. Entah lah, saya masih lagi keliru. Yang pasti apa yang saya lalui ini adalah terbaik daripada Allah. Mungkin, saya sudah redha dengan ujian kecil ini. Doakan saya ye. Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya.

– Sofia yang keliru (Bukan nama sebenar)