Dapat menantu tiada asas pendidikan. Pada mulanya tak terima tapi anak buat macam macam untuk terima.Lepas dah terima mengejutkan ini yang terjadi kat menantu dia

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum semua. Sudah lama saya mengikuti posting di page ini. Semua kisah2 nya menarik, ada juga yang menginsafkan saya. Dahulu jarang saya bermain facebook. Sejak bersara Oktober 2017, hari2 saya baca status kawan-kawan di sini.

Baru-baru ini, seorang rakan lama saya di maktab dahulu hubungi saya. Dia memberitahu bahawa baru kehilangan menantu perempuan yg pergi buat selamanya sewaktu bersalin anak ketiga. Saya tahu mengapa dia hubungi saya, kerana saya sudah mengalami pengalaman yang sama seperti dirinya.

Pada 2012, saya kehilangan menantu perempuan kesayangan saya. Namanya Madiha. Madiha berkahwin dengan satu-satunya anak lelaki saya, Abdul Basit. Kami sekeluarga panggil dia Basit. Mereka berkenalan atas jasa anak sulung saya. Madiha bekerja sebagai pembantu jururawat di sebuah klinik berdekatan dengan tempat kerja anak sulung saya,

Disebabkan Madiha selalu menguruskan temujanji untuk anak sulung saya, mereka menjadi rapat. Sehinggalah membawa kepada perkenalan Madiha dan Basit. Mereka dipertemukan di klinik tersebut. Masa itu, Basit masih di luar negara, di tahun akhir pengajian sebagai pelajar perubatan.

Selepas setahun berkenalan, Basit membawa Madiha berjumpa dengan saya dan suami. Pada mulanya, saya dan suami tidak mengetahui perkenalan itu. Sehingga beberapa minggu sebelum Basit membawa Madiha pulang berjumpa saya. Saya berasa sangat seronok, sangat teruja untuk berjumpa Madiha, sehingga lah saya mengetahui asal usul keluarganya, saya mula rasa ragu-ragu.

Madiha merupakan anak sulung daripada 3 beradik. Dia hanya mempunyai kelulusan STPM sahaja, tidak mampu menyambungkan pengajian kerana perlu bekerja untuk sara keluarga. Ayahnya pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah. Ibunya ambil upah paruut kelapa di kedai santan. Adik-adiknya masa itu masih ada yg sedang menuntut di KPTM dan tingkatan 4. Madiha asal Terengganu. Saya dan suami pula memang anak jati Negeri Sembilan.

Madiha merantau ke Selangor untuk menjadi pembantu klinik di Petaling Jaya. Dengan kerjanya itu lah yang diharapkan dapat membantu keluarga di kampung. Saya gusar untuk merestui hubungan itu, khuatir jika Basit akan dipergunakan oleh Madiha untuk keluarganya. Saya sangat ego dan angkuuh ketika itu.

Masa itu saya juga merupakan seorang pegawai kanan sekolah menengah dan suami pula seorang pegawai bank. Saya tak mahu menantu yang tiada asas pendidikan dan keluarga yang terumbng ambing. jadi, saya katakan tidak kepada Madiha. Pun begitu, Basit sama sekali tidak mengalah, dia sentiasa memujuk saya untuk menerima Madiha sebagai isterinya.

Melihat akan kesungguhan itu, saya terpaksa menerima Madiha. Mereka berkahwin setahun selepas itu, pada tahun 2009. Masa itu, Basit baru beberapa bulan bekerja. Dia masih ulang alik rumah saya dan hospital dalam 40 minit. Madiha tinggal dengan saya juga. Sebab dah duduk dengan saya, rumah dengan tempat kerja Madiha jauh, jadinya dia berhenti kerja.

Dari situ, saya mula mengenali hatinya yang luhur dan suci. Waktu itu dirinya baru di usia 25 tahun, Basit pula 26 tahun. Seingat saya, tidak pernah sekali pun, saya bagun pagi, Madiha tiada di dapur. Setiap pagi, saya bagun sahaja tidur, nak bersiap untuk ke sekolah dan urusakan suami nak kerja, saya dah dengar kelentang kelentung di dapur. Terdetik di hati saya, apa sahaja lah yang dia buat di dapur tu?

Bila sudah siap solat, saya akan keluar bilik dan ke dapur. Terkejut saya, hampir separuh meja penuh dengan makanan untuk sarapan pagi. Nasi goreng, keropok lekor, makanan kuih frozen, kadang-kadang siap saya bungkus buat bekal di sekolah. Basit juga sama, siap bawa bekal ke hospital jika sempat.

Setiap kali saya nak pergi kerja dengan suami, Madiha akan tunggu di pintu sampai kami pergi dan tak nampak di biji matanya. Setiap kali saya dan suami sampai di rumah, dia akan tunggu juga di pintu. Sambut kami dengan senyuman dan sapaan yang menyejukkan hati.

Malam-malam pula, selepas maghrib dia akan mengetukk lembut pintu bilik saya, bertanya jika ada apa-apa yang boleh dia bantu. Saya selalu marah dia bila dia tanya macam tu. Selepas seharian dia menguruskan rumah, lipat baju, jemur baju memasak dan lain-lain, dia patut berehat. Madiha hanya tersengih. Jawab dia, dia tidak ada apa-apa yang boleh di offer kepada saya, hanya itu sahaja yang dia mampu buat dan dia akan berikan yang terbaik.

Menjelang puasa, Madiha akan catat semua menu yang suami saya, saya, Basit dan anak bongsu saya nak makan. Dia lah orang yang paling seronok ketika bulan puasa, sebab semua orang akan memuji masakannya. Termasuk saya, kegemaran saya, sambal tempe dan nasi kerabu tumis. Enak sungguh masakannya.

Dia lah yang berjalan sebelah saya untuk ke terawih. Jarak surau dengan rumah kami dalam 300m. Kami berjalan bersama-sama. Kalau Basit ada, dia akan berdua jalan iringan dengan Madiha. Dalam ketika itu juga, saya diuji dengan ibu saya sakit tua. Adik beradik yang lain main pass sana sini tidak mahu menjaga ibu, saya ambil keputusan untuk jaga ibu. Saya berbincang juga dengan suami dan anak-anak, sama ada patut atau tidak saya berhenti kerja untuk menjaga ibu.

Tetapi Madiha menghalang cadangan itu, katanya dia boleh menjaga ibu saya, anggaplah seperti dia menjaga neneknya sendiri. Neneknya pergi buat selamanya ketika dia masih di sekolah rendah. Dia tidak berpeluang untuk mejaga neneknya, mungkin itu hikmah untuknya berbakti kepada seorang bergelar nenek kata dia.

Hati saya menjadi sayu dan terharu mendengar kata-kata Madiha. Sejak itu, Madiha menjadi tulang belakang dan jiwa di rumah kami. Tanpa Madiha rumah itu sunyi sepi. Tiada seri. Hubungannya dengan Basit juga semakin indah hari ke hari. Pantang ada masa terluang, Basit akan bawa Madiha bercuti, paling tidak keluar makan dan tengok wayang bersama.

Keluarga Madiha juga tidak pernah saya abaikan. Saya dan suami sentiasa hubungi sendiri ibu bapanya dan bertanyakan khabar. Mereka juga sentiasa mengirim barang seperti budu, keropok keping dan lain-lain ke rumah kami. Madiha menjaga ibu saya dengan sangat baik. Makan minum ibu saya dijaga rapi. Dari beratnya yang 46kg ketika sampai di rumah saya, dalam masa dekat 3 bulan, naik berkilo-kilo kerana selera makannya naik dengan lauk pauk masakan Madiha.

Dia juga semakin bersemangat untuk jalani hidup, petang-petang, dia akan minta untuk duduk di laman rumah, tengok kanak-kanak bermain di depan rumah jiran tetangga. Sehinggalah keadaan tidak mengizinkan lagi dia bersama kami, ibu saya sudah tiada di hospital dengan keadaan menggenggam erat tangan Madiha, seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Madiha yang menjaganya hampir setahun itu.

Madiha juga serang wanita yang sangat menjaga solatnya, bukan sahaja yang fardhu, yang sunat juga di jaga rapi. Kata Basit, setiap malam, Madiha akan bangun solat tahajud, sesudah itu mengaji dan terus tunggu solat Subuh. Kemudian terus turun ke bawah untuk sediakan sarapan pagi. Kadang kala, waktu cuti sekolah saya cuba juga untuk sediakan sarapan sebelum Madiha keluar bilik, tapi tak pernah dapat. Mesti Madiha keluar dahulu, sudahnya kami ketawa dan buat bersama.

Tidak dinafikan, Madiha memang menawan hati orang sekeliling saya. Bila berkunjung ke rumah sanak saudara, tidak kira lah masa kenduri atau raya, mereka mesti kata, untungnya kau dapat menantu solehah, cantik, pandai jaga suami, jaga diri. Sampaikan ada antara mereka yang kata pada anak masing-masing, kalau kau nak kahwin, tak dapat jumpa macam Madiha, tak payah kahwin lah.

Kawan-kawan saya juga begitu, ada masa saya bawa Madiha ke event-event saya dan rakan-rakan sekolah macam seminar luar sekolah, hi-tea dan kelas-kelas agama, Madiha pandai bergaul dengan mereka dan kata-kata nya yang jujur dan sopan santun itu buat semua orang terpegun dan merindui dia. Bila saya tak bawa Madiha bersama, mereka pasti akan tanya.

Semuanya berubah selepas beberapa bulan Basit dan Madiha keluar dari rumah saya dan tinggal sendiri di rumah baru mereka. Jarak rumah baru itu kurang 10km dengan hospital, jadi mudah untuk Basit ulang alik ke tempat kerja. Hujung minggu biasanya saya yang ke rumah mereka sebab Basit selalunya bekerja.

Selang beberapa bulan selepas itu, Madiha tak berapa sihat. Basit kata, dia selalu demam panas dan mengadu sakit badan. Saya dan suami segera minta Madiha diperiksa semuanya. Kami nak tahu apa sakit yang dihidapi oleh Madiha kerana keadaannya dilihat sangat serius.

Kami semua terkejut selepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha disahkan menghidap sakit bahaya. Maaf cerita saya terpaksa terhenti disini. Insyaallah jika ada kelapangan saya sambung cerita menantu kesayangan saya lagi.Sambungan ke Part 2

Menantu Aku Madiha Kini Sakit, Sakit Yang Mungkin Tiada Ubatnya. Aku Terpaksa Akur Dengan Ketentuan Ilahi.

Ok pembaca sekalian, kita sambung cerita pasal Madiha. Bagi yang belum baca kisah sebelumnya, boleh lah baca dahulu diruang komen. Selepas beberapa pemeriksaan dibuat, Madiha disahkan menghidapi sakit teruk payudara stage 3. Tuhan sahaja tahu, betapa lemah hati saya terima berita itu. Basit apatah lagi, separuh dirinya hampir tak betul. Tidak menyangka akan berita itu. Bagaimanapun kami sekeluarga menerima juga ketentuan itu dan bawa Madiha berubat di hospital swasta.

Selang beberapa bulan, Madiha disahkan mengandung pula. Saya suka bila dengan berita itu daripada suami sebab Basit telefon ayahnya beritahu perkara itu. Saya sungguh teruja nak terima cucu pertama sebab masa itu anak sulung saya masih belum berkahwin.

Tapi, disebabkan rawatan kimoterapi dan jenis-jenis rawatan lain, Madiha dan Basit perlu berbincang dengan doktor sama ada mahu meneruskan kehamilan ataupun tidak. Walaupun Basit berkata, kebarangkalian utnuk selamat bersalin tinggi, tapi rawatan dalam kehamilan sangat menyul1tkan, oleh itu mereka berbincang.

Selepas berbincang, mereka putuskan untuk suction dan ggrkn bayi dalam kandungan. Saya dan suami juga besan bersetuju, bagi kami, biarlah Madiha meneruskan rawatan sebaik mungkin. Umur mereka masih muda, masih ada harapan lain untuk punyai keluarga di lain waktu. Masa suction, semua ada di hospital, saya dan suami upgrade pakej bilik Madiha kepada kelas pertama kerana medical card Madiha hanya menampung bilik kelas kedua.

Semua orang, Basit, saya, suami, ibu ayah Madiha tinggal di bilik itu. Ada bilik tetamu dan ruang tamu, sementara Basit dan Madiha di dalam bilik pesakit. Ketika v, Basit terkejut kerana terdapat dua janin yang dikeluarkan dari perut Madiha. Kami semua berasa sangat hiba dengan cerita Basit. Malah Basit berasa sangat sedih, dia tidak mampu berkata apa-apa selepas keluar dari bilik rawatan.

Tapi Madiha tetap tenang, dirinya sangat kuat. Ketika diusvng katilnya oleh jururawat, dia masih bleh memberikan senyuman kepada kami semua. Beberapa bulan berlalu, keadaan Madiha semakin merosot, dia kerap rebh dan tidak bermaya. Berulang kali dia dimasukkan ke hospital, ada juga 2 kali di ICU.

Ada satu hari, 3 hari sebelum Madiha pergi buat selamanya, masa itu saya dan suami ada di dalam bilik Madiha. Saya sibuk menanda kertas peperiksaan ujian awal tahun anak-anak murid, suami saya menyuap bubur kepada Madiha. Mereka berbual panjang, sampai lah Madiha berkata, semalam dia bermimpi sangat indah. Suami saya bertanya apa mimpinya?

Madiha kata, dia jumpa anak-anak kembarnya di dalam mimpi itu. Saya yang terdengar pun berhenti daripada meneruskan kerja, terus berpaling ke arahnya untuk mendegar sambungan cerita itu. Kata Madiha, dalam mimpi itu, dia berjalan seakan-akan atas awan yang penuh dengan pokok yang sangat tinggi dan banyak. Tiba dia kedengaran suara kanak-kanak memanggil-manggil dia. Tiba-tiba juga waktu itu ada sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan datang menghampirinya untuk ke rumah.

Madiha kata, dia bertanya, siapa mereka berdua itu. Kata budak-budak tu, dia lah anak-anak Madiha yang belum dapat Madiha jumpa sebelum ini. Waktu itu tanpa saya sedar, teresak-esak saya menangis. Madiha masih tenang bercerita. Kata dia, anak-anak itu memimpin erat tangannya sambil menjujukkan sebuah rumah yang besar dan sangat tinggi di hujung taman itu. Ketika menghampiri rumah tersebut, Madiha berkata terdapat seorang lelaki menghalangnya masuk.

Suami saya tanya, siapa lelaki itu. Rahsia, jawab Madiha, Katanya, lelaki itu ada memberitahunya sesuatu tetapi dia tak boleh kongsikan. Tetapi, yang pasti ujian yang dia alami di dunia ini sudah pun dia redha dengan sepenuh hati selepas berjumpa dengan lelaki itu tadi. Berkali-kali saya dan suami bertanya, siapa dan apa yang lelaki itu katakan kepadanya, namun Madiha enggan menjawab. Dia membawa rahsia itu sampai lah ke akhir hayatnya.

Kami bawa pulang jnzh Madiha ke Terengganu atas permintaan keluarganya. Malam pertama tahlil Madiha, saya, suami, besan, adik beradik Madiha dan Basit berkumpul di ruang tamu keluarga Madiha. Malam itu, Basit memberitahu, simpanan Madiha sudah pun mencecah RM25k dalam Tabung Haji.

Madiha mahu Basit keluarkan duit itu dan berikan kepada kedua-dua orang tuanya. Apa yang mahu dilakukan kepada wang itu, terserah kepada ibu bapanya. Ibu dan ayah Madiha mahu gunakan wang. itu untuk menunaikan umrah.

Lepas berbincang panjang lebar, saya, suami dan Basit akan keluarkan wang kami untuk hantar mereka berdua tunai umrah. Saya dan suami juga akan ikut sama. Duit yang ditinggalkan Madiha, kami minta mereka untuk ubah suai dan baiki keadaan rumah. Jika tidak cukup, Basit akan cuba tambahkan, mereka bersetuju.

Malam itu juga, saya berbual berdua-duaan dengan Basit. Dia kelihatan sangat sugul, saya paham, dia masih belum boleh menerima hakikat pemergian isterinya yang dia cinta dan sayang. Selepas hampir 4 tahun bersama, mana mungkin dia tidak sedih.

Saya ceritakan semula kisah mimpi Madiha kepada Basit. Basit mengeluh panjang, dia kata dia tahu tentang mimpi itu, bahkan dia berasa sangat cemburu kerana Madiha dapat jumpa anak-anaknya. Saya tanyakan juga, jika Madiha berceritakan tentang lelaki di bawah pokok itu? Basit juga mengetahui hal itu.

Katanya, Madiha ceritakan semuanya termasuk apa yang diperkatakan lelaki itu, tetapi Basit kata, dia tidak akan memberitahu sesiapa atas permintaan Madiha. Kata Basit, seperti mana Madiha bawa rahsia itu hingga akhir hayatnya, dia juga akan bawa rahsia itu hingga ke saat pemrgiannya.

Malam itu, saya tidur di bilik Madiha dan Basit, rumah itu hanya ada 3 bilik, satu agi bilik adik perempuan Madiha. Basit dan adik ipar lelakinya tidur di luar. Dalam jam 4 pagi, suami saya gerak saya dari tidur. Dia bersungguh suruh saya bangun. Saya segera bangun. Kata suami saya, cucu-cucu saya cantik dan handsome. Terkebil-kebil saya dibuatnya, ha macam mana abang tahu?

Kata dia, dia baru sahaja bermimpi Madiha pimpin tangan dua orang budak kecil tapi dalam mimpi itu Madiha tidak sebut dan kata apa-apa pun. Dan mimpi itu juga tidak lama, hanya beberapa ketika sebelum dia terjaga.

Selepas pemergian Madiha, jiwa saya kosong. Tiada lagi kawan baik saya yang boleh saya bergosip, luah perasaan dan memasak bersama. Saya rasa, saya lebih sedih daripada Basit. Lepas pemergian Madiha, badan saya susut hampir 5kg dan saya boleh pakai baju-baju Madiha. Saya ambil baju-bajunya dan pakai ke sekolah. Walaupun dia tiada di depan mata saya lagi, jiwa dan hatinya masih segar dalam ingatan saya dan keluarga.

Sehingga kini, setiap kali cuti sekolah saya akan ke Marang, Terengganu untuk jumpa besan saya. Kalau tidak cuti sekolah, saya dan suami tetap akan berhubung dengan mereka dan bertanya khabar. Mereka juga masih tidak putus mengirim keropok ikan kepada saya dan suami di sini.

Basit juga, masih baik dengan mereka. Dia menyibukkan diri dengan kerja dan sentiasa meminta saya berdoa agar dia dapat dipertemukan semula dengan isteri dan anak-anaknya di sana. Sebagai seorang ibu, saya tetap akan berdoa dan meminta agar Allah permudahkan urusannya dunia dan akhirat.

Saya tidak mampu mengucapkan rasa syukur yang teramat syukur kepada Allah SWT di atas takdirnya mempertemukan kami sekeluarga dengan Madiha. Kerana Madiha, saya seorang guru dan wanita yang ego berubah menjadi guru dan wanita yang toleransi, pemurah dengan senyuman dan bersabar.Buat semua ibu mertua di luar sana, hargailah menantu perempuan kita. Mereka mungkin tak sempurna di mata kita, tapi kelebihan dia mungkin mulia di sisi Pencipta. Sambungan ke Part 3

Madihah Kini Sakit Tapi Si Kelibat Si Basit Masih Belum Kelihatan. Merauung-Rauung Aku Memanggil Namanya

Assalamualaikum. Saya ada menghantar satu perkongsian sebelum ini mengenai menantu saya, Madiha. Bagi yang masih belum sempat baca bole baca diruang komen untuk part 1 dan part 2. Sebenarnya, saya tidak tahu bahawa perkongsian itu sudah pun dikeluarkan kerana saya tidak bermain Facebook sejak beberapa hari lalu. Saya menjaga anak sulung saya dalam tempoh akhir-akhir berpantang anak kedua.

Suami saya yang beritahu, perkongsian itu sudah disiarkan. Dia sudah kongsikan di Facebook kami. Saya dan suami kongsi Facebook, sebab saya malas nak ada akaun sendiri. Sudahnya, saya tumpang nama saya kat FB suami. Saya nak baca perkongsian saya, tapi suami bersungguh-sungguh halang.

Selepas saya baca perkongsian itu di FB suami, saya baca komen-komen dari rakan-rakan. Luluh hati saya, niat saya untuk kongsi tentang kebaikan Madiha. Sebaliknya, rakan-rakan cakap saya jadikan Madiha persis orang gaji di rumah. Sebak hati saya bila dikatakan se begitu.

Tapi tak mengapa, saya tidak akan ambil pusing kata-kata orang. Suami dan anak-anak saya kenal saya siapa. Lebih penting, macam mana pun pandangan manusia terhadap saya, Allah sahaja Maha Mengetahui hati seorang hamba-Nya.

Saya tidak mahu ceritakan tentang saya dan Madiha. Perkongsian ini saya mahu ceritakan tentang apa yang berlaku pada hari pemergian Madiha. Ramai kawan-kawan saya dan suami yang berikan komen, mahu tahu apa yang berlaku pada hari itu. Bagaimana dengan Basit pada hari itu dan bagaimana penerimaan Basit. Berat hati saya mahu menjawab permintaan kawan-kawan. mereka sungguh-sungguh tanya saya mengenai itu.

Saya akan ceritakan di sini, situasi hari itu. Hari kami kehilangan Madiha. Cerita saya ni hasil perbualan saya dengan Basit selepas perkongsian pertama dikeluarkan. Basit tidak ada Facebook, hanya ada Istagram. saya pun tak arif lah, benda-benda budak zaman sekarang. Jadinya, dia tak tahu tentang perkongsian pertama saya, sehinggalaha saya tunjuk dan ceritakan kepadanya. Sesudah itu, saya ambil Keputusan untuk kongsikan cerita ini pula.

3 hari sebelum pemergian Madiha, tengah hari itu, dia ceritakan kisah mimpinya. Masa tu dia kelihatan sangat berseri, segar sungguh. Petang tu suami saya balik, bawa pakaian kotor kami untuk cuci. Saya dan anak bongsu saya temankan Madiha di hospital. Hospital tempat Madiha berubat di Kuala Lumpur, rumah saya dan suami di Negeri Sembilan. Basit pula kerja.

Malam tu dalam pukul 1 pagi, ada 2 orang jururawat masuk ke bilik kami sambil menyorong satu alat. saya tak tahu lah mesin apa. Lepas itu, ada seorang doktor masuk beritau kepada saya, Madiha pelu di X-ray. Dia minta saya dan anak bongsu saya duduk jauh dari katil itu kerana tak mahu terkena radiasi. Saya dan anak bongsu keluar dari bilik Madiha.

Masa nak berkalan keluar, nak sarung selipar, Madiha panggil perlahan. “Mak,” tanggannya melambai lemah kepada saya, tidak mahu saya pergi. Di luar, saya termenung, Saya tengok Madiha berbeza sekali keadaannya dengan waktu siang tadi. Malam itu dia nampak sangat lemah, bercakap pun tak kuat suaranya. Mungkin dia penat, sebab petang tu dia tidak tidur.

Beberapa minit lepas tu, saya nampak doktor keluar dari bilik Madiha, kata dia, mereka syakk Madiha ada jangkitan kuman. Tapi masih tak pasti sebab kena mohon nak buat scan esk pagi. Lepas tu kena rujuk pegawai farmasi, mungkin kena tukar ubat lain kalau betul ada jangkitn kuman.

Saya terus telefon Basit maklumkan perkara itu. Saya tahu Basit jadi tak keruan, esoknya selepas tamat shif, dia minta cuti 4 hari untuk jaga Madiha di hospital. Dua hari sebelum Madiha pergi, dia jadi sungguh tak bermaya, lembik. Mungkin ubat kimoterapi masih mendatang kepada dirinya. Dia makan sikit sahaja. Petang tu dia minta kepada suami saya, belikan di pizza. Dia mahu makan pizza.

Suami saya pergi cari pizza untuk dia makan. Basit suapkan pizza, semulut sahaja dia makan, lepas tu dia tidur. Maghrib tu, dia jadi tak sedar. Seorang doktor masuk check, lepas tu doktor panggil lagi seorang doktor check, sudahnya, ada 4 orang doktor keliling katil tu. Saya, suami dan anak keluar dari bilik Madiha. Hanya Basit kami tinggalkan di dalam.

Dekat setengah jam, semua jururawat dan doktor keluar. Basit keluar tak lama lepas tu, kata Basit, dia sudah menghubungi keluarga Madiha di kampung. Mereka akan usaha untuk pulang segera. Cuma, masalahnya, ayah Madiha mungkin tidak bleh tinggalkan kerjanya, tiada yang ganti. Suami saya segera kirimkan wang minyak untuk keluarga Madiha bertolak dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Kami berdoa malam itu, suapaya mereka sampai dengan selamat, kerana kereta ayah Madiha sedikit uzuur. Kami takut mereka terhenti di tengah perjalanan. Satu jam sekali, suami saya hubungi ibu Madiha untuk pastikan mereka baik-baik sahaja.

Malam tu sampai ke Subuh saya tak boleh tidur. Saya urut mesra tangan dan kaki Madiha. Si Basit pula tidur sekatil dengan Madiha malam tu. Dia peluk erat isterinya. Suami saya pula tidak boleh toleh muka Basit dan menantunya. Air matanya mengalir. Selalu saya tanya, kenapa Abang menangis? Dia sedih, dia tidak mahu anak dan menantunya rasa ujian seberat itu.

Tapi apa kan daya dia, dia hanya mampu melihat. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya lebih tersksa tengok anak menantu saya begitu, tapi saya perlu kuat. Bukan sahaja untuk Basit dan Madiha, untuk suami saya juga. Jika saya lemah, saya tidak tahu bagaimana kami akan dapat jalani ujian itu.

Pukul 9 pagi, keluarga Madiha tiba di hospital. Madiha masih tidur. Lepas sarapan, kami naik ke bilik, Madiha sudah terjaga. Dia baru sahaja mandi dan makan pagi bersama Basit di bilik. Dia sangat gembira melihat ibu bapanya datang dari kampung. Dia bersungguh-sungguh kata kepada suami saya, boleh tak kalau kita makan besar hari ni. Suami saya kata, boleh. Madiha nak makan apa?

Madiha jawab, nak makan tomyam. Saya pun tanpa melengah, bawa balik besan saya ke Seremban. Kami nak masak tomyam di rumah, dan bawakan kepada Madiha petang itu. Suami saya setuju. Kami tinggalkan Madiha dengan Basit sahaja di bilik.

Lepas Asar, kami bertolak ke hospital dan makan bersama. Semua orang dapat makan tomyam masakan ibu Madiha. Saya sengaja minta dia masak lebih. Kami berikan sikit kepada bilik-bilik lain dan mereka yang tengah bertugas. Madiha gembira sungguh dapat makan bersama, tengok tv bersama dengan semua orang. Tak habis-habis dia asyik ulang,

“Sukonyo hari ni dih, semua ada” kata dia. Sayu hati saya dengar kata-kata Madiha. Malam tu Madiha munnntah. Doktor masuk sekali lagike bilik untuk lihat keadaan Madiha. Masa tu sekitar jam 11 malam. Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa balik keluarga Madiha ke rumah kami terlebih dahulu dan datang semula selepas Subuh. Mereka setuju.

Malam tu, saya telefon Basit, tak berangkat. Sampai lah pukul 4 pagi, Basit telefon semula. Katanya, Madiha baru habis diperiksa dan terpaksa di hantar ke HKL disebabkan ada alatan yang tidak dapat berfungsi waktu itu. Saya mengucap panjang, takut mendengarnya. Lepas Subuh, kami terus ke hospital.

Hari yang ini, hari yang daaahsyat, kami tak pernah sangka, itu lah kali terakhir kami melawat Madiha di hospital. Masuk sahaja bilik, Madiha nampak sangat tak bermaya. Dia terbaring sambil memegang erat tangan Basit. Dia memandang sepi ke wajah ibu ayahnya. Lama pandangan itu. Perlahan-lahan saya nampak air mata Madiha turun.

Lepas itu dia panggil Basit, dia minta Basit belikan air coca-cola untuknya. Madiha sangat gemarkan air coke itu. Ketika dia masih sihat, ke mana sahaja kami pergi makan, Madiha mesti akan order air coke dan ais. Itu kegemaran dia. Air bergas lain, dia tidak minum, hanya coca-cola sahaja.

Semua tak bagi dia minum air tu, tapi Basit kata tak mengapa, dah lama Madiha tak minum. Beri sahaja. Seteguk cukup. Basit pun keluar dari bilik mencari air tu. Beberapa minit selepas Basit keluar, Madiha semakin melemah. Dia minta ayahnya dan suami saya berdiri ditepinya. Dia minta dirinya untuk bangun bersandar. Di salam, dipeluk cium ayahnya.

Dia memohn maaf kepada ayahnya dan suami saya. Suami saya teresak-esak menangis. Diusap kepala Madiha lembut, saya tak pernah menyangka suami saya begitu sedih daripada saya. Dia tidak henti-henti meminta Madiha untuk kuatkan semangat. Lepas tu, Madiha gagahkan diri, dia berpaut tangan suami saya dan ayahnya, mahu berdiri.

Perlahan-lahan dia pergi kepada saya dan ibunya. Menangis saya melihat sendiri Madiha melutuut dan mencium kaki ibu kandungnya. Ibunya menangis sambil memegang Madiha. Madiha kucup kaki ibunya, mencium ibunya, memeluk erat ibunya sambil memohn maaf dan ucap terima kasih. Saya memgang lembut Madiha, takut dia terbalik dan rebaaah.

Sesudah itu, Madiha mencium kaki saya. Diminta beribu ampun dan maaf kepada saya berulang-ulang kali. Saya menangis sepenuh hati, di tepi saya, suami memegang erat bahu saya. Dipeluk cium saya sepuasnya. Saya masih ingat kata-kata terakhir Madiha waktu itu,

“Mak, tanpa Mak, tanpa Baba, Basit tidak akan ada di dunia ini, Madiha juga tidak akan di dunia ini. Madiha ada kerana Basit ada. Kami diciptakan Allah untuk bersama. Terima kasih Mak dan Baba. Jaga makan minum Madiha selama ini.”

Selebihnya saya tidak ingat, yang pasti beribu perkataan maaf. Bila suami dan ayah Madiha memapaah Madiha semula ke katil, sekali lagi Madiha muuuntah. Anak bongsu saya segera panggil doktor di luar. Saya pula merauung-rauung panggil nama Basit. Mahu dia segera balik. Takkan lah begitu lama membeli air coke. Suami saya telefon, tiada jawapan.

Bilik jadi huru hara sebab doktor dan jururawat berlari masuk dan keluar. Ramai doktor yang masuk dan minta kami tinggalkan bilik. Madiha tenat, ada daaarah yang keluar dari mulut dan hidungnya. Kelibat si Basit masih belum kelihatan.

Saya tak mampu nak teruskan penceritaan bila terkenang kembali peristiwa ni, berguguuuuran air mata saya. Kalau kalian nak saya sambung cerita ini silalah nyatakan diruang komen. Insyaallah ada sambutan saya teruskan. Salam.Tamat