Beruntung lelaki ni bila dapat pasangan yang sempurna. Tapi bila kenal dengan perempuan lain di pejabat dia mula abaikan pasangan. Akhirnya ini yang terjadi buat dia menyesal seumur hidup.

Viral

Bila cerita pasal kejahatan lelaki, majoriti akan kata ‘lelaki semua sama’. Ye memang tak dapat dinafikan kejahatan lelaki macam menduakan, lupa pengorbanan isteri tu semua kesilapan yang sama kami semua buat. Tapi kakak kakak adik adik tak tahu, bila lelaki dah menyesal dan ingin berubah, mereka akan menjadi manusia yang sangat berbeza. Berbeza beza macam mana cara mereka berubah.

Kenalkan, diri aku Syah. Asal Melaka tapi kerja dekat KL. Umur 27 dan masih single. Dan tengah menyesal. Haih! Kepada readers, ambil lah iktibar dari cerita aku ni. Jangan menyesal di kemudian hari. Tak ada guna beb. Dua tahun lepas, aku ada kenal dengan seorang pempuan ni. Dia ni dulu junior course aku. Aku dah habis belajar dah dia masih di tahun kedua. Ada rupa yang elok (jika nak dibandingkan dengan aku), baik, soft spoken, dengar kata, setia. Aku start berkawan dengan dia dari aku tak ada apa apa. Aku baru habis praktikal dan tengah tunggu konvo.

Mula mula aku cuma niat nak berkawan je tapi satu hari tu dia kata, ‘kalau betul nak berkawan, jumpa la mak abah’. Dan segalanya bermula. Aku pun kata dalam hati ‘why not aku serius dengan dia ni. Pakej semua ada. Cantik paling penting.’ So, aku pun berkawan dengan niat at the ending of our relationship, aku nak jadikan dia bini aku. Siapa sangka, bila aku dah ada niat untuk berkahwin, rezeki aku mencurah.

Dengan tak ada kelayakan degree lagi (sebab belum official konvo), aku dah dapat kerja tetap dengan gaji rm3000. Pada aku nilai tu dah cukup okay untuk orang macam aku ni yang sijil degree yang rasmi pun tak ada lagi. Hahaha. Hubungan aku dengan dia pun berjalan dengan indah seperti orang orang lain juga.

Bila mula-mula bercinta ni, semua pun manis. Alahai. Mula-mula niat kitorang nak rahsiakan hubungan kitorang tapi bila tengok kawan kawan lain selamba post pasal pakwe makwe dorang, syaitan pun menghasut dan pufff!! Kecoh seantero kawan kawan kitorang pasal hubungan kitorang. Sampai ada la kawan kawan yang meluat tengok kitorang dekat media sosial ni.

Aku tau wehhh cuma saje buat tak tahu. Kahkahhh. Al maklum la tengah awal awal bercinta, terasa diri ni kebal sangat. Bagai donia ini ana yang ponyaaa. Kitorang berkawan atau lebih dikenali dengan bahasa laghanya sebagai couple sudah hampir setengah tahun. Dari aku tak ada lesen motor kereta pada usia 25 tahun, aku jadi bersemangat nak buat lesen lesen tu. Sebab apa? Sebab alasan aku, nanti senang nak jumpa dia yang jauhhhh nun di Terengganu tengah belajar, sedangkan aku dekat kl bekerja.

Walaupun hakikatnya pada masa tu, aku tak ada kereta pun. Ada motor je. Macam mana la aku nak bawa motor ke Ganu tu dari kl. Adoi la. Macam orang tak betul bila fikir fikir balik apa yang aku janji pada dia. Dia pun sokong je la apa aku nak buat. Lagipun dia kata memudahkan aku nak bergerak dekat kl tu. Plus, dia kesian dekat aku selalu nak keluar pun takut takut kalau ada roadblock. Yela, tak ada lesen kan. Kahkahh.

Tapi masa aku nak ambil lesen tu, memang liat sungguh la nak pergi. Aku dah biasa bila hujung minggu cuti mesti lepak duduk rumah. But this time, aku kena bangun awal pergi belajar lesen dengan budak budak. Jatuh saham abang dik dah brother brother baru terkial nak ambil lesen. Sokongan padu si dia buat aku kuat dan bersemangat, aku gagahkan diri juga pergi kelas tu.

Sepanjang aku tak ada kereta ni, kalau dating mesti naik public transport. Kalau tak naik lrt, naik ktm, naik uber. Apa je public transport yang kitorang tak pernah naik dekat kl ni, semua pernah. Si dia gigih datang dari Terengganu sebab nak jumpa aku bila dia cuti sem atau cuti apa apa je la. Aku bawa dia pusing kl jalan kaki je. Perempuan kan, tipu la kalau tak merengek kata panas, penat.

Alahai sayang, abang rindu rengekan tu! Tapi aku tau, walaupun dia mengadu macam macam tapi jauh di sudut hati dia, dia rela. Rela berpanas berpeluh berpenat dengan aku. And at last, aku pun dapat lesen lesen aku. Tanpa berlengah, aku terus pergi bank nak buat loan. Loan nak beli kereta. Aku minta pendapat si dia nak beli kereta apa. Dia nasihat aku, beli kereta tempatan je.

Murah dan mampu milik setanding dengan gaji aku yang ciput tu. Kalau dapat beli yang secondhand, lagi jimat. Lagipun nak buat loan lain, banyak duit nak guna buat beli rumah lepas kawin. Tapi masa tu aku degil, aku nak beli kereta mewah juga. Alasan aku, Melaka dengan Terengganu tu jauh. Kalau beli kereta second nanti tak mampu nak bawa drive jauh.

Membazir duit asyik nak servis je. Lepas kawin nanti nak balik kampung susah, kataku. Lagipun masa tu aku fikir, aku kerja bagus, kerja dekat bandar metropolitan kl, ada degree tak kan nak naik kereta Malaysia apatah lagi kereta secondhand. Malu la abang dik nak balik kampung bawa balik kereta lama. Bodohnya rasa bila seorang Syah boleh fikir macam tu dulu.

Haihh! Tapi dia ikut je keputusan aku since aku pun memang jenis degil. Susah nak ikut pendapat orang. Semasa proses loan tu, macammacam orang bank aku hadap sampai tahap nak give up. Tapi macam biasa la, si dia tak pernah henti bagi semangat. Sejuk hati abang dik dengar kata kata semangat dia. Huhu. Dan akhirnya, keluarlah sebiji toyota. Bangga woi masa tu.

Bila aku dah start aku kereta, kawan kawan perempuan ofis aku yang dulu tengok aku dengan ekor mata, sekarang terus sanggup nak tenung aku yang buruk ni. Yang nak tumpang balik kerja lain, yang nak ajak lepak lain, yang ajak join kelab kelab kereta lain. Ahh macam-macam la. Sampai satu tahap, aku dah angkut sorang awek lain naik kereta baru aku sedangkan aku dah janji aku akan bawa si dia perempuan pertama selepas mak aku untuk merasakan kelembutan sofa kereta aku.

Maafkan abang, sayang. Start dari tu awek tu ajak aku join satu kelab cycling since dia memang aktif dekat kelab tu. Bila dah join kelab tu, aku pun jadi makin rapat dengan dia. Sampai sanggup berabis duit beli basikal, setting itu ini semata mata untuk join event. Pejam celik hubungan aku dengan si dia dah masuk setahun setengah, hampir dua tahun. Aku dapat rasa hubungan kitorang semakin hambar.

Dia dah mula meryan cari aku. Cari perhatian aku sampai aku naik rimas, bosan dan meluat. Aku sibuk dengan kelab basikal aku tu. Bila dia ajak jumpa nak datang kl, aku selalu bagi alasan. Aku kata tak ada duit, aku busy kerja. Memang aku tak ada duit sebab duit aku habis dekat setting basikal and join event event yang ada. Hmm.. Pikir2 balik, kenapalah aku layan dia macam tu.

Nak menyesal pun dah tak guna. Nasik dah jadi bubur. Ok lah guys, panjang berjela jugak aku dah menaip ni. Izinkan aku tolong mak aku buat tempahan kuih samprit kejap (dah kena bebel dari tadi.haha). Ada kesempatan kita sambung cerita time sahur nanti.