Kali ni tular gambar Datin Alyah pula ke Langkawi sampai ada yang dm luah rasa kecewa. Tak boleh berdiam akhirnya Datin Alyah tampil bersuara jelaskan perkara sebenar.

Artis

Negara masih hang4t dengan isu kesal4han merentas negeri yang membabitkan beberapa nama selebriti tanah air. Ia menimbulkan rasa kurang senang orang ramai kerana sekatan tersebut masih berjalan di banyak negeri di Malaysia. Pada 7 April 2021, penyanyi Datin Alyah telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Hantaran itu memberitahu bahawa Alyah telah menerima banyak mesej di Instagram yang mempersoalkan dirinya yang berada di Langkawi. Menjawab persoalan tersebut, beliau telah memberitahu alasannya berbuat demikian dan turut sertakan bukti berkaitan urusan rentas negeri.

Melalui caption:- “Assalam sejak saya berada di langkawi ni, mcm mcm Dm yg saya terima contoh DM seperti diatas.itu belum no yg tak kenal dgn tiada salam terus mki hamn saya persoal itu ini pasal SOP. Saya masih seorng penyanyi dan sy bekerja dibawah record saya sendiri.

sebagai peniaga musik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan peniagaan ini berterusan. peniagaan musik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja. tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan product dlm bentuk visual juga.” Alyah juga berkata, tujuannya ke Langkawi adalah atas urusan kerja.

“Pihak saya dan team like music sdn bhd ke langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan MV terbaru saya #ThankyouALLAH. Apa yg di usulkan oleh anda yg mcm tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya.

Saya tk naik KAPAL utk suka suka dan tidak berkeinginan pon ke langkawi kalau setakat nak tukar tukar baju fesyen…sebelum saya dan team ke langkawi, Kami sedaya upaya menyediakan segala document perjalan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya TAK CERDIK juga, saya minta maaf.” Oleh itu, jelaslah bahawa Alyah tidak ingkar arahan merentas negeri tanpa alasan kukuh. Sementara itu, hantaran ini juga dihujani dengan pendapat orang ramai.

Semoga isu rentas negeri seperti ini tidak lagi menjadi perbalhan ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink Media

Sumber: HOTFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kecoh Tentang Perkahwinan Neelofa Dan Pu Riz Baru Baru Ini. Kali Ni Giliran Datin Alyah Pula Tampil Bersuara Dedahkan Sesuatu Tentang Pu Riz Yang Ramai Tak Tahu.

Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz. Berkonsepkan kerohanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.

Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.

“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.

“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga. “Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.

“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.

“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab. “Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.

“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia. Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan. Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz

dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini. Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.

Baru Je Muat Naik Foto Dengan Suami Sekali Datin Alyah Kena Sindir. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Datin Alyah Tampil Bersuara Buat Warganet Terkedu.

Kuala Lumpur: “Tak tunjuk gambar dengan suami, dituduh macam-macam. Apabila muat naik di Instagram, lain pula dicakap. Apa yang warganet nak sebenarnya?” soal penyanyi Datin Alyah mengenai sikap warganet yang menulis di ruangan komen Instagram miliknya.

Alyah berkata, komen berbaur sindiran muncul sejurus dia muat naik hantaran gambar bersama suami, Datuk Ramli MS, semalam. Menurut Alyah yang juga penyanyi lagu Meluruh itu, dia mengambil pendekatan menyekat pengguna akaun berkenaan.

“Tak fahamlah dengan orang yang busuk hati. Saya muat naik detik bahagia, perkongsian dan rasa syukur. Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih ada yang masuk Instagram saya bagi ayat sindiran. “Kalau nak caci, mki dan hna saya di ruangan lain saya memang tak ambil peduli,

tapi apabila masuk Instagram saya dan komen dengan ayat sindiran yang anda sendiri tidak tahu cerita dari awal, bermakna anda masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya. Takkan saya nak diam. “Saya mesti simbah air pans dengan orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” katanya.

Alyah menjelaskan keterangan gambar ‘I’m not ur bibik anymore, Kita seri bro’ itu merujuk kepada hantaran yang pernah dimuat naik ketika program Gegar Vaganza musim ketujuh berlangsung tahun lalu. “Ramai sangat yang buat spekulasi mengenai kapsyen bibik ni. Kapsyen ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami semasa peringkat separuh akhir GV yang lalu.

“Jadi tak perlulah menokok tambah cerita yang tak ada. Apa yang lepas tu biarlah berlalu,” katanya. Gambar memaparkan Alyah dan suami berpakaian sedondon warna kuning itu diambil ketika majlis pernikahan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan dengan Jennifer Thompson, baru-baru ini.

Alyah Tak Faham Sikap Warganet

MUAT naik gambar sedih kena kritik, muat naik gambar gembira pun tak boleh. Apa yang warganet nak sebenarnya?,” kata penyanyi popular, Datin Alyah mengenai sikap segelintir warganet yang kurang senang dengan setiap perkara dimuat naik di Instagram (IG) mahu pun IG Stories.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 38, berkata dia sendiri tidak faham apa yang diinginkan warganet dalam media sosial hari ini. Malah, dia beranggapan sepatutnya setiap daripada mereka perlu muhasabah diri dan tidak bersikap busuk hati dengan sesiapa saja.

“Kadang-kadang tak faham sikap warganet ni. Serba serbi tak kena. Seolah-olah mereka lebih tahu dan ingin menentukan hala tuju hidup seseorang. “Cuba sesekali bersikap rasional dan terbuka tanpa memandang negatif pada setiap apa yang dimuat naik. Saya pun ada kehidupan sendiri dan ingin bebas macam orang lain.

“Lagi pula, IG saya adalah hak saya. Apa yang dimuat naik ini adalah apa yang dilalui. Saya tak ada masa nak berpura-pura di IG,” katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, Alyah yang kini muncul dengan single Meluruh tetap memuji dan berterima kasih kepada pihak yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuknya.

“Saya tak kata semua negatif, sebab masih ramai lagi yang positif dalam perkara sebegini. Malah, mereka sentiasa memberikan kata-kata semangat. “Bagi saya, orang seperti mereka yang patut diberi perhatian. Apatah lagi, saya pula jenis yang tidak sukakan aura negatif dalam hidup,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/02/datin-alyah-nak-sim-dgn-air/

Alyah rindu masakan bapa

SETIAP kali Ramadan menjelma, tentunya kenangan bersama mereka yang tersayang terutama bagi insan sudah pergi tinggalkan kita akan bermain di fikiran. Bagi penyanyi, Datin Alyah yang popular dengan lagu Jutaan Purnama, kehadiran Ramadan mengimbau kenangannya bersama bapa, Abu Hassan yang pernah bekerja sebagai tukang masak.

“Salah satu perkara yang saya rindukan apabila terkenangkan ayah adalah masakannya dan paling digemari ialah tauhu taucu. Ayah saya bekerja di atas kapal, jadi dia tidak banyak masa untuk bersama kami sekeluarga. “Jadi, apabila dia pulang ke rumah, dia akan memasak untuk kami. Resipi ini selalunya ayah masak ketika Ramadan dan boleh dimakan bersama roti mahu pun nasi,” katanya.

Berkongsi mengenai resipi unik itu, bahan yang digunakan sangat mudah didapati. “Bahan-bahannya adalah bawang putih, bawang besar atau bawang Holland, halia, tomato, cili besar merah dan hijau, cili padi, tauhu, taucu, asam jawa, telur, pati santan dan ia boleh dimasak sama ada dengan menggunakan daging lembu, ayam atau pun udang,” katanya.

Cara penghasilan resipi ini juga begitu unik dengan menggabungkan campuran pati santan dan telur sebagai kuah. “Selalunya saya akan masak resipi ini dengan menggunakan satu kilogram daging dan boleh dimakan lima hingga enam orang. Pertama sekali, panaskan minyak masak dan selalunya saya gunakan minyak kacang soya.

“Kemudian tumis bawang putih dan kemudian bawang besar atau bawang Holland yang dibelah empat. Selepas itu masukkan sedikit pula cili padi . “Masak sehingga cili betul-betul masak dan masukkan taucu. Saya pilih taucu yang ada rasa kacang dan sedikit berlemak untuk menambah kelazatan masakan,” katanya.

Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan daging lembu yang dihiris nipis. “Sebelum itu, saya akan perap terlebih dahulu daging dengan hirisan halia dan kemudian barulah dimasukkan dalam periuk dan diadun dengan bahan lain yang sedia ada tadi.

“Selepas air daripada daging itu mula kering, masukkan 20 cili besar merah dan 20 cili besar hijau yang dibelah empat menjadi bentuk bunga. Jangan risau kerana ia tidak pedas. “Selepas itu, masukkan bahan perisa seperti garam dan serbuk perasa. Kemudian, masanya untuk kita masukkan pati santan dan sekiranya masakan itu terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air,” katanya.

Tidak terhenti di situ, masakan itu menjadi lebih pekat selepas ditambah telur. “Kacau sehingga mendidih dan kecilkan api. Kemudian, masukkan asam jawa dan diikuti, telur untuk pekatkan kuah. Siap!” katanya. Menurutnya, ada beberapa pengikut di Instagram yang bertanya sama ada resipi ini akan menimbulkan rasa muak atau tidak memandangkan ia mengandungi santan dan telur.

“Kepada yang bertanya soalan itu kepada saya, sebenarnya asam jawa yang kita masukkan sudah menyeimbangkan rasa lemak santan dan telur itu. Sekali gus, tak ada rasa muak. “Ramai juga yang dah cuba sendiri resipi ini dan mereka pun tak sangka yang rasanya sangat sedap,” katanya. Yang pasti, resipi ini adalah antara menu yang mudah, tetapi unik dengan cita rasa yang tentunya membuka selera ketika berbuka puasa.