Kecoh tentang perkahwinan Neelofa dan Pu Riz baru baru ini. Kali ni giliran Datin Alyah pula tampil bersuara dedahkan sesuatu tentang Pu Riz yang ramai tak tahu.

Artis

Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz. Berkonsepkan kerohanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.

Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.

“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.

“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga. “Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.

“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.

“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab. “Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.

“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia. Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan. Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz

dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini. Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.

Kesal ada yang cemburu perkahwinan Neelofa dan PU Riz, Shahrulezad tegur warganet komen negatif bersihkan hati

BERITA perkahwinan pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan Pencetus Ummah (PU) Riz menjadi sebutan ramai sehingga trending di laman Twitter. Selain ucapan tahniah, ada juga segelintir daripada mereka menulis komen negatif sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna media sosial yang lain.

Hal ini turut menarik perhatian pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang meluahkan rasa kesal dengan sikap mereka yang tidak beradab dalam menulis komen. “Hari ni timeline abam (gelaran untuk dirinya) penuh dengan cerita pernikahan Lofa (nama panggilan Neelofa) dan PU Riz. Cantik pasangan pengantin. Tema majlis pun abam suka. All white. My all time favourite colour.

“Cuma yg tak berapa best bila baca komen komen yg ditinggalkan terutamanya dari warganet perempuan. Girls. Why so bitter and envy? Kalau tak suka pun dengan Lofa simpan jer dalam hati sambil cuba sorokkan sikit hati yg hitam tu. “Chill. Hari ni kan hari bahagia dia.

Tak salah kita sama-sama doakan kebahagian dia. Kalau korang tahu pula terhegeh-hegeh mintak semua org doakan kebahagian korang… kalau kebahagiaan orang lain siap tarik muka mencebik lagi. Tolong sorokkan sikit hati yang hitam berkarat tu,” katanya.

Shahrulezad menulis pandangannya itu menerusi Instagram pada Sabtu. Tak salah pun kalau kita doakan kebahagian untuk orang yg kita tak suka. Mana tahu doa tu Allah kembali semula pada kita. Peace! Neelofa, 32, sah menjadi isteri kepada PU Riz atau Haris Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Majlis yang diadakan mengikut SOP dan bertemakan rona putih dihadiri seramai lebih kurang 150 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan selebriti. Shahrulezad tegur warganet yang tulis komen negatif di media sosial. Dalam pada, pengarah drama Takdir Yang Tertulis ini menasihati warganet berkenaan supaya berfikiran positif dan sentiasa mendoakan yang baik-baik sesama manusia.

“Tak salah pun kalau kita doakan kebahagian untuk orang yg kita tak suka. Mana tahu doa tu Allah kembali semula pada kita. Peace! “Apa-apa pun Abam nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru untuk Lofa dan pasangan. Semoga Allah memberikan

keberkatan kebahagiaan kepada mempelai. Amin Ya Rabbal Amin,” ujarnya. Perkongsian Shahrulezad itu menerima reaksi positif daripada pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pandangan pengarah berusia 48 tahun itu.

Foto: Instagram Alyah, PU Riz

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pernah Bersekolah Pondok Sampai Umur 20 Tahun, Jom Semak Fakta Menarik PU Riz Yang Ramai Tak Tahu

Bagi yang masih belum mengenali siapa sebenarnya PU Riz, Gempak kongsikan trivia menarik mengenai jejaka kacak itu. 1. Pemilik nama sebenar Muhammad Haris Mohd Ismail itu berusia 24 tahun dan merupakan anak jati Selangor. 2. Anak kedua daripada tiga beradik itu pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir namun hanya bertahan selama setahun apabila terpaksa pulang ke Malaysia akibat peperangan di sana.

“Saya juga habiskan masa remaja saya sampai 20 tahun belajar sekolah pondok di Besut, Terengganu,” katanya kepada Gempak. . PU Riz memiliki diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya sekarang dalam fokus untuk sambung belajar dalam sarjana muda bidang pendidikan dan undang-undang. Insya-Allah akan bergraduasi lagi setahun setengah. “Saya mungkin bakal bergelar guru dan mungkin akan menjadi penasihat undang-undang nanti tetapi perancangan akan fokus semula dalam kerjaya seni selepas habis belajar.

“Cuma bukan selama-lamanya dalam bidang ini (hiburan),” tambahnya. 4. Mula dikenali apabila menjadi peserta program realiti Pencetus Ummah musim keempat pada tahun 2016 dan pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) pada tahun 2017.

5. Antara drama lakonannya ialah Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus dan Anugerah Cinta Aisyah. 6. Bakal muncul dengan lakonan pertama sebagai hero filem Ada Apa Dengan Dosa menjelang Oktober ini.

“Saya digambarkan sebagai seorang pend4kwah yang belajar agama di Scotland dan bertemu dengan seorang gadis Aurora. “Imej saya pula dibentuk dengan cara berbeza daripada diri saya, pakai seluar ket4t dan rambut diluruskan. “Saya juga hilang 10 kilogram untuk filem ini,” kongsinya.

NeeIofa sering memuji Riz

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakw4h namun tidak mendapat perhatian. ” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar. Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus. ” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sempat Berkongsi Detik Perkenalan Dengan PU Riz. Neelofa Tanpa Ragu Dedah Soal Anak Dan Kisah Percintaan Dengan PU Riz

Lama juga berteka teki dengan peminat dan akhirnya terjawab semuanya pada hari ini. Neelofa, 31 dan PU Riz, 26 selamat disatukan pada hari Sabtu. Neelofa lafazkan rasa syukur kerana akhirnya majlis pernikahannya yang dirancang selama sebulan sudah direalisasikan. Semasa ditemu bual, Neelofa sempat berkongsi detik detik perkenalannya dengan PU Riz yang bermula pada tahun 2017

Terang Neelofa, dia terpikat dengan sikap PU Riz yang merupakan seorang yang baik hari dan matang serta pendengar yang baik. Bahkan Neelofa juga mendedahkan soal perancangan cahaya mata dan harapannya untuk perkahwinan yang baru dibina. Berikut antara soalan yang diajukan kepada pengantin baru kita, Tak lain dan tak bukan,Neelofa

Soalan pertama. Tahniah Lofa. Boleh ceritakan sikit tentang majlis hari ini? Kenapa memilih tema sebegini dan berapa lama masa diambil untuk merancang keseluruhan acara?Alhamdulillah majlis yang kami rancang selamat dilangsungkan. Pereka majlis untuk majlis perkahwinan saya ini iaitu Reka Teemor berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi untuk hanya dalam sekitar sebulan. Benar, kekangan berlaku apabila kerajaan mengumumkan PKP2.0 sekitar penghujung tahun lalu.Tapi saya sangat bersyukur kerana apa yang dirancang, dapat dilaksanakan pada hari ini.Kamu dan Reka Teemor bersetuju untuk menggunakan rona putih sebagai satu-satunya warna dalam majlis ini.

Kita teruskan dengan soalan nombor dua. Berapakah hantaran yang diterima dan dipulangkan serta mas kahwin yang dihadiahkan daripada pihak lelaki?Hantaran kami memberi hanya yang wajib. Bagaimanapun, untuk mas kahwin, saya menerima sebentuk cincin daripada pihak lelaki.3

Ketiga, Peminat memang menantikan hari bahagia Lofa. Boleh kongsikan sikit tentang bagaimana detik perkenalan antara Lofa dengan suami dan bila Lofa mula merasakan Haris adalah orangnya.Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. Sekitar bulan Jun kalau tak salah. Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek.Selepas kolaborasi tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian. Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing.Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa. Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah.

Soalan seterusnya, Selepas mendirikan masjid, bagaimanakah dengan karier Lofa sebagai usahawan? Berjalan seperti biasa atau Lofa mengambil keputusan untuk berehat sementara?Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berehat sementara kerana banyak hal bisnes yang perlukan pemantauan saya walaupun selepas majlis berlangsung. Selain beberapa produk baharu yang dilancarkan di bawah jenama minuman Nilofa, koleksi raya Naelofar juga baru sahaja dilancarkan. Memang agak sibuk, tetapi saya cuba untuk membahagikan masa untuk menguruskan rumah tangga.

Soalan kelima, Lofa kini memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bagaimana Lofa mempersiapkan diri ke arah itu? Banyak membaca atau banyak bertanya pada ibu?Betul, selain banyak membaca, saya juga kerap bertanya dengan ibu dan rakan-rakan terdekat, banyak nasihat yang diberikan dan insya-Allah, saya akan jadikan nasihat tersebut sebagai panduan. Dalam masa yang sama, saya juga berkesempatan menghadiri kelaskelas khusus yang memfokuskan kepada persediaan memasuki alam rumah tangga.

Seterusnya, Haris dan Lofa telah menubuhkan Markaz Tijaari sebelum ini. Adakah akan ada kolaborasi lain antara kalian berdua pada masa depan?Untuk kolaborasi projek, kami fokuskan Markaz Tijaari terlebih dahulu. Selain itu, untuk pelan jangka masa panjang pula, kami juga merancang untuk memperkenalkan produkproduk lain di bawah jenama tersebut, insya-Allah.

Soalan yang ketujuh, Adakah Lofa meletakkan harapan untuk menerima zuriat pada masa terdekat?Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.

Akhir sekali, Apakah harapan Neelofa terhadap perkahwinan ini?Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami.

Neelofa Telah Dinikahkan Sendiri Oleh Adik Yang Mewakili Bapanya Sebagai Wali. Ternyata Ini Mas Kahwin Yang Diberikan Oleh PU Riz

Setelah sekian lama, akhirnya Neelofa dan PU Riz sudah sah bergelar suami isteri pada harini. Kelihatan Neelofa kelihatan anggun dengan busana putih dan masih kekalkan niqab dan agak sedondon dengan PU Riz. Dilaporkan akad nikah berlangsung kira kira jam 11 pagi dan ia bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan bertemakan Jabal Rahmah.

Para tetamu juga kelihatan mengenakan pakaian serba putih bagi bersesuaian dengan tema. Untuk makluman, Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin. Menarik sekali pernikahan pasangah ini disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Datuk Dr Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.

Difahamkan perkahwinan Neelofa da Haris menjadikan ini antara Wedding of The Tear buat kalangan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh orang ramai. Tambahan pula banyak petunjuk yang muncul tentang perkahwinan pasangan ini yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat. Ianya bermula bila seorang individu ini tampil kongsi yang dia melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai

Berbalik kepada majlis hari ini, PU Riz melangkah masuk ke dewan sebelum upacara akad nikah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Ternyata ia terus menjadi perbualan hangat wargane di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potngan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakw4an sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.Neelofa turut menafikan tuduh4n yang mend4kwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakw4h muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

Gambar Bekas Kekasih PU Riz Pula Jadi Perhatian Ramai. Ternyata Ini Kisah Di Sebalik Dia Berpenampilan Busana Putih

Jika sebelum ini, Amal Syahmina telah menjadi bualan warganet sebaik sahaja pendakwag dari program Pencetus Ummah Eiz merisik Neelofa pada bulan lalu. Ternyata kisah sedih berkaitan perhubungan mereka pernah dikongsi di IG miliknya dan ambil keputusan untuk lupakan segala kenangan bersama pendakwah itu. Bahkan baru baru ini, PU Riz dan Neelofa dilaporkan bernikah pada hri ini.

Susulan hal itu, pengikut Amal di IG makin bertambah saban hari dan terbaru dia ada berkongsikan beberapa gambar yang mengenakan busana persalinan serba putih.. Jika dilihat pada perkongsian itu, dapat dilihat dia memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Amal yang meiliki wajah yang begitu cantik merupakan antara satu kurnian Allah swt yag amat berharga.

Difahamkan foto tersebut dipercayai adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun dia masih menerima ucapan tahniah daripada warganet yang tersilap dia telah dirisik oleh seseorang. Dapat dilihat warganet terus menitipkan kata-kata positif selain mendoakan agar Amal akan menemui jodoh terbaik dalam kehidupannya.Kami di sini mendoakan agar Amal jumpa jodoh yang baik.Terdahulu, akaun Instagram miliknya mencecah ratusan ribu pengikut namun telah digodm oleh individu tidak bertanggungjawab sebelum mencipta akaun baru ini.

Ini tema dan lokasi sebenar Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleTOP ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.Suasana di sekitar Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur di mana majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung sebentar lagi.

Teka Teki Tentang Pernikahan Neelofa Dan PU Riz Terjawab Jua Akhirnya. Sumber Ini Dedahkan Tentang Majlis Tersebut

Setelah sekian lama teka teki tentang isu perkahwinan pasangan selebriti ini, akhirnya terjawab jua setelah Neelofa dan PU Riz akan disatukan dalam ikatan suami isteri pada pagi ini. Dilaporkan majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz dijangka akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi. Walaupu Neelofa dan PU Riz masih tidak membuka mulut, namun sumber yang terdekat telah memaklumkan bahawa pasangan itu bernikah dalam satu majlis tertutup.

Ada sumber memaklumkan bahawa majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihairi sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua dua pihak dan rakan baik mereka. Kata sumber”Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”

Jika dilihiat di akaun Instagram (IG), @lofapage, sebuah video istimewa Neelofa bercerita mengenai lelaki idamannya dimuat naik, semalam.Biarpun tidak menyebut nama PU Riz, namun video yang memaparkan gelagat Neelofa disisi bekas peserta program Pencetus Ummah itu dipercayai dituju kepada bakal suaminya itu.”Saya banyak berdoa soal jodoh. Ada satu masa, saya menulis doa saya.

“Saya bukan hanya mahu lelaki yang boleh membahagiakan saya tetapi memberikakan kebaikan dan membimbing orang sekeliling. Itu sudah cukup membuatkan saya gembira.”Saya ada banyak mata yang memandang. Ramai menjadikan saya sebagai ikon. Hinggakan siapa pasangan hidup saya akan memberi impak sangat besar kepada orang ramai,” katanya.

Neelofa berkata, setiap wanita mengimpikan lelaki beriman, begitu juga dirinya.”Selain beriman, saya mahukan lelaki berilmu, beramal, bijak, rajin dan bertanggungjawab.”Itu antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk mencari calon suami. Apabila bersama lelaki beriman dan bertanggungjawab, saya rasa banyak perkara boleh diselesaikan dengan baik.

“Sebab itulah, saya sangat tekankan berkahwin dengan orang yang mempunyai ilmu agama,” katanya.Kisah perkahwinan Neelofa dan PU Riz meraih perhatian sebuah entri video menerusi akaun sama memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket, bagaimanapun dipadam selepas beberapa jam dimuat naik.Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.

Seterusnya inai dijari menjadi petunjuk baharu mengenai teka-teki tarikh Neelofa dan PU Riz. Gambaran jelas dilihat dalam satu perkongsian menerusi IG Story Neelofa ketika mempromosikan satu produk makanan.Menguatkan dakwaan apabila beberapa gambar rakan baik sedang bersiap dalam bilik Neelofa dengan memakai persalinan sedondon berwarna merah.Berdasarkan komen, ia adalah majlis berinai yang diadakan secara tertutup di kediaman Neelofa pada Rabu lalu.