Demi kebaikan pesakit. KKM usaha pasang sesuatu dalam hospital untuk elak penularan COVID19. Ini reaksi warganet selepas berita tersebut dimaklumkan

Berita

Kita masih belum menang dalam menentang pandemik Covid-19. Semalam sahaja kita mencatatkan kes paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 287 kes baru dan Sabah mencatatkan negeri dengan bilangan kes paling tinggi; 113 kes.Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melipat-gandakan usaha bagi membendung penularan dalam hospital. Usaha KKM memasang partition di Hospital Semporna disambut baik oleh warganet . Ikuti tweet dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah @DGHisham kat bawah ni.

KKM terbaik!Usaha memasang partition untuk keselamatan pesakit lain sangat dipuji oleh warganet . Walaubagaimanapun, ada dalam kalangan warganet yang concern dengan para frontliner yang berkerja siang malam tanpa henti demi menyelamatkan negara dari ancman Covid-19.

Terima kasih Tan Sri DG dan semua frontliners! Kita kena jaga diri dan patuhi SOP betul-betul, baru kita boleh menang sama-sama. Betul tu, Tan Sri dan frontliners lain kena rehat secukupnya. Kami faham frontliners semua penat, sebab tu secara automatik jadi tanggungjawab kita semua untuk patuhi SOP dengan betul. Admin pun sebak tengok pengrbanan frontliners semua. Semua pengrbanan ni untuk pastikan negara kita dalam keadaan selamat. Terima kasih sekali lagi untuk semua frontliners!

Khuatir Dengan Virus COVID19. Seorang Pengundi Tarik Perhatian Ramai Dengan Memakai Kostum Power Rangers Sehinggakan Dirinya Tular Di Semua Platform Media

Kebiasannya, superhero akan mengg4daikan nyawa mereka sendiri dengan melwan pihak lwn sampai habis. Namun, lain pula yang terjadi di Sabah apabila Power Rangers dilihat turun mengundi seperti manusia biasa.Suanasana ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi meriah apabila seorang pengundi hadir dengan memakai kostum watak adiwira dalam Power Rangers. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di pusat membuang undi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang.

Kelibat individu berkenaan berjaya dirakam oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pengundi lain, yang kemudiannya tular di beberapa platform media sosial dan aplikasi Whatsapp.Mungkin kerana khuatir dengan jumlah jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, lelaki tersebut hadir dengan cara tersendiri. Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada merawat.Untuk perkembangan terkini PRN Sabah, proses mengundi sudah pun tamat pada jam 5 petang lepas. Keputusan bakal dibuat oleh pihak SPR yang dijangka dilakukan pada malam ini.-lobakmeah

Petugas KKMM pulang dari Sabah wajib jalani saringan Covid-19

Petugas dari Jabatan Kesihatan melakukan saringan terhadap pengundi yang menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Mantob hari ini. KUANTAN – Semua kakitangan agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang bertugas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, wajib menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) sebaik sahaja pulang ke Semenanjung.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan semalam sebagai langkah berjaga-jaga dan inisiatif KKMM walaupun setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), belum mewajibkan petugas yang pulang dari Sabah melakukan ujian tersebut.”Kita ada ramai petugas yang dihantar dari ibu pejabat ke Sabah, khususnya mereka dalam bidang penyiaran, berita dan penerangan untuk membantu rakan di sana kerana faktor demografi negeri itu yang terlalu luas.

“Ada petugas yang balik telah mengambil inisiatif membuat ujian dan didapati negatif. Bagaimanapun masih ramai lagi petugas kita yang berada di sana dan kita harus berwaspada,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Bengkel Latihan YouTube Zon Pantai Timur di sini hari ini.

Program dua hari anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu turut dihadiri Pengerusinya Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.Saifuddin yang kerap berkunjung ke Sabah sebelum ini, memaklumkan beliau telah menjalani ujian tersebut dan didapati negatif Covid-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, semua syarikat produksi yang sedang menjalani atau merancang melakukan penggambaran di Sabah diingatkan supaya mengambil langkah sewajarnya dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Syarikat produksi sering berkomunikasi dengan Finas mengenai SOP dan kita menasihatkan mereka untuk menangguhkan dahulu jika penggambaran melibatkan lokasi di kawasan zon merah atau jika boleh, cari lokasi lain. Tapi yang penting, mereka perlu mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, kementerian bersedia untuk membantu siasatan berhubung dkwaan sebuah syarikat China yang ada kaitan dengan tentera dan rangkaian perisikan yang dikatakan mempunyai data 1,400 rakyat Malaysia.Katanya, dua agensi di bawah KKMM iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurity Malaysia bersedia membantu, jika diminta berbuat demikian. – Bernama

Covid-19: Empat masjid ditutup sementara

Penyebaran hebahan penutupan masjid melalui aplikasi WhatsApp semalam. KUANTAN – Empat buah masjid di sini diarah tutup buat sementara waktu termasuk solat fardu dan Jumaat berkuatkuasa semalam susulan terdapat kes jangkitan positif koronovirus (Covid-19) di kawasan berhampiran.

Masjid terlibat ialah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (MSAS) Sungai Isap, Masjid Othman Ibnu Affan Bukan Rangin, Masjid Lama Permatang Badak dan Masjid daerah al-Hidayah.Pengerusi MSAS Sungai Isap, Dr Sharafuddin Aisa Osman berkata, penutupan sementara itu dibuat selepas terdapat kes jangkitan positif Covid-19 di kawasan berhampiran.

“Semalam, saya dimaklumkan oleh kadi Kuantan bahawa empat masjid tersebut perlu ditutup selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan individu positif Covid-19.”Jadi, solat Jumaat dan solat fardu serta segala bentuk aktiviti perlu ditangguhkan sehingga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, tular satu hebahan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai penutupan lima masjid susulan KKM mengesan satu kes positif Covid-19.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan, satu kes positif baharu Covid-19 dikesan melibatkan warganegara Malaysia yang baru pulang dari Sabah, petang semalam.

Beliau berkata, justeru, semua jemaah dan ahli kariah dinasihatkan solat di rumah atau surau dan masjid berdekatan yang lain sementara menunggu tindakan lanjut oleh pihak berwajib.Dalam pada itu, Dr Sharafuddin berkata, azan dan solat akan didirikan oleh pegawai masjid bertugas seperti biasa namun jemaah dan ahli kariah tidak digalakkan untuk hadir berjemaah di masjid.

Katanya, notis akan ditampal di pagar dan pintu masuk masjid untuk memaklumkan langkah yang diambil itu kepada jemaah serta orang awam.“Insya- Allah, semua ibadat dan aktiviti di masjid ini akan diteruskan kembali selepas semua tindakan pembersihan, pengesahan daripada pihak berwajib dilakukan atau sehingga keadaan mengizinkan,” katanya.-sinarhariab

Calon BN positif Covid-19

PITAS – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim disahkan positif koronavirus (Covid-19) hari ini.Sufian dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya berkata, beliau menerima keputusan ujian saringan hari ini dan disahkan positif (Covid-19).”Saya ingin memohon maaf kepada semua pengundi, jentera pilihan raya, rakan dan sanak-saudara yang membantu sepanjang kempen.

“Doakan saya diberikan kekuatan untuk berdepan ujian ini dan segera sembuh,” tulis calon muda BN itu di laman sosial itu.Sufian pada masa sama turut memohon kontak rapatnya mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan saringan kesihatan.Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengambil bahagian berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) turut disahkan positif Covid-19.-sinarharian

Biz Hall 2020 bantu usahawan terjejas Covid-19

TEMPOH beberapa bulan kebelakangan ini merupakan detik yang sukar kepada usahawan terutama yang terlibat dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik koronavirus (Covid-19).

Kajian oleh SME Corp baru-baru ini mendapati kira-kira 170,000 usahawan PKS dan mikro di seluruh negara terjejas akibat Covid-19 dan mengakibatkan 8.85 peratus perniagaan gulung tikar akibat kegawatan ekonomi global yang berpunca daripada virus itu.

Yayasan Bank Rakyat dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menganjurkan sesi ‘town hall’ yang dinamakan, Bizz Hall 2020 sebagai pelan strategik bagi membantu rakyat khususnya usahawan mendapat khidmat nasihat, latihan dan pelbagai fasiliti di bawah MEDAC.

Yayasan Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, Penganjuran Biz Hall 2020 ini diharap mampu memberi kelegaan kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro untuk meneruskan perniagaan dalam tekanan ekonomi yang sangat mencabar serta dapat membuka peluang kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi di bawah MEDAC.

“Sokongan kepada usahawan juga perlu diberikan secara berterusan dengan menggalakkan mereka menimba ilmu pengetahuan selain membuka peluang-peluang baharu agar mereka boleh mengembangkan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Bizz Hall 2020 akan diadakan Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa Kuala Lumpur bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang pada 27 September 2020. Ia akan dirasmikan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.Pelakon popular yang juga pemilik Rosyam ST Mart, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor akan bertindak sebagai moderator.

Yayasan Bank Rakyat berkata, sebanyak 66 peratus penyertaan dalam program yang julung kalinya diadakan ini adalah golongan usahawan yang berminat untuk mengembangkan lagi perniagaan.“Mereka adalah usahawan dari Lembah Klang iaitu seramai 159 peserta, diikuti Selangor (147), Melaka (9), Pahang (7), Negeri Sembilan (8) dan lain-lain negeri,” katanya.

Tambahnya, pelbagai agensi kerajaan akan terlibat seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKKM), SME Corporation Malaysia (SME Corporation), SME Bank – Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) dan Bank Rakyat.

Agensi lain yang turut terlibat ialah TEKUN Nasional, Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ ), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Cradle Fund Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Sementara itu, Nazir Hussin berkata, program berbentuk pembangunan dan latihan ini mensasarkan seramai 1,000 usahawan terpilih di tujuh lokasi dalam negara dengan hasrat membantu perniagaan mereka dan membantu rakyat yang berminat untuk menjadi usahawan.“Penganjuran Biz Hall 2020 dapat membantu usahawan-usahawan PKS dan mikro yang terkesan dengan koronavirus (Covid-19) untuk memulihkan dan mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, usahawan perlu mencari peluang dalam suasana ekonomi yang sukar ini dengan memanfaatkan setiap peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnya MEDAC dan agensi-agensi yang sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan usahawan.Sekiranya, ada usahawan PKS dan mikro yang berminat untuk menyertai Biz Hall ini, boleh menghubungi sekretariat di talian 012 3665400 (Norhaziqah Radzi) dan 012 3382246 (Haziqah Hazemi).-sinarharian

Terbaru Akibat Penularan Covid 19. Kementerian Kesihatan Malaysia Mengesahkan Mutasi D614G Di Sabah Berpunca Dari Negara Negara Ini. Ternyata Ini Yang Dibongkarkan KKM.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penularan virus Covid-19 membabitkan mutasi jenis D614G di Sabah berpunca dari Indonesia dan Filipina. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi virus berkenaan yang dilaporkan di Kedah membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar dengan penularan Covid-19 di Sabah adalah tidak sama.

“Kalau kita lihat di Kedah, makmal kami mengenal pasti mutasi jenis D614G membabitkan Kluster Sivagangga, Kluster Sungai dan Kluster Tawar yang dipercayai berpunca dari India. “Kajian terhadap penularan virus itu di Sabah pula mendapati ia (mutasi jenis D614G) datang dari Indonesia dan Filipina.

“Penularan di Kedah dan Sabah bukan sama, namun membabitkan D614G iaitu kumpulan sama yang berbeza ciri. Jadi, kita rasa kebolehjangkitan meningkat sedikit berbanding penularan sebelum ini,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, nilai kebolehjangkitan atau R0 (R naught) di Kedah pada peringkat awal adalah tinggi iaitu lebih daripada 2 sebelum menurun kepada 0.6, manakala di Sabah pula mencatatkan R naught pada 1.4. “(Bagaimanapun) Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna serta sekatan jalan raya, kesihatan awam dan kawalan sempadan boleh mengawal jangkitan Covid-19 di Sabah. “Di Selangor pula, walaupun tidak banyak kes direkodkan, namun disebabkan kepadatan penduduk kebolehjangkitan di negeri itu adalah pada 1.9 meskipun jumlah kes dilaporkan tidak setinggi di Sabah,” katanya.

Sumber: HMETRO

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesahkan sesuatu mengenai virus Covid 19. Rupanya ini yang dibongkarkan kepada seluruh dunia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pengesahan bahawa COVID-19 adalah virus yang wujud secara semula jadi dan bukannya buatan manusia. Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menekankan perkara itu ketika taklimat media mengenai COVID-19 dan meminta semua pihak berhenti menuding jari menuduh satu sama lain.

“WHO mempercayai kaedah sains dan bukti, sebab itulah kami mengutamakan sains, penyelesaian dan solidariti, terutama dalam isu COVID-19 ini,” katanya. Tegas beliau, banyak kajian mengenai asal-usul virus menunjukkan COVID-19 atau SARS-CoV-2, wujud secara semula jadi dan bukannya dari mana-mana institusi. Tedros mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas seorang saintis berjanji untuk menerbitkan bukti yang menyokong dakwaannya mengatakan virus itu bukan dari alam semula jadi, sebaliknya dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China.

Difahamkan, Tedros mungkin merujuk kepada pakar virologi dari Hong Kong, Dr Li-Meng Yan, yang membuat dakwaan terbabit baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Fox News, selepas berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ahli virologi itu, yang kini dalam buangan, turut mendakwa kerajaan China dan WHO mengetahui lebih awal mengenai jangkitan daripada manusia manusia tetapi tidak mengumumkannya. Katanya, semua laporan hasil kajiannya tidak diendahkan oleh pegawai atasannya, yang juga antara pakar terkemuka bidang virologi dan imunologi global serta mempunyai hubungan rapat dengan WHO. Beliau juga mendakwa China dan WHO menyedari lebih awal mengenai betapa seriusnya kesan COVID-19 itu jika tidak dibendung segera. – AGENSI

Sumber: BH Online

WHO nafi COVID-19 buatan manusia, berpunca dari makmal

Dahulu, punca kepada penularan wabak COVID-19 masih menjadi perdebatan dalam kalangan para saintis dunia sehingga mendorong kepada beberapa teori konspirasi dari mana asal virus itu. Ini termasuk dakwaan mengatakan ia berpunca dari sebuah makmal keselamatan bio yang terletak di kawasan pinggiran di bandar Wuhan, dikenali Institut Virologi Wuhan (WIV). Biarpun begitu, pemerhati isu kesihatan global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), menolak sepenuhnya dakwaan bahawa virus itu kononnya merupakan hasil buatan makmal.

“Semua bukti kajian yang ada ketika ini jelas mengatakan bahawa ia berkemungkinan berasal dari haiwan dan tiada bukti yang kukuh mengatakan ia dimanipulasi atau dicipta di makmal atau dari mana-mana tempat yang tidak diketahui,” kata jurucakap WHO, Fadela Chaib.Chaib, pada masa sama, menekankan bahawa selari dengan konsensus saintifik ketika ini, virus itu dikaitkan dengan kelompok ekologi kelawar. “Ramai ahli penyelidik telah berjaya mengkaji ciri-ciri genomik virus SARS-CoV-2 itu, tetapi tiada sebarang penemuan mendapati ia merupakan buatan makmal,” katanya. – Awani

Naik mendadak. Mengejutkan kes positif covid 19 naik lagi 3 angka. Akhirnya kkm tampil bongkarkan dari mana datang punca kes positif covid 19 tiba tiba naik mendadak.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 260 kes baru telah dilaporkan (1 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 11,484 kes. Daripada 260 kes ini, 159 adalah kes tempatan dan 1kes import.Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1124 kes. Manakala 20 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 3 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian kekal sebanyak 136 kes. 87 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,014 kes.