Dengar suara perempuan tapi yang rakam video tu lelaki. Perkongsian gadis ini raih perhatian warganet lepas dia berasa pelik bila tengok video balik yang membuatkan orang meremang

Seram

SERINGKALI kita mendengar kata-kata orang tua untuk menjaga tingkah laku atau percakapan ketika memasuki hutan atau kawasan yang asing.Ini kerana kawasan sedemikian dikatakan turut menjadi tempat tinggal makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Baru-baru ini, seorang pelayar berkongsi pengalaman ketika mendaki bukit di Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Semalam I pergi hiking dekat Tanjung Tuan pukul 6.30 petang, dengar betul-betul suara first sekali. I tak tahu, apa yang I dengar ‘dia’ cakap ‘ala dia tak nampak la’ and suara perempuan garau. Guys, yang rakam I lelaki,” demikian ciapan gadis berkenaan yang turut memuat naik klip video pendek di Twitter.

Jelas kedengaran suara aneh sebagaimana yang dimaksudkan oleh pelayar berkenaan, selain kedengaran juga suara seperti kanak-kanak perempuan ketawa sinis.Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,100 retweet dan 13,900 like selain komen-komen warganet yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Lily Jamal itu berkata, ia berlaku beberapa hari lalu ketika dia bersama beberapa ahli keluarga dan rakan mengambil kesempatan mendaki bukit berkenaan memandangkan mereka sedang bercuti di Port Dickson.

Menurut Lily, ketika itu salah seorang kakaknya secara spontan mengajak mereka mendaki bukit berkenaan untuk mencari latok dan juga menyaksikan matahari terbenam di pantai berhampiran.“Memang hiking ni tak dirancang… salah seorang kakak ajak hiking tapi masa itu dah agak lewat, sekitar pukul 6.30 petang. Ketika itu saya beritahu tak payah pergi sebab rasa macam tak sedap hati.

“Tapi kami pergi juga, dan ketika itu, ada juga orang lain yang baru nak mendaki. Jadi kami teruskan,” kata gadis berusia 19 tahun itu.Menurut gadis berkenaan, mereka pulang selepas sejam kemudian dan ketika menuruni bukit berkenaan, rakan kepada kakaknya secara spontan merakam videonya.

“Masa itu memang tak rasa apa-apa pun. Malah tak perasan lagi kewujudan suara aneh dalam video yang dirakam tu dan saya bersama kakak sekali lagi pergi hiking di tempat sama keesokan harinya.“Tapi nak dijadikan cerita, masa hiking bersama kakak dan beberapa orang lain, saya tersesat seketika. Tiba-tiba di satu tempat, saya jadi lost sebab nampak banyak jalan. Saya pejamkan mata, duduk di tepi dan bertenang sehingga saya lihat kakak dan yang lain-lain menghampiri.

Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik.“Dan keesokannya, bila dengar semula video dua hari lalu, kami perasaan kewujudan suara aneh tu. Suara ‘dia’ seperti terlalu dekat dengan speaker sedangkan ketika itu hanya saya dan rakan kakak (yang merakam) saja.

“Bila diulang beberapa kali, terus rasa meremang. Bila saya kongsi di Twitter, tak sangka rupa-rupanya ramai kongsi pengalaman serupa. Ada yang pernah nampak susuk seperti nenek kebayan, ada yang anak buah mereka melambai-lambai dan macam-macam lagi,” katanya yang menetap di Hulu Langat, Selangor.Tambah Lily, kejadian yang dialami itu membuatkannya serik untuk mendaki lagi selepas ini.

Kejadian yang dialami baru-baru ini sudah cukup membuatkan Lily serik untuk mendaki.“Saya sebenarnya bukan seorang kaki hiking. Apa yang berlaku baru-baru ini, tambahan pula ketika kejadian saya sesat seketika seorang diri, sudah cukup membuatkan saya serik.

“Syukur Alhamdulillah, selepas kejadian pelik tu, tak ada benda pelik berlaku dan kami semua sihat. Cuma anak buah seorang tu, dia macam suka meragam pula. Tak pasti jika ia ada kaitan selepas hiking tu.“Apa pun, untuk pesanan bersama, jika masuk ke tempat orang, pastikan niat tu baik. Yang penting, jangan lupa baca doa, jaga mulut dan jaga tingkah laku,” katanya lagi.Kredit: MstarOnline

Dah Panggil Tapi Langsung Tak Menyahut. 3 Pemuda Ini Buat Perkongsian Terjumpa Jumpa Kanak Kanak Main Basikal Seorang Diri Pukul 3 Pagi

Sekumpulan tiga pemuda berdepan cemas apabila terjumpa seorang kanak-kanak berumur 5 tahun bermain basikal di atas jalan raya seorang diri pada pukul 3 pagi. Mereka pada mulanya takut untuk menegur kanak-kanak itu beranggapan mustahil untuk seorang kanak-kanak bermain seorang diri pada waktu sedemikian.

Mereka kemudian mengikut kanak-kanak itu sebelum mengambil keputusan memberhentikan kereta sebelum memanggil kanak-kanak itu. Namun panggilan mereka tidak dijawab!Rupanya-rupanya kanak-kanak tersebut keluar dari rumah selepas melihat pintu rumahnya yang terbuka. Ibu kepada kanak-kanak aut1sme itu menceritakan detik cemas semasa kejadian berlaku di group Facebook Aut1sme Malaysia.

Dakwa wanita itu, dia mencari anaknya di sekeliling kampung hingga ke pekan namun tidak menjumpai sebelum bertindak ke balai polis berhampiran. Mujur ada tiga pemuda yang menjumpai anak wanita ini.Perasaan sy kuat ke balai polis. Semasa saya di balai polis kebetulan anak saya otw dengan kereta peronda and ada 3 orang pemuda bawa basikal anak saya. Saya bersyukur sangat kepada adik2 ni yang jumpa anak saya pada mulanya saya memang panic nampak lagi mereka ketawa2.

Tapi saya explain dengan pihak polis and adik2 tu yang anak saya autism hyper.Keluarga yang ada anak autism saja yg tau macam mana situasi membesarkan anak syurga ini.Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut agar terus tabah membesarkan anak syurga ini.

Ingatkan Dah Tiada. Terkini Kecoh Lagi Pasal Ketukan Misteri Ni. Tapi Kali Ni Lagi Hebat. Siap Ada Yang Nampak Lembaga Berbulu Hitam Lagi. Individu Ni Tampil Dedahkan Cerita Sebenar.

Temerloh: “Saya nampak kelibat tiga lembaga berbulu hitam berdiri di atas beranda di tingkat atas rumah, sungguh menyeramkan dan menakutkan. “Anak saya Haikal nampak kelibat tiga lembaga hitam di dalam rumah, tetapi tidak berani tengok lama kerana takvt,” kata wanita dikenali Sharifah Mazian Syed Mohd selepas rumah teres dua tingkat didiaminya di Taman Temerloh Jaya, di sini, menjadi sasraan ketukan misteri selama tiga hari berturut-turut sejak 27 Disember lalu.

Berikutan trauma dan takut, dia enggan ditemu bual lanjut, sebaliknya mahu jirannya yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya, Syaiful Afenddi Ismail, 44, menceritakan mengenai kejadian itu. Syaiful Afenddi berkata, pada malam pertama, sasaran mendengar beberapa kali ketukan kuat pada pintu rumah, tetapi tidak membuka pintu kerana pernah mendengar cerita ketukan pintu misteri itu.

Menurutnya, keluarga itu ada memanggil seorang pengamal perubatan Islam dikenali Ustaz Azmi untuk memulihkan kawasan rumah dan pada malam itu, mereka mendengar lebih banyak ketukan misteri. “Cabaran dihadapi ibu tunggal bersama dua anak lelaki berusia tiga dan 12 tahun serta seorang anak perempuan berusia 18 tahun adalah pada malam ketiga kerana gangguan semakin hebat dan menyeramkan.

“Pada 9 malam, saya menerima panggilan telefon daripada sasaran dan dalam keadaan terketar-ketar dia memberitahu ketukan pintu berlaku lagi dengan lebih kuat. “Malah saya dapat mendengar bunyi ketukan itu menerusi telefon bimbit dan saya bergegas ke rumah itu sekali lagi bersama Ustaz Azmi bagi membantu keluarga itu,” katanya.

Menurutnya, ketika dia dan beberapa jiran berada di dalam rumah itu sambil membaca ayat suci al-Quran, tiba-tiba botol mineral dibaling ke arahnya dan dia sempat mengelak, seolah-olah makhluk itu mengamuk. Katanya, mereka turut terdengar bunyi kaki menaiki tangga dengan hentakan kuat ke tingkat atas.

“Pada 10 malam, kami tinggalkan keluarga itu empat beranak dengan memberi alasan ingin pulang ke rumah dan menyuruh tuan rumah mengunci pintu rumah dan pintu pagar, walaupun sebenarnya kami masih menunggu di luar tidak jauh dari rumah itu.

“Pada 12.30 tengah malam, kami mendengar jeritan dan tangisan dari dalam rumah itu dan sebaik kami sampai, bekalan elektrik terputus dan tangisan keluarga itu kedengaran. “Ketika masuk ke rumah itu, seorang anak sasaran memberitahu mereka mendengar bunyi hentakan kaki dan bekalan elektrik terpadam sebelum kemudian mendapati barangan di tengah rumah diselerakkan,” katanya.

Menurutnya, seorang anak tuan rumah memberitahu nampak tiga kelibat lembaga hitam di dalam rumah tetapi tidak berani tengok lama kerana takut sebelum api elektrik terpadam sendiri. Katanya, walaupun selepas itu mereka tidak lagi mendengar ketukan misteri itu sehingga Subuh, keluarga berkenaan jelas trauma dengan kejadian itu.

“Walaupun keluarga terbabit tidak membuat laporan polis, beberapa orang anggota polis menemui sasaran semalam kerana kejadian itu tular di Temerloh. “Sebelum ini, kejadian misteri ketukan pintu berlaku di beberapa rumah di daerah Jerantut dan terus menimbulkan tanda tanya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM

Lepas Sabak Bernam Kali Ni Penduduk Jengka Pula Diganggu. Sangkakan Ank Yang Datang Ketuk Pintu Sekali Bila Check Ini Yang Dia Nampak. Siap Ada Tinggalkan Bau Lagi.

JENGKA – Seorang peneroka di Felda Jengka 24, di sini mendakwa mendengar ketukan di pintu rumahnya beberapa kali, namun tiada sesiapa yang muncul dalam kejadian pada Ahad lalu. Nazli Musa, 56, berkata, pada awalnya dia menyangka anaknya mengetuk pintu untuk masuk ke rumah kira-kira jam 11.30 malam.

“Saya cakap jangan ketuk (pintu), masuk sahaja sebab pintu bukan berkunci. Saya fikir anak berada di luar pintu tetapi keadaan terus senyap. “Ketukan berlaku secara berselang kira-kira lima minit tetapi saya tetap tidak buka pintu rumah, namun pada masa sama saya rasa hairan, kerana anak saya tidak pula masuk rumah.

“Kemudian, saya jenguk (periksa) bilik anak-anak saya dan terkejut sebab semua anak saya rupanya dalam bilik masing-masing. Sekelip mata saya terus rasa meremang memikirkan kejadian tersebut (ketukan pintu),” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Peneroka Jengka 24, Razak Daud, 60, meminta penduduk supaya tidak panik berhubung perkara tersebut sekali gus menasihati mereka agar jangan terus membuka pintu jika menghadapi situasi seperti itu.

“Kita bimbang hal ini menjadi satu ancaman bahaya kepada penduduk. “Saya saran mereka membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga jika menghadapi situasi tersebut,” katanya. Msteri Ketukan Pintu, Mufti Pahang Mula Bersuara Dan Ayat Dia Buat Ramai Setuju. Terus Hilang Rasa Takvt

Isu membabitkan misteri ketukan pintu yang bermula di Sabak Bernam, Selangor dan sudah ‘berpindah’ ke beberapa negeri lain seakan ‘sama naik’ dengan isu hangat lain ketika ini seperti kes Da’i Syed dan tuntutan harta pelawak AR Badul.

Paling terbaru, kejadian ketukan pintu tanpa salam telah berlaku di Jerantut, Pahang dan dikatakan kali ini lebih seram apabila tuan rumah terhidu bau yang sangat bsuk selepas ketukan pintu berhenti. Malah jika sebelum ini warganet mempersoalkan ‘kenapa rumah bangsa atau agama lain tak kena kacau’, kali ini tidak lagi kerana laporan penduduk mengatakan jiran mereka berbangsa Cina dan India pun turut kena gnggu.

Susulan dari beberapa siri kejadian itu, beberapa pihak tampil memberi kenyataan dan pendapat. Beberapa hari lalu, pihak pengamal perubatan Darussyifa’ sepakat mengatakan gngguan itu disebabkan oleh jiin dan syaitan yang sengaja mahu menggnggu.

Sementara semalam pula, Mufti Kelantan mengeluarkan kenyataan bersifat neutral dengan meminta pihak polis agar tampil memberi kenyataan supaya rasa tkut di kalangan masyarakat tidak berpanjangan. Reaksi Mufti Pahang, beri sedikit keyakinan kepada masyarakat

Terbaru, Mufti Pahang tampil mengulas perkara ini dengan menasihati umat Islam agar tidak perlu takut dengan gngguan ‘pengetuk misteri’ kerana kejadian itu boleh disebabkan perbuatan makhluk lain yang tidak nampak seperti iblis, jiin dan sytan.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, ibls, jiin dan sy4itan yang menjadi ‘hntu’ itu tidak sekali-kali mempunyai kuasa untuk memudaratkan manusia. Beliau menjelaskan, sebagai makhIuk Allah SWT, ibls, jiin dan sy4itan juga mempunyai perasaan sangat takut kepada manusia.

”Kerana itu, adalah sesuatu yang menghairankan apabila manusia pula yang takut kepada jiin atas dasar takut kepada hntu. ”Apa yang kita perlu lakukan adalah ‘hiasi’ rumah dengan ibadah, sentiasa baca al-Quran dan berzikir kepada Allah SWT,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’) yakin gngguan ketukan msteri di lima negeri di beberapa kawasan perumahan sejak pertengahan bulan lalu bukan kerja manusia sebaliknya dilakukan makhIuk halus, jiin atau syaitan.

Sehingga kelmarin, Pahang negeri kelima yang penduduknya dignggu ketukan pintu tengah malam dan dinihari, selepas isu sama melanda Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan dan Johor. Berkongsi dengan Mingguan Malaysia, Pengerusi Darussyifa’, Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung gngguan misteri berkenaan di beberapa kawasan dan setakat ini mendapati tiada kelibat lembaga, entiti atau kesan tapak kaki.

Mengulas lanjut, Dr. Abdul Rahman berkata, jika umat Islam hanya ‘menghiasi’ rumah dengan mendengar muzik, tidak membaca al-quran, solat sunat, ia akan mendorong kepada gngguan jiin, sy4itan dan ibls. ” Umat Islam tidak perlu takut dengan gngguan jiin dan sytan ini. Jika kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT, insya-Allah kita tidak akan dignggu,” katanya.

Lepas Hampir Sebulan Kecoh Tentang Misteri Ketuk Pintu Akhirnya Pihak Darussyifa Tampil Bersuara Bongkarkan Punca Sebenar Buat Orang Ramai Terkejut.

Bermula di Sabak Bernam bulan lepas, gangguan msteri yang mencetuskan rasa cemas dan ketakutan masyarakat kini jauh merentas negeri hingga ke Johor dan kini ke Pahang. Tiada salam diberi sebagai isyarat kehadiran. Tiada nama yang dipanggil sebagai tanda ada yang mahu menziarahi. Cuma ketukan di pintu berulang kali dan gegaran jeriji besi yang kuat seumpama ada yang mahu memecah masuk.

Sehingga kini, tiada jawapan konkrit siapa dalang ketukan msteri itu. Timbul tanda tanya, jika itu perbuatan manusia di mana tandanya? Adakah itu modus operandi baharu permpk? Enggan berspekulasi, wartawan Mingguan Malaysia, Alif Fadli Mohd. Sori dan Siti Athirah Dzulkifly dan jurufoto, Mohd. Faisol Mustapha bertemu Pengerusi Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam (Darussyifa’), Abdul Rahman Ahmad dan Ketua Lajnah Penerangan dan Komunikasi, Abdul Razak Mahadi di Bangi pada Khamis lalu untuk mendapatkan jawapan dari sudut pandangan perubatan Islam.

MlNGGUAN MALAYSIA: Membuka bicara, pihak Darussyifa pasti dengar kes ketukan msteri yang menggemparkan negara? Mungkin ada pendapat umum mengenai gangguan msteri tersebut?Bila kita bercakap soal gangguan seperti kejadian ketukan pintu tanpa sebarang tanda kehadiran sesiapa, pihak kami cenderung ada dua kemungkinan. Sama ada gangguan secara fizikal dan spiritual (mkhluk halus).

Darussyifa ada menerima laporan berhubung gngguan msteri ini? Memang kami ada menerima laporan di cawangan Sabak Bernam sekitar November lalu berhubung gangguan msteri tersebut. Kami difahamkan tiada entiti yang dikenal pasti. Tiada tapak kaki atau kesan binatang yang mampu membuktikan kehadiran entiti hidup.

Apabila kami meneliti tiada entiti yang dirakam di kamera litar tertutup dan berdasarkan aduan penduduk kawasan terjejas, kami sepakat cenderung ini adalah satu bentuk gangguan mkhluk halus. Bukan kerja manusia.

Gangguan mkhluk halus dalam bentuk apa? Angin? Lembaga? Bila bercakap soal jiin dan sya1tan, biarpun dianggap mkhluk halus yakni ghaib di mata namun mereka boleh menjelma dalam pelbagai bentuk. Mereka boleh bertukar menjadi haiwan seperti ular, anjing hitam bahkan manusia sekalipun. Setakat ini, tiada laporan yang menunjukkan penduduk melihat bentuk mkhluk halus itu.

Adakah ini kejadian luar biasa Darussyifa pernah hadapi sepanjang penubuhan? Kalau hendak cakap tentang ketuk-mengetuk, gegar-menggegar ini sudah banyak kali kami jumpa. Kejadian gngguan jiin dan syaitan di kilang, bangunan hatta kediaman juga pernah.

Malah, kes sebegini pernah berlaku sekitar 1970-an apabila sebuah kampung di Perak digemparkan dengan kejadian sama. Namun, itu adalah jelmaan seorang lelaki yang baru mennggI. Seminggu selepas dia, pintu-pintu di kampung tersebut diketuk. Tapi ada tinggal bau bsuk. Berbeza pula dengan kejadian di alaf baru ini. Tiada kesan atau tanda kehadiran entiti. Cuma bunyi ketukan kuat dan gegaran di jeriji besi.

Kami sepakat yakin itu adalah gngguan jiin dan sya1tan.

Pasti ada pihak yang menyangkal pandangan Darussyifa. ‘Mana ada hantu?’ Itu mungkin penafian daripada segelintir masyarakat yang menolak kewujudan mkhluk halus. Mkhluk halus itu wujud. Dia boleh kacau bilaukan orang. Hantu itu hanya istilah dalam kalangan manusia. Jiin dan syaitan ada hidup dalam dunia ini. Kerja dia menimbulkan masalah. Masyarakat luar juga ada istilah tertentu yang merujuk kepada mkhluk halus dan syaitan.

Dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Fathir ayat 6; Sesungguhnya sya1tan adalah mvsuh bagi kamu, maka jadikanlah dia mvsuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya menjadi penduduk ner4ka. Ada mendakwa, gngguan msteri itu kerana seorang lelaki tersalah menuntut ilmu hit4m sehingga menjelma menjadi lembaga dan meminta tolong dengan menggnggu masyarakat?

Jangan mudah terpedaya dan percaya dengan dakwaan seperti itu. Memang kita tidak menolak kemungkinan itu. Tetapi kalau ‘dia’ adalah seorang manusia, pasti kita akan dapat kenal pasti. Kita tahu siapa dia, nama dia dan rumah dia. Habis cerita. Tetapi sehingga sekarang tidak ada pengakuan atau penangkapan. Cerita seperti ini mungkin disebabkan tokok tambah daripada masyarakat.

Kalau nak cakap pasal kemungkinan, macam-macam cerita boleh direka. Kita tak boleh menuduh atau mencipta jawapan. Apa yang kita yakin, ini adalah satu bentuk gngguan mkhluk halus atau jiin. Adakah gngguan ini bertujuan memukau penduduk? Kalau benar ini pasti kerja manusia?

Gngguan msteri itu bukan bertujuan memukau penduduk. Jiin dan sya1tan ini hanya mahu menakut-nakutkan dan mengacau bilau kita. Itu memang kerja mereka. Menakutkan kita, buat rasa seram dan gentar dengan gngguan itu.

Bagaimana cara untuk kita merungkai permasalahan ini? Kita kembali kepada Allah. Itu solusinya. Jiin dan sya1tan ini mkhluk yang lemah. Apa yang penting dalam satu kariah, sama-sama dirikan solat hajat dan bacaan yasin bagi menghindar gngguan seperti itu.

Tetapi Alhamdulillah, kini mereka bebas daripada gngguan itu apabila mengamalkan bacaan yasin dan solat hajat bersama. Ini bukan kerja manusia. Jadi kita kena bersama minta bantuan Allah, hindarkan kita daripada gngguan mkhluk halus. Amalkan solat berjemaah dan bacaan yasin bersama. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.asiakini.com/2020/12/13/darussyifa-sepakat-punca-ketok-pintu/