Penat rancang untuk buat kejutan istimewa untuk suami sempena hari lahir. Sekali hujung hujung lain pula yang jadi. Diana Rafar bongkarkan cerita sebenar.

Artis

Baru-baru ini, pelakon Diana Rafar ada memuat naik satu rakaman video ingin membuat kejutan bersempena dengan ulang tahun kelahiran suaminya, pelakon Zamarul Hisham. Bagaimanapun, Diana memberitahu kejutan istimewa itu tidak menjadi apabila dirinya pula menerima kejutan daripada suaminya yang kini sudah menjangkau usia 50 tahun.

Di samping meluahkan rasa sayang kepada suami, Diana turut menitipkan ucapan serta doa kepada Zamarul agar sentiasa dilindungi Yang Maha Esa. “Tau lah dia pelakon… memang pandai baca bila org nk menpu.. penat kita rancang kita yg terkejut tiba2 dia tau , dia siap nyanyi happy birthday dari luar gate…

“anyway papa we love u more and forever ramai syg dia… moga Allah sentiasa lindungi papa dunia akhirat , sihat selamat berjaya … dan paling penting dapat keberkatan dalam apa pun di dunia dan akhirat… Amin ya Allah amin…. Doakan dia ya @zamarulhisham93,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kemesraan pasangan pelakon ini dan mendoakan agar mahligai cinta yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Imbas kembali, Diana mendirikan rumah tangga bersama Zamarul pada 16 Mei 2009 namun telah berpisah pada 15 Januari 2015. Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk rujuk kembali dan telah diijab Kabul semula pada 15 Mei 2015. Setelah hampir 12 tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: MH

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rasa Putus Asa Dengan Perkahwinan. Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Diana Rafar Bersuara Bongkarkan Perangai Sebenar Zamarul Hisham Yang Ramai Tak Tahu.

Pelakon Diana Rafar dedah pernah putus asa di awal perkahwinannya gara-gara sikap OCD (Ganggvan Obssif Kompulsif) suaminya, Zamarul Hisham. Menurut Diana sikap cerewet suaminya itu pernah membuatkan perkahwinan mereka gagal dan pernah berpisah pada 14 Januari 2015.

“Cerewet suami saya ni sampai satu tahap memang rasa down. Kita rasa asyik semua salah saja…rasa tak sempurna dan sering terfikir macam mana nak jadi isteri terbaik. “Sedih juga la, sampai awal-awal perkahwinan dulu saya surrender (berpisah). Tak mengapa la saya kata saya dah tak nak (tak mahu teruskan).

“Tapi bila sudah lama-lama (fikir) sebenarnya boleh saja saya terima (rujuk semula) dia kembali,” katanya. Diana mendedahkan perkara tersebut dalam sebuah program bual bicara Mingguan Wanita yang dimuat naik sedutan rakamannya ke dalam akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, Diana meminta agar semua isteri bertabah jika dikurniakan suami yang mempunyai sikap sama dengan Zamarul. “Bertabah lah siapa dapat suami OCD,” tulisnya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi perkara yang sama pernah dilakui mereka dalam rumah tangga.

Pasangan ini berpisah selepas enam tahun mendirikan rumah tangga dan rujuk semula ketika tempoh edah pada 14 Februari 2015. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Zamarul, Diana dapat ‘baby boy’

Shah Alam: Pelakon, Diana Rafar, 38, selamat bersalin anak ketiga iaitu bayi lelaki seberat 3.57kg di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, kelmarin. Suami Diana yang juga pelakon, Zamarul Hisham, 49, berkata, anak lelaki kedua mereka itu bakal menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

“Syukur Alhamdulillah atas kelahiran anak ketiga ini. Kelahiran yang bakal menceriakan lagi keluarga kami.  “Terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuatkan papa terasa semakin muda.

“Terima kepada kepada peminat yang sentiasa mendoakan Diana. Ingatkan ‘baby’ nak keluar 16 hari bulan, rupa-rupanya dia nak hari Jumaat juga. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan,” katanya. Sementara itu, Diana turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas doa yang diberikan.

“Terima kasih Allah. Terima kasih semua yang mendokan kami. Syukur Alhamdullilah atas segala nikmat dan kurnia Allah. “Semoga Allah balas jasa baik semua yang tak putus mendoakan kami. Sayang anda semua,” katanya. Diana dan Zamarul yang berkahwin pada 16 Mei 2009 dikurniakan dua cahaya mata, Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, dua tahun.

‘Tak boleh mekap dan bersiap’ – Diana Rafar

Pelakon, Diana Rafar berkongsi hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah lima bulan. Diana, 38, atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar berkata, kesihatannya tidak menentu selain mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.

“Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi ini memang tak pernah terduga. Saya ingat cukup setakat dua saja, tapi tiba-tiba awal tahun ‘sangkut’ pula. “Tidak dinafikan kesihatan saya agak terganggu dari awal kehamilan sampai sekarang. Banyak alahan yang dialami dan saya mampu berdoa saja. Nasib suami memahami.

“Malah, saya juga tak boleh pakai mekap dan bersiap. Memang akan ‘mbk’ dan pusing mata sampai rasa nafas tak cukup. Banyak kali cuba, tapi masih sama. Sekarang ini sudah okay sikit. Kadang mekap separuh jalan saya terus cuci dan baring,” katanya kepada Harian Metro.

Diana yang juga isteri kepada pelakon, Zamarul Hisham berkata, dia bersyukur apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. “Terima kasih PKP. Saya bersyukur dalam keadaan begini Allah bagi masa yang cukup untuk suami ada bersama dan boleh jaga saya selama beberapa bulan ini.

“Apa pun saya mohon pada semua agar sentiasa mendoakan saya dan bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Terima kasih pada semua yang tak henti memberikan ucapan tahniah dan selamat hari jadi kelmarin,” katanya.

Diana yang dijangka bersalin pada September depan mengakui tidak kisah mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan. “Anak kami, Kashfi and Kayla sangat teruja. Mereka selalu tanya adik buat apa dalam perut, adik perempuan atau lelaki, sudah makan atau belum dan banyak lagi.

“Alhamdullilah, kerenah anak-anak sedikit sebanyak melegakan alahan ini. “Saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan. Sebab Allah sudah kurniakan sepasang buat kami. Cuma, mereka bergdh, seorang nak adik lelaki dan seorang lagi perempuan,” katanya. Diana dan Zamarul yang berkahwin pada 16 Mei 2009 dikurniakan dua cahaya mata, Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, dua tahun.

Zamarul, Diana bersatu kembali

Shah Alam: Pasangan pelakon, Zamarul Hisyam, 44, dan Diana Rafar, 33, bersatu kembali selepas Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menerima pengesahan lafaz rujuk dibuat Zamarul sebelum ini. Hakim Syarie, Muhamad Hisham Zakaria membenarkan permohonan defendan (Zamarul) yang difailkan pada hari Isnin lalu untuk merujuk Plantif (Diana) mengikut Seksyen 61 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2013.

“Pengesahan rujuk oleh plantif pada 14 Februari secara lisan yang dibuat dalam waktu edah adalah sah,” katanya. Pasangan itu bernikah pada 16 Mei 2009 dan dikurniakan seorang anak Kashfi Haikal, 5. Pasangan itu secara rasmi berpisah talak satu pada 15 Januari lalu.

Berdasarkan keterangan di mahkamah oleh pasangan itu, pada 14 Februari sekitar 11.30 malam di kediaman mereka, Zamarul membuat lafaz rujuk “Diana Rafar, saya merujuk kamu untuk menjadi isteri saya”. Selepas selesai pengesahan lafaz rujuk berkenaan, kedua-duanya bersama ahli keluarga ke premis Bainy Gold and Diamant di Laman Seri, Sekyen 13 untuk memilih cincin dan menyarungnya di jari Diana.

Bukti cinta Diana

Faktor kesibukan dalam kerjaya menjadi punca utama runtuhnya mahligai cinta pelakon dan penyanyi, Diana Rafar, 34, bersama suami yang juga pelakon, Zamarul Hisham yang dibina atas dasar cinta selama enam tahun pada 14 Januari tahun lalu.

Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar ketika ditemui di Pulau Pinang, baru-baru ini, menceritakan pengalaman pahit kehilangan insan tersayang yang juga cinta pertama baginya. Bukan ingin membuka pekung di dada, tetapi hikmah perpisahan selama empat bulan benar-benar mematangkan dirinya.

Menurut Diana, jodoh mereka begitu kuat dan kini bibit kemesraan ketika mula bercinta dulu kembali berputik selain memberi ruang membaiki segala kelemahan yang ada. Diana dan Zamarul berkahwin pada 16 Mei 2009 sebelum berpisa pada 14 Januari tahun lalu. Mereka kemudian rujuk kembali pada 14 Februari tahun lalu.

“Sebagai bukti cinta ini, saya abadikan segala luahan jiwa pada single terbaru berjudul Takku Mampu hasil nukilan Bad Hisham dan lirik Hairul Anuar Harun tidak lama lagi. “Lagu berkonsep balada itu terhasil dengan penuh rasa jiwa. Ia adalah cerita sebenar diri saya dan segala kenangan mahupun peristiwa pilu diabadikan dalam lagu,” katanya.

Bekas penyanyi kumpulan GIM ini yang mula terbabit dalam dunia seni sejak berusia lima tahun kini turut bergelar usahawan berjaya dan dilantik sebagai duta pelbagai produk. “Allah menguji kami dan apa yang berlaku dulu menjadi kenangan pahit buat kami berdua. Saya berharap ia tidak berulang lagi di masa akan datang. “Saya mengharapkan ia adalah yang terakhir buat kami berdua dan paling penting kini kami bahagia,” katanya.

Belum kuat terima hakikat

PEMERGIAN ibu tercinta iaitu Rasimah Abdul Rahman pada 11 Januari lalu tingglkan kesan cukup mendalam terhadap pelakon dan penyanyi Diana Rafar. Diana, 37, atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar mengakui dirinya belum kuat untuk menerima hakikat sebenar meskipun hatinya reda dengan ketentuan Ilahi.

Diana berkata, dia lebih banyak duduk di rumah selain waktu tidurnya tidak menentu sepanjang dua minggu selepas ibunya pergi menghadap illahi. Diana berkata, dia lebih banyak duduk di rumah selain waktu tidurnya tidak menentu sepanjang dua ming­gu selepas ibunya pergi menghadap illahi.

“Sebagai orang Islam kita kena percaya pemergian itu pasti. Ketika mak dalam keadaan kritikal saya sentiasa bersedia mak akan pergi walaupun ia perkara yang kita takuti. Malah, dalam tempoh 100 hari iaitu sewaktu mak terlantar sakit pun saya berasakan mak akan pergi tak lama lagi.

“Namun, apabila mak pergi menghadap illahi Allah saja tahu perasaan ini. Baru rasa kehilangan mak apabila terputusnya doa dan berkat daripada ibu. Saya jadi tak tahu nak lalui kehidupan macam mana. Saya berasa emosi kosong dan hilang nikmat hidup.

“Selepas dua minggu mak pergi menghadap illahi, saya tolak semua tawaran kerja. Saya juga demam berterusan. Malah, setiap malam saya akan terjaga antara jam 3 dan 4.48 pagi. Saya berasa seperti ada orang yang kejutkan,” katanya.

Diana yang juga adik kepada Linda Rafar berkata, dia banyak bermimpi me­ngenai ibunya selain berkongsi beberapa perkara yang didatangkan kepadanya melalui mimpi. “Setiap malam saya mimpi mak. Malah, Allah nak bagi saya tengok kehidupan ‘di sana’. Seakan-akan mimpi saya berepisod. Daripada situ, saya belajar perkara spiritual dan ilmu ketuhanan.

“Saya anak bongsu dalam keluarga. Kami pula memang rapat dengan mak. Semasa hayatnya iaitu sebelum sakit setiap hari dia akan menghubungi kami adik-beradik. “Ketika sakit dia berikan telefon bimbit kepada saya dan pesan suruh jaga kalau sudah tak ada nanti. Sekarang, setiap kali tengok telefon itu saya mesti menangis. Betul kata orang, kehilangan itu sangat menyakitkan. Tak tahu bila nak teruskan hidup macam biasa,” katanya.

Menurut Diana, suaminya iaitu pelakon Zamarul Hi­sham banyak memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepadanya. “Suami pun terkesan juga tetapi dia lebih kuat. Dia pesan banyakkan baca surah al-Fatihah kalau teringat mak. Dia juga sentiasa cuba hiburkan hati saya dengan buat lawak.

“Macam sekarang, kalau keluar dengan suami mesti teringat mak. Selama sembilan tahun saya dan suami bercinta, mak sentiasa menemani saya. Jadi, banyak kenangan yang ditinggalkan,” katanya. Ditanya mengenai tindakan Linda yang akan memfailkan saman terhadap pengguna laman sosial yang gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Diana menyokong usaha kakaknya itu.

“Kami adik-beradik sokong 200 peratus. Apa yang dibuat warganet itu turut memberi kesan kepada saya. Tohmahan dan ftnah yang dilemparkan sangat keterlaluan. Apatah lagi membabit­kan mak. “Malah, selepas mak tak ada pun masih ada yang menulis kata-kata kesat. Jadi, ini tindakan yang sewajar­nya untuk ajar mereka. “Perkara salah tak boleh dibiarkan berleluasa. Kita kena halang dan betulkan. Biar perkara ini menjadi iktibar buat orang lain,” katanya.