Dikatakan tak ikhlas laksanakan tugas sebagai duta untuk sebuah produk ini. Nelydia Senrose terus kena bayar ganti rugi sampai puluhan ribu dan terbongkar terus kos perkhidmatan yang perlu dikembalikan

Artis

Berikutan kes saman berhubung tidak mengikuti perjanjian sebagai duta jenama bagi produk Chriszen Malaysia Sdn. Bhd tahu lalu,pelakon Nelydia Senrose kini dikenakan membayar ganti rugi berjumlah RM89144.03. Hakim memerintahkan Nelydia membayar ganti rugi khas penyediaan acara RM16869.03,ganti rugi am RM10000 dan diminta kembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanayak RM10000.

Kata Shamsudin Abdullah selaku Hakim Mahkamah Sesyen, pihaknya telah membuat keputusan selepas mendapati Nelydia khabarnya tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama tersebut.“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya.”

MAhkamah mendedahkan lagi, plaintif juga telah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 mengenai acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan tarikh itu turut dipersetujui oleh Alfie Management Sdn Bhd iaitu syarikat yang menguruskan pelakon filem Jebat itu.Namun demikian, Shamsudin tampil memaklumkan bahawa, pada 13 Ogos 2019 penghakiman ingkar sudah dimasukkan terhadap Alfie Management yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

Tambahan, Mahkamah juga berpuas hati apabila adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini sendiri sudah mengetahui bahawa beliau tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun menunggu 19 hari kemudian pada 12 April sebelum tampil memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya.Untuk rekod, pada 7 Oktober 2019, Chriszen Malaysia telah menfailkan saman terhadap Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua.Sumber: Harian Metro

Aprena Dikatakan Sedang Mengandung. Mengejutkan Semua Berpunca Dari Nelydia Senrose. Rupa Ruanya Dalam Diam Ini Yang Nelydia Buat Pada Aprena.

Pelakon Aprena Manrose menafikan dakwaan Nelydia Senrose yang menyatakan dia kini sedang hamil. Menurut Aprena, itu hanya sekadar guravan kerana perutnya kelihatan seperti ada ‘baby bump’.“Omg guys, saya tak mengandung! Nely jahat lah saja kacau sebab perut saya macam ‘baby bump’. “Tetapi terima kasih untuk ucapan. Semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti! Hehe,” tulisnya di Instagram Stories. Sebelum ini, Nelydia ada memuat naik rakaman video di sebuah majlis hari lahir kenalan rapat mereka. “Mommy to be @aprenamanrose,” tulisnya secara ringkas.

Memetik artikel Gempak pada 3 Mac lalu, pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mendedahkan dia dan suami, Mohd Afiq Hazman membuat keputusan melakukan rawatan kesuburan selepas empat tahun berkahwin. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: GEMPAK

Sanggup Buat Kejutan Hari Jadi Buat Suami Tercinta. Aprena Manrose Tanpa Ragu Menceritakan Sikap Suamiya Di IG Dan Perkembangan Dia Yang Terkini

Pelakon Aprena Manrose baru-baru ini ada melakukan kejutan bersempena dengan hari jadi suaminya, Mohd Afiq Hazman.Memberikan kata-kata romantis, Aprena menerusi Instagram turut membuat naik beberapa keping foto dan video bersama suami tercinta.

“Been away from him almost a month, at the same time on his birthday, so bila I dapat cuti je terus plan to surprise him! I’m not the type yang romantic, but atleast I tried.“Nasib baik ada @nazdecosurprisedelivery tolong set up walaupun by phone je. Thanks a lot! Again, happy birthday sayang. Love you so much,” tulisnya.

Menyifatkan Afiq sebagai lelaki terbaik buatnya, Aprena pada masa sama turut mendoakan agar suaminya itu berjaya di dunia dan akhirat.“Semoga u berjaya dunia & akhirat dan dirahmati Allah selalu. Thanks for everything syurgaku. Seorang yang selalu meng-iyakan aja apa yang I cakap dan nak.

“Selalu mengalah. Alhamdulillah Allah beri suami yang sempurna untukku, Maaf atas ketidak sempurnaanku, akan ku perbaiki, InsyaAllah @mohdafiqhazman lebiuuu memey! (Itu je dia boleh speech,malu lettew),” titipnya la.Sekadar mengimbas, pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 12 November 2016.Foto: Instagram Aprena Manrose

Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani rawatan kesuburan – “Sudah tiba masanya fokus nak anak”

Aprena mahu perlahakan karier seni untuk fokus dapatkan cahaya mata.EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose memberitahu sudah tiba masanya dia memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan zuriat.

Menurut Aprena, 27, dia dan suaminya Mohd Afiq Hazman ada membuat pemeriksaan kesuburan pada Disember tahun lalu dan kini mereka masih perlu melalui beberapa proses selanjutnya.”Tahun ini, saya memang nak fokus untuk dapatkan zuriat. Dah empat tahun berkahwin, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya nak ada anak pula.

“Selama ini, saya dan suami tak pernah buat pemeriksaan apa-apa tapi pada Disember tahun lalu kami buat keputusan untuk bertemu doktor.Aprena dan suami mahu fokus dapatkan zuriat.“Kami sudah lakukan pemeriksaan kesuburan tapi keputusan belum tahu lagi dan ada beberapa proses yang perlu kami lakukan selepas ini.

“Insya-Allah, saya berharap semua peminat boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami,” kata Aprena kepada mStar.Aprena ditemui ketika malam gala filem Jodoh Syaitan di mmCineplexes @ E-Curve, Petaling Jaya pada Jumaat.

Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. 

Selain Aprena, filem seram komedi itu turut dibintangi Abam Bocey, Soffi Jikan, Jay Iswazir, Fauziah Nawi dan Kamarul Yusoff.Filem terbitan Do Motion Sdn Bhd itu akan berada di pawagam seluruh negeri bermula 5 Mac depan.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Iwan Syahman ini berkata dia akan memperlahankan karier seninya namun masih terbuka menerima tawaran.Aprena bersama Abam, Soffi dan Jay dalam filem Jodoh Sy4itan.“Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. Tapi tidak bermaksud saya mahu berhenti terus.

“Saya masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon tetapi saya akan pilih mengikut waktu yang bersesuaian,” ujarnya.Pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016.-mstar

Mulanya dikiritik, akhirnya lain pula reaksi peminat bila dengar Aprena Manrose cover lagu Dance Monkey

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik molek yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini iaitu Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahwan atau nama komersilnya Aprena Manrose.Mungkin ada yang tak tahu bahawa Aprena adalah anak kepada pasangan selebriti Rosnah Mohd Noor dan juga penyanyi dangdut Iwan.

LAGU DANCE MONKEY JADI TRENDING.Sejak akhir-akhir ini lagu yang dinyanyikan oleh Tones and I iaitu Dance Monkey menjadi trending di setiap platform media sosial. Sekali gus ramai pihak yang mula membuat cover lagu berkenaan. Tidak melepaskan peluang Aprena Manrose sendiri.Dance Monkey bukan lah lagu pertama yang dicover oleh adik Octovia Manrose ini. Sebenarnya Aprena sudah pun membuat beberapa cover lagu sebelum ini dan ianya telah mendapat pujian ramai pihak.

APRENA TURUT BUAT COVER DANCE MONKEY

Dek kerana memiliki keunikan suaranya yang tersendiri, Aprena sekali lagu memuat naik video bagi lagu Dance Monkey ke dalam instagramnya. Walau bagaimanapiun, reaksi pengikutnya untuk cover kali ini tidak seperti yang dijangkakan.

Dia memberitahu yang ada peminat menyatakan suaranya teruk untuk lagu tersebut. Disebabkan itulah dia dilihat hanya memuat naik video pendek sahaja. Jelasnya, dia hanya sekadar mencuba dan sekiranya mendapat sambutan baru lah dia akan memuat naik versi penuh.

Menjengah ke ruangan komen, berbeza pula respon diterima. Ramai yang menyifatkan Aprena memiliki suara lain dari yang lain. Bunyi ala-ala serak basah membuatkan ramai yang meminta Aprena untuk membuat cover penuh untuk lagu tersebut.

RAMAI NAFI SUARANYA SUMBANG

Peminatnya turut menafikan Aprena menyanyi sumbang seperti dimaklumkan. Rata-rata memberikan maklum balas yang positif.Tak sangka Aprena memiliki bakat seperti bapanya yang bukan sekadar pandai berlakon malah bernyanyi secara baik. Mungkin sesetengah pihak menganggap suara serak itu kurang enak untuk didengar, namun tak semuanya berpandangan sebegitu.-meecks

“Suka sangat dengan jiwa baby yang selalu pentingkan keluarga…”- Aprena Manrose

Sejak membintangi beberapa drama di kaca televisyen, bakat pelakon jelita Aprena Manrose semakin mendapat perhatian umum. Biarpun begitu, dia dan juga kakaknya, Oktovia Manrose turut dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air kerana masing-masing turut bergelar pelakon diminati peminat drama tempatan.

Walau bagaimanapun, seperti diketahui juga bahawa dua beradik selebriti itu merupakan sepupu kepada tiga beradik pelakon popular ini iaitu Nelydia Senrose, Uqasha dan Raysha Rizrose.Meskipun kesemuanya melibatkan diri dalam industri yang sama namun itu tidak menghalang untuk mereka terus rapat.

Malah, kelima-limanya sering menjadi perhatian peminat namun terbaharu pula kemesraan Aprena Manrose bersama Nelydia Senrose meraih tumpuan warganet.Ini kerana, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita terbabit mengambil peluang bagi memberikan ucapan khusus kepada Nelydia sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26. Kelihatan Aprena cukup mengagumi sikap Nelydia dan berkongsikan hal itu dilaman sosial Instagram peribadinya.“Happy belated birthday blove! Nelydia Senrose. Memang sengaja nak jadi last person who wish your birthday on social media!

“Semoga Allah makbulkan segala permintaan b dan berjaya dunia akhirat. Baby sebijik muka mama, lagi2 bila gambar yang first tu (sebak pulak rasa).“Suka sangat dengan jiwa baby yang selalu pentingkan keluarga dan rajin cari duit. Keep it that way b, You’re so inspiring! Hopefully sama-sama mengandung suatu hari nanti! Amin.”

Selain memberikan ucapan istimewa buat sepupunya itu, dalam pada masa yang sama, foto-foto dikongsikan Aprena Manrose turut menjadi perhatian warganet sehingga meraih ribuan tanda suka.Sekali gus membuatkan warganet memuji sikap ‘sweet’ kedua-dua selebriti jelita ini disamping kecantikan mereka juga dipuji.-thetrending now

Bayar Balik Kalau Tak Nak Review’ – Aprena Manrose Jawab kes ‘Snglap’ Duit Review

Tidak dinafikan artis zaman sekarang banyak buat review product untuk mencari duit tambahan bagi menyara diri dan keluarga. Tetapi kebanyakan job sebegini diuruskan sendiri oleh pembantu peribadi (PA) mereka termasuklah urusan pembayaran.

Pelakon Aprena Manrose turut tidak ketinggalan untuk membuat review product berbayar. Malangnya, pelakon drama Rengkat ini terpaksa berdepan kes men1pv dan melarikan duit pelanggan apabila pembantu peribadinya itu sudah angkat kaki.

Benda boleh post banyak-banyak…

Terbaru, posting mesra Aprena Manrose bersama suaminya ini dimuatnaik menerusi laman Instagram dengan kapsyen ‘benda boleh post banyak-banyak kenapa nak satu je‘. Bagaimanapun, terdapat komen berbaur sindiran yang ‘datang’ Aprena Manrose sehingga membuatkan pelakon ini terpaksa buka mulut menjelaskan keadaan sebenar berkaitan review product yang dibuatnya sebelum ini.

Pelakon ini juga nekad untuk tidak memadam sebarang komen yang telah dilontarkan warganet terhadap dirinya. Dia sekerasnya tetap dengan pendirian mengakui dirinya tidak bersalah. Segala urusan pembayaran selalunya pelanggan terus transfer ke bekas PA yang telah kira-kira setahun berhenti kerja.Tambahnya, ini bukan kali pertama dia menghadapi kes sebegini. Sebelum ini, Aprena Manrose juga pernah kena t1pv bekas PA berkaitan duit pelanggan kira-kira penghujung tahun 2018.-ohbulan

Nazim bukan ‘diva’ – Aprena Manrose

KUALA LUMPUR: Pertama kali berganding dengan Nazim Othman dalam drama Mr Ferrari Miss Lamborghini, Aprena Manrose menolak dkwaan kononnya aktor itu berlagak ‘diva’ ketika di lokasi.Aprena yang baru selesai menjalani penggambaran drama itu mengaku seronok bekerjasama dengan Nazim.

“Setakat ini, saya gembira dapat berlakon dengan Nazim.“Sebelum ini, saya ada dengar kononnya lagak dia macam ‘diva’. Tapi selepas berkenalan dan bekerjasama dalam drama ini, dia okay… Kepalanya memang g1la-g1la.“Kalau tengok rakaman video yang saya kongsi di IG Story, boleh nampak perangai saya dan dia sama-sama ‘g1la’,” katanya kepada BH Online.Biarpun dilihat belum menempa nama seperti sepupunya iaitu Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose, Aprena percaya rezekinya dalam dunia lakonan tetap ada.

Sedikit demi sedikit kehadiran Aprena mula diperhatikan selepas diberi kepercayaan memegang watak utama drama Tiada Arah Jodoh Kita bergandingan dengan Shukri Yahaya.Tidak lama lagi, Aprena dijangka memulakan penggambaran sebuah telefilem bergandingan dengan Amar Asyraf dan drama untuk slot Samarinda.

“Alhamdulillah rezeki saya dalam lakonan tak putus. Memang lepas kahwin, makin murah rezeki saya.“Walaupun tawaran yang diterima bukan semata-mata heroin, saya optimis dengan peluang diberi… Watak pembantu pun saya terima,” katanya.

Mengenai rumah tangganya dengan Mohd Afiq Hazman, 31, Aprena atau nama penuhnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman memberitahu, dia belum dikurniakan rezeki menimang zuriat.“Memang saya nak anak, begitu juga suami. Kami tak merancang hendak menimang anak pada masa tertentu. Cuma belum ada rezeki… Usia perkahwinan pun belum sampai dua tahun.

“Tapi saya bersyukur rezeki tak pernah putus di pentas seni. Mungkin juga Tuhan murahkan rezeki saya dalam pekerjaan tetapi belum lagi memiliki cahaya mata,” katanya yang menikahi Afiq pada November 2016.Selain Aprena, kakaknya, Oktavia Manrose juga memilih bidang lakonan sebagai sumber pendapatan.-bh

Baru Sahaja Diduga Dengan Tuntutan Ganti Rugi. Nelydia Senrose Buka Mulut Bila Ramai Persoalkan Tentang Cahaya Mata Walaupun Usia Perkahwinan Sudah Setahun Lebih

Lebih setahun melayari bahtera rumah tangga dengan suami, Mohd Hafez Halimi pada April tahun lalu, pelakon Nelydia Senrose tidak tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai zuriat.Mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata, Nelydia berkata dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar diperkenankan impian untuk bergelar seorang ibu serta diberi rezeki zuriat.

“Kalau ada rezeki, saya memang sudah bersedia dan teringin untuk menjadi seorang ibu, cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki. Soal anak, pemergian semua itu ketentuan Ilahi.“Saya akur dan reda. Mohon semua orang doa yang baik-baik agar usaha saya untuk menimang anak dipermudahkan, moga saya murah rezeki. Insya-Allah,” katanya kepada Kosmo!

Kata Nelydia lagi, dia memahami mereka yang sering bertanyakan mengenai hal zuriat kerana prihatin. Ujarnya lagi, jika diberi rezeki untuk hamil pasti dia akan kongsikan kepada umum.“Tidak langsung. Lagi pun saya dan suami baru berkahwin sekitar setahun. Saya faham orang selalu tanya sebab mereka prihatin dengan keadaan kita.“Kalau saya hamil nanti dan kandungan sudah kuat, pasti saya akan kongsi dengan orang ramai. Cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki lagi,” katanya.-rotikaya

Ambil Duit Kerja Tak Buat. Nelydia Dikhabarkan Berdepan Tuntutan Ganti Rugi Sampai Beratus Ribu Disebabkan Tidak Mematuhi Kontrak Promosi Suatu Produk Ini

Nelydia sedia memberi kerjasama berhubung kes dikatakan tidak melaksanakan tugas sebagai duta produk. SYARIKAT pengeluar produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd menuntut ganti rugi sebanyak RM160,000 daripada pelakon Nelydia Senrose berhubung tidak mematuhi kontrak sebagai duta pada tahun 2019. Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bayaran sebanyak RM102,000 telah dilunaskan kepada aktres tersebut bagi tujuan mempromosikan produk mereka.Bagaimanapun, bayaran itu tidak setimpal dengan tugas yang dijanjikan dan Nelydia dikatakan tidak melaksanakan tanggungjawab sebaik bersetuju menjadi duta sejak Disember 2018.

Nelydia Senrose hadir ditemani suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.“Ikut perjanjian, Nelydia perlu hadir untuk program televisyen sebanyak dua kali, pelancaran produk dan posting di laman sosial sebanyak 15 kali tetapi sepanjang tempoh itu tiada satu post dibuat. “Kita sudah bayar sebanyak 70 peratus tapi tidak seperti diharapkan dan dia juga tidak memberi respons kepada pihak kami… jadi kita mahu menuntut semula bayaran tersebut bersama kos lain-lain, ” kata Mandy. Dalam keterangan sebagai saksi, pengasas produk berusia 29 tahun ini berkata Nelydia selaku defendan pertama hanya menjalankan satu sesi fotografi sepanjang tempoh kontrak setahun itu.

Prosiding perbicaraan hari pertama kes itu dijalankan di hadapan Hakim Tuan Shamsuddin Abdullah.Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun ketika ditemui media selepas prosiding pada Selasa.Sementara itu, Nelydia yang hadir ditemani suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, ketika ditemui di perkarangan mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut.“Maaf saya tak boleh komen mengenai kes ini kerana tidak mahu mengnggu proses mahkamah.“Saya akan memberikan kerjasama penuh, ” ujarnya.Chriszen selaku plaintif diwakili peguam Tan Eng Keat, manakala Nelydia dan pengurusannya selaku defendan kedua, Alfie Management Sdn Bhd diwakili peguam Amirul Izzat dan Lim Zi-Han. Perbicaraan kes akan disambung pada 16 Julai depan.

Nelydia Senrose b3rang dengan warganet yang suka samakan suaminya dengan orang lain.

Aktres jelita Nelydia Senrose telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri. Foto tersebut menunjukkan Nelydia bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid sedang menikmati makan malam di Tokyo, Jepun. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Nelydia mendoakan kebahagiaan pasangan yang sedang berbulan madu itu. Namun, terdapat seorang warganet tinggal kan komen menyatakan wajah suami Nelydia seiras dengan pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu.

Nelydia yang tidak menyukai apabila suami disamakan dengan orang lain itu terus membalas komen warganet tersebut. Perbualan menjadi makin tegang apabila warganet yang bernama Ameera Zainall itu tidak menerima komen balas Nelydia.“Ingat Shuib tadi,” tulis warganet itu. “Ann0yingnya,” balas Nelydia. “Apalah nak rasa ann0ying pulak. Setiap kali orang komen muka macam Shuib atau Papagomon kemain mer3ntan. “Kenapa? Sebab awak rasa mereka h0doh ke untuk disamakan dengan suami awak? Benda memang sama masalahnya. “Kalau bandingkan dengan orang lebih elok suka pulak. Pelik. “Hati sendiri tak bersih sibuk nak cakap orang ann0ying. Apo?” balas individu tersebut dengan penuh emosi.

“Ha? Siapa cakap diorang tak handsome? Cuma cakap tak sama pelik la hahaha. “Statement tak handsome tu awak ke yang rasa diorang tak handsome,” soal Nelydia. “Tak apalah Nely. Awak tengok suami hari-hari. Awak lebih kenal setiap inci. “Kami tengok jarang-jarang jadi kami tetap nampak ada irasnya di situ. Selamat berbulan madu,” kata Ameera.Untuk makluman semua, Nelydia dan Hafez telah mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.-Sumber : gempak

Nelydia Senrose dah jadi isteri orang

Dalam majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu, mereka dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid. Sebelum itu, pasangan ini melangsungkan pertunangan sebagai syarat sebelum meneruskan upacara ijab kabul di depan lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan rakan rapat. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran dan dibalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan. Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia bersyukur kerana segala yang dirancang dalam tempoh singkat sejak awal tahun ini berjalan lancar. “Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan. Doa saya di Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan kami. Insya-Allah,” katanya. Berkongsi bibit perkenalan, pasangan ini bertemu buat kali pertama pada 6 April 2017. Bagaimanapun ketika itu, tiada apa yang berlaku. Seterusnya selepas sekian lama hubungan sepi begitu saja, mereka sekali lagi bersua hujung tahun yang sama.

Ketika hubungan itu terus mekar, Hafez berlepas ke Amsterdam, Belanda untuk memberi kejutan sekali gus melamar Nelydia pada April tahun lalu. Ketika itu pelakon yang juga adik kepada Uqasha Senrose ini sedang bercuti di Eropah. “Selepas memutvskan untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya, saya bawa dia berjumpa dengan bapa untuk meminta restu selain keluarga yang lain. “Memang asalnya rancangan perkahwinan ini mahu dibuat tahun lalu, tetapi ada saja kekangan. Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, kami berjaya melaluinya sebaik mungkin. Sekembali dari umrah pada 5 Januari lalu, kami putvskan untuk ke gerbang perkahwinan dan memulakan persiapan,” katanya.Ditanya mengenai Hafez, Nelydia menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati. Malam esok pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi di hotel yang sama. Pada majlis itu, Nelydia akan mengenakan rekaan Alia Bastamam, manakala Hafez dengan busana rekaan Ezuwan Ismail. Untuk majlis potong kek, kedua-duanya bakal menggayakan rekaan Rizman Ruzaini. Dalam pada itu, sebuah majlis keraian bakal diadakan di Kelantan pada Aidilfitri nanti.-Sumber : myMetro

Ini respon padu Uqasha Senrose apabila ada pihak bertanyakan soal jodohnya. Bahagia melihat adiknya Nelydia berumah tangga.

Pelakon Uqasha Senrose sedikit pun tidak tert3kan dengan status bujang ketika usianya sudah menjangkau 27 tahun. Ketika mStar Online bertanya tentang adiknya Nelydia Senrose, tiada langsung rasa c3mburu timbul saat melihat adik kesayangannya bahagia berumah tangga.Nelydia adalah contoh kepadanya sebelum jodohnya sampai nanti, sungguhpun telah lama memikirkan soal perkahwinan. Bagi Uqasha, biarlah jodohnya lambat asalkan tidak membuat keputusan sal4h dalam hidup ini.

Tambahnya lagi, perkahwinan bukanlah perkara yang ringan dan bukanlah kerana orang lain sudah berkahwin, dia juga perlu berkahwin. 
Menurutnya, hanya disebabkan usia yang sudah meningkat, tidak perlulah kita mengikut orang untuk berkahwin cepat.Uqasha pernah menerima kritikan warganet ketika berpelukan dengan adik iparnya, Hafeez hingga mencetuskan kontr0versi, namun dia memilih untuk tidak mengulas lanjut keadaan tersebut. Muda lagi usia Uqasha dan lebih baik fokus pada kerjaya serta usaha memperbaiki diri. Tidak perlu risau berlebihan urusan jodoh. -Sumber : Cari.My