Dikritik teruk gara gara minta orang yangada sakit keresahan berhenti makan ubat. Sekali ini reaksi Prof Muhaya buat warganet terkedu.

Berita

Baru-baru ini, pakar mata yang juga pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad telah dikritik hebat oleh warganet di media sosial gara-gara perkongsian videonya mengenai masalah keresahan. Dalam video tersebut,Prof Muhaya telah memberi pandangan kepada mereka yang berhadapan dengan masalah ini untuk tidak bergantung kepada ubat mahupun doktor.

“Minta maaf, bonda kan against the mainstream. stop the medication dan jangan percaya, dont think what the doctor said” “Because saya keresahan, saya keresahan walaupun buat muscle test. Sebut saya keresahan, saya keresahan tak kuat. Saya sihat, saya sihat terus kuat. So? within two seconds you can change” katanya seperti dipetik menerusi sesi perbualan bersama seorang personaliti televisyen

Kerana kenyataan tersebut, terdapat segelintir pihak mengkritik termasuk mereka yang terdiri daripada pakar perubatan yang kurang bersetuju dengan Prof Muhaya yang meminta agar beliau tidak memukul rata dan menjadi pakar dalam semua bidang kerana ramai penghidap keresahan yang bergelt dengan masalah ini.

Dalam video ini, doktor pakar mata ini menyuruh semua orang yang ada keresahan supaya “berhenti makan ubat dan jangan ikut cakap doktor.” Malah ada diantara mereka berpendapat agar beliau tidak mengulas perkara yang bukan dalam bidangnya kerana kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan apa dihidapi oleh pesakit tersebut.

Terbaru, menerusi laman Instagram nya, Prof Muhaya tampil memohon maaf secara terbuka berikutan video nya sebelum ini telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial. Menurut Prof Muhaya, dia akui telah melangkaui bidangnya untuk memberikan kenyataan mengenai masalah keresahan. Selain itu,  dia turut memaafkan mereka yang mengkritik sebelum ini kerana enggan mempunyai sebarang masalah jiwa.

Dalam pada itu, rata-rata daripada pengikut Prof Muhaya memuji tindakannya yang professional dan menganggap perkongsiannya sebelum ini hanya sekadar pandangan semata-mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Murai.my

Prof Muhaya Tampil Beri Pendapat Tentang Satu Sakit Ini. Warganet Tanpa Ragu Kritik Pendapat Prof Muhaya Dan Menzahirkan Rasa Tidak Setuju Atas Perkongsian Tersebut

Macam yang kita sedia maklum bahawa Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad merupakan pakar mata yang dikenali dan kerap berkongsi ilmu ilmu berkaitan perubatan dan agama di media sosial. Majoriti perkongsian ilmu yang diberi menjadi rujukan sesetengah individu dalam mencari tahu maklumat maklumat berkaitan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Terbaru, dalam satu video yang dimuat naik beliau di IG berhubung masalah 4nxiety telah mendapat perhatian daripada warganet. Menerusi video tersebut,ulasan Prof Muhaya telah membuatkan sesetangh pihak kurang bersetuju terutamanya mereka yang berada dalam bidang tersebut dan pesakit yang mengalami sakit itu.

Melalui perkongsian di Twitter,beberapa individu tampil meminta agar beliau tidak memkul rata dan menjadi pakar dalam semua bidang kerana ramai pesakit hadap dengan masalah ini. Selain daripada luahan kekesalan beberapa individu berkenaan video tersebut,komen yang diterima oleh Prof di Ignya juga turut sama menzahirkan rasa tidak setuju di atas perkongsian tersebut.

Walaupun tidak merendahkan kredibiliti pakar mata itu, namun mereka berpendapat agar beliau tidak usah mengulas perkara yang bukan dalam bidangnya kerana dilihat agak bercanggah dengan apa dihidapi pesakit. Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Prof Dr Muhaya telah menjawab persoalan mengenai perbezaan antara takut dan anxiety.Beliau juga turut memberi contoh berkenaan pesakit yang datang ke kliniknya untuk melakukan pemeriksaan mata yang mempunyai masalah anxiety.

Sanggup Naik Bas 6 Jam Semata Untuk Jumpa Doktor. Pasangan Ini Akhirnya Dapat Dakap Cahaya Mata Pertama Selepas 21 Tahun.

Dekat mana-mana pelusuk dunia pun, masih ramai pasangan yang sukar untuk dapatkan anak dan sanggup tunggu dan berusaha sehingga berpuluh tahun.Antaranya adalah pasangan dari Indonesia ini yang telah berusaha untuk dapatkan anak selama 21 tahun!

Seorang doktor dari Surabaya, Indonesia, Benny Ariffin telah kongsikan kisah perjalanan pasangan ini bagi mendapatkan anaknya di Instagram peribadinya.Dalam postingnya itu, Dr Benny mengatakan yang pasangan, suami berusia 51 tahun dan Isteri berusia 44 tahun ini telah menunggu selama 21 tahun dan selama tempoh itu pasangan ini tak pernah putus harapan dan saling memberikan sokongan untuk mendapatkan cahaya mata.

Saya jadi saksi perjuangan mereka. Mereka tinggal 15km di luar Kota Sumanep dan perjalanan untuk bertemu saya untuk konsultasi mengambil masa enam jam perjalanan menaiki bas.”Menurut Dr Benny, pasangan Somidi dan Su’udiyah ini telah menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan seperti pesakit lain, selepas mendapat embrio, mereka perlu menunggu masa hampir setahun sebelum ianya boleh dipindahkan ke dalam rahim dan dalam tempoh itu, pasangan ini berulang-alik ke hospital demi mendapatkan zuriat.

Ketika berhasil hamil, saya masih ingat momen penuh hari, tidak banyak kata tapi penuh tetesan air mata bahagia.”Tak cukup dengan itu, ketika hari untuk melahirkan zuriat tiba, pasangan ini telah menaiki bas jam dua pagi bagi memastikan mereka sampai tepat seperti waktu yang telah ditetapkan dan akhirnya pada 1 Disember lalu, pasangan ini dikurniakan bayi perempuan yang sempurna dinamakan Aisyah.

Menurut Dr Benny, tujuan dia kongsikan kisah ini adalah untuk memberi tahu orang ramai agar jangan pernah putus harapan kerana kita tak tahu bila kita akan dikurniakan rezeki.Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan suatu kebetulan semata. Melainkan bagian suatu rencana Yang Maha Kuasa yg saya yakin akan indah pada waktunya bagi kita semua. Semoga itu petanda agar saya dan KITA #SPREADKINDNESS lebih luas lagi.”

Bayi Yang Dilahirkan Sebulan Yang Lepas Ni Sebenarnya Telah Pun Berusia 27 Tahun. Rupanya Ini Cerita Di Sebalik Semua Ini Terjadi

Percaya atau tidak bayi yang dilahirkan sebulan yang lepas ni sebenarnya telah pun berusia ’27 tahun’! Apa yang lebih menakjubkan, usia ‘sebenar’ bayi ini adalah 2 tahun lebih muda dari usia ibunya sendiri!Wah macam mana boleh terjadi tu?

Embrio dibekukan 27 tahun lepas.Bayi perempuan yang berusia sebulan yang diberi nama Molly Everette Gibson dari Tennessee, Amerika Syarikat itu berjaya mencipta rekod dunia selepas selamat dilahirkan dengan menggunakan embrio yang telah dibekukan sejak lebh 27 tahun yang lalu.

Memetik laporan New York Post, Molly dikatakan telah dilahirkan daripada satu embrio yang dibekukan pada Oktober 1992 iaitu 18 bulan selepas kelahiran ibunya pada April 1991.Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram, hasil daripada embrio yang dibekukan daripada penderma yang kemudiannya dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari yang lalu.

Bayi itu kini menjadi anak kepada pasangan suami isteri, Tina, 29 dan juga Benjamin Gibson, 36.Embrio terlama dibekukan .Menurut pakar dari University of Tennessee Preston Medical Library, bayi perempuan itu berjaya melakar sejarah sebagai embrio terlama dibekukan yang berjaya dilahirkan dalam keadaan yang sihat.Kakak pun hasil daripada pembekuan embrio

Apa yang lebih mengejutkan, kakak bayi berkenaan iaitu Emma Wren juga dilahirkan melalui embrio yang turut dibekukan di dalam ais selama 24 tahun. Kakaknya itu berjaya dilahirkan pada November 2017.Embrio mereka berdua yang diperoleh daripada penderma yang sama telah dibekukan secara bersama yang menjadikan kedua-dua mereka sebagai ‘adik-beradik genetik’ sepenuhnya.

Masalah kesuburan disebabkan cystic fibrosis.Terdahulu, Tina dan suaminya telah berkunjung ke Pusat Pendermaan Embrio Negara (NEDC) untuk menjalani proses pemindahan embrio ke dalam rahim selepas gagal untuk mendapatkan anak secara ‘semula jadi’ selama 5 tahun.

Hal ini kerana suaminya itu mempunyai pnyakit cystic fibrosis yang menyebabkan masalah ketidaksuburan.Pasangan itu yang kini telah berkahwin selama 10 tahun membuat keputusan untuk membela anak angkat. Namun, keluarga mereka telah mencadangkan mengenai organisasi pendermaan embrio ini menyebabkan mereka bersetuju untuk melakukannya.

Pada awalnya tidak bersetuju, anggap tak masuk akal.Kedengaran seperti tidak masuk akal. Tidak! Kami tak berminat untuk melakukannya.Namun, kami kerap terfikirkan mengenainya sehinggalah bersetuju pada akhirnya. 

Embrio daripada penderma yang sama.Menurut pakar yang bertanggungjawab terhadap proses tersebut, dia berasa gembira apabila pasangan itu kembali lagi ke sana untuk menjalani pemindahan embrio yang kedua daripada penderma sama yang mendermakan si kakak, Emma.

Tambahnya lagi, ini jelas menunjukkan bahawa teknologi yang digunakan selama bertahun-tahun yang lalu dapat memelihara embrio yang diderma di pusat itu untuk tempoh jangka masa yang panjang.Embrio terpisah selama berpuluh tahun, kini dah jadi adik-beradik ‘genetik’ pula. 

Hanya Disebabkan Baby Walker Terbalik Dan Terhantuk Di Tangga . Sehinggakan Doktor Terkedu Dengan Keputusan CT Scan Otak Bayi Ni.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami oleh pasangan suami isteri ini apabila anak kecil mereka mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala akibat terjatuh daripada baby walker. Insiden tersebut diceritakan semula oleh seorang Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainolmenerusi satu perkongsian di Facebook, sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang lain. Menurut Dr Redza, daripada penceritaan kedua ibu bapa tersebut, walker yang dinaiki anak kecil mereka terbalik sebelum terjatuh di tangga.

“Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni. Bayi ni naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga. Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan ada cecair dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu. Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan lebih baik. Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna,” tulis Dr Redza pada perkongsian tersebut.

Mengulas lebih lanjut, doktor ini mendedahkan ini merupakan antara salah satu kes kemalangan melibatkan bayi ketika mereka menggunakan ‘baby walker’. “Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker. Di Kanada, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak,” ujarnya.

Justeru menurut doktor ini, sebagai mengelakkan insiden sama berulang, ibu bapa seharusnya mencipta ruang selamat buat bayi seiring dengan perkembangan mereka yang pandai duduk, menyulur, merangkak dan berdiri. “Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan ‘Play yards atau Playpens’. Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar.

“Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali. Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat,”ujarnya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 1,200 shares di Facebook selain turut dibanjiri dengan ratusan komen warganet.