Dimasukkan ke hospital lepas munth berterusan. Riena Diana dedahkan punca dia masuk ke hospital melalui satu video dan perkongsiannya meraih perhatian ramai

Artis

Baru baru ini Riena memuat naik video dia terbaring di atas katil yang ditolak seorang jururawat. Gara gara bekerja tanpa henti dan tidak cukuo rehat,pelakon Riena Diana atau lebih popular dengan nama Lailer dimasukkan ke hospital swasta selepas mengalami munth berterusan. Menurut Nur Qamarina Diana Zulreal 23,dia dinasihatkan doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja semula.

Riena yang popular dengan watak sebagai Lailer menerusi drama Kampung People berkata, keadaannya semakin sihat dan kini berehat di rumah neneknya di Kuala Lumpur.Riena dinasihatkan untuk berehat secukupnya sebelum bekerja semula.”Saya ditahan di wad selepas alami munth yang berterusan dan badan lemah akibat tidak cukup rehat.

“Doktor pun suruh saya rehat saja dan Alhamdulillah… keadaan saya pun dah semakin baik. Mungkin disebabkan beberapa bulan saya kerja tanpa henti, itu yang badan jadi tak sihat.”Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan saya. Buat masa sekarang saya berehat di rumah nenek dan akan sambung kerja selepas betul-betul sihat,” katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, Riena berkongsi foto di Instastory yang memperlihatkan dia sedang baring di atas katil yang ditolak seorang jururawat.Sebelum ini, Riena terkndas di Muar, Johor disebabkan menjalani penggambaran sebuah drama namun dapat pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapatkan kebenaran daripada polis.

Dalam pada itu, Riena mendedahkan dia terpaksa menolak semula tawaran berlakon yang sudah diterima pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.Biarpun pada mulanya mengakui berasa bimbang akan dimarahi produksi dan stesen TV3 namun bersyukur kerana kedua-dua pihak itu memahami keadaannya.

Riena terpaksa menolak tawaran yang sudah diterima.”Buat pertama kali saya terpaksa tolak tawaran berlakon pada saat akhir. saya tak pernah buat perangai macam ini.”Sampaikan saya overthinking… takut ada pihak yang marahkan saya. Tapi saya cuba jelaskan dekat produksi yang saya tak dapat nak buat.”Nasib baik, pihak produksi dan TV3 memahami keadaan saya. Selepas ini saya kena berpada-pada ambil tawaran kerja,” ujarnya.

Laman Instagram Elly Mazlein Meraih Perhatian Ramai Bila Dia Bongkarkan Tarikh Berlangsungnya Kampung People 2. Berikut Keistimewaan Dalam Musim Kedua

Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, ini merupakan satu berita gembira untuk anda.Menerusi laman Instagram milik pelakon Elly Mazlein memaklumkan drama bersiri Kampung People musim kedua bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 17 September depan.

A K A N D A T A N G Kampung People 2 “Absolutely Correction”,“Mulai 17 September, jam 9 mlm ,Rabu hingga Jumaat, di Tv3,” tulisnya.Lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabat untuk menonton drama bersiri tersebut.Kampung People musim kedua dibintangi oleh pelakon Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Nam Ron dan ramai lagi.Drama ini bakal bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.Foto: Instagram Elly Mazlein

Adibah jadi emak ‘over’ dalam Kampung People 2

KUALA LUMPUR: Drama rantaian popular, Kampung People 2 yang sedang menjalani penggambaran, bakal menyaksikan kemunculan Adibah Noor memegang watak baharu dalam drama komedi itu.Pelakon dan penyanyi terkenal itu memberitahu, dia memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein, menerusi drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu.

“Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly.”Dari segi mencipta keserasian, saya rasa tiada masalah. Walaupun saya tidak pernah bekerja dengan Elly, tapi kami pernah beberapa kali berjumpa dalam beberapa acara hiburan.

“Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak ‘over’ daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu,” katanya kepada BH Online.Sebagai pelakon yang sering membawakan watak komedi, penyanyi Terlalu Istimewa ini mengaku tidak berdepan masalah untuk membawakan watak Dona.

“Lagipun saya memang penonton setia drama ini dan sudah faham daripada segi watak dan perwatakan pelakon lain serta konsepnya.”Jadi, rasanya, saya tiada masalah untuk membawa watak Dona itu,” katanya.Bulan lalu, produksi yang menerbitkan drama ini, KL Motion Pictures mengadakan proses uji bakat atas talian untuk mencari pelakon tambahan.Kampung People 2 yang mendapat pujian ramai ketika ditayangkan buat kali pertama di TV3, tahun lalu, mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.-bh

‘Tengok dulu, baru nilai’

SEJAK berkongsi pembabitannya dalam drama pilihan ramai, Kampung People 2 (KP2) yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi, peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan penyanyi, Adibah Noor dalam cerita itu.Apatah lagi, Adibah yang pernah berlakon dalam filem hebat seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan banyak lagi berjaya menjadikan penampilannya kekal diingati sehingga kini.

Malah, muncul sebagai watak baharu dalam KP2 dianggap satu lagi watak ikonik yang bakal dicipta Adibah.Bagaimanapun, Adibah yang popular menerusi lagu Terlalu Istimewa tidak mahu meletakkan harapan tinggi sebaliknya berharap peminat menonton dahulu dan baru membuat penilaian.

“Ikonik atau tidak, memberikan impak atau tidak, saya tak boleh nak cakap sekarang. Mungkin apabila ia ditayangkan kita boleh tengok hasilnya.”Tapi, watak saya dicipta untuk memberikan satu suntikan baharu dalam keluarga yang menerajui cerita KP2. Tengok dulu dan baru nilaikan,” katanya.

Mengenai pembabitannya dalam drama yang menggunakan dialog ‘broken English’ itu, Adibah berkata, ia bukan satu masalah kerana sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap penguasaan bahasa dunia itu.”Saya secara peribadi berasakan walaupun skrip KP memaparkan watak yang menggunakan ‘broken English’, ia sebenarnya menggalakkan orang ramai untuk tidak takut mempelajari dan mempraktikkan pengetahuan atau penguasaan bahasa Inggeris mereka.

“Apabila orang ramai tengok yang wujudnya karakter yang bercakap ‘br0ken English’ ini, secara tak langsung penonton akan berasa kurang takut untuk mencuba dan belajar untuk memperkasakan lagi bahasa Inggeris.’Sebagai contoh, dulu ada program Oh My English! Hasil daripada program itu, rata-rata orang ramai dan pelajar berasakan tidak mengapa jika buat kesalahan. Orang lain pun cakap tak betul dan tunggang terbalik juga, maka dengan itu ia memberikan inspirasi untuk orang belajar,” katanya.

Menurut Adibah, penggunaan bahasa yang diselangi dengan unsur komedi membangkitkan lagi keinginan penonton untuk terus memperbaiki diri.”Pada diri saya sendiri, ‘broken language’ atau ‘broken English’ dalam KP2 tidaklah memberikan kesan negatif, ia bukan sahaja menghiburkan malah membuatkan penonton mentertawakan diri sendiri akan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Secara tak langsung belajar bersama-sama.

“Apabila orang mendengar ‘broken English’ dalam KP, mereka tahu ia salah, secara tak langsung akan cakap pada diri sendiri bahasa Inggeris mereka jauh lebih baik sebab tahu apa yang dituturkan dalam KP adalah salah,” katanya.Selain Adibah, Kampung People 2 masih mengekalkan pelakon asal iaitu Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana dan ramai lagi.-mymetro

Tayang Poster Ikonik Drama ‘Kampung People’, Warganet Dah Tak Sabar, Banjiri Ruangan Komen Foto Elly Mazlein

Drama Kampung People arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang sebelum ini menerima sambutan yang positif dan di luar jangkaan bakal kembali menerusi musim terbaru tidak lama lagi.Difahamkan, drama untuk musim ke-2 itu kini sedang giat menjalani proses penggambaran.

Walaupun masih belum ditayangkan, sambutan yang diterima agak luar biasa apabila pelakon utama untaian drama terbabit, Elly Mazlein dilihat memuat naik foto ikonik keluarga Pak Abu sama seperti dalam babak musim yang pertama. Ternyata, ramai peminat menantikan kesinambungan drama tersebut dan teruja menanti untuk ianya ditayangkan.

Malah, entri berkenaan turut dimuat naik oleh Rashidi Ishak yang memegang watak Pak Abu di platform yang sama iaitu Instagram.Mengintai ruangan komen,ramai warganet telah meluahkan rasa tidak sabar dan teruja menantikan sambungan drama tersebut.

Dimaklumkan sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai tarikh tayangan, drama Kampung People akan mengekalkan pelakon yang sama sepertimana musim pertama dan bakal menampilkan muka baharu untuk musim kedua, antaranya penyanyi dan juga pengacara, Adibah Noor.

Pejam celik pejam celik, hari ini drama sensasi, Kampung People bakal melabuhkan tirai apabila episod terakhir akan ditayangkan malam ini jam 9 malam melalui slot Lestary di TV3. Pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein sebagai salah satu tunggak utama drama bersiri Kampung People ini turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila drama komedi bersiri itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan menerima pelbagai reaksi yang menggalakkan daripada penonton sepanjang ia ditayangkan. 

“Alhamdulillah, saya memang seronok sangat.  Tak sangka drama ini seperti fenomena yang melanda Malaysia.“Penonton pula bukan orang dewasa sahaja, tetapi ada juga dalam kalangan kanak-kanak.  Dalam kata lain, ia kena dengan jiwa seisi keluarga.

“Paling membuatkan saya gembira ialah apabila ada peminat yang memaklumkan bahawa mereka akan berkumpul bersama keluarga untuk menonton Kampung People ini,” kata Elly kepada Harian Metro.Pasti juga ramai yang akan berasa sedih kerana drama yang yang sarat dengan mesej positif dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda ini sudah sampai ke penghujungnya.

“Walaupun kita lihat drama itu bersifat komedi dan menjadi hiburan keluarga, tetapi ia juga sarat dengan mesej positif mengenai kekeluargaan.“Ramai juga yang meluahkan rasa sedih kerana Rabu, 8 Januari adalah episod terakhir Kampung People,” kata Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.

Drama komedi bersiri yang diarahkan oleh Wan Hasliza turut menampilkan bintang seperti Rashid Ishak, Hun Haqeem, Riena Diana, Datuk Fizz Fairuz, Nam Ron dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan episod terakhir malam ini jam 9 malam di slot Lestary TV3. Pasti akan rindu dengan gelagat Abu, Minah, Laila dan Jekfer lepas ni…-xtra

Sembilan Bulan Mendirikan Rumah Tangga Dengan Lelaki Pilihan. Elly Mazlein Buka Cerita Tentang Cahaya Mata Dan Ini Jawapan Padu Dari Elly Mazlein Sendiri

Soal anak, Elly dan suami serahkan pada perancangan Allah. SEMBILAN bulan mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memberitahu dia dan suami sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata dia akan berkongsi berita gembira tersebut apabila sudah tiba masa yang bersesuaian. Menurut Elly lagi, dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dalam soal cahaya mata kerana mempercayai perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya.

Elly mempunyai seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan terdahulu.“Saya ikut kata orang… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.”Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti. Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan.

“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress. Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya kepada mStar.Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak sombong.

Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.Pelakon drama Kampung People ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama Azmi Hatta.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sabarlah Hati ini memberitahu dia sentiasa mengambil langkah menyekat akaun laman sosial yang tinggalkan komen kerterlaluan.”Saya memang tidak akan membaca kritikan atau komen negatif. Memang ada masa kita rasa nak tahu, tapi sebenarnya kita tak kuat. Kadang-kadang ada yang komen berlebihan walaupun kita tak begitu.

Elly akan menyekat akaun laman sosial yang tinggalkan komen melampau.“Kalau nak komen, guna bahasa dan cara yang betul. Saya pernah juga membalas komen sebab orang kritik kita keterlaluan sangat tapi bila fikir balik, tak pergi mana pun. Kalau ada saja komen yang melampau, kita sekat saja.

“Kalau dia komen begitu bermaksud dia tak suka kita. Kalau dia tak suka, kenapa dia follow kita? Jadi, kita ambil langkah block saja dia. Kita manusia dan bukan saya seorang saja tapi semua orang memang tak boleh terima.”Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak sombong. Tapi kalau penggunaan bahasa itu sengaja nak buat kita rasa down, block saja,” ujarnya.-mstar

Fikirlah sebelum komen’ – Elly Mazlein

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein menyeru warganet supaya sentiasa berfikir sebelum menulis sesuatu komen di media sosial.Elly berkata, sikap bvli siber warganet bukan hanya memberi kesan masa pendek, tetapi juga kesan jangka panjang terhadap individu yang menjadi sasaran bvli.

“Sebagai manusia terutamanya selebriti, tentunya ada orang suka dan ada orang yang tak suka kita. Itu memang tak dapat dielakkan. Tapi, warganet juga adalah manusia dan perlu sentiasa berfikir sebelum menulis sesuatu komen di media sosial kerana ia mampu memberi kesan negatif kepada mntal orang yang menjadi sasaran kritikan,” katanya kepada Harian Metro.

Elly yang menggalas tugas sebagai Presiden Warganet dalam program Big Stage 2020 mengakui melihat pelbagai komen dengan kata-kata yang tidak sepatutnya di media sosial.”Semua orang boleh nak melontarkan pendapat atau mengekspresikan diri mereka terhadap seseorang. Namun, biarlah ia sesuatu yang membina. Kalau sampai keluarkan kata-kata negatif, menghakimi syurga neraka seseorang, rasanya itu bukanlah satu tindakan yang baik kerana kita sesama manusia,” katanya.

Dia yang pernah berada dalam program realiti juga tidak menolak, kritikan dan bvli siber daripada warganet mampu menjatvhkan semangat seseorang peserta.”Saya pernah menjadi peserta dalam pertandingan realiti TV sebelum ini dan kritikan daripada warganet itu sedikit sebanyak menjatvhkan semangat saya.”Sebab itulah sekarang saya lebih selesa untuk menyekat akaun yang selalu tinggalkan komen keterlaluan kerana tak mahu ada aura negatif,” katanya.-mymetro

Ramai tak tahu cerita ‘belakang tabir’ kek kolam air Elly Mazlein – “Lampu tak berfungsi, mujur sempat turn on”

Kek perkahwinan Elly Mazlein menerima pujian kerana keunikan dan kemewahan rekaanya.BIARPUN majlis perkahwinan pelakon Elly Mazlein dan pasangan, Mohammad Azlan selesai berlangsung Sabtu lalu, namun sehingga kini kemeriahan majlis tersebut masih menjadi bualan hangat peminat.

Paling meraih tumpuan tentunya kek sembilan tingkat berwarna biru yang dilengkapi kolam air mini di bahagian tengah.Menurut Cef Zam daripada Mad About Cake, kek berketinggian enam kaki siap dengan kolam beraliran air itu adalah kejutan untuk pasangan pengantin.

Zam atau nama sebenar Zam Akmal berkata, Elly tidak mengetahui mengenai reka bentuk tersebut sehinggalah pada acara memotong kek berlangsung.”Sebenarnya pada hari perbincangan dua minggu lalu, Elly hanya bagi tema dan warna pilihan… awalnya kami hanya nak buat ringkas-ringkas sahaja tapi setelah difikirkan kita muncul dengan idea kolam dalam kek tersebut.

Hiasan dalam kek yang meraih perhatian tetamu yang hadir.“Kolam itu kita hasilkan sendiri mengikut kesesuaian dengan bantuan lapan orang staf. Sebenarnya proses pembuatan kek tidaklah serumit disangka, namun ia memakan masa memandangkan kita juga ada tempahan pelanggan lain.

“Untuk rekaan istimewa ini, kita sudah mula hasilkan seminggu lebih awal. Bagaimanapun, Elly dan suami baru tahu mengenai rekaan itu pada malam resepsi tersebut, mereka pun terkejut dan suka dengan hasilnya,” katanya kepada mStar.Bercerita lanjut mengenai kek, Zam berkata kolam air itu dihasilkan menggunakan balang kuih yang diubah suai.”Selain itu saya juga terpaksa belajar daripada YouTube dan Google mengenai kaedah wiring ringkas agar idea untuk meletakkan lampu dan kolam air dapat direalisasikan,” katanya.

Saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergntung pada material, rekaan dan sebagainya!

Sementara itu ketika ramai pihak memuji hasil karyanya, Zam berkata terdapat perkara luar jangka yang berlaku hingga membuatkan dia dan kru lain tidak senang duduk.”Nak dijadikan cerita lampu pada kek itu tidak berfungsi pada saat-saat akhir, walhal isu teknikal sudah diselesaikan sejak awal.

“Mujur hanya beberapa ketika sebelum Elly kembali ke pentas untuk acara memotong kek, suis lampu dah boleh turn on dan ia berfungsi seperti biasa,” katanya.Ditanya kos menyediakan kek eksklusif itu, Zam berkata dia tidak boleh mendedahkan harga sebenar, namun mengakui mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kita tak boleh nak dedahkan harga kerana ini adalah perbincangan dengan pelanggan tapi… saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergantung pada material, rekaan dan sebagainya.”Kebiasaannya untuk pakej premium begini kita jarang guna konsep dan rekaan yang sama pada pelanggan lain… kita akan buatkan rekaan yang berbeza pula,” ujarnya yang menyediakan pelbagai jenis kek bergntung bajet dan permintaan pelanggan.

Majlis perkahwinan Elly dan suami berlangsung meriah dan menarik perhatian warganet.Pasangan sama cantik sama padan, Elly Mazlein, 40 dan Mohamad Azlan Che Nuh , 30, bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.Sebelum ini sepanjang tempoh pertunangan, Elly tidak pernah berkongsi wajah suaminya itu sehingga pada majlis berinai yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Elly dan Azlan mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu.Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.-mstar