Dipaksa nikah dengan lelaki pilihan neneek. Sbelum nikah dah janji laki tak boleh usik benda tu. Rupanya dlm diam bila dah halal dia usik juga smpai mcm ni jadi kat bini dia.

Kisah Rumah Tangga

Terpaksa nikah dgan lelaki pilihan nenek. Sbelum nikah laki tu dah janji tak nak sentuh barang tu. Tapi bila dah halal dia sentuh juga smpai perempuan tu jadi macam ni.

Salam semua. Saya berkahwin dengan lelaki pilihan nenek saya, Lelaki itu Kawan saya dari kecil. Saya tidak punya perasaan apa2 sama dia saya cuma anggap dia kawan. cuba bayangkan, Bagaimna hidup dengan orang yang Saya anggap Saudara, tidur sama2 dia. berkawan dari kecil perangai baik buruk dia saya tahu semua.

Tapi keluarga saya pulak tengok dia dari luaran sahaja, dia nie pengih. Sebelum kahwin tuh kami ada buat perjanjian, Bila sudah kahwin nanti dia tak boleh sentuh tuh benda , Bila masa dia sentuh Kami akan pisah, Tapi Sudah kwin Dia buat juga Dengan cara diam2 tanpa saya tahu, sebenarnya saya tahu tapi saya diam2 saja,,

Yang paling saya marah,, Masa nikah tuh Dia sempat guna tuh barang, Katanya Supaya rasa malu tuh hilang, Skit hati saya. 2 bulan sudah kahwin Saya Positif hamil, Saya cuba nasihat kan dia supaya berhenti buat benda kotor tuh Sebap tak lama lagi dia akan jadi seorang Ayah, Alhmdulillahh, dia memang berhnti,

tapi Setelah Perut saya brumur 7 bulan Cubaan datang. Dia guna barang tuh lagi, Malam2 saya stres fikir semua nie, Ada kala Saya mahu buang kandungan saya, Lepas tuh minta pisah sama dia, Tapi saya syang baby saya,

Saya diam dia buat begitu, Tiap2 bulan gaji dia tak ckup bayar utang d sebap kan utang bahan terlarang dia banyak, Saya sabar saya tahan demi Anak Yang ada dalam kndungan saya, Tanggal 10-11-2017 Saya Besalin, saya dapat baby girl, Dalam masa pantang tuh saya sngat2 stres, Buat krja rumah sendiri, Laki sibuk degan Benda kotor tuh.

Saya berdoa hari2 supaya suami Saya berubah, saya sangka teruk dia Masa belum ada anaknya Rupanya lebih teruk lagi Ada anaknya, Makin hari saya makin kurus Fikir semua nie, Kadang terfikir mahu lari dari rumah tapi Saya ketepikan semua tuh bila tengok Baby saya yg masih perlukan Ayah Dia.

Tak tahan dengan hidup serba kekurangan ini, Umur anak saya 3 bulan, saya mulai kerja sebagai kuli kasar, Kerja d company. Pernah satu masa, Duit saya dalam dompet tinggal Rm10 sisa bayar Kedai Sama rokok dia, utang2 bahan terlarang dia Saya selip dalam. dompet, Saya takut kalau dia tengok tuh duit, tapi Esok kan harinya saya balik dari kerja.

Dia bagi tahu yg dia sudah guna tuh duit patak2 sama kawan dia pakai Beli benda tuh ( bahan terlarang) Nangis saya, Saya marah2 dia.. dia diam saja. Lepas tuh dia mahu jalan saya tarik baju dia dari belakang, Terkejut saya . Dia ludah muka saya saya terdiam lepastu saya kurung diri dalam bilik sama anak saya esok harinya dia mnta maaf ..

Saya maaf kan demi Anak saya. Hari2 saya sabar dengan perangai dia.. gara2 benda tuh dia berani mengasari saya. Berkali2 saya di kasari saya tahan demi Anak saya.. anak saya masa tuh baru brumur 7 bulan, Saya selalu dikasari, Saya sabar..

Genap umur anak saya 9 bulan saya tak tahan dia kasari saya macam Bola, Saya Minta pisah lalu Jalan , Saya ke rumah nnek saya, Hingga lah sekarang Saya masih d rumah nenek saya, Dengan status yg saya sendri pun tak tahu, Bila saya jumpa dia minta pisah Dia tidak mahu tapi dia suruh saya kemas semua barang2 saya angkat kaki dari rumah tuh,

Dia suruh saya jalan tapi Dia selalu datang di rumah nenek saya merayu suruh saya balik Sama2 dia lagi, dia janji tidak mengasari saya lagi, pasal bahan terlarang tuh dia cakap, dia tak janji berhenti tapi dia Boleh rehat tak guna barang tuh. . Apakah Saya Kembali sama dia Atau Tinggalkan dia,

Ayah Paksa Kahwin Dengan Bekas Pakwe. Bila Malam Pertama Tu Tiba Tiba Suami Nak Hak Dia. Dengan Keadaan Tak Rela Isteri Terpaksa Bagi. Terduduk Isteri Suami Terus Berubah Lepas Dapat Apa Yang Dia Nak.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya adalah seorang isteri, berusia 31 tahun dan berkahwin 14 july tahun lepas atas dasar paksaan keluarga. Sekarang saya mempunyai dua orang putera kembar yang ku lahirkan june yang lalu secara operation.

Sebelum saya lanjutkan cerita, saya perkenalkan suamiku dengan nama Zam dan. Dia merupakan bekas teman lelaki semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Kami bercinta selama 7 tahun (2002-2009) dan mengakhiri hubungan atas sebab tiadanya kesefahaman.

Selepas kami mengakhiri hubungan, saya tidak lagi mendengar apa-apa berita tentangnya. Kami membawa haluan hidup masing-masing. Saya sangkakan kami tidak akan berjodoh kerana semenjak kami putus, dia tidak lagi pernah menghubungiku.

Sejak tahun demi tahun berlalu saya jalani hidup sendiri dan pada 2015, saya menerima miscall dan kiriman whatsapp dari nombor yang saya tidak kenali. Memandangkan saya takut ada kepentingan, saya pun tanya siapa gerangan orang yang teks dan miscall aku. Berkali kali wasap sampai naik menyampah juga time tu.

Rupa-rupanya dia adalah bekas pakwa saya yang telah tinggalkan saya 6 tahun lalu dan kini, dia muncul kembali. Saya tidak tahu dari mana dia dapat nombor hp kerana setahu saya saya telah tukar nombor dan tak pernah beri sesiapa pun nombor aku. Tahu yang dia yang whatsapp, saya pun tak reply msg dia.

Tetapi Zam bukanlah jenis orang yang berputus asa, walaupun saya buat tak tau msg dan tak jawab panggilannya namun dia tetap berusaha. Sehinggalah hujung 2015, tiba-tiba dia senyap. Tiada lagi whatsapp, tiada lagi panggilan yang saya terima darinya.

Saya sangka dia telah jemu dan menyerah. Saya bersyukur kerana tidak lagi diganggu. Namun sangkaanku salah. Rupa-rupanya Zam mempunyai rancangan lain untuk mendapatkanku. Semua rancanagan Zam aku tahu selepas kami diijabkabulkan dari kakak aku yg cukup rapat denganku.

Kronologinya ialah, suatu hari mak ayah saya terjumpa dengan Zam di sebuah pasaraya. Memandangkan Zam merupakan bekas teman lelaki yang cukup ok dengan mak ayah aku, mereka pun bertukar-tukar nombor telefon dan disitulah mereka bersekongkol untuk rancangan menyatukan kami berdua.

Tanpa sepengetahuanku, Zam menyatakan hasrat untuk kembali dan seterusnya melamar saya pada kedua ibubapa dan mak ayah tentu sahaja menerima lamaran Zam apa lagi dia dianggap baik oleh kedua orang tuaku. Justeru itu saya kehairanan, bila sahaja saya duduk lepak bersama mak ayah, mereka asyik memuji-muji bekas teman lelaki saya dan berkias-kkias denganku.

Saya buat tak reti kerana saya anggapnya sebagai gurauan sahaja. Hari demi hari nama Zam makin menjadi-jadi disebut oleh mereka berdua. Saya jadi cuak dan marah namun mereka tetap sahaja memuji dan menyuruh saya kembali pada Zam.

Saya bingung, kenapa mereka semakin egresef hari demi hari bercerita pasal Zam? Dipendekkan cerita pada april tanpa sepengetahuanku, keluarga Zam datang ke rumah untuk merisik seterusnya melamar. Ketika tu saya tiada di rumah kerana keluar bersama adik beradik aku..

Apakah ini rancangan mereka? saya tidak tahu. Saya terkilan kerana lamaran diterima tanpa mendapat persetujuanku terlebih dahulu. Sungguh saya terkilan kerana mereka semua membelakangi aku. Beberapa minggu selepas itu saya dipaksa bertunang dengan Zam.

Saya cuba menolak tetapi mak saya merayu dan menangis mendesak saya menerima sahaja pinangan Zam. Katanya, inilah bakal suami yang tepat untukku. Ya Allah, saya nak tolak tapi tak sampai hati nak lukakan hati mak saya yang berharap saya segera mengakhiri zaman bujang.

Jadi, akhirnya dengan terpaksa saya menerima pinangan Zam dan kami bertunang tetapi kami tidak pernah berkomunikasi di mana-mana media sosial, berjumpapun saya enggan kerana terlalu marah atas apa yang berlaku. Akhirnya saya bersetuju tetapi saya memberi syarat pada mak ayah.

Kami hanya melangsungkan majlis serba sederhana dan tiada rakan-rakan saya yang akan dijemput di majlis nikah kami. Bukan saya tidak mahu menjemput dan menghebahkan pada kawan-kawan tetapi pernikahan saya adalah pernikahan paksa dan tidak membahagiakan aku.

Biarlah saya dan keluarga terdekat sahaja yang tahu. Julai 2017, saya dinikahkan tanpa saya redha. Jadilah kami suami isteri tetapi saya tidak boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri Zam.Saya Belum bersedia menyerahkan diri pada Zam yang kini sah menjadi suami aku.

Pada mulanya Zam bersabar tapi lama kelamaan dia mula menuntut hak sebagai seorang suami. Kami hanya bersama sekitar bulan 9. Saya menunaikan tanggungjawab secara terpaksa. Selepas dari itu saya harap sangatlah yang Zam tidak lagi menuntut apa-apa denganku.

Saya juga berniat untuk berpisah, tetapi…. saya tak tahu bagaimana cara untuk saya minta dilepaskan. Lagipun mak ayah pasti tidak setuju dan akan marah jika hasrat ini saya beritahukan pada mereka. Saya akui, sepanjang berkahwin dia banyak bersabar denganku dan terus memujuk agar saya menerimanya sebagai suami.

Walaupun kami bersama cuma sekali, saya tidak menyangka yang saya akan mengandung benih Zam suamiku. Saya mulanya tidak sedar dan fikir, alahan dan hilang selera makan hanyalah disebabkan saya demam dan tidak sihat.

Hari tu saya mengalami alahan teruk, muntah-muntah dan akan pening bila terhidu bau masakan. Akhirnya saya ambil keputusan pergi klinik. Dalam hati saya tak hentinya berkata “ya Allah, apa lagi ujian yang melanda aku?”Apabila doktor sken, saya disahkan mengandung 2 bulan. Tentu sahaja Zam paling gembira kerana bakal mendapat zuriat.

Aku? ya, saya cukup marah pada Zam kerana rasanya saya belum bersedia lagi untuk mengandung. Tetapi kemarahanku tidak lama pabila saya dipujuk kakak saya agar menerima anak itu. Sebagai seorang bakal ibu, hari demi hari saya merasa semakin menyayangi anak yang ada dalam kandungan aku.

Hasrat untuk saya berpisah dengan Zam mungkin terbatal dek kerana adanya anak ini. Saya tak mahu anak saya kehilangan kasih sayang seorang ayah. Saya ambil keputusan akan bertahan dengan perkahwinanku walaupun saya terpaksa korbankan perasaan. Saya tak sangka saya akan melahirkan bayi kembar. Cuma saya perasan, pada usia kandungan 4 bulan ia membesar bagaikan mengandung 6 bulan.

Saya checkup di klinik dan pada mulanya doktor tak dapat sahkan apa-apa. Perkara ini hanya saya tahu bila kandunganku berusia 5ke6bulan. Ya Allah, saya sedang mengandung bayi kembar rupanya. Dan pada 13jun tahun ini saya selamat melahirkan dua bayi lelaki. Walaupun secara operation, saya terima asalkan kedua bayi saya selamat dilahirkan.

Sepanjang proses kelahirannya suami saya Zam setia menemani terkecuali di bilik bersalin. Sekarang, usia kedua baby saya sudah pun 3 bulan. Oh ya, saya lupa nak bagitau mengenai man, dia bekerja di kapal yang memerlukan dia berada di atas kapal berbulan lamanya.

Sekarang saya uruskan bayi kembar ini bersendirian tanpa suami. Walaupun ada keluarga yang memberi bantuan dan menyokong, tetapi ia tidak sama jika adanya suami di sisi. Alhamdulillah sebelum saya melahirkan, Zam rela mengambil cuti walaupun dia sebenarnya tidak dibolehkan bercuti.

Hanya dua minggu setelah baby kami lahir, dia kembali bertugas. Sampai sekarang, saya bertahan dalam perkahwinan ini hanya kerana anak, saya berharap, suatu hari hati ini akan terbuka untuk menerima Zam yang kini telah pun menjadi suami dan ayah kepada kedua putera aku.

Jika ada pendapat dan tips untuk saya boleh mencintai suami, saya hargai dan banyak-banyak berterimakasih.Saya harap hati saya akan cepat terbuka untuk mencintai suamiku. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kesucian Isteri Terbongkar Saat Malam Pertama. Suami Terus Nekad Batalkan Bulan Madu Dan Tak Balik Rumah 3 Hari 3 Malam. Mengejutkan Bila Balik Rumah Isteri Dah Jadi Macam Ni.

Assalamualaikum WBT. Begini, aku telah menjadi suami hampir 2 tahun. Aku kenal isteri aku sekarang ni sudah hampir 5 tahun. Sepanjang perkenalan aku memang menjaga iktilat dan tidak mahu ada istilah perkara terkutuk didalam hubungan kami mahupun mata dan hati.

Oleh itu, aku ingin cepat masuk meminang dan menjadikan dia isteri aku yang sah. Aku memang jaga kesucian aku sebagai lelaki, dan aku mengharap dia juga menjaga kesucian dia untuk aku. Tibalah malam yang ditunggu oleh setiap pengantin baru, baru aku tahu si isteri tidak sesuci seperti yang kuimpikan. Aku mendesak dia untuk mengaku dan dia masih berkata, kisah silam itu hak dia. Dan Allah telah menutup hijabnya.

Aku sebagai lelaki patutnya menerima baik buruknya jika aku memang mencintainya. Aku terdiam seribu bahasa. Selepas itu aku cancel honeymoon kami dan keluar ke masjid selama 3 hari 3 malam. Aku munajat kepada yang maha Esa, istikarah dan memohon kekuatan untuk redha dan menerima baik buruknya. Setelah malam ketiga, aku kembali kerumah kami dan memberitahunya aku akan menerima segala masa silamnya asalkan dia tidak melakukan perbuatan itu selepas ini.

Rumahtangga kami berjalan seperti biasa, walaupun kadang-kadang aku rasa naik angin kerana dia agak pemalas. Rumahtangga tidak pandai urus, makan minum aku tidak dijaga sedangkan dia adalah suri rumah sepenuh masa. Baju kerja terpaksa aku hantar ke dobi kerana dia tidak mengendahkan sedikitpun makan pakai aku. Aku bersabar lagi, bagi aku mungkin kami masih baru menjalani kehidupan. Dia siap bercakap, memasak membasuh bukan tugas isteri. Suami patut buat semua tu.

Jahatkah aku sekiranya aku memohon dia untuk memasak kerana aku terlalu sibuk mencari rezeki? Salahkah aku memohon dia untuk menjaga rumahtangga sedangkan nafkahnya aku berikan lebih setengah gaji aku? Ya, aku tidak berkira mengenai duit. Bagi aku asalkan isteri bahagia dan menghargai aku. Didalam hal ini juga aku dipersalahkan.

6 bulan perkahwinan, aku dikhabarkan dia bertemu dengan seorang lelaki tanpa izin dari aku. Aku bertanya betul-betul adakah dia tawar hati dengan aku? Dia mengatakan aku tiada masa untuknya. Aku jarang memberi nafkah batin kerana terlalu penat. Ya, aku penat. Aku bekerja sebagai doktor. Kadang balik lewat dan terpaksa memasak sendiri dan mencuci baju. Aku terlalu penat sehingga aku tidak melayan dia diatas katil. Sekali lagi, aku dipersalahkan.

Jujur memang aku ni jenis lurus, aku memohon maaf kepadanya walaupun aku rasa aku tidak membuat sebarang kesalahan. Betulkah wanita sebagai isteri yang duduk dirumah tidak wajib untuk memasak dan menjaga rumahtangga? Adakah aku memang bersalah dalam hal ini? 2 bulan lepas kami dikejutkan yang isteri tidak dapat mengandung kerana masalah dalaman. Sekali lagi aku terpana dan menangis. Aku memang inginkan zuriat aku sendiri. Aku rasakan perkahwinan ini tiada erti bagi hidup aku.

Sehinggalah aku bertemu dengan bekas teman lelaki isteri aku biar aku namakan sebagai Amir. Amir menceritakan segala perbuatan isteri ku dimasa silam. Isteri aku cukup suka menjadi orang ketiga permsnah rumahtangga orang. Dan mungkin ini adalah kifarah untuknya kerana melakukan dsa dahulu.

Aku terpana, kenapa kifarah ini sehingga aku pun terbabit sama? Apakah dosa aku sehingga aku diberi ujian sebegini. Sudahlah setiap apa yang berlaku aku disalahkan. Aku menangis semahunya sehinggalah sekarang aku masih tidak dapat redha dengan apa yang berlaku. Aku cuba untuk senyum dan anggap perkara ini ujian buat kami, tapi aku manusia biasa, aku masih tidak dapat redha. Hati aku semakin tawar, aku semakin tidak mahu balik ke rumah.

Apa perlu aku buat? Aku mohon sangat-sangat nasihat dari warga IIUMC, apa perlu aku buat? Adakah betul aku yang salah dari mula? Adakah betul aku sebagai lelaki yang baik tidak perlu tahu tentang masa silamnya? Adakah betul semua tanggungjawab dirumah aku yang perlu buat? Aku buntu. Tolonglah aku…