Ramai yang ucap tahniah gara gara disangka Elly Mazlein hamil. Sekali tak boleh berdiam ini jawapan dari tuan badan sendiri.

Artis

Penyanyi dan personaliti TV, Elly Mazlein nampaknya memilih untuk bermain ‘teka-teki’ mengenai dakwaan peminat yang mengatakan dirinya kini sudah berbadan dua. Kata Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,41, dia sama sekali tidak berniat untuk berahsia jika hamil namun berjanji akan mengumumkan berita gembira tersebut di media sosial sekiranya benar.

Menyedari ramai peminat dan rakan artis yang sering mendoakan kesejahteraan dirinya, Elly berkata dia hanya ingin berlaku adil kepada semua pihak terutama media yang sentiasa menyokong dirinya sepanjang bergelar anak seni. “Saya tahu ramai sayang dan selalu mendoakan saya. Apabila dah sampai masa dan dah confirm, saya akan kongsikan berita gembira itu di Instagram untuk cuba berlaku adil kepada semua pihak media yang sentiasa menyokong saya.”

Dalam pada itu, Elly juga mendedahkan bahawa anak sulungnya, Purtri Sara Sefhia turut menyuarakan hasrat untuk memiliki adik. Ujar Elly lagi, dia tidak menunggu masuknya bulan tertentu tempoh kehamilan tetapi berjanji akan membuat pengumuman jika benar-benar hamil.

Terdahulu, tular di media sosial apabila video ketika program MeleTOP yang menampilkan dirinya sebagai pengacara jemputan seperti mempunyai ‘baby bump’ dan Elly juga kerap kali mengusap perutnya seperti sedang hamil. Sekadar info, Elly Mazlein telah bernikah kali kedua bersama suaminya kini, Muhammad Azlan Che Nuh,31, pada 18 Januari lalu di PWT, Kuala Lumpur.

Pelakon drama Kampung People itu sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada tahun 2014 sebelum berpisah pada tahun 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Belum Sedia Untuk Umumkan Lagi. Tular Tentang Elly Mazlein Nampak Baby Bump Buat Warganet Teruja. Tapi Sempat Je Dj Lin Cover.

Selebriti Elly Mazlein memang tidak asing lagi dalam industri hiburan. Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga pengacara yang terkenal dengan lawak dan gayanya yang spontan dan tingtong. Semalam tular satu video yang dimuatnaik oleh laman instagram Suriafm dan juga DJ Lin.

Video yang dikongsi beliau menunjukkan gaya Elly Mazlein menunjukkan perut kepada DJ Lin tetapi sempat dicover olehnya. Video itu meraih pelbagai komen dari warganet dan ramai yang gembira dengan berita itu walaupun belum rasmi lagi.

KOMEN WARGANET:

Apa pun min doakan semoga Kak Lina diberi kesihatan yang baik dan jaga kandungan itu dengan baik.. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: instagram @djlinsuriacinta & @suriamalaysia

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Asyik Nak Lari Rumah. Elly Mazlein Luah Sesuatu Di Ignya Sehinggakan Perkongsiannya Meraih Perhatian Ramai

Siapa sahaja tidak mengenali Elly Mazlein yang merupakan penyanyi ,pelakon dan juga pengacara yang membuat perkongsian dengan kapsyen yang seakan tertek4n di dalam IGnya. Tetapi apa yang patut dirisaukan kerana perkongsian berkenaan adalah tentang peel kucing beliau yang suka minta ditepvk.

Elly Mazlein atau nama mesranya Kak Lina Pom Pom raih perhatian ramai dan pengikutnya selepas telatah beliau membebel kepada kucingnya itu seperti bercakap dengan manusia.Ini antara kapsyen yang dibuat Elly Mazlein“Haaaa mcm la budak itam skrg ni .. sy sebgi mak, hidup tert3kan .. Asyik nak lari rumah je hidup dia”

Kita juga tahu bahawa memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi em0si yang sangat baik lebih-lebih lagi bila kita pelihara seekor kucing.Sementara itu, di dalam video berkenaan, Kak Lina turut menceritakan perangai sebenar kucingnya itu,

“Siapa dia punya anak macamni punya perangai? Asyik nak minta teeepokk je, dia ingat kita ni takde kerja lain agaknya?Awak tu dah besar, dah boleh kerja dah, dating pandai hilang berapa hari?Balik minta tepuk apooo?”Kelakar melihat keletah Kak Lina membebel dengan kucing beliau, macam mak-mak!Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut ketawa melihat keletah Kak Lina dengan kucing peliharaannya itu

Setelah Hampir Setahun Bersama Elly Mazlein Tiba Tiba Tampil Bersuara Bongkarkan Perangan Pelik Suami. Rupa Rupanya Dalam Diam Ini Perengai Pelik Dia.

Selebriti serba boleh, Elly Mazlein, 39 sememangnya sering disebut-sebut sejak kebelakangan ini. Buka sahaja kaca televisyen, sudah pasti ada wajahnya menghiasi mana-mana acara. Elly Mazlein yang juga mesra disapa Kak Lina Pom Pom turut tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya bersama keluarga di Instagram miliknya walaupun tidak terlalu menonjolkan anak dan suami tercinta.

Jadi jurugambar abah

Namun begitu, perkongsian Kak Lina di media sosialnya hari ini telah berjaya jadi perhatian warganet. Foto suaminya sedang mengambil gambar bapa kepada pengacara terkenal itu telah menjadi bualan para peminat. Mana tidaknya, suami Kak Lina iaitu Cikgu Azlan dengan tekun menghalakan telefon pintar ke arah bapa mertuanya untuk mengambil gambar. Apa yang menarik, bapa kepada pelakon utama drama Kampung People ini nampak rileks bergaya di hadapan kamera telefon ketika bergambar.

Suami & bapa memang rapat

Menerusi kapsyen yang ditinggalkan oleh Elly Mazlein di posting tersebut, dia memaklumkan bahawa suami dan bapanya sangat rapat seolah teman baik apabila sering menyaksikan tayangan sukan di televisyen bersama-sama. Dia juga menyatakan suaminya juga kerap menjadi ‘sasaran’ untuk menangkap gambar bapanya yang gemar bergambar.

Menantu idaman ni..

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen di ruangan Instagram Kak Lina Pom Pom dengan memuji keakraban suami dan bapanya. Mereka juga akui gembira melihat kebahagian pengacara tersebut dan mend0akan hubungan perkahwian mereka berkekalan hingga keakhir hayat.

Sumber: Elly Mazlein, OMM via pop.airnws

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Mengejutkan Elly Mazlein Tampil Jawab Persoalan Yg Dia Kehilangan Kandungan. Rupa Rupanya Elly Mazlein Dah Mengandung Tapi Ini Yang Terjadi Dengan Kandungan Dia.

Pasangan suami isteri iaitu Elly Mazlein dan Cikgu Azlan telah mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020 dan pengenalan mereka juga telah mendapat perhatian ramai. Sudah pastinya peminat tidak sabar untuk melihat Kak Lina Pom Pom mendapat zuriat hasil perkahwinan bersama Cikgu Azlan.

Terbaru, pelakon Kampung People 2 itu mendedahkan kepada Melodi akan berita yang kurang enak didengari. Difahamkan, Elly Mazlein telah mengalami kehilangan kandungan dan tidak mahu berita tersebut diketahui peminat. Kak Lina kehilangan kandungan?

Elly Mazlein menjawab spekulasi mengenai berita keham1ilannya yang telah menjadi bualan peminat. Pelakon itu bagaimanapun tidak gemar untuk berkongsi berita kesedihan yang dihadapi dirinya kepada umum terutama peminat. Dia juga memohon doa dari peminat untuk terus kuat hadapi ujian sebegini.

Kalau boleh Kak Lina lagi nak share benda-benda yang manis je kepada peminat. Benda tak okay, benda yang sedih, benda yang buat Kak Lina terganggu. Selalunya Kak Lina lebih suka sembunyi, biarlah Kak Lina jadi seperti lilin yang menerangi hidup semua orang.

Kak Lina nak dia orang tahu yang Kak Lina okay. Semua orang dengar cerita baik-baik pasal Kak Lina. Benda yang sedih-sedih biar Kak Lina dengan family je tahu. Cuma Kak Lina mohon semua orang doakan yang baik-baik buat Kak Lina.

Percaya susunan Allah itu terbaik

Apabila ditanya mengenai reaksi Cikgu Azlan apabila mengetahui berita kehilangan kandungan isterinya, Elly Mazlein hanya mampu memohon agar peminat sentiasa mendoakan supaya mereka segera dapat cahaya mata. Pelakon itu juga kelihatan enggan memberi apa-apa kenyataan berhubung cerita sedih yang dialami mereka.

Cuma Kak Lina mohon kepada korang semua supaya doakan Kak Lina dapat baby. Kak Lina mengaku jadual kerja busy sampai ke tahun hadapan. Kak Lina percaya susunan Allah itu terbaik. Lambat laun, Inshallah.. Allah akan bagi.

Tak adalah meletakkan kerja itu satu bebanan sampai Kak Lina tak dapat baby atau berlaku kehilangan kandungan dan sebagainya. Kak Lina anggap tak apa… Doakan yang baik-baik, apa yang Allah nak bagi kepada Kak Lina. Kak Lina akan sentiasa bersangka baik dan sentiasa berdoa.

Sumber : OHBULAN

Sembilan Bulan Mendirikan Rumah Tangga Dengan Lelaki Pilihan. Elly Mazlein Buka Cerita Tentang Cahaya Mata Dan Ini Jawapan Padu Dari Elly Mazlein Sendiri

Soal anak, Elly dan suami serahkan pada perancangan Allah. SEMBILAN bulan mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memberitahu dia dan suami sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata dia akan berkongsi berita gembira tersebut apabila sudah tiba masa yang bersesuaian. Menurut Elly lagi, dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dalam soal cahaya mata kerana mempercayai perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya.

Elly mempunyai seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan terdahulu.“Saya ikut kata orang… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.”Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti. Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertekan.

“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress. Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya kepada mStar.Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak sombong.

Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.Pelakon drama Kampung People ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama Azmi Hatta.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sabarlah Hati ini memberitahu dia sentiasa mengambil langkah menyekat akaun laman sosial yang tinggalkan komen kerterlaluan.”Saya memang tidak akan membaca kritikan atau komen negatif. Memang ada masa kita rasa nak tahu, tapi sebenarnya kita tak kuat. Kadang-kadang ada yang komen berlebihan walaupun kita tak begitu.

Elly akan menyekat akaun laman sosial yang tinggalkan komen melampau.“Kalau nak komen, guna bahasa dan cara yang betul. Saya pernah juga membalas komen sebab orang kritik kita keterlaluan sangat tapi bila fikir balik, tak pergi mana pun. Kalau ada saja komen yang melampau, kita sekat saja.

“Kalau dia komen begitu bermaksud dia tak suka kita. Kalau dia tak suka, kenapa dia follow kita? Jadi, kita ambil langkah block saja dia. Kita manusia dan bukan saya seorang saja tapi semua orang memang tak boleh terima.”Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak sombong. Tapi kalau penggunaan bahasa itu sengaja nak buat kita rasa down, block saja,” ujarnya.-mstar

Fikirlah sebelum komen’ – Elly Mazlein

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein menyeru warganet supaya sentiasa berfikir sebelum menulis sesuatu komen di media sosial.Elly berkata, sikap bvli siber warganet bukan hanya memberi kesan masa pendek, tetapi juga kesan jangka panjang terhadap individu yang menjadi sasaran bvli.

“Sebagai manusia terutamanya selebriti, tentunya ada orang suka dan ada orang yang tak suka kita. Itu memang tak dapat dielakkan. Tapi, warganet juga adalah manusia dan perlu sentiasa berfikir sebelum menulis sesuatu komen di media sosial kerana ia mampu memberi kesan negatif kepada mntal orang yang menjadi sasaran kritikan,” katanya kepada Harian Metro.

Elly yang menggalas tugas sebagai Presiden Warganet dalam program Big Stage 2020 mengakui melihat pelbagai komen dengan kata-kata yang tidak sepatutnya di media sosial.”Semua orang boleh nak melontarkan pendapat atau mengekspresikan diri mereka terhadap seseorang. Namun, biarlah ia sesuatu yang membina. Kalau sampai keluarkan kata-kata negatif, menghakimi syurga neraka seseorang, rasanya itu bukanlah satu tindakan yang baik kerana kita sesama manusia,” katanya.

Dia yang pernah berada dalam program realiti juga tidak menolak, kritikan dan bvli siber daripada warganet mampu menjatvhkan semangat seseorang peserta.”Saya pernah menjadi peserta dalam pertandingan realiti TV sebelum ini dan kritikan daripada warganet itu sedikit sebanyak menjatvhkan semangat saya.”Sebab itulah sekarang saya lebih selesa untuk menyekat akaun yang selalu tinggalkan komen keterlaluan kerana tak mahu ada aura negatif,” katanya.-mymetro

Ramai tak tahu cerita ‘belakang tabir’ kek kolam air Elly Mazlein – “Lampu tak berfungsi, mujur sempat turn on”

Kek perkahwinan Elly Mazlein menerima pujian kerana keunikan dan kemewahan rekaanya.BIARPUN majlis perkahwinan pelakon Elly Mazlein dan pasangan, Mohammad Azlan selesai berlangsung Sabtu lalu, namun sehingga kini kemeriahan majlis tersebut masih menjadi bualan hangat peminat.

Paling meraih tumpuan tentunya kek sembilan tingkat berwarna biru yang dilengkapi kolam air mini di bahagian tengah.Menurut Cef Zam daripada Mad About Cake, kek berketinggian enam kaki siap dengan kolam beraliran air itu adalah kejutan untuk pasangan pengantin.

Zam atau nama sebenar Zam Akmal berkata, Elly tidak mengetahui mengenai reka bentuk tersebut sehinggalah pada acara memotong kek berlangsung.”Sebenarnya pada hari perbincangan dua minggu lalu, Elly hanya bagi tema dan warna pilihan… awalnya kami hanya nak buat ringkas-ringkas sahaja tapi setelah difikirkan kita muncul dengan idea kolam dalam kek tersebut.

Hiasan dalam kek yang meraih perhatian tetamu yang hadir.“Kolam itu kita hasilkan sendiri mengikut kesesuaian dengan bantuan lapan orang staf. Sebenarnya proses pembuatan kek tidaklah serumit disangka, namun ia memakan masa memandangkan kita juga ada tempahan pelanggan lain.

“Untuk rekaan istimewa ini, kita sudah mula hasilkan seminggu lebih awal. Bagaimanapun, Elly dan suami baru tahu mengenai rekaan itu pada malam resepsi tersebut, mereka pun terkejut dan suka dengan hasilnya,” katanya kepada mStar.Bercerita lanjut mengenai kek, Zam berkata kolam air itu dihasilkan menggunakan balang kuih yang diubah suai.”Selain itu saya juga terpaksa belajar daripada YouTube dan Google mengenai kaedah wiring ringkas agar idea untuk meletakkan lampu dan kolam air dapat direalisasikan,” katanya.

Saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergntung pada material, rekaan dan sebagainya!

Sementara itu ketika ramai pihak memuji hasil karyanya, Zam berkata terdapat perkara luar jangka yang berlaku hingga membuatkan dia dan kru lain tidak senang duduk.”Nak dijadikan cerita lampu pada kek itu tidak berfungsi pada saat-saat akhir, walhal isu teknikal sudah diselesaikan sejak awal.

“Mujur hanya beberapa ketika sebelum Elly kembali ke pentas untuk acara memotong kek, suis lampu dah boleh turn on dan ia berfungsi seperti biasa,” katanya.Ditanya kos menyediakan kek eksklusif itu, Zam berkata dia tidak boleh mendedahkan harga sebenar, namun mengakui mampu mencecah puluhan ribu ringgit.

“Kita tak boleh nak dedahkan harga kerana ini adalah perbincangan dengan pelanggan tapi… saya akui harga kek tersebut boleh mencapai puluhan ribu bergantung pada material, rekaan dan sebagainya.”Kebiasaannya untuk pakej premium begini kita jarang guna konsep dan rekaan yang sama pada pelanggan lain… kita akan buatkan rekaan yang berbeza pula,” ujarnya yang menyediakan pelbagai jenis kek bergntung bajet dan permintaan pelanggan.

Majlis perkahwinan Elly dan suami berlangsung meriah dan menarik perhatian warganet.Pasangan sama cantik sama padan, Elly Mazlein, 40 dan Mohamad Azlan Che Nuh , 30, bernikah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.Sebelum ini sepanjang tempoh pertunangan, Elly tidak pernah berkongsi wajah suaminya itu sehingga pada majlis berinai yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Elly dan Azlan mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu.Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum berpisah pada 15 Oktober 2015.Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun.-mstar