Tular disebabkan produk mukanya jadi bahan eksperimen. Tak sangka sampai dapat cecah nilai ini.

Kesihatan Tips Viral

Lelaki atau perempuan masing-masing menginginkan kulit wajah yang cantik, mulus dan terhindar daripada ‘anasir’ jahat yang terdiri daripada jerawat, bintik hitam dan putih. ‘Kotoran’ ini akan memberi kesan yang besar kepada kulit muka sekaligus membuatkan hilang keyakinan diri kepada individu berkenaan.

Nak muka cantik kenalah rajin kan? Penjagaan kulit muka yang konsisten sangat penting dalam mendapatkan kesan yang terbaik. Hingga ke hari ini, pelbagai produk dipasaran serta trend di media sosial yang berkongsi keberkesanan mengikut pengalaman masing-masing.

TikTok ketika ini menjadi platform untuk pelbagai content termasuk review skin care, penjagaan dan perawatan wajah. Terlalu banyak skin care yang viral menjadi perbincangan dan eksperimen pengguna di dunia nyata. Ada diantara produk yang disyorkan tidak memberi kesan yang baik, malah ‘merosakkan’ lagi kulit sehingga ‘tumbuh’ jerawat dimuka dan ada juga yang mengalami ‘kulit berpasir’, dimana bintik-bintik kecik naik sehingga menjadikan permukaan kulit terasa kasar.

Dalam banyak-banyak video yang viral, ada juga yang memberi kesan baik kepada pengguna sehingga popular dan menjadi buruan ramai orang. Menurut Syiera, sebagai co-founder jenama ini, pelbagai cabaran dan ujian diterima sebelum mampu mengeluarkan Cleansing Balm Obsess Skin yang tak disangka mendapat sambutan yang sangat-sangat menggalakkan bukan sahaja rakyat Malaysia malah pengguna TikTok di luar negara. Tambahnya, Obsess Cosmetics dikeluarkan dengan kualiti yang tinggi dan sesuai dengan semua jenis kulit terutama untuk kulit sensitif.

Bercerita sedikit mengenai latar belakang kepada co-founder ini, kemunculan’ Syiera dimulakan pada 2016 bersama #SquadSyiera sehingga mencapai jualan 1 juta dalam masa dua tahun. Kredibiliti Syiera kemudian ‘diangkat’ daripada stokis kepada Pengurus Obsess Cosmetic dan rakan niaga selepas tiga tahun. Bermula dengan 30 agent, sehingga hari ini, Syiera telah melebarkan empayarnya kepada lebih 2,000 agent di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura. Dalam tempoh itu, Syiera menaikkan billboard sendiri di sekitar Shah Alam dan menghargai #SquadSyiera dengan bonus tahunan, emas, peranti berteknologi, serta trip melaksanakan umrah untuk 18 orang leader pada 2020.

Kekangan dalam masa-masa pandemik ini tidak menghalang dirinya untuk membuka sebuah showroom di Emira Residence, Seksyen 13, Shah Alam dengan rangkaian produk Obsess Cosmetics. Selain Cleansing Balm, Obsess Cosmetics juga menghasilkan produk-produk lain merangkumi: Treatment Cushion Foundation (Best-seller dimana dahulunya hanya dikeluarkan dengan 1 shade, dan kini sudah mempunyai 5 shade lain seperti Ivory, Vanilla, Beige, Ginger & Caramel) Loose powder (Bedak halus)

Jar of hearts cream blusher (Pemerah pipi) Set Duo eyeline & eyebrow pencil (Pelukis alis kening dan bawah mata) Chocolate paste mascara (Pelentik bulu mata) Velvet Liptint (Pemerah bibir)

Melalui rangkaian produk yang sering viral serta keberkesanan yang ditunjukkan daripada pengguna, Obsess Cosmetics telah melahirkan ribuan agen diseluruh negara dengan hasil jualan yang sudah mencapai jutaan ringgit. Sebagai pengasas, Syiera ingin membantu ramai lagi orang di luar sana sekiranya terkesan dek kerana pandemik sehingga buntu bagaimana caranya untuk menjana pendapatan bulanan yang lumayan.

Menurutnya, “Usaha, kesungguhan, matlamat dan impian menjadi faktor utama untuk terus maju. Kekuatan bukan nama sendiri tetapi kegigihan dan tidak mudah putus asa sangat penting untuk berjaya. Obsess Cosmetics memberi pengajaran dan pengalaman pada Syiera untuk teruskan impian. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.

“Tahun 2020 kita buat convention untuk agent dan leader #SquadSyiera di De Palma Hotel, Shah Alam.  Siapa-siapa yang ada dalam team #SquadSyiera akan diajar untuk membuat branding sendiri dan diajar sepenuhnya oleh Syiera dari zero to hero. Insya Allah kelas, training akan diberi dan diajar step by step.  #SquadSyiera semuanya mampu menjana pendapatan minimum empat angka.

“Sekarang, showroom BeautyFam di Shah Alam membuktikan kepada ramai orang yang pernah tidak yakin pada kemampuan Syiera untuk membuka mata mereka. Visi dan misi kami untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan meningkatkan kualiti hidup mereka.”