Doakan selamat pergi dan sedekahkan al fatihah. Terkedu ini keadaan terkini M Daud Kilau setelah sekian lama menyepi. Kata kata dia tu buat ramai yang sebak.

Artis

Sejak semalam berita berkenaan penyanyi veteran Datuk M.Daud Kilau yang terlantar sakit telah menarik perhatian dan simpaati orang ramai terutama peminatnya. Malah penyanyi yang digelar raja gelek Malaysia itu merayu pihak berkenaan agar dapat menolongnya dan datang melihat sendiri keadaannya.

Menurutnya dia kini hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini selagi diizinkan Allah. Terbaru, M. Daud Kilau meminta peminatnya agar mendoakan dirinya agar cepat baik, namun sekiranya dijmput iIahi, beliau meminta orang ramai untuk mendoakannya.

Kalau saya pergi.. ”Saya doakan semua (peminat) panjang umur dan murah rezeki, doakan juga Daud Kilau lekas baik. ” Kalau tak baik tidak apa, (tapi) kalau saya ‘pergi’, doakan selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah,” kata Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 82.

Penyanyi lagu hit ‘Slrih Pinang’ yang menaikkan namanya dalam industri seni tanah air, M Daud Kilau atau Muhammad Daud Kilau berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lalu. Beliau yang menghidap knclng mnis kini sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang juga saaklt selain keadaan jntvng yang tidak stabil serta kurang daya pendengaran.

” Sejak saakit saya tidak dapat penuhi jemputan (persembahan), nak berjalan pun sudah tidak lalu sangat dan solat juga atas bangku. ” Saya bergantung dengan ub4t dan tiga bulan sekali akan ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk pemeriksaan kesihatan.

” Saya kini banyak menghabiskan masa dan sisa hiidup mencari s4ham akhlrat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada zlarah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan negeri, Mohd Akmal Kamarudin di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk di sini, hari ini.

Pada lawatan itu, M Daud Kilau turut menerima bantuan awal daripada ker4jaan negeri. M Daud Kilau yang tinggal bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan anak lelakinya turut mengakui rindu untuk ber4ksi di pentas dengan menggayakan baju labucinya.

” Saya sayang dan merindui peminat saya. Kalau kesihatan sudah baik, InsyaAllah akan memenuhi undangan dan bertemu mereka. ” Hari ini saya rasa seperti peny4kit sudah hilang separuh kerana ramai yang datang melawat dan membawa rezeki. Saya bersyukur dan tidak dapat membalas budi baik itu,” katanya.

Sementara itu, Mohd Akmal berkata, kerajaan negeri melalui pihak berkaitan akan melihat bantuan yang bersesuaian untuk penyanyi veteran itu. ” Kita prihatin dengan keadaan kesihatan Datuk M Daud Kilau yang uzvr ketika ini dan Baitulmal akan membuat pemeriksaan lanjut untuk melihat bentuk bantuan yang akan disalurkan nanti,” katanya.

Sumber :asiakini

Datuk M.Daud Kilau terpaksa tolak banyak tawaran menyanyi kerana sebab ini. Rupanya ini keadaan Datuk M.Daud Kilau sehingga tak mampu untuk berdiri di pentas lagi.

Figura bernama Datuk M.Daud Kilau bukanlah nama asing dalam industri hiburan. Digelar sebagai ‘raja gelek’ Malaysia, lagu-lagu nyanyian beliau masih diminati. Bagaimana pun, dalam perkembangan terbaru dikhabarkan M.Daud Kilau yang kini berusia 83 tahun, dikatakan sudah semakin uzur. M.Daud kilau kian uzur. Keadaan bertambah sejak PKP, dengan keadaannya yang kian uzur adalah mustahil untuknya meneruskan persembahan di pentas.

“Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi…”. Berdiri pun dah tak larat. Beliau juga terpaksa menolak banyak tawaran menyanyi biarpun hanya dikehendaki duduk di pentas tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Bukan malas, tetapi kudratnya sudah tidak mampu aktif seperti dahulu. “Saya dah tak larat nak berdiri dan bergeIek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi…”. “Datanglah lihat keadaan saya…” – M. Daud Kilau

Ditambah pula dengan PKP akibat covid-19, nasib penyanyi veteran itu bertambah tidak baik apabila wang simpanannya banyak dihabiskan membeli ubat. Justeru, beliau berharap ada mana-mana pihak yang prihatin dengan nasib hidup, dan sudi untuk membantu meringankan beban yang ditanggungnya. “Saya merayu pihak berkenaan agar dapat menolong saya, datanglah lihat keadaan saya. Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya…” Semoga dipermudahkan segala urusan, terima kasih telah pernah menghiburkan rakyat Malaysia.

Hidup hanya sekali. You only live once (YOLO). Ramai orang muda berkata begini. Yang dah tak berapa muda pun adakala cakap begini juga. Oleh kerana hidup hanya sekali maka semestinya ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk anda mencapai impian hidup hingga ke tahap maksima. Dan hidup anda bukan hanya untuk mencapai impian tetapi juga untuk hidup bahagia. Jika ini yang anda mahukan kenalah jadi bijak dan merancang dari muda. -THEVOCKET

Namun, setelah menginjak usia 30, kebanyakan daripada kita sudah mula menginjak usia ‘keemasan’, seperti yang dilaporkan oleh kajian melalui Majalah TIME. Secara tepatnya, kajian tersebut menyatakan bahawa usia paling bahagia adalah 33 tahun kerana ramai yang memiliki tujuan hidup yang lebih jelas, percayakan kebolehan diri, dan kestabilan emosi.

Sumber : Artis Malaysia, Oh My Media

M Daud Kilau rindu beraksi di pentas

BEBERAPA tahun tidak menyanyi kerana masalah kesihatan membuatkan Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 81, sangat rindu untuk beraksi di pentas dengan menggayakan baju labucinya. Penyanyi lagu hit Sirih Pinang yang menaikkan namanya dalam industri seni tanah air, M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau mengakui ada perancangan untuk kembali aktif memenuhi undangan persembahan.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu hanya akan dipenuhi sekiranya dia sudah sihat sepenuhnya dan mampu memberikan persembahan terbaik untuk peminat. “Seperti irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan begitu juga saya dengan nyanyian walaupun dahulu ada berhasrat mahu berhenti menyanyi.

“Kalau sudah sihat sepenuhnya dan mampu berdiri serta menari seperti dahulu saya mahu memenuhi undangan persembahan jika ada. “Tapi buat masa sekarang saya terpaksa menolak semua undangan persembahan kerana keadaan kesihatan yang kurang sihat dan berharap peminat dapat mendoakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk.

Menurutnya, dia berdepan masalah kesihatan sejak tiga tahun lalu namun masih mampu memenuhi beberapa undangan persembahan sebelum kesihatannya semakin merosot. Katanya, sejak itu hampir 50 jemputan persembahan dalam negara dan Singapura serta Brunei termasuk daripada kumpulan Black Dog Bone terpaksa ditolak kerana keadaannya itu.

“Banyak undangan yang tak dapat ditunaikan kerana saya tak boleh berdiri lama. Malah saya juga ada penyakit kencing manis, darah tinggi, kebas kaki dan tangan serta pinggang juga sakit. “Mereka kata tak payah bangun (tak perlu berdiri) buat persembahan secara duduk saja tetapi saya tak mahu sebab tak sedap nak duduk saja. Jemput sebagai penyanyi tetapi duduk saja apa kata orang kerana penonton sudah tahu macam mana M Daud Kilau di pentas.

“Saya tak mahu kecewakan peminat jadi lebih baik tolak dan jelaskan kepada mereka,” katanya yang mengakui kesihatannya beransur pulih sedikit. Menceritakan perkembangan dirinya, M Daud Kilau berkata, dia kerap berulang-alik ke Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk rawatan susulan.

“Buat masa sekarang saya tak buat apa-apa aktiviti hanya beribadah dan suka menghabiskan masa membantu isteri (Datin Rohani Awang Ngah, 62) memasak di dapur. “Kalau rindu saya akan nyanyi lagu sendiri di rumah, dengar cakera padat (CD) dan lihat album untuk mengimbau kenangan,” katanya yang mengusahakan inap desa Sri Balai sejak dua tahun lalu. Karier nyanyian M Daud Kilau bermula selepas menjuarai Bintang Radio pada 1968 dan beliau turut terkenal dengan lagu popular, Cek Mek Molek.