Dua lagi kluster baharu dapat dikenalpasti. KKM dedahkan dua kluster terbaru berpunca dari dua negeri ini dan harap semua sedia maklum

Berita

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti dua lagi kluster baharu Covid-19, hari ini, yang dilaporkan di Sabah dan Selangor. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu ialah Kluster Kau Sing di Tawau, Sabah dan Kluster Embun di Hulu Langat, Selangor.

Beliau berkata, kluster Kau Sing membabitkan kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 25 September lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.”Susulan itu, saringan kontak rapat dilakukan mendapati enam lagi kes positif dikenal pasti. Daripada tujuh kes terbabit, lima kes adalah individu tempatan dan dua lagi kes membabitkan individu bukan warganegara yang sudah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

“Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 27 individu disaring dengan tujuh individu didapati positif, manakala sembilan individu dikesan negatif dan 11 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Bagi Kluster Embun pula, Dr Noor Hisham berkata, kes indeks membabitkan kes ke-11,147 iaitu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui saringan individu bergejala pada Selasa lalu sebelum beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dilakukan mendapati empat lagi kes positif dikenal pasti dengan semua kes membabitkan individu warganegara yang sudah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.”Sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 52 individu disaring bagi kluster ini dengan lima individu didapati positif, manakala 21 individu dikesan negatif dan 26 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya.-metro

Semalam Direkodkan Kes Tertinggi Dalam Sejarah. Terkini Kes Baharu Covid 19 Masih Kekal 3 Angka. Ini Punca Yang Dibongkarkan Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 293 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 12,381 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah kes import.Katanya, seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain tiada pemergian dicatatkan, hari ini. Semalam, jumlah kes positif harian COVID-19 merekodkan 317 kes, satu angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara.Sumber: BH Online

Heboh kes makin tinggi setiap hari. Akhirnya KP Kesihatan dedahkan punca peningkatan kes Covid 19 yang naik secara mendadak sehingga mengejutkan orang ramai.

KUALA LUMPUR: Tindakan aktif dan agresif petugas barisan hadapan di lapangan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 menjadi faktor peningkatan trend jumlah kes harian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, trend jumlah dan pecahan kes baharu positif COVID-19 semalam adalah hampir sama seperti yang dilaporkan akhir-akhir ini. Perkembangan ini adalah kerana masih berlaku peningkatan kes di Kluster Tembok, Kedah yang mencatat 97 kes dan juga kes-kes di negeri Sabah yang mencatat 155 kes.

“Antara tindakan yang telah dijalankan termasuk Pengesanan Kontak Rapat (ACD) bagi kes-kes positif COVID-19; Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan tamat pada 25 September 2020, di mana seramai 18,701 orang telah disaring, meliputi 18,614 penduduk warganegara Malaysia dan 87 orang bukan warganegara. Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 44 orang telah dikesan positif; iaitu 43 orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara. Manakala sebanyak 18,657 lagi adalah negatif COVID-19; 18,571 warganegara dan 86 bukan warganegara.

“Saringan Bersasar di empat daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah; saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap pintu masuk (antarabangsa dan domestik) iaitu sejumlah 13,032 individu telah disaring dan 176 kes telah dikesan COVID-19,” katanya. Selain itu, pihaknya juga telah membuat saringan ke atas kumpulan berisiko tinggi, di mana antara saringan dijalankan termasuk terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen dan saringan petugas kesihatan. Pihaknya pada masa sama turut melakukan aktiviti survelan melalui pemantauan kes-kes Influenza-Like Illness (ILI), Severe Acute Respiratory Illness (SARI), saringan pra operasi dan lain lain aktiviti survelan di lapangan.Sumber: AstroAwani

Sesuatu tak dijangka bakal berlaku. Terkini KKM lebih bersedia jika kes positif Covid 19 naik secara mendadak lagi. Ini persiapan mereka menghadapi situasi tersebut.


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini lebih bersedia untuk berdepan dengan kenaikan mendadak kes positif wabak koronavirus (Covid-19) berbanding ketika tempoh awal penularan pandemik itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pengalaman dan peralatan yang ada. “Apa yang penting kemampuan KKM, kalau lihat kesiapsiagaan KKM, kita lebih bersedia dibandingkan semasa bulan tiga dan bulan empat. “Ia dari segi peralatan dan pengalaman kita merawat pesakit Covid-19 dan juga dari segi penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan sebagainya.

“Jadi sekarang ini kita lihat peningkatan kes (ketika ini) tertumpu di Kedah dan Sabah,” katanya pada sidang akhbar berhubung situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemampuan KKM untuk berdepan dengan kenaikan kes positif wabak Covid-19 meliputi kapasiti katil dan lain-lain peralatan. Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga turut menghantar bantuan pasukan terdiri daripada pakar perubatan dan pegawai perubatan di lapangan untuk tindakan kesihatan awam.Sumber: Sinar Harian

Kes paling tinggi dalam sejarah Malaysia. 317 kes positif dan 121 kes sembuh serta 1 pemergian direkodkan pada 3 Oktober.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes. Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes. Manakala 29 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. 1 kes pemergian baru menjadikan jumlah pememrgian adalah sebanyak 137 kes.121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.

Hampir menang tapi ini yang terjadi. Dr Noor Hisham beri kata kata semangat kepada Frontliners yang kini bersedia selepas kes semakin meningkat. Ini pesanannya.


Kadar jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat sejak akhir-akhir ini. Semalam adalah hari kedua mencatatkan kes tertinggi negara dengan 317 kes dan kesemuanya adalah penularan tempatan. Boleh dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin memberi pelbagai bayangan yang tidak menentu kepada orang awam. Sebelum ini, kita hampir menang apabila kes harian yang dilaporkan hanya satu angka dalam masa beberapa hari.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kes didapati merebak akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menitipkan sedikit kata-kata semangat buat anak buahnya yang sedang berjuang di barisan hadapan. Kepada semua petugas barisan hadapan kita, kita ada pertempran besar di depan kita. Negara kita bergantung pada kita walaupun banyak malam tidak tidur dan keletihan yang kronik. Sapulah air matamu, pandang ke depan, mari ratakan lekuk sekali lagi.- SiakapKeli

KUALA LUMPUR: “Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini.‘Jeneral Prang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menghalang penularan pandemik COVID-19. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, petugas barisan hadapan perlu cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.

“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berhadapan dengan prang yang besar di hadapan. Negara sedang bergantung kepada kita…“Walaupun sering tidak cukup tidur dan keletihan, sapulah air matamu, bangkit dan terus berjuang (dan) ayuh sekali lagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19,” tulis Dr Noor Hisham dalam catatan tersebut.- Awani

Kes Paling Tinggi Dalam Sejarah Malaysia. 317 Kes Positif Dan 121 Kes Sembuh Serta 1 Pemergian Direkodkan Untuk Hari Ini. KKM Tampil Beri Punca Berlakunya Peningkatan Kes

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 317 kes baru telah dilaporkan hari ini (3 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,088 kes.Daripada 317 kes ini kesemuanya adalah kes tempatan dan tiada kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 1735 kes. Manakala 29 pesakit berada di ICU dan 4 kes memerlukan bantuan pernafasan. 1 kes pemergian baru menjadikan jumlah pememrgian adalah sebanyak 137 kes.121 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,216 kes.

Dikatakan Kawasan Akan Mencapai Zon Merah Sekiranya Mencapai 40 Kes Dan Semalam Heboh Kes Meningkat Mendadak. Ismail Sabri Dedahkan Keputusan Kerajaan Sekiranya Perlu Dilaksanakan PKP Atau Tidak

PUTRAJAYA, 3 Okt – Kerajaan belum bercadang untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti yang dibayangkan oleh ramai pihak.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan jumlah kes jangkitan yang dilaporkan hanya bertumpu kepada kawasan tertentu dan bukan secara rawak.

“Kita tidak mengisytiharkan PKP kerana kalau kita lihat semalam, walaupun 287 kes, hari ini mungkin bertambah lagi agaknya. (Contohnya) 113 kes di Sabah melibatkan 35 dari Kluster Benteng yang berada dalam penjara, 129 kes di Kedah, 128 berada dalam pnjara.

“Kalau kita tengok seluruh negara, di negeri-negeri ini, hanya Selangor saja yang 31 kes, belum sampai lagi tahap Zon Merah iaitu 40 kes. Negeri-negeri lain satu hingga tiga kes saja (misalnya) Perlis 0 kes, Johor KL Pahang Labuan satu kes, Kelantan Negeri Sembilan dua kes dan Perak Terengganu tiga kes.“Jadi kalau kita tengok satu ke dua kes setiap negeri, jadi (ia) tidak merupakan satu perkara yang membimbangkan,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Tambahnya lagi, tidak ada kemungkinan untuk dilaksanakan perintah PKP di seluruh negara kerana COVID-19 masih lagi berada di sekeliling rakyat.“Esok lusa mungkin ada orang lain akan kena COVID-19 ini.“Jadi kalau satu dua kes kita akan lock satu negara, sampai bila pun negara negeri kita tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan di seluruh negara kerana satu dua kes ini,” tambahnya lagi.Bagaimanapun, jelas Ismail, arahan PKPP sebaliknya hanya akan dilaksanakan kepada zon kawasan yang disasarkan sahaja.Sumber: BERNAMA TV

Hanya 1 Peratus Individu Yang Pulang Dari Sabah Didapati Positif COVID-19 & Bukan Semuanya Orang Politik -Ismail Sabri

Putrajaya, 3 Oktober – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, kes COVID-19 melibatkan individu daripada Sabah hanya sekitar satu peratus.Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan wartawan yang meminta penjelasan dkwaan peningkatan kes COVID-19 adalah berpunca daripada Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Yang balik daripada Sabah yang telahpun dibuat saringan ialah 13,000 lebih dan 130 lebih didapati positif iaitu satu peratus dariapda mereka yang kembali daripada Sabah.“Ramai rakyat yang panik seolah-olah separuh (positif). Kalau separuh, 7,000 lebih dah positif.

“Ini 132 dan bercampur-campur daripada orang politik yang pergi berkempen, kita tidak menafikan, tetapi termasuk juga pelancong-pelancong, orang mempunyai tugas rasmi di Sabah.“Jadi bukanlah orang politik semata-mata,” katanya, menjelaskan prosedur kuarantin bagi individu yang baru pulang di negeri tersebut.

Ujarnya, individu yang baru pulang dari Sabah perlu menjalani ujian swab dan kuarantin sehingga diputuskan negatif.Individu yang sah negatif dibenarkan untuk mengakhiri kuarantin, namun digalakkan untuk meneruskan kuarantin sehingga 14 hari.“Selepas mengadakan ujian swab, mereka dipakaikan gelang kuarantin. Memang tempoh kuarantin 14 hari.

“Tetapi perjalanan antara negeri, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan, individu yang mendapat keputusan negatif boleh ke pejabat kesihatan untuk memotong gelang tersebut dan pejabat kesihatan akan memberi surat pelepasan kuarantin kepada mereka.

Pun begitu, KKM menasihatkan supaya mereka terus menjaga kebersihan dan menggalakkan kuarantin kendiri jika individu tersebut tidak yakin atau risau boleh menjangkiti individu lain, walaupun mereka telah negatif. Walaubagaimanapun, kuarantin kendiri selama 14 hari bukanlah mandatori, katanya.Sumber: RTM

TERKINI: Kawalan Di Pantai Timur Sabah Dipertingkatkan, Keanggotaan & Aset Keselamatan ATM, PDRM & APMM Ditambah Kekang Kemasukan PATI

PUTRAJAYA, 3 Okt – Kerajaan akan mempertingkatkan kawalan di Pantai Timur Sabah bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kenaikan kes jangkitan COVID-19 di negara ini berpunca daripada kemasukan PATI tersebut.

“Sidang khas hari ini bersetuju untuk menambah keanggotaan keselamatan, begitu juga aset sama ada daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).“(Ia) bagi kita memperkasakan dan menambahketatkan lagi kawalan di Pantai Timur Sabah ini melalui Op Benteng supaya kita dapat menghalang kemasukan PATI khususnya dari lorong-lorong tikus ini,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Jelasnya, faktor geografi Pantai Timur Sabah yang begitu panjang dan luas serta terdapat banyak pulau yang menjadi transit PATI menjadikan kawalan agar sukar dijalankan.“Bagi mereka yang ditahan, mereka yang tidak berdokumen, pasti sahaja mereka akan ditngkap dan ditempatkan di depot-depot tahanan imigresen.

“(Manakala) bagi mereka yang ada kad pengenalan, kita juga tidak bebaskan mereka. Walaupun tidak boleh tahan mereka tapi kita akan tempatkan mereka di pusat-pusat kuarantin dan dikuarantin selama 14 hari,” tambahnya lagi.Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 27:35.Sumber: BERNAMA TV

COVID-19: Semua Tabika, Taska Kemas Di Zon Merah Ditutup

TASEK GELUGOR, 3 Okt (Bernama) — Semua taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berada dalam zon merah COVID-19 di seluruh negara kini ditutup, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin.Beliau berkata tindakan itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan murid dan petugas.

“Setakat ini, sebanyak 281 tabika dan sembilan taska di Kedah, Terengganu dan Sabah membabitkan 6,699 murid telah ditutup… namun kami jangkakan mungkin akan ada lagi (tabika dan taska) di zon merah di negeri lain yang akan ditutup,” katanya kepada pemberita selepas Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku, di sini hari ini.Menurutnya penutupan itu adalah sehingga mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada KKM.

Program anjuran Kemas itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.Mengulas lanjut, Mohamad Yazid berkata sejak beroperasi semula, tabika dan taska Kemas mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk membenarkan hanya 30 hingga 50 peratus kehadiran pada setiap hari bergantung pada keluasan kelas.

“Mereka datang ke kelas secara bergilir contohnya jika A datang hari ini esok dia tidak hadir kerana bagi memberi peluang murid b pula hadir.“Kelas kami juga memang mematuhi SOP ditetapkan malah disanitasi setiap hari oleh petugas Kemas,” katanya.Beliau berkata ketika ini terdapat 11,900 kelas membabitkan 220,000 murid tabika dan taska Kemas di seluruh negara.Sumber: BERNAMA

Arab Saudi Benarkan Semula Pelaksanaan Ibadah Umrah Secara Berperingkat Bermula Esok

Pelaksanaan umrah akan dibuka secara berperingkat bermula Ahad ini (4 Oktober 2020), lapor Gulf News.Pun begitu, tiada jemaah yang disyaki positif koronavirus akan dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram.Kata Timbalan Ketua Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, kementerian kesihatan telah mempersiap pusat kesihatan berskala kecil dengan keperluan lengkap untuk menguruskan kes-kes disyaki berkait koronavirus.

Tambahnya, jemaah diberi masuk secara berkumpulan dengan hanya 1,000 jemaah bagi setiap kumpulan.“Para jemaah akan dipandu di trek yang terpisah dari luar Masjidil Haram hingga ke mataf (kawasan tawaf di sekitar Kaabah Suci). Akan ada 16 ketua yang akan menerima jemaah di halaman dan mengarahkan mereka ke Masjidil Haram,” katanya.

Selain itu katanya, aktiviti tawaf akan dimulakan secara spiral dan para jemaah akan terus menuju masa’ (kawasan untuk ritual sa’i antara Safa dan Marwah) setelah selesai tawaf.Usai sa’i, jemaah akan bergerak keluar dari Masjidil Haram melalui pintu Marwah dan Arqam.Ujarnya, waktu umrah akan bermula dari 7 pagi hingga ke 3 pagi.

“Kamera pengesan haba beresolusi tinggi akan dipasang di semua pintu masuk Masjidil Haram, dan orang ramai dilarang beriktikaf dan membawa makanan serta minuman ringan ke dalam masjid.Katanya lagi, masjid berkenaan akan dibersihkan 10 kali sehari sebelum dan selepas aktiviti ibadah umrah oleh kumpulan jemaah.

Semua fasiliti dan peralatan seperti karpet, kerusi roda dan eskalator akan disteril, manakala tandas akan disteril enam kali sehari.Di samping itu, sistem penyaman dan penapisan udara akan disteril menggunakan sinaran ultraungu beberapa kali sehari, katanya.September lalu, Arab Saudi dilaporkan akan membenarkan kemasukan kepada jemaah daripada negara tertentu bermula 1 November akan datang.

Pembukaan itu akan bermula sebaik kapasiti dinaikkan kepada 20,000 jemaah setiap hari.Fasa kedua pembukaan semula ini akan dilaporkan bakal dilaksana pada 18 Oktober di mana seramai 15,000 jemaah akan dibenarkan masuk.Sumber: Gulf News, DW-ctto

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengesahkan sesuatu mengenai virus Covid 19. Rupanya ini yang dibongkarkan kepada seluruh dunia.

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi pengesahan bahawa COVID-19 adalah virus yang wujud secara semula jadi dan bukannya buatan manusia. Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, menekankan perkara itu ketika taklimat media mengenai COVID-19 dan meminta semua pihak berhenti menuding jari menuduh satu sama lain.

“WHO mempercayai kaedah sains dan bukti, sebab itulah kami mengutamakan sains, penyelesaian dan solidariti, terutama dalam isu COVID-19 ini,” katanya. Tegas beliau, banyak kajian mengenai asal-usul virus menunjukkan COVID-19 atau SARS-CoV-2, wujud secara semula jadi dan bukannya dari mana-mana institusi. Tedros mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas seorang saintis berjanji untuk menerbitkan bukti yang menyokong dakwaannya mengatakan virus itu bukan dari alam semula jadi, sebaliknya dicipta di sebuah makmal di Wuhan, China.

Difahamkan, Tedros mungkin merujuk kepada pakar virologi dari Hong Kong, Dr Li-Meng Yan, yang membuat dakwaan terbabit baru-baru ini dalam satu temu bual dengan Fox News, selepas berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ahli virologi itu, yang kini dalam buangan, turut mendakwa kerajaan China dan WHO mengetahui lebih awal mengenai jangkitan daripada manusia manusia tetapi tidak mengumumkannya. Katanya, semua laporan hasil kajiannya tidak diendahkan oleh pegawai atasannya, yang juga antara pakar terkemuka bidang virologi dan imunologi global serta mempunyai hubungan rapat dengan WHO. Beliau juga mendakwa China dan WHO menyedari lebih awal mengenai betapa seriusnya kesan COVID-19 itu jika tidak dibendung segera. – AGENSI

Sumber: BH Online