Dua sahabat ni terpaksa keluar untuk siapkan tugasan. Sekali tak sangka pula terpaksa kira duit tabung untuk selesaikan bayaran ini.

Kehidupan Terkini Viral

Biasa tengok orang lain kena saman, siapa sangka diri sendiri pun terkena… kan dah kena korek syiling! Begitulah nasib Natasha Zulaikha dan rakannya Nur Sabrina, masing-masing berusia 21 tahun, apabila mereka dikompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mengakui kesilapan mereka, Natasha menjelaskan pada hari kejadian dia keluar bersama Sabrina untuk membantu rakannya itu menyiapkan tugasan universitinya.

“Sebenarnya tujuan keluar memang nak buat assignment, memang tajuk assignment tu kena cerita tentang tempat menarik di Pulau Pinang, kemudian perlu ada gambar bersiar-siar, sebab tu perlu keluar. Kami cuma nak rakam video untuk digunakan di bahagian introduction sahaja, gambar yang lain memang kami bercadang untuk cari gambar dekat internet. Lepas tu alang-alang keluar kami singgah Watsons beli barangan keperluan sebab tak nak keluar banyak kali. Kemudian singgah drive thru KFC selepas Nur Sabrina siap tugasan,” katanya.

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka mereka kemudian ditahan sekumpulan anggota polis yang meminta mereka berdua untuk terus ke balai. “Kami tunggu dekat balai dari pukul 6 petang sampai Maghrib. Masa tu baru polis yang tahan tu balik ke balai, kemudian dia call inspektor dan kami semua dikenakan kompaun RM2,000 seorang. Kami cuba beri penjelasan pada polis tu tapi dia cakap tak boleh, inspektor dah bagi arahan semua kena kompaun,” katanya sambil menambah mereka keluar membuat tugasan di sekitar Butterworth pada 13 Jun lalu.

Natasha dan Sabrina berada di balai dari pukul 6 petang sehingga kira-kira jam 10 malam. Ditanya punca sebenar kompaun dikeluarkan, Natasha mendkwa alasan yang diberikan pihak berkuasa adalah kerana kedua-dua mereka mempunyai alamat yang berbeza. “Satu kereta boleh naik dua orang, tapi kami tak tahu pula dua orang dalam kereta tu tak boleh berlainan alamat… sebab tu masa nampak polis kami OK je ‘serah’ diri,” selorohnya. Saya masih belum bayar lagi, masih tengah usaha untuk cari duit dengan buat COD (cash on demand) corndog dan cheeseball sekitar Butterworth dan Kepala Batas.

Menurut Natasha dia yang kehilangan kerja disebabkan PKP, manakala sahabatnya pula masih belajar terpaksa ‘korek tabung’ bagi membayar kompaun yang dikenakan. Katanya, disebabkan rakannya bergelar pelajar, dia mendapat pengurangan dan perlu membayar hanya RM500, namun dirinya hanya diberi pengurangan sebanyak 50 peratus.

“Kami memang tak ada duit nak bayar, lagipun bukan anak orang senang. Saya pula tak kerja time PKP ni jadi memang tak dapat gaji jadi kami dua-dua terpaksa korek duit syiling,” katanya.

Natasha dan sahabatnya mempunyai tempoh sehingga 26 Jun untuk membayar kompaun tersebut. Menurut Natasha dia mempunyai masa sehingga 26 Jun ini untuk membayar kompaun tersebut dan syiling yang dikumpulnya dari tahun lepas hanya berjumlah RM200.

“Saya masih belum bayar lagi, masih tengah usaha untuk cari duit dengan buat COD (cash on delivery) corndog dan cheeseball sekitar Butterworth dan Kepala Batas,” katanya. Menurut Natasha, video yang dikongsikannya di laman TikTok bagaimanapun bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. “Saya saja buat content tersebut, tapi tak sangka viral. Nasihat saya lepas ni, kalau nak keluar walaupun untuk benda penting, tak kira beli barang keperluan sekali pun jangan pergi berdua dalam satu kereta kalau bukan satu alamat. Keluar bila perlu sahaja dan tak perlu berteman, juga patuh SOP, jangan jadi macam kami berdua yang tengah bingung mana nak cari duit untuk bayar saman,” katanya.

SOP ‘total l0ckdown’: Apa yang perlu anda tahu

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk sekatan perjalanan penuh (total lockdown) yang akan berkuat kuasa Selasa ini. Ia kebanyakannya menyerupai apa yang dikuatkuasakan semasa perintah kawalan pergerakan pertama (PKP 1.0) pada bulan Mac tahun lalu. Keseluruhan penutupan akan menyaksikan sebahagian besar sektor ekonomi dan sosial ditutup kecuali perkhidmatan penting manakala pergerakan orang ramai juga akan dibendung.

Panduan umum SOP “total lockdown” adalah seperti berikut: Hanya dua orang setiap isi rumah yang boleh tinggalkan rumah. Orang ketiga dari isi rumah akan dibenarkan melakukan perjalanan untuk tujuan perubatan dan kecemasan. Tinggalkan rumah hanya dibenarkan untuk bekerja (perkhidmatan penting) dan membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas. Dua orang satu kenderaan untuk teksi dan kereta e-kelui. Perjalanan tidak melebihi 10km dibenarkan. Sekiranya mendapatkan perkhidmatan perubatan yang tidak terdapat dalam radius, seseorang boleh pergi ke perkhidmatan terdekat yang terdekat di luar radius 10km.

Berjoging dan senaman individu dibenarkan di kawasan kejiranan. Tiada sentuhan fizikal yang dibenarkan dengan jarak sosial 2 ke 3 meter. Semua pusat jagaan kanak-kanak ditutup kecuali yang pusat jagaan anak-anak yang ibu bapanya pekerja barisan hadapan atau kedua-dua ibu bapanya perlu bekerja. Pusat membeli-belah ditutup tetapi penyewa yang disenaraikan sebagai perkhidmatan penting mungkin dibuka. Solat di masjid dan surau terhad kepada 12 orang AJK masjid dan surau mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Tidak dibenarkan orang luar. Pengangkutan awam tetap berfungsi tetapi berkapasiti 50 peratus

Sebarang perniagaan yang dianggap sebagai perkhidmatan penting hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Walau bagaimanapun, waktu perniagaan untuk perkara berikut mungkin berbeza:

Pasar: 6 pagi ke 2 petang. Pasar tani: 6 pagi hingga 4 petang. Pasar borong: 12 tengah malam ke 6 pagi dan 11 pagi ke 4 petang. Stesen minyak: 6 pagi hingga 8 malam (Mereka yang berada di lebuh raya boleh beroperasi 24 jam)
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes Covid-19 diunjurkan mencecah 13,000 kes pada 15 Jun.

Oleh hal yang demikian, katanya, PKP dalam bentuk lebih ketat seperti yang dilaksanakan pada Mac tahun lepas, perlu dilaksanakan. Ismail pula berkata tidak mustahil sistem kesihatan awam lumpuh sekiranya langkah sekatan pergerakan penuh tidak diambil.

“Dengan kapasiti wad/katil hospital termasuk unit rawatan rapi (ICU) yang sudah mencapai tahap maksimum, adalah tidak mustahil sistem perkhidmatan kesihatan negara akan lumpuh dalam tempoh terdekat sekiranya total lockdown tidak dilaksanakan”. Sekatan pergerakan penuh dijadualkan berlangsung dari 1 Jun hingga 14 Jun. “Tempoh dua minggu ini amat penting terutama bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan wabak ini. Hanya dengan kerjasama dan disiplin, anda mampu membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh jika peningkatan kes Covid-19 tidak terkawal,” katanya.

sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.