Duduk serumah dan masing masing ada tanggungjawab sendiri. Adik luah rasa kesal dengan kakaknya bila hal yang satu ini tak dapat diuruskan. Mengejutkan reaksi warganet pula berbeza dengannya

Kisah Rumah Tangga

Salam admin .. Tolong siarkan ya.Cerita saya begini. Umur saya 28 tahun. saya baru berkahwin 2 tahun. Anak seorang. Rumah kami besar ada 8 bilik semuanya.. Total ada 4 keluarga yang tinggal iaitu kakak saya dan suami dia serta anak dia 2 orang, saya dan suami serta anak kami, adik saya dan suami dia dan anak mereka seorang dan juga mama abah saya. Bukan kami semua tak nak tinggal asing tetapi mama abah tak benarkan. Anak perempuan semua disuruh tinggal sekali..

Cerita nya begini. Saya dan adik saya serta suami kami masing2 kerja biasa je. Tak macam kakak dan abang ipar kami.. Gaji besar. Setiap hujung bulan memang dia yang bagi duit banyak kat mama abah.. Dia yang beli stok makan untuk kami sekeluarga besar ni.. Kalau habis stok nya, dia jugak yang topup balik.

Kebaikan dia memang bab duit tak pernah berkira. Suami dia pun baik. Kalau mereka beli Kfc ke Mcd, memang dibeli nya sekali banyak2 untuk kami semua sekali. Bak kata bab duit memang langsung tak berkira. Apatah lagi kalau pergi holiday, semua sekali dia angkut kami semua.. Semua dia tanggung.

Masalah nya sekarang yang saya g3ram sangat perangai pemalas dia yang tak pernah langsung nak tolong buat kerja rumah. Suami dia rajin lah jugak. Tapi kakak saya ni tak.. Dia cuma kemas rumah kalau anak dia sepah kan rumah.. Tapi anak dia jenis baik bukan nakal memang tak pernah sepahkan rumah. So memang tak pernah nampak lah pegang penyapu. Pinggan mangkuk dia dan suami dia makan, dan anak2 dia makan memang dia cuci sendiri. Dia tak suruh kami buat.. Maksud saya pemalas tu macam kerja kerja lain.

Dia tu anak sulung yang sangat dimanjakan mama abah saya. Anak2 dia pun mama abah saya sayang lebih dari cucu lain.. Saya dengan adik saya yang kerja biasa biasa ni balik kerja bertungkus lumus lah kat dapur masak, kemas rumah bagai. Dia kat ruang tamu melepet tengok tv.. Time nak makan baru datang tunjuk muka.. Bila saya mengadu dekat mama abah, mereka boleh kata biarlah. Kakak dan abang ipar dah banyak bantu keluarga ni.. Kira macam tiap hari ada makanan mewah atas meja makan ni semua sebab mereka. Adil ke kami yang kena buat semua kerja just because dia yang tanggung semua belanja rumah. Dah dia mampu kan kewajipan dia lah tanggung belanja rumah kami semua.

Itu tak termasuk lagi kalau dia pregnant. Lagi lah dimanjakan. Mungkin rezeki kakak saya ni dia paling cantik, putih melepak dalam keluarga kami. Suami pun muka boleh tahan itu dapat anak2 comel.. Anak2 kami ni muka typical malay je.. Muka biasa biasa sebab tu atuk nenek tak pandang… Masa dia pregnant dia cakap je teringin apa, dia bagi duit bertungkus lumus la mama abah saya cari barang terus masak kat dia..kalau kami ni pregnant tidak nya dilayan macam tu.. Memang lumrah ke anak berduit dijulang tinggi.

Saya dengan adik saya memang nak pindah duduk sendiri, tapi nanti kami rindu pulak lifestyle mewah kat sini. Nanti duit rumah kena fikir, lauk tiap bulan kena fikir.. Kalau duduk sekali macam ni semua kakak saya tanggung.. Tapi kami makan hati tengok dia selalu dilebihkan. Tak pernah buat kerja goyang kaki.. Adik saya kata dia tak pernah makan hati. Dia kata dia happy je sebab kak long dah buat semua untuk family ni..Setakat tak menolong tak apa.. Tapi saya tahu dalam hati dia mesti terasa jugak.. Tak payahlah bohong.

Siapa tak nak life complete macam kakak saya.. Tapi tulahhh kalau dia tu ringan tulang, tolong kami ni sekali mesti kami ok tak terasa.. Berubah lah rumah ni duduk sama sama. Kemaslah sama sama. Masak lah sama sama.. Stresss saya tau tak… Laki dia lagi selalu beli dia macam macam.Laki saya hmmm krik krik krik. Lama lama saya mti makan hati je.

Part 2. Salam admin krt.. Tq siarkan kisah aku yang kakak and abg ipar tanggung semua belanja tiap bulan tu. Yang kata aku adik tak tahu bersyukur, kata aku biawak hidup semua aku baca.Aku nak cakap sikit ni. Korang tak duduk tempat aku korang boleh cakap macam2. Kakak aku dari sebelum dia kerja besar, dari kecik memang mama abah lebihkan dia. Mama abah tatang sayang tak pernah suruh buat kerja. Kami adik adik yang buat kerja.. Bukan sekarang je dia tak buat, dari dulu. Yang pelik mama abah tak pernah marah. Dia memang tak reti mengemas. Masak je dia reti. Suruhlah masak apa pun tapi mengemas tak reti. Sebab apa? Sebab dimanjakan.Dapat pulak suami yang salah tak reti nak bimbing isteri suruh mengemas. Lagi laki dia manjakan ada lah.. Sampai bila dia nak pandai. Baju dia pun kadang laki dia yang gosokkan. Kami sakit mata tengok. Semua nak harap orang.

Ya memang dia tanggung belanja dapur 4 family dalam rumah ni. Semua dia beli A to Z. Sampai ke syampu2, sabun2, syampu baby anak adik saya pun dia belikan. Tapi itu bukan tiket untuk bermalas malasan. Bukan tiket nak suruh semua orang sediakan. Macam tu kira tak ikhlas lah kan dia sediakan semua. Nak balasan. Saya paling bnci orang yang malas nak harap bantuan orang.Tak salah pun dia tolong sekali buat kerja rumah.

Lagi satu yang kata saya pendndam, hsad dngki, ir1 hati dan cmburu dengan kakak sendiri tu. Silakan duduk di tempat saya. Baru anda tahu. Kalau balik dari shopping barang dapur yang dia dan suami dia borong tu dah macam nak buat kenduri. Sebab dia beli stok sebulan.Tiap kali dekat 3 jam, saya dengan adik menyusun barang yang macam satu lori tu. Siang segala ikan, ayam, sotong, udang. Dia duduk kat depan melepet dengan mama abah. Kami macam hmba abdi.Fikirlah sama perasaan saya yang kata saya macam macam. Saya pun tahu penat. Tahu nak relek2. Sumbang kan duit tak sama dengan sumbang kan tenaga ya.

Yang kata saya cmburu sebab kakak saya cantik. Ala kalau tuhan nak tarik nikmat tu sekejap je. Artis yang lagi lawa2 pun berpisah jugak. Laki cari lain jugak. Kakak saya lawa sebab putih je. Cuba kalau dia hitam. Ada ke laki dia nak.Tak ada punya.Saya bukan dngki saya bagitahu fakta. Kecantikan bukan nya kekal.

Cakap dengan warganet ni memang semua salah. Seolah olah kira macam orang dah sumbang duit,sumbat perut kita,kita kena sabar tahan jelah perangai teruk dia.. Saya bukan mintak duit dia. Saya cuma mintak dia sama-sama kemas rumah, memasak dengan adik adik dia. Tu je. Salahke? Yang doa saya kena hal4u tu, jangan mimpilah. Kakak saya takkan halau saya.Saya bukan tak kenal dia. Sebab saya post macam tulah saya nampak dia dah mula tolong sikit2. Mesti dia baca. Memang kena sound setepek baru nak tolong..Tapi tengok je lah sampai bila harap sampai bila2 lah.

Reaksi warganet.

Mila Yusila – munkin ni x pernah gi belanja segala keperluan keluarga..sbb tu x tau jumlah yg perlu sis dia tanggung utk 4 kluarga…w’pun x rajin berkemas sekurang2nya masih pandai masak…kalau setakat siang ikan dan susun barang dgn x pernah kluar modal apalah sangat kan…kene ingat dia tu belanja dari A-Z utk 4 kluarga…cuba sesekali mintak resit belanja berbaloi x kamu nk komplain lagi dia x tolong kemas.. sepatutnye fikir sendiri..ni namanya berbagi kerje…ada bahagian tugas masing2..sebelum nak mengadu tu cuba cermin diri.

Roha adrinna – Npk sangat kau cmburu ngan kelebihan kakak kau tuuu…sbb tuu dia selalu di murahkan rezeki… belikan barang2 dapur untuk mak ayah nya… rezeki dia kongsi bsama… dapat pulak suami yg baik… bsyukur laa ada kakak yg tak kedekut ngan family.

Diyana Rsafiyya – Dasar busok ati.Dh kekurangan dia yg tu. Tp dia ade kelebihan lain. Dh ckkp byk sgt kau beli sendiri laa. Xyh dia beli. Mintak pendapat sini.Harap org kritik. Alih2 kena kritik balik. Bitternyaa life kau ni.

Ummu Asma – Memang tak patut betul kakak awak ni. Malas2, cari la pembantu rumah. Mengemas, memasak.. selesai semua kerja rumah. Kan banyak duit. Kenapa la nak labur duit ribu2 kat orang yang tak nak khidmat balik kat dia. Kalau labur kat pembantu, banyak bunyi sikit potong gaji.

Chubbyz MaruMandyz – Nsb baik la adik2 sy x mcm tt ni…sbb sy ade sedikit ciri2 mcm kakak si tt ni…sy bekerja dan tanggung family…tp jrg buat kerja rumah..masuk dapur pun jarang2..so far x de lah adik2 sy pertikaikan sy x tlg diorg buat kerja rumah…yg pntg…kalo diaorg mnta ape2…shabis blh sy cuba tunaikan…give and take kena ade dik.

Naza Rahman – Modal duit lg sakit dik oiii dr modal tenaga. Apatah lg nk tanggung 4 kluarga yg 8 dewasa..xde ribu2 mmg xsah la.. Ko pulak, dah kakak tlg sediakan makanan, percutian, xde pulak membntah. Xde pulak menolak. Igt kakak n abg ipar dpt duit dari langit ke utk tanggung makan minum semua tu.. Sembang serba xkena.. Lain kali, ckp kat kakak ‘kongsi2 la belanja dapo, duit rumah jgn harapkan semua atas kakak n abg ipar.

Siti Hajar – tak masalah nya klu awk rs gram kak tt xmenolong, duduk lah asing2..sah2 apa yg awk buat dlm rumah sendiri adalah ayam udang sotong pinggan mangkuk basuh baju awk ank2 dan suami sahaja…ni dh dok ramai2 ada la bhgn msg2 so kita buat bhgn msg2 la.dh semua kak awk beli so bhgn kemas2 org lain plak…adehhh klu xnak rs trbeban hidup sendiri ngan family sendiri..xyah campur ngan family lainn…settleeeeeee.

Eyla Fitriema – Sis kalau saya ada kakak mcm kakak awak..boleh sedia kan semua mkn minum termasuk brg anak alhamdulillah…saya x kan bekira dah soal kemas rumah… Ada baik nya kali sis keluar je lah dari rumah famili sis tu..baru sis reti rasa bersyukur…baru jugak la sis tau berapa banyak duit kena sedia kan utk keperluan diri dan rumah.

Su Sudin – Semua org di lahirkan x sama.. Berbeza2. Mgkn kelebihan kakak yg ko ada, dia x lokek berbelanja.. Tapi berat tulang nk mengemas,jadi pada yg x mampu nk bagi belanja, apa kata lebih kan ringan tulang mengemas… Jangan banyak komplaint, dia bukan x boleh buat, tapi kalau dia buat A-z hbis tu Adik beradik yg lain x yah buat. Azlina Harun – Tu tak reti bersyukur namanya..ingat senang nak cari duit ribu2 tu pastu bagi free kat dia..agknya klu korg pindah pon kakak tu leh je amik org gaji lagi jimat kot dari menanggung org yg tak kenang budi.

Min Jaafar – Kakak dia mana sila baca dan pindah kluar dduk sndri. Biar msg2 berdikari bela keluarga masing2.. Elok kakak dia xpyh tggung 4family. Dduk sndri ada privasi xreti kemas xpa boleh ambek maid. Adik2 dia yg xreti bersyukur ni sila hidup cari sndri xpyh bermewah2 dgn hasil titik peluh kakak.

Ezlin Damia – Mkin ko tulis brjela tetap jgak nmpk ko busok hati.. Hahahhaa.. Ko pn sme.. Da org tggug bkn alasan tuk ko brsenang2 dgn ape yg org sediakn.. Lu xnk kemas.. Xpyh la makan n msak brg yg dy beli..jgn guna lgsg brg yg dy byr kat uma tu.. Pakai duit ko n brg sndri.. Bkn sume dy tggug alasan tuk ko gune sume yg dy sediakan.. Beb4l.. Sme jela b0ngok.. Aduhai.

Tu name dy saling timbg rasa.. Dah memg ko busok ati.. Iri hati.. Ngaku jela.. Nak explain lebih2.. Tetp nmpk busok.. Better ko blah jela.. Semak ko kat uma tu.. Enth ape2.. Mnghbeskn berass.. Da ko pn xsumbg ape2.. Xde kegunaan.. Sumbgla tenaga ko.. Bong0k.. Beb4l amat.. Bencii aq adik mcm ko ni.. Dasar b1awak kom0do.. Xreti brsyukur.. Laki dy baik.. Ko jeles.. Haha.. Nmpk sgt sakit hati dgn khdupn sndri.

SUMBEr – seleksimedia